Selamat beradu dan selamat bermimpi. Tapi bagi yang belum mahu lena, tatap dulu gambar bunga-bunga yang berkembangan di taman sari ini. Memang saya suka sangat merias cupcakes berbunga-bunga macam ini. Tips mudah bagi sesiapa yang berminat membuat gubahan bunga gum paste, jangan lupa berlatih sekerap yang boleh dan guna resepi yang sesuai citarasa.
Sebenarnya gum paste ada banyak jenis. Dan saya sendiri menghadiri banyak kelas tapi hasilnya tidak memuaskan hati. Ada sesetengah resepi tidak menghasilkan adunan yang tahan lama. Berkulat dan amat merugikan. Ada yang terlalu keras macam porselin apabila kering dan ada yang terlalu sensitif, menyebabkan proses menyediakan bunga gum paste menjadi sangat merimaskan kerana kipas dan pendingin hawa akan doh gum paste cepat kering.

Apapun pencarian saya berakhir apabila bertemu dengan seorang peminat tegar bunga gum paste berpengalaman dan dia sudi berkongsi tatacara membuat bunga orkid Catlteya dengan pengeras RM200. Rasa-rasanya berbaloi walaupun cuma sejenis bunga saja kerana saya tidak perlu lagi susah hati mengenai masalah bunga gum paste berkulat. Jadi bolehlah saya buat semua bunga lebih awal, adakala sebulan sebelum tarikh. Ini sangat membantu mempercepatkan proses dekorasi.
Dan paling penting jika musim hujan, saya tidak risau kelopak bunga 'layu' akibat cuaca lembap (seperti yang berlaku sepanjang Disember lepas). Kelopak juga tidak mudah retak dan sangat luwes (fleksibel). Apapun, nama pun gum paste, jadi kena bersabar dengan keadaan lekit dan lekatnya. Ratio tepung dan gum paste mesti seimbang sebelum boleh dicanai dan dibentuk menjadi kelopak bunga dan helaian daun satu persatu.

Satu lagi tips, saya tak suka membentuk bunga gum paste menjadi sama seperti bunga betul kerana bagi saya hilang seri dan seni jika terlalu mahu menjadikannya nampak asli. Kita perlu selesa dengan cara gaya sendiri kerana jika terlalu mahu mengikut rupa gaya hasil seni tangan orang lain atau bunga betul kita akan berasa sangat terkongkong dan berkarya. Ok, cukup setakat ini saja dulu.
Akhir kalam, jangan lupa baca Bismillah 21 kali sebelum berlayar ke alam mimpi. Wasalam.
5 comments:
Aiiiiii, barulah boleh tidur lena dapat menatap sang puspa yang putih melepak di taman sari. Awas ya dengan si kumbang durjana, jangan mudah terpesona kelak kelopak sendiri yang merana ;-)
Salam Kak Jun,
Cantik sentuhan jemari Kak Jun merias kelopak..
cantiknyaaaa....kagum..
ya Allah, cantiknyaaaaa....ternganga saya tengok bunga kelopak putih nihhhh
Cantik bunga tu...
Post a Comment