Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Sunday, January 8, 2012

Tahniah Dr Ezani, Juara MasterChef Malaysia

gambar ehsan https://www.facebook.com/MasterChefMalaysia


Assalamualaikum

TAHNIAH diucapkan kepada Dr Ezani Md Monoto, 26, kerana baru saja dinobatkan sebagai juara MasterChef Malaysia yang pertama dengan mengalahkan pesaingnya (yang sangat sengit), Wahidan Ang Supain, 42, dari Sabah, dengan perbezaan peratus yang sangat tipis. Maknanya, kedua-dua memang yang terbaik, tetapi rezeki sudah termaktub, topi Chef dan piala keramat MasterChef menjadi hak mutlaknya.


Secara peribadi saya sudah menjangkakan kemenangan Dr Ezani. Saya suka personalitinya yang sentiasa tenang dan bersahaja. Dia satu-satunya peserta MasterChef yang tidak suka 'berdrama'. Maksudnya, susah nak tenguk Dr Ezani menangis, mencebik, ketawa terbahak-bahak atau terlompat-lompat jika terlalu kesukaan. Tatarias dan busana pilihannya pun sedap mata memandang. Dalam banyak keadaan, Dr Ezani hanya tersenyum simpul sahaja.


Apapun, kehadiran Wahidan sebagai pesaing Dr Ezani dalam peringkat akhir memang sesuatu yang tidak terduga. Tapi inilah hakikatnya. Di dapur tak boleh main-main. Hanya yang sabar dan berkemahiran saja yang boleh bertahan. Jadi kerana itulah seringkali berlaku kita kehilangan sentuhan penuh magis walaupun sudah memasak juadah yang sama berulangkali dek kerana hilang fokus dek jiwa kacau. Apapun, memang semangat juang Wahidan sangat hebat. Walaupun dia cuma pekebun tetapi tidak sedikit pun dia nampak tidak yakin dalam menghadapi saingannya.


gambar ehsan https://www.facebook.com/MasterChefMalaysia

Mungkin sebagai pekebun, Wahidan sudah biasa diduga alam. Kemarau, hujan, banjir dan serangan binatang perosak dan penyakit sentiasa mendatangi hidupnya, mencabar kesabarannya dan saya inilah penguat semangat Wahidan sepanjang enam bulan bersaing dalam program MasterChef Malaysia. Bak kata Wahidan, walaupun pelajarannya tak tinggi, tetapi semangatnya yang mahu berjuang ke titisan peluh yang terakhir, amat berbaloi. Kini dia sudah mencipta tempat selesa dalam dunia masakan dan paling penting kini dia terkenal.


gambar ehsan https://www.facebook.com/MasterChefMalaysia

Dan sesungguhnya, saya memang suka kedua-dua peserta akhir MasterChef. Jadi tak kisah siapa yang menang, saya gembira. Akhir kalam, tahniah Dr Ezani kerana bukan saja dapat piala MasterChef, tapi turut berpeluang menerbit buku masak dan yang menggebukan sekali ialah wang tunah RM100 ribu. Malam ni boleh tidur lena ya Dr Ezani.

Wassalam

2 comments:

Suara Kalbu said...

Salam Kak Jun,

Dari mula , saya suka dengan Dr Ezani kak. Dia tu cool saja. Gaya dia memasak dan menyajikan hidangan pun cantik dan tak terlebih-lebih. Dia tak berdrama.

Tapi apapun Wahidan pun bagus juga. Cuma rezeki lebih berpihak kepada Dr Ezani.

Semoga-moga kedua-duanya akan mencipta nama yang lebih cemerlang selepas dah terkenal ni.

Sari Yusa Ibrahim said...

Sejak MCM bermula sy sgt sukakan Dr Ezani. Karektornya yg brsahaja & tidak mengada2 malah swaktu diumumkn juara pun beliau msih kelihtn tenang bersahja. Namun secara peribadi, sy merasakan Dr Ezani seolah2 juara ciptaan. Tidak ada yg suspens dlm Santapan Penamat seolah2 sgalanya telah dirancang. Keputusan tidak rasa dinanti2kan spt setiap minggu bila mnunggu Chef Zubir mengumumkn pserta yg tersingkir. Apapun sememangnya tuah Dr Ezani brgelar MasterChef Malaysia Pertama, tahniah. Untuk Bro Wahidan, mgkin slepas ini beliau boleh terus mmasak dr laman kebunnya sndiri & silap haribulan lebih popular dr Dr Ezani krn mgkin Astro bleh mmikirkan rncgn msk2 dr kebun Bro Wahidan ;-)