Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Tuesday, January 10, 2012

Hukum Karma, Onar Berbalas Onar?



Assalamualaikum

MALAM ini episod akhir drama Karma lakonan Ziela Jalil, Aaron Aziz dan Fauziah Ghouse di TV 9. Entah mengapa, apabila menonton drama ini, saya teringat kisah yang diceritakan teman wartawan (hiburan) mengenai seorang isteri berstatus VVVIP yang begitu dramatik sekali. Khabarnya, pada satu hari beliau terdengar desas-desus mengenai seorang pelakon wanita muda, cantik dan sedang hangat di pasaran, bernikah dengan seorang ahli kenamaan.

Maka si isteri VVVIP ini pun dengan sinis mengatakan, "alahai bini sapa yang pulak yang kena togok minyak gas ni!?" Begitulah lebih kurang bunyinya. Maksudnya siapalah yang akan kecewa merana sampai nak bunuh diri akibat suami bermain 'kayu tiga berapi'. Semua isteri kenamaan lain, yang berpangkat, golongan ningrat, yang bergelar....berdebar-debar. Siapa punya madu? Siapakah bakal telan hempedu?


Dan nak dijadikan cerita, akhirnya tersebar jua kisah sebenar, pelakon itu rupa-rupanya adalah madu si isteri VVVIP itu sendiri. Memang hampir-hampir dia mahu menogok minyak gas dek hati yang punah ranah bak kaca terhempas. Mujur si kenamaan ini pulang tepat pada waktunya, dan walaupun badannya lebam dan calar balar -- akibat kena tinju dengan isteri yang sudah naik hantu -- ditumbuk dan dicakar, namun dia tetap menikus saja, terima segala herdikan dengan sabar.

Mungkin dalam hati berbisik-bisik jua, pukulan perempuan, tak seperit mana. Jadi, si isteri pertama pun tumbuk....tumbuk...dan tumbuk si suami. Sebaik saja sudah terhambur segala ledakan kemarahan yang merusuh dalam hati maka akhirnya cair juga dipujuk-pujuk suami. Selepas itu, si suami pun menghilang sehari dua, kata pergi mengikuti delegasi ketua negara, tapi sebenarnya berada di rumah isteri kedua....mencari penawar. Maklumlah badan dah macam kena kesan berbekam dek segala lebam dan birat yang berselirat.

Gambar ehsan TV9

Begitulah alkisahnya, dan selepas berpuluh tahun berlalu, kisah itu pun lenyap bagai pergi dibawa angin lalu. Hati si isteri pertama akhirnya kematu. Kesudahannya, apabila suami yang memang sudah tua itu sakit teruk, isteri muda yang menjaga dan merawatinya sampai ke hujung nyawa. Hilang segala gemerlapan di pentas dan layar, duka hati meladeni sakit parah suami diimbangi dengan zikir dan istighfar.


Jadi jangan lupa soroti ketentuan takdir wanita bermadu dalam dalam Karma di TV9 jam 9.00 malam ini. Bukan sengaja nak mengajak berlagho (leka) depan layar besar, sekadar berkongsi cerita. Mungkin boleh diteladani, muhasabah diri.

Apapun, saya suka lakonan Ziela Jalil dalam Karma kerana dia membawa watak yang sungguh berbeza berbanding dalam drama ini. Bagi saya Ziela ni berhemah dan tegar umpama karang di pantai, dan jiwanya sangat teduh dan lembut bak ampai-ampai. Memang berkesan sungguh lakonannya Ziela Jalil sebagai Puan Sri Waheeda.

Akhir kalam, saya kongsi kek hujung minggu dan semalam. Perjalanan saya untuk 2012 ini pun nampaknya penuh dengan kejutan. Hem.....kejutan. Apapun, alhamdulillah. Sampai jumpa lagi, wassalam.






Happy Biryhday Datin CEO, yang sambut harijadinya semalam. Kek Vanilla dengan lapisan puree strawberry dan buttercream vanilla.



Kek Opera, Moist Chocolate Cake dan Chocolate Indulgence....semuanya menambahkan kilo di sekeliling pinggangku ....tapi sedap.

Isnin lalu harijadi suami pelakon Sheila Rusli.....Happy Birthday Bro Jinggo. Kek ditempah oleh anak-anak buahnya...terima kasih. Syukran.


Wasalam

8 comments:

Amie said...

Kadang-kadang terfikir juga sebagai perempuan kenapalah terpaksa menerima nasib diduakan, ditigakan dan diempatkan....tumbuk cakar macamana pun kalau dah lelaki hatinya dah ke lain, apa yang perempuan dapat. Agaknya lelaki ni makin dijaga makin diperhati, makin naik tocangnya. Dan kadang-kadang terfikir juga kalau ada laki begini, biarlah dia buat apa dia mahu, beri peluang padanya... dan kita sebagai perempuan janganlah asyik merendam perasaan sakit, jom buatlah benda2 lain yang banyak memberi faedah dalam hidup selain 24 jam asyik fikir pasal suami yang hatinya dah berbelah2 tu.... he he hehhh

wanG said...

saya dgr2 cerita, cerita tu berdasarkan kisah benar..wallahuaklam...tapi saya suka tgk fauziah ghous pakai tudung..cantik & sejuk mata memandang...kan?

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam, KJ. Saya tak tengok cerita Karma tapi tahu jugaklah sinopsisnya. Sejak dulu memang suka dengan Ziela Jalil, tapi TV9 ni entahlah, macam selalu terlepas pandang. Cantiknya rupa kek, rasanya pasti gebu dan sedap ;))

cupcakekasih said...

Amie....kak Jun setuju...perempuan jangan asyik nak berendam airmata dan lebih baik buat benda berfaeda daripada menghabiskan tenaga dengan memikirkan segala onar pasangannya itu.

cupcakekasih said...

wanG: memang cantik Fauziah Gous tu...tak mekap lawa, bermekap pun lawa. Tapi kalau dia berhijab terus...memang lebih lawa

cupcakekasih said...

SARI: memang kak Jun jarang buka TV3 atau TV9 sebab kak Jun suka tenguk 703 + 706...tapi sesekali cuba Sari ubah selera....

ssrtrade said...

salam kak jun dapat tak e mail saya ssrtrade@gmail.com

zuwaidah said...

Saya pun selalu terlewat siaran channel TV9 nih...jarang sangat nengok. Sejak menjak anak dah masuk tadika...cuma sempat tengok satu program...lebih2 masa tu layan si kecil ni saja.