Assalamualaikum
CANTIK tarikh hari ini...20112011. Hari pun cantik. Panas terik. Kawan saya tanya, "kenapa kak Jun suka update status FB pasal cuaca?" Entah. Tak tahu kenapa ?!? Tak ada jawapan yang pasti. Tapi sebenarnya saya tahu kalau hujan lebat jalan pasti licin...banyak accident dan mengakibatkan sesak sana-sini. Jadi saya update keadaan cuaca di Subang Jaya supaya anak dan encik Suami, juga kawan-kawan sekariah lebih alert mengenai dunia di sebelah sini. Sekurang-kurangnya mereka boleh merancang perjalanan. Nak balikkah? Atau nak stayback saja kat pejabat sampai hujan seriat.
Saya sendiri, dek kerana meredah hujan Rabu lepas, sampai hari ni dok selsema lagi. Suhu badan pun turun naik, baru sekarang rasa kebah sikit. Tapi tekak saja masih pedih. Jadi kurang berselera nak makan. Sejak pagi tak tahu nak makan apa agaknya....? Mungkin sebab perut pedih, tapi pandang semua tak berselera?
Teringat juga dulu-dulu kalau mengandung saja selalu rasa tak ada selera nak makan terutama untuk tiga bulan pertama. Ingat lagi semasa mengandung Adam saya teringin nak makan mihun goreng bertemankan udang besar-besar sebab teringat kat mihun yang digoreng oleh aruah emak Rizalman (Ibrahim). Ketika itu Rizalman tinggal dengan saya dan baru nak berjinak-jinak dengan dunia rekaan fesyen. Jadi apabila emak Rizalman melawat kakaknya di Kelana Jaya, adalah juga dia bawa buah tangan, dan dapat juga saya merasa makan itu ini termasuk mihun yang sedap itu.
Nak dijadikan cerita, semasa pregnant Adam saya asyik teringat mihun itu saja. Kempunan pula. Emak mentua cuba goreng, tapi tak sama (bukan tak sedap, tapi rasa tak sama) dengan yang pernah lalu kat tekak ni. Encik Suami beli yang ada udang besar, pun tak sama juga rasanya. Nak suruh emak Rizalman goreng, dia sudah pun balik ke Penang.
Kesudahannya, Rizalman sendiri yang sinsing lengan baju. Lapipun dia memang suka memasak pun. Hah! Baru puas hati. Ok! itu cerita 18 tahun lepas. Dah basi dah cerita ni. Adam pun dah besar panjang dan kini sedang bergelut dengan SPM.
Semasa mengandung Arina pula, saya asyik teringat makanan Jepun pula. Agaknya sebab encik Suami bekerja dengan company Jepun kot dan selalu berulang-alik ke sana. Tak tahulah kat mana logiknya kaitan antara fakta 1 dan 2. Tapi saya suka Miso sup. Sedap. Kalau Kasih pula, saya teringatkan ayam goreng Ibu Suhartik. Pasti semua tahu, ayam apakah itu? Restoran Ibu Suhartik ni sangat popular di Jakarta dan bandar besar lain di Indonesia. Memang sedap sangat...lebih sedap dari ayam penyet yang sekarang ni berlambak-lambak di pasaran.
Kali pertama saya merasainya semasa berombongan degan kawan-kawan Jelita ke Jakarta pada awal 2003. Saya pergi dengan Lily Haslina Nasir (novelis tersohor tu), Bariah dan Aziah Ali. Kononnya nak hilangkan stress sebab baru menghabiskan issue yang sungguh mencabar -- kisah nikah kahwin di Sempadan. Sampai ke Narathiwat kami redah untuk mencari bahan.
Jadi sebagai ganjaran untuk diri sendiri kami mudik ke Jakarta ler. Seronok sungguh berlibur di sana -- pergi satu beg kecil, balik tiga beg besar. Sewa sebiji Kijang, kami tawan satu Jakarta. Lebih menarik lagi, pemandu pelancung kami, Yamin, jejaka Jawa sejati yang membesar di Jakarta. Kalau nak tahu, encik Yamin kita ni pernah menjadi perunding fesyen di Euro Moda dan kawan baik kepada pereka fesyen Iszal Ismail, yang juga pemilik butik Citra (oh! panjang pula penerangan salasilah untuk si Yamin ni).
Apapun, tak pasal-pasal pula saya mengandungkan si Kasih sebab ingat Arina yang bongsu. Tak plan pun (meraung). Dan dalam melayan rawan di hati (bukan sebab tak suka mengandung tau! Tapi tak tahan nak melayan muntah berkolah-kolah), teringat pula kat ayam goreng Ibu Suhartik yang boleh dimamah seluruh anggota badan dan tulang-temulangnya itu. Lazat sungguh
you! Teruk betul penangan alahan saya, muntah lembik macam sayur dah tak lalu nak makan apa pun. Kebetulan satu hari tu, si Bariah telefon, bertanya khabar... saya pun mengadu, "teringin nak makan ayam goreng Ibu Suhartik".
"Wah! parah tu buk! Gi mana ni,"usik Bariah.
"Iya Bariah...parah. Kalau tak dapat....kita pengsan setahun".
Tapi, tak sangkalah pula, dalam diam-diam Bariah bercerita kat Iszal dan kebetulan pula ketika itu Yamin ada urusan di Jakarta. Jadi, dua tiga hari kemudian Bariah telefon.
"Kak Jun, awak boleh suruh abang Lan pergi butik Iszal kat Ampang Point sekarang juga sebab Yamin baru sampai dari Jakarta. Dia ada bawa ayam goreng idaman awak tu."
Terkesimalah saya sekejap.
Whattt! Menitik airmata. Oh! terharu sungguh nih sebab kawan-kawan ku ingat juga dekat ibu mengandung yang banyak ragam ini. Lalu, sejam kemudian seekor ayam goreng Ibu Suhartik yang masih hangat, rangup, segar dari ladang sudah terhidang di depan mata. Tak percaya....inilah dinamakan rezeki bergolek ni. Saya pandang dengan penuh keterujaan.
Dah kenyang baru saya telefon Bariah untuk mengucapkan sejuta bakul beribu-ribu lemon terima kasih....juga...kepada kepada Iszal dan hero Jawaku, Yamin yang begitu bersuah-payah merayu kepada tuan empunya restoran itu agar mahu menggoreng ayam seawal jam 4 pagi. Maklumlah dia harus berkejar ke airport untuk penerbangan jam 7.
"Belum jam empat aku sudah ketuk-ketuk pintu restorannya Jun. Belum pernah dibuat orang, kata tokeh restoran. Untuk kamu tau!" cerita Yamin.
:-))
Macam mana saya tak bermelankoli kalau ingat semua ini? Kawan-kawan. Mengingati mereka membuatkan BAGAI saya mahu kembali ke detik itu.
:-))
Dan...tiba-tiba BB saya berbunyi. "Kak Jun, Ina rindu kak Jun."
Hem, Zarina (Zainuddin) memang begitu. Kalau lama sangat di lokasi pasti tiba-tiba akan mengirim berita manis ini. Rasa bersalah pula. Apapun, terima kasih atas ingatan. Bukan senang orang nak ingat kita tau. Terutama tanpa agenda tersembunyi, apatah lagi kala kita sedang susah dan gundah. Badan demam pun, terus kebah.
:-))
Akhir kalam, .....buat Huda, thank you dear.
captions: Kita layan Ketayap sajalah ya...buat meneduh pedih ulu hati ni. Nak makan tak ada selera.