AssalamualaikumALHAMDULILLAH, malam tadi kami sekeluarga dimurahkan rezeki kerana berkesempatan menghadiri majlis kuliah Ustaz Azhar di masjid Negeri Shah Alam. Sebenarnya saya pun tak tahu menahu pasal ceramah ni kalau Alia tak buka cerita. Katanya, kawan-kawan di UITM, yang sama-sama minat Ustaz Azhar yang bagi info. Dalam hati terdetik, hebat sungguh aura Uztaz Azhar ni, mampu menambat jiwa raga remaja. Walaupun beliau berceramah pekat loghat Terengganu, kita masih boleh memahaminya (atau cuba memahaminya).
Apapun, berbalik cerita malam tadi, kami bertolak sekitar 6.45 pm dan seperti dijangkakan parking di dalam kawasan masjid penuh. Kenderaan melimpah ruah sampai ke bahu jalan jadi kami kena menapak juga lebih kurang 10 minit. Sesampai di laman masjid, jemaah sudah penuh. Saf wanita melimpah sampai ke luar dewan solat dan kami (saya, Alia, Arina dan Kasih) dipersilakan ke ruang solat di tingkat atas.
Ingatkan cuma setingkat, rupa-rupanya kena menapak sampai empat lapis tangga juga. Adoi, mencungap-cungap juga tapi dalam hati kata tak apa...sebab teringat juga, dulu-dulu kaki inilah yang dok hanyut entah ke mana-mana, turun naik shopping mall yang tertinggi, terbesar terpanjang.... kat merata dunia. Jadi, kali ini biarlah exercise sikit supaya darah kat kaki tu lancar dan kuranglah sesemut kebasnya kalau duduk lama-lama sekejap lagi.

Inilah suasana di ruang solat utama masjid, sangat meriah. Layar besar dan beberapa layar sederhana besar juga di pasang di banyak sudut lain kerana jemaah terlampau ramai. Rasa-rasa ada 50 ribu kot. Kalau toleh kiri kanan, nampak lautan manusia sahaja dan dikuasai gema suara Ustaz Azhar. Sesekali kedengaran jemaah lelaki tertawa (seperti biasa) sebab Ustaz Azhar pandai buat lawak.
Kami empat beranak menyelit-nyelit mencari tempat di ruang solat utama ini sebab tak seronok berada di tingkat atas. Kita nak feeling feeling juga, tenguk wajah-wajah jemaah lain yang khusyuk (sampai ada yang ternganga-nganga). Apa yang pasti majoriti hadirin ialah golongan remaja, muda dan dewasa. Mungkin golongan lebih berusia (maksud saya yang 60-an ke atas) berada di bahagian lain masjid, wallahuaklam. Tapi, anak dara yang manis-manis, berjubah berjilbab, muka jernih-jernih, cerah-cerah...semua dok khusyuk mendengar butir bicara ucapan Pak Ustaz. Syahdunya.
Apapun, ada juga yang menempelak saya kerana menampal poster jemputan ceramah Ustaz Azhar ini di FB. Antara lain, si penghantar komen kata, "dengar ceramah ni melalui Youtube pun boleh....sedangkan orang buat Master Degree pun dah boleh online."
Hem, saya tak balas sepatah pun sebab itu pendapat dia. Masing-masing berhak bersuara, jadi hak saya cuma ada di laman maya sendiri. Sekarang saya memang sangat concious dengan status FB saya dan juga cerita ceriti kat laman blog saya, sebab tak mahu mengundang komen yang boleh mencetuskan 'fitnah dan perang mulut'. Nauzubillah.
Dan saya pun sebenarnya tak selesa jika dianggap riak apabila menulis hal-hal jiwa dan rohani (bab agama) begini di blog dan FB. Tapi, saya anggap, ini sekadar perkongsian sebab saya ni memang jahil, banyak yang tak tahu jadi kalau dapat tau sikit tu, kita rasa suka nak kongsi....nak bagi tahu. Benda yang baik. Tapi kalau ada yang anggap kita nak menunjuk-nunjuk (macam dah alim sangat, padahal dulu...), jadi saya diam sajalah. Tak mahu muflis di akhirat kerana buat dosa kering.
Apapun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada laman FB Ustaz Azhar Idrus untuk gambar-gambar ini pula.

Ok, bab inti pati ceramah tu nanti saya copy paste dari laman web blogsantai sekejap lagi.
Sampai jumpa lagi, wassalam

5 comments:
tengah seronok2 baca coretan KJ, tersentak sekejap.. rupanya ada juga yang tak senang hati ya.. sabar ya, KJ. Sy tunggu2 perkongsian intipati ceramah tu, thanx, KJ.
Jun, malam tadi saya tak berkesempatan ke Masjid Shah Alam, tapi saya pernah attend ceramah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Al Falah. Walaupun agak susah nak faham sebab Ustaz cakap Trengganu, tapi saya suka cara pendekatan Ustaz Azhar ni... Jgn peduli apa org nak cakap, sebab menghadiri majlis ilmu ni amat2 di beratkan dalam islam.
Apa kelas busy body dengan blog orang lain..blog kita suka hati kita ler..Benda baik lah nak war-war gempak..dapat saham akhirat..Pasal tu lah orang buat azan..suruh kempen ramai-ramai pi solat..otherwise orang senyap-senyap jelah solat jemaah ye dok...
salam kak jun tak payah la nak ambik pusing ngan orang cam ni blog ni ibarat rumah kita la katakan sapa suruh dia mai kita tak jemput pun rumah kita suka ati kita la kan nak letak pokok apa pon kalau kita nak letak pokok temucut pun apa dia kesah kan.
Kak Jun dah dpt pahala kerna berkongsi ilmu di sini...syukur, kita2 yg singgah kat blog kak jun ni pun dah dpt ilmu yg kak jun kongsikan di sini.
Post a Comment