PAGI Tadi, dalam MHI, M Zul ada menyebut carian tertinggi Google ditakluki Angry Birds, tempat kedua Ipad dan ketiga Cikgu Shidah. Bagi sesiapa yang tidak pernah kenal Cikgu Shidah boleh klik sini. Jadi tak perlulah saya bercerita panjang lebar pula mengenai cikgu dari Parit (Perak) yang sangat kreatif ini.
Akan tetapi berbalik hal Angry Birds itu, pengacara tertanya-tanya juga, "kenapa agaknya Angry Birds" yang menjadi juara. Teman pengacara mengandaikan ramai yang tahu pasal games burung mengamuk ini, tapi saya pulak rasa satu lagi sebab ialah kita inilah, cake artists, yang selalu google imej burung ni apabila nak buat toppers untuk cake.
Akan tetapi berbalik hal Angry Birds itu, pengacara tertanya-tanya juga, "kenapa agaknya Angry Birds" yang menjadi juara. Teman pengacara mengandaikan ramai yang tahu pasal games burung mengamuk ini, tapi saya pulak rasa satu lagi sebab ialah kita inilah, cake artists, yang selalu google imej burung ni apabila nak buat toppers untuk cake.
Sebenarnya sejak games ini diperkenalkan, saya menerima banyak permintaan kek harijadi bertema Angry Birds. Memang saya tak tahu hujung pangkal, apakah bendanya Angry Birds itu? Tapi apabila bertanya anak-anak, semua tertawa (mak macam ketinggalan zaman). Nasib baik tahu berkomputer. Jadi, setiap kali nak buat kek bertema burung-burung cute ini, saya akan google sahaja imejnya.
Tapi tatarias kek ini bukan hasil kerja seni saya tapi Alia. Memang saya dah angkat 'bendera putih' awal-awal. Kali terakhir saya membuat kek bertema serupa, pening berhari-hari. Sakit mata dan jari dek kerana merenung dan membelek segala maknika titik benget dalam menyempurnakan rupa gaya sang burung. Setiap satu ada ekspresi berbeza dengan ukuran yang sangat kenit, menyebabkan sesetengahnya perlu dipegang dengan tweezer. Prosesnya sungguh memakan masa. Jadi selepas itu jika ada permintaan, saya tanya Alia dulu. Kalau dia sanggup, baru saya setuju terima tempahan.
Cuma Alia saja yang tahu mengadun burung-burung ini dengan kemas dan penuh penghayatan. Saya cuma menyediakan kek dan membalutnya dengan fondant. Cantikkan?
Biasanya yang minta buat kek Angry Birds ni mesti untuk anak lelaki. Kalau anak perempuan, mesti kartun yang manis manja macam Dora, Barney, dan paling teratas sudah tentu kek Princess. Tapi kalau minta buat kek untuk
Kek ini sekejap saja menyudahkannya. Emak Sara cuma minta kek No: 1. Reka corak dan penggayaannya terpulanglah kepada kreativiti saya. Memang mudahlah saya hendak mengadun gaya.
3 comments:
hii kak jun. rindu sama kak jun...dah lama tak singgah sini yaaa. (hishhhh awat lidah jadi pelat indon lak nih heheheheh)
Kak jun, kalau kek princess tu...adohhhh memang sayang nak ptong laaaaa....cantik sungguh ropol2 tu...seakan betul. Kak jun memang hebat!!!
Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Kagumnya dengan bakat Alia, orang yg penyabar saja mampu menghasilkan objek begini.
Salam Kak Jun,
Speechless tengok kek princess barbie.
Post a Comment