caption: Gambar ehsan Amenoworld
Assalamualaikum
HARI ini cuaca redup saja. Macam nak hujan. Angin pun sepoi-sepoi bahasa. Tapi berita hari ini semua panas-panas belaka. Buka Twitter, blog, Facebook....semua sama saja ceritanya...mengenai kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sudahpun dimuktamadkan sebagai tidak bersalah.
Jadi dek kerana kes yang maha penting untuk masyarakat Malaysia ini maka saya pun tertarik menggarapnya dalam laman blog saya sebagai sebuah catatan sejarah. Sememangnya tahun 2012 ni saya sudah memperakukan satu azam baru, mahu mengetengahkan apa saja berita penting sepanjang tahun sebab ini adalah koleksi peribadi kerana akan memudahkan kerja saya kelak jika hendak mencari rujukan demi menyiapkan sebarang cerita, berita dan rencana. Sesuailah dengan agenda seharian saya....bukan berkisar mengenai kek...kek...kek dan kek saja. Hal dunia pun saya ambil tahu sebab senang nak bercerita dengan anak cucu.
Jadi kisah DSAI ni, reaksi masyarakat berbeza-beza. Ada yang terima dengan sorak gembira, gegak gempita. Ada yang bengkak hati diiringi dengan segala macam caci maki. Tapi disebalik semua ini apa? Melayu & Islam. Renung-renungkan bagi siapa yang masih mahu menikmati indahnya semua kehidupan yang aman damai. Boleh masak dan menjamu selera sesuka hati tanpa takut ditembak atau dipukul penjarah atau disodok dengan belati. Segala-gala yang berlaku membuat kita keliru dan apabila terjadi pula kes letupan bom sebaik sahaja selepas pengumuman DSAI tidak bersalah, maka hati kecil pun mula tertanya-tanya...aku sebenarnya di mana.
Kalau nak tahu cerita penuhnya, saya garap sedikit di sini;

Mangsa setakat neh yang cedera ialah 2 orang. Kedua2nya lelaki. Salah seorang yang tercedera neh dikenali sebagai Zuhairi Mansor, ahli AMK Parlimen PJS. Dia sedang dirawat di hospital sebagai pesakit luar. Sebuah kereta kancil juga rosak [kemek] akibat terkena bom buatan tangan. Pemilik kereta kancil tersebut dipercayai salah seorang ahli pkr dari pahang. Manakala kereta elizabeth wong pula dilaporkan okey cuma bahagian depan ada kesan rosak sedikit.
Menurut infomer dari twitter, salah seorang mangsa neh terkena bom akibat terlanggar kon yang diletakkan bom di bawahnya. Aku akan betulkan apa2 yang salah di dalam posting neh selepas neh kalau ada yang salah. Info2 neh belum keluar dalam berita lagi. Sebab neh ialah info2 yang dapat menerusi fb dan twitter rakan2 yang berada di lokasi kejadian.
Akhir kalam, nikmati tengah hari yang redup ini dengan lapang dada. Wasalam

4 comments:
menerima segalanya dengan hati terbuka, pasti ada hikmah tersembunyi di sebaliknya... ;))
Betul sangat tu Sari. Sebaiknya jangan berprasangka...betul tak?
kes ni dah lama sangat, mcm dah basi je..bagi saya, makan kek lagi best...hati mesti berbunga lepas dapat yummy cake..hehe
Betullll... ;-)
Post a Comment