Assalamualaikum
"Ma, sapa Izwan Pilus.
"Kenapa?
"Dia meninggal...."
Cepat sungguh cerita tersebar melalui Twitter. Lalu saya google nama yang satu ini. Dan terpampanglah segala cerita dan berita. Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Izwan Pilus. Dan bagi yang kurang mengenali siapakan pemilik nama yang sudah pun menjadi kenangan ini, saya kepilkan sedikit coretan maklumat yang saya perolehi daripada laman teman bloggers;
KUALA LUMPUR: Penyanyi Khairil Izwan Pilus, 32, meninggal dunia di wad ICU hospital Ampang kira-kira jam 6 petang tadi.
Finalis Bintang RTM yang juga abang kepada Aril AF meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah yang menyebabkan kegagalan organ dalaman.
Dan ini dari blog www.zulkbo.com
Lebih mesra dengan panggilan Izwan, Wan atau Kutek dikalangan rakan dan teman artis, Allahyarham dilahirkan pada 24 November 1979 di Hospital Universiti, Kuala Lumpur.
Berbintang Sagitarius penyanyi berkenaan mendapat pendidikan di bidang Pengurusan Pelancongan berkelulusan ijazah sarjana muda daripada Universiti Utara Malaysia.
Setelah tamat pertandingan Bintang RTM, Izwan Pilus yang meminati muzik berkonsepkan pop, r&b dan rock ini, pernah hit dengan singlenya yang berjudul Kembali Senyum.
Sepanjang hayatnya, Allahyarham sangat dikenali sebagai seorang individu yang agak pemalu, bagaimanapun senang didekati, peramah,mesra, manja dan suka membantu orang lain.
Penyanyi yang popular dengan lagu Kembali Senyum itu, dilahirkan daripada program Bintang RTM pada 2004 dan juga pernah tercalon untuk Anugerah Bintang Popular 2006 dan menerima pencalonan pada Anugerah Industri Muzik ke-14.
Hari ini, Khairul Izwan Pilus atau Izwan Pilus, 33 telah meninggal dunia pada jam 6.15 petang tadi di Hospital Ampang di sini, akibat jangkitan kencing tikus dan jangkitan kuman dalam darah atau Sepsis yang serius.
Marilah kita bersama menghadiahkan bacaan Al-Fatihah buat Allahyarham, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Takziah juga dari blog ini buat semua kenalan dan ahli keluarga beliau.
Akhir kalam, jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Palembang, Jasin, Melaka. al-Fatihah
1 comments:
Al-Fatihah, sedih terasa sebab sy suka sgt lagu Kembali Senyum tu yg diadaptasi dr lagu tema telenovela Korea Full House. Biasa juga tengok arwah mengacarakn program tv RTM. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Post a Comment