Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Sunday, October 30, 2011

Cerita Pasal Kek Lebih Baik!

Assalamualaikum

PAGI tadi saya nak feeling feeling sorang sorang, makan tosei. Kononnya nak menikmati kudap kesukaan saya ini seenaknya sebagai pembuka hari. Apapun, selepas dua tiga suap, muncul sepasang teruna dara. Duduk dekat juga dengan meja saya. Mesra.


Tidak lama kemudian, pesanan roti canai pun sampai. Dan sesaat itu juga muncul seekor kucing. Entah dari mana, tahu tahu saja dah ada di bawah meja mereka sambil mengiau-ngiau minta secubit rezeki. Saya tak jadi hendak menyuap tosei, sebab mata dok mencuri-curi pandang ke arah pasangan X ini. Si wanita berwajah manis dan kalau dihakimi secara luaran pastilah dia ini lemah lembut orangnya. Si lelaki pun nampak macam muka syurga.

Si kucing terus mengiau, sambil mengelus-elus manja kepalanya kat kaki si perempuan. Nampak sangat dia tak suka sebab muka cuaknya sungguh ketara. Jadi sepantas kilat dia menguis si kucing dengan kaki. Si kucing gesel lagi. Dia tolak lagi dengan hujung kaki. Masuk kali ketiga, wajah manis si gadis berubah mencuka, lalu dia tunduk ke bawah meja dan menyepak si kucing. Gedebuk.

Astaghfirullahalazim.


Sesaat itu juga hati saya rasa ngilu. Si kucing yang mungkin dah terbiasa dengan layanan buruk manusia, terus berlalu. Hilang selera nak makan. Saya pandang saja muka si pasangan X ini, terutama si perempuan. Tak ada sedikit pun riak bersalah terlukis di wajah. Maaf ya! Tapi saya rasa sangat benci. Cuak dengan sikap orang-orang yang macam ni.


Kesian si kucing. Saya pun dah tak lapar. Terus bangun dan bayar. Sebelum beredar ke kereta, saya jeling lagi si couple X tadi. Emh! #@!~+


Saya cuba tinjau si Belang kat tepi longkang. Tapi entah ke mana dia menghilang. Pergi dengan perut lapar dan sakit kena tendang. Entahlah, malas nak cakap banyak, tapi saya harap kepada yang memang tak suka kucing atau mana-mana binatang; janganlah kasar sangat dengan makhluk Allah ini ya. Walaupun haiwan, tapi mereka tetap ada perasaan juga.


Bagi saya, melayan kerenah binatang ni bagai terapi jiwa. Sama juga macam menanam bunga atau hobi lain. Letih melayan orang, kita layan bercakap dengan kucing. Apapun, khas buat para pencinta kucing (haiwan peliharaan), saya dengan sukacita nak share link ni. Selalu juga saya singgah santai di laman ini kalau kepala ni tepu sangat dengan segala cerita ceriti.


Sebenarnya kalau ikut hati mau saya ulas panjang lebar hal pagi tadi. Tapi biarlah mereka dengan cara mereka dan saya dengan cara saya. Lebih baik kita cerita psal kek dan kali ini saya nak kongsi gambar cara-cara membuat German Cheese Cake sebab ada minta kongsi tips. Kalau nak tahu sebenarnya resepi cheese cake ni dah pernah saya papar kat laman ni. Nanti saya cari linknya semula ya. Sebahagian gambar ni diambil oleh pembantu rumah saya, si Mbak Marni. Jenuh juga nak ajar dia cari angle. Kesudahannya, kebanyakan gambar kelabu. Jadi, ini sajalah gambar langkah demi langkah yang ada.


captions: Putih telur dan merah mesti dipukul berasingan. Cream cheese dan gula dipukul macam kita nak buat butter cake. Apabila dah kembang gebu baru dimasukkan merah telur.

captions: Putih telur (dan gula) dipukul dengan kelajuan tinggi sehingga menjadi gebu, stabil dan 'bertanduk'. Step ini paling penting atau cheese cake tak 'naik' dan menggebu.

captions: Kemudian masukkan sebahagian adunan putih telur ke dalam adunan
cream cheese.
Kaup balik sampai sebati.

captions: Kemudian tuang campuran adunan tadi ke dalam baki adunan putih telur. Kaup balik lagi sampai sebati.

captions: Base cheese cake menggunakan biskut yang dihancurkan kemudian dicampur dengan mentega cair -- ditekan padat-padat pada papan kek. Simpan dalam peti sejuk. Saya guna loyang berlubang dan ukuran kelebaran kek ini boleh adjust dengan melonggarkan kekunci pada loyang ini.


captions: Masak/bakar adunan cheese cake menggunakan teknik steambath. Anda boleh memilih membalut sekeliling loyang dengan aluminium foil bagi mengelak air meresap ke dalam kek atau adunan kek meleleh keluar loyang. Tapi saya memilih meletakkan cake dalam loyang kecil dan kemudian air dituang dalam loyang lebih besar (maknanya tak payah guna aluminium foil pun tak apa)

.captions: Kemudian bakar cheese cake mengikut arahan resepi.

Captions: Ini German Cheese cake juga, tapi saya picit sejaluran coklat ganache bagi menambah perisa dan kelazatannya. Yes!


Captions: Inilah hasilnya...selepas dirias dengan strawberry dan limpahan chocolate ganache!


Akhir kalam (lagi), saja nak share gambar Mae dengan dress barunya. Siapa yang jahit? Yours truly ya...! Mengada kau Mae. Tu ha, kucing jalanan kat luar tu asyik kena tendang...kena dera saja. Kau? Siap pakai gaun lagi. Berposing sakan. Sebenarnya dress Mae ini adalah lebihan kain tudung yang saya jahit tempuh hari. Cun kan!?? :-))

Friday, October 28, 2011

Rahmat Sebuah Jumaat

Assalamualaikum,

HARI ini saya bertemu seseorang. Sebenarnya sudah dua, tiga hari saya teringat kat nama yang satu ini. Aleh-aleh Subuh tadi NMA sms, ajak breakfast. "Aku belanja." Eh! Memang best betul macam ni. Kawan-kawan semua baik hati. Macam petang semalam, tiba-tiba Zety muncul depan pagar rumah saya dengan sekotak cream puff. Saya terlunga. Alahai Zety, macam mana Zety tau kak Jun teringin sangat nak merasa cream puff yang selalu Zety papar kat FB. Terima kasih banyak-banyak dengan kejutan yang manis ini.




Sebenarnya kami anak beranak suka sangat cream puff ni. Memang boleh buat sendiri, tapi biasalah kan kalau orang bagi tu mesti kita rasa terlebih-lebih sedapnya. Sekotak boleh dihabiskan sekelip mata. Tambahan pula kalau juadah sedekah. Macam karipap yang Alia bawa pulang minggu lepas. Sedapnya bukan main. Kata Alia memang boss dia sangat pemurah dan suka share macam-macam dengan staff. Alhamdulillah, seronok tau mengutip 'laba' ni.

Apapun, berbalik hal pagi tadi, sebenarnya kami bukannya nak makan sangat, cuma nak berborak-borak saja. Dapat pula kopi Arabica, jadi cerita pun jadi berjela-jela. Mulai 8 am sampai nak dekat pukul 12 baru usai. Sesampai di rumah kami sambung lagi berborak sejam dua sambil pekena teh dan lemon muffin pula. Kata NMA, hari ini memang untuk saya sebab dah lama tak jumpa dan mulai minggu depan dia akan mula bekerja di tempat baru, jadi mungkin lagi susah nak bertemu.


Cuma yang tak bestnya dalam dok seronok borak-borak, bekas boss saya dahulu sms mengatakan reunion yang sepatutnya berlangsung esuk terpaksa ditunda. Alamak! bak kata Nisa....dah semangat nak bersolek dan berdandan, tiba-tiba tak jadi pulak. Harap-harap Jade baca pengumuman ni ya (atau dia masih di Amsterdam?).


Hemmm, nak tulis panjang-panjang pun tak ada mood. Jadi saya share saja gambar Azlin yang menghadiri kelas dekorasi kek Princess baru-baru ini.



Sebenarnya Azlin memang tak ada kemahiran menghias kek langsung. Tapi dia teringin sangat nak buat sendiri kek harijadi anaknya, Nadrah yang genap setahun. Tapi tenguklah hasilnya, cantikkan.


Azlin datang lenggang kangkung sahaja kerana semua bahan saya sediakan iaitu dua biji kek 1.8 kg dan 2 kilo fondant. Selain mempelajari teknik membalut kek, Azlin juga mempelajari cara membuat gaun Princess, bunga, swan dan segala perhiasan yang lain. Maknanya dari kek kosong, sampailah akhirnya menjadi secantik ini. Kata Azlin Disember nanti seorang lagi anak perempuannya akan sambut harijadi, jadi sekali ini bolehlah dia buat sendiri. Berbaloikan?


Akhir kalam, saya sudahi dengan wasalam.







Wednesday, October 26, 2011

Hari Ini Feeling Feeling Lagi!

Assalamualaikum

HARI ini sebenarnya sangat panjang dan memenatkan tapi menyeronokkan. Kami sekeluarga menghabiskan masa di KLCC. Semuanya kerana nak meraikan birthday Kasih - part 2. Oh! Ada sambutan berperingkat-peringkat ya? :-))

Sebenarnya tarikh harijadi Kasih jatuh pada 21 Okt 2011 tapi dek kerana itu hari bekerja jadi kami semua setuju nak sambut pada hari ini saja.


So, as usual birthday girl dapat 'pakai' mahkota besar. Maksudnya, depa dapat jadi 'king' for one day. Jadi kononnya Kasih yang boleh tentukan nak celebrate birthday dia macam mana, atau makan kat mana dan nak minta (hadiah) apa! (Tapi kena ikut kemampuan emak ayah jugalah!)


Apapun, sebab kami sekeluarga suka sangat restoran yang satu ni...jadi boleh dikatakan setiap tahun kami mesti pilih untuk celebrate kat restoran ni juga. Jadi kesudahannya dalam setahun lebih kurang enam tujuh kali juga kami sambut majlis istimewa kat sini. Walaupun nak dapatkan meja pun kena menunggu lebih kurang sejam, tapi kami tetap sabar.



Tahun ini kami pilih cawangan restoran ni di KLCC. Bertuah betul sebab dapat kedudukan yang bagus - makan sambil memandang hijau, burung dan air pancutan. Hari ini semuanya best...sebab hari istimewa untuk Kasih, kecuali makanannya yang memang sangat lammmbatt siap. Hampir 30 minit selepas membuat tempahan, baru juadah dihidangkan.

Ni pilihan Adam....Ayam Panggang Madu

Ini pula pilihan Arina....ayam juga, Maryland Chicken.

Ha...ini pilihan saya. Kalau makan kat sini, saya mesti nak Nachos ni juga. Ada lapisan daging dan dilitupi keju yang melemak.

Kalau si ayahnya mesti minta ni....Rib Eye Steak. Memang sedap.

Alia suka makan ni....apa namanya pun saya tak ingat.


Pembantu rumah kami pun ikut juga. Kesian kat dia, asyik melipat kain baju yang bertimbu-timbun tu kan. Jadi, kali ini merasalah dia melawat KLCC. Marni makan Fish & Chips saja sebab dia tak berani nak try hidangan yang pelik pelik tu. Wah, feeling feeling juga kau ya Marni, sambil makan boleh tenguk taman yang lawa....ada water fountain, kolam renang yang besar gadang!



Pada penghujung acara....Kasih tiup lilin dan pelayan restoran yang hensem hensem tu nyanyi lagu Happy Birthday....! Malu malu kucing sekejap Kasih (p/s: ramai juga yang sambut birthday kat restoran ni. Jadi sana sini lagu harijadi tu berkumandang). Kek coklat yang Kasih makan ni jenis kukus, Molten Chocolate Cake dengan lava coklat kat tengah tu...dimakan dengan aiskrim. Super yummeh tu. Harus nak try buat sebiji esuk. Test skill dan deria rasa sambil menambah lemak yang sedia ada.


Cewah...habis makan, posing posing lagi. Sebenarnya mama yang lebih, asyik suruh Kasih posing sana sini. Apapun, hari ni kira-kiranya Kasih sangatlah puas hati. Dapat sambut birthday dua kali tiup lilin. Dapat hadiah dan dapat pakai 'mahkota diva'. Sambutan harijadi yang berikutnya ialah Disember nanti....encik Adam turn 17.



Akhir kalam, selamat malam dan wasalam.

Tuesday, October 25, 2011

Antara Abang, Kasih dan Sayang

ASSALAMUALAIKUM

MALAM dah larut, baru sekarang saya ada mood nak sambung cerita. Siang tadi terima kiriman sms daripada seorang kawan lama, Cik D, yang membuatkan saya tersenyum sendiri. Hem, akhirnya dia akan naik pelamin juga. Eh! Tapi sebenarnya tak ada pelamin pun, Cik D cuma nak buat majlis akad nikah saja.

"Aku cuma bagi tahu kau saja. Dulu kan kita pernah berjanji, kalau kawin mesti bagi tahu. Jadi sekarang ni giliran aku pulak bagi tahu kau, finally my jodoh datang juga."

"Alhamdulillah. Biar lambat tapi selamat." Kata saya.

"Lambat dah tentu. Selamat belum tahu. Bayangkan, 20 years after your kenduri, baru giliran aku pulak. Merasa juga jadi pengantin. Mujur anak kau tu tak kawin cepat, kalau tidak lagi malu aku. Dia bersanding lebih dulu dari aku."

"Ada juga berangan-angan nak kawinkan dia cepat-cepat. Especially kalau terasa sunyi sangat tu, mulalah nak suruh dia kawin cepat. Jadi dapat cucu cepat. Tak payah lagi nak main dengan kucing. Belek-belek kucing. Timang-timang kucing. Tapi macam takda respond pun."

"Kau jer beranak Jun."
"Eh! Tebiat tu. Dah letih dah. Tak larat. Kau jer beranak cepat-cepat, Nanti aku jaga kau dalam pantang."
"Iyalah tu. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam."
"Kenapa pula main kias kias batu dengan sabut?"
"Iyalah, nak selamat apa. Dah sah sah aku sekejap lagi nak masuk 50. Future husband mid 30's."

Huh! Memang kalau masa sembang (telefon) tu saya tengah makan, mesti tersedak. Tak sangka kawanku yang sorang ni glamour macam Demi Moore juga. Bertemu jodoh dengan dengan lelaki jauh lebih muda. Jadi sekarang faham ler saya kenapa dia kata..."selamat belum tentu lagi." Memang jenuh nak meladeni lelaki muda ni. Hem, letih! Tapi rezeki dan jodoh. Siapa tahu ya Cik D. Jodoh masing-masing. Jangan fikir negatif sangat!


Sebenarnya, walaupun Cik D ni dah nak masuk 50, tapi kalau dia mengaku late 30's pun orang mesti percaya. Badan, muka, kulit, rambut...semuanya masih ok. Tak gaya macam orang dah berumur langsung. Maklumlah orang moden. Pangkat besar, gaji banyak. Jadi lainlah ceritanya. Cara dia menjaga kecantikan memang tak terlawan. Teliti seteliti telitinya. Pantang penat, mesti ke Spa. Sebulan sekali mesti baring dalam oxygen chamber. Ha, kalau nak tahu apa benda ni, pi Google.


Sebenarnya, tak banyak beauty center yang ada benda ni. Satu satunya yang pernah saya tenguk ialah di salun Zarina Zainuddin. Harga sebiji Oxygen Chamber ni saja beratus-ratus ribu RM. Kalau semua masih ingat, satu masa dulu mendiang Michael Jackson pernah hebuh-hebuh pasal nak awet muda/panjang umur. Dikatakan dia tidur dalam oxygen chamber/bed ni. Jadi, benda ni pun lebih kurang macam itu juga rupa/fungsinya. Tapi Cik D bukan buat rawatan tu di sini. Tapi di luar negeri. Dia ni suka beli pakej perlancungan kesihatan/kecantikan. Harga pakej saja berpuluh-puluh ribu. Maklumlah, duduk dua, tiga minggu di Switzerland, Austria, Jepun dan entah mana mana lagi. Orang banyak duit, jadi semua boleh dikuit. Mekah cik D dah pergi. Umrah pun banyak kali, sampai tak terbilang dengan jari. Jadi, bolehlah berhajat segala nikmat yang lebih berdarjat.


Berbalik kisah Cik D nak bernikah tak lama lagi ni, memang sesuatu yang saya rasa agak ganjil juga sebab katanya lelaki yang bakal menjadi suami tu simple saja. Memanglah berpangkat juga tapi mana boleh lawan pangkat Cik D yang dah tahap ala-ala CEO tu.


"Saja Jun. Sebenarnya kalau tak kawin pun tak apa. Tapi aku malas nak fikir panjang. Jodoh datang, kawin saja. Titik."


"Well, aku ucap selamat pengantin baru ya. Semoga kekal ke anak cucu."
"Ha...itu sah sah nak perli aku tu."
"Perli ngapernya?"
"...anak pun belum tentu. Inikan pulak cucu."
"Eh! Siapa tahu. Sempat lagi tu D."
"Ishhh! Tak habis merepek-repek"
"Kau nak panggil dia apa nanti?"
"Panggil apa?"
"Cik Ki (suami) kau tu."
"Entah. Sekarang ni 'I You' saja."
"Eh! Dah kawin, kena lembut sikit panggilannya."
"Dah biasa panggil dia nama saja."
"Eh! Mana boleh. Mak aku kata, dulu bapak dia (atok aku) marah kalau dia panggil suami dengan namanya saja."
"So, Mak kau panggil ayah kau apa?"
"Abang?"
"Kau?"
"Yang."
"Aku nak panggil apa? Sah-sah aku tua dari dia. Takkan nak panggil 'abang' pulak."
"Aku tak suka panggil suami `Abang'. Tak eksklusif."
"Habis tu, kalau nak eksklusif, dia kena panggil aku 'Kakak' ler Jun. Aku panggil dia 'Adik'. Sesuaikan?"

LOL...tergelak besar le kami. Tapi memang bab panggilan suami ni ada macam-macam versi. Ada yang panggil suami dengan penuh kemanjaan - 'Ayang & Anja' (terus teringat Yem & Lina). Ada juga yang panggil nama saja. Ada yang panggil 'Mama & Abah/Ayah/Papa'. Atau ada yang panggil Darling......!


Tapi kata Datuk Abu Hassan Din, kalau panggil Darling saja ok. Tapi kena hati hati. Jangan digabungkan 'Ling + nama suami'.
"Kenapa?" Soal cik D.
"Contohnya....kalau nama husband Yaakob, bila di gabungkan dengan singkatan 'darling" jadi, Ling Kob! ha, apahal panggil suami 'lingkup!"

LOL.....sekali lagi ler kita ketawa besar.

Apapun, semoga majlis cik D nanti akan berlangsung dengan penuh rahmat. Tak kecil hati pun cik D tak undang ke majlis pernikahan tu nanti sebab majlisnya pun bukan kat sini. Nun kat luar negeri. Mana nak korek tiket kapalterbang ribu ribu tu.

Apapun, kalau bersalin nanti....jangan lupa tuntut janji ya D. Akan ku jaga kau berpantang dengan sepenuh hati....hi hi hi. Seikhlasnya, memang saya sangat happy untuk Cik D. Kalau murah rezeki, anak mesti cute sebab kahwin dengan orang putih! Mata biru tu.

Akhir kalam, saya sudahi dengan ucapan Selamat Pengantin Baru untuk cik D. Nanti balik Malaysia kita jamu German Cheese cake ni.



captions: Ini bukan cheese cake untuk Cik D tapi yang ditempah oleh Ria Kesumaningsih. Sedapkan namanya Ria? Sesedap kek keju saya ini juga. Resepinya saya pernah share kat dalam blog ni. Nanti sekejap lagi saya selongkar balik, kepil link kat sini.

Nite nite all. Esuk kita cuta cuti!

Face It! Face Off?

Assalamualaikum

COMEL tak gambar ni? Saya jumpa kat FB, by Marcos Babylin Lucas.

If You Have A Problem, Face It, Don't Facebook It.

Hem...dalam maknanya tu. Macam terkena batang hidung sendiri saja :-)). Hem....! Maklumlah, kadang-kadang spontan saja jari-jemari memetik butang kat hp, menulis bait-bait ayat penuh makna tersirat demi meluahkan panasaran di jiwa yang sungguh sarat.



Tapi, sekali sekali apa salahnya. Jangan sampai hal dalam kain dibentang sudah ler! Tapi kalau setakat nak tulis, 'bosan, geram, nyampah...atau rindu, suka, sayang....atau penat, letih, pokai...atau bla...bla...bla...rasanya tak apa kot? Kan? Entahlah! Tepuk dada, tanya selera jiwa. Tapi apapun, saya suka gambar ni. Comel sungguh baby tu. Bam bam! Tangan dia macam karipap...gebu! Kalau ada kat depan saya, confirm saya gigit pipi tu...! Ok, lah. Tenguk gambar ni, semangat nak menyudahkan kerja pun sudah terbit semula. Jumpa lagi ya.

Wasalam.

Monday, October 24, 2011

Feeling Feeling!



Assalamualaikum,

PETANG ni nak feeling habis ni sebab tadi baru jer pergi brunch dengan my PIC kat Decanter, yang terletak di sec 16, PJ. Awalnya, saya cuma berniat nak keluar sekejap saja, nak ambil cheque kat office di area situ juga (iya, tengah bulan dapat cheque, maknanya macam mengutip durian runtuh selepas guruh). Selepas selesai urusan, hati dah terpanggil nak mengarah ke rumah. Aleh-aleh kawan call dan apabila dia tahu saya terlalu 'dekat' dengan daerahnya, langsung diajaknya berkopi kopi dahulu. Bak kata orang, rezeki jan gan ditolak, ya tak? Lalu, kami pun melencung ke sebuah cafe yang sangat comel, eksklusif dan agak tersembunyi. Tempat begini memang sesuai untuk mencari ilham. Jadi saya pun feeling feeling sekejap. Teringat zaman masa dulu-dulu apabila sering kese orangan di oversea.

captions: Apakah namanya dessert ini, lupa saya nak catit. Tapi rasanya macam pastry yang disaluti apple crumble dan dilapisi filling blueberry. Sos pekat lemak manis suam pelengkap rasa. Jom jamu selera!


Aroma dan suasana Decanter ni sudah cukup membuatkan saya perasan sekejap, teringat semasa minum petang dengan Datuk Radzuan Radziwill di Rome, bertahun-tahun lalu.

Memang inilah gaya hidup terkini orang kota. Bistro dan cafe bukan sekadar tempat menjamu selera, tapi juga untuk terapi minda. Apapun, coffee dan dessert di Decanter ini memang sedap dan boleh bagi kredit....sebanyak bintang berkelip di dada langit. B egitulah ceritanya.

Harus sehari dua ni saya akan mampir lagi, demi menikmati suasana pagi yang sungguh sunyi, serasi. Buat sementara ni, kita layan dulu gambar pengganan yummy ini!

:-))

....masih melekat lemak manisnya!




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, October 23, 2011

Doa Buat Teman




Assalamualaikum

AHAD yang mendung tapi suasana sangat cantik. Kalau berjogging kat pantai ni best ni. Cewah, tiba-tiba teringat pantai pulak. Maklumlah encik Suami baru saja menyebut nak tenguk LIMA Langkawi. Apapun, petang ini memang petang malas sedunia dek kerana semalam kami sekeluarga kepenatan dengan pelbagai kegiatan ziarah menziarah.


Awal pagi selepas subuh kami sekeluarga ke masjid al-Falah di USJ 9 sebab ada karnival ala-ala Jom Hebuh tu + rakaman Nasi Lemak Kopi O dan Tanyalah Ustaz (TV9). Saya suka program Tanyalah Uztaz sebab pengisiannya sangat menarik. Topiknya menyeluruh, dan sangat berkaitan dengan kehidupan kita seharian. Macam pagi tadi, Uztaz Ahmad Husni Dato'Abdul Rahman mengupas mengenai ibadat Haji.


Cara penyampaian uztaz berwajah syahdu ni sangat santai sekali dan saya rasa semua bakal jemaah yang akan berangkat ke Mekah dalam tempuh sehari, dua ini pasti dapat merasai keseronokan untuk menjadi tetamu Allah. Kawan saya, Abby Fana dan Rume Yusof sudah pun berangat minggu lepas. Lupa sekejap segala urusan duniawi, inilah masanya untuk mereka mengumpul pahala sebanyak-banyaknya, buat bekalan di alam Sana. Saya bila lagi? (Ya, bila lagi wahai Jun). Desakan semakin kuat dan biasanya kalau dah mengeram hajat begini, maka saya akan kepanasanlah. Nak pergi...nak pergi...nak pergi. Pandang muka Kasih...sanggupkan berpisah dengan budak kecil ini? Encik Suami kata nanti emak dan ayah (dia) akan tunggu anak-anak). Hem, dah lega satu bab ni. Jadi, sekarang ni kena berusaha, dan berdoa. Ketentuannya di tangan Allah SWT.


Rasanya semua yang sudah melalui separuh usia di muka bumi Allah ini pasti akan merasai apa yang saya alami. Bayangan seolah-olah nyawa sudah di penghujungnya, semakin hari semakin menghampiri. Dan kerana itu juga saya selalu memikirkan segala dosa masa lalu. Kadang-kadang sampai nak tidur (pejam mata) pun, saya takut sebab manalah tahu apabila buka mata saja kita lihat sekeliling sudah gelap dan pekat bau tanah menyengat. Ish, tak dapat nak dibayangkan kengeriannya. Dalam dok menulis hal ini pun sudah meremang bulu roma saya. Bayangkan kalau akhirnya saat itu terjadi. Allahuakbar, takutnya.


You all semua tolong sedekah al-Fatihah untuk saya ya dan ampunkan segala dosa (kalau ada). Manalah tahu sepanjang berblog ini ada hati yang teruris...terhiris. Maklumlah, ada perkara yang biasa bagi kita tapi sebenarnya sangat tidak biasa untuk orang lain. Namanya lagi, 'lain padang lain belalang. Jadi lain orang, lain pula kesukaan dan pantang larang.


Apapun, di pihak saya, semuanya sudah saya maafkan. Saya cuba praktikkan apa yang dipesan Datuk Dr Fadilah Kamsah, "sebelum tidur, kita maafkan semua kesalahan orang dan berdoa juga semoga Allah membuka pintu hati insan lain untuk memaafkan kita." Tak mahulah pula nanti, selangkah kaki kita hendak masuk ke syurga, tersekat, kerana ada dosa sesama insan masih melekat.

Apapun, berbalik hal rezeki dan seru menunaikan ibadah Haji ini, semalam saya sempat menziarahi dua lagi rakan baik yang akan berangkat ke tanah suci pada 26 Okt dan 29 Okt nanti.



Kak Marliya, yang berjubah hijau tu, akan menaiki penerbangan pada 26hb ini. Selamat berangkat ya kak Marliya. Kalau nak tahu dia senior saya di UITM (masscomm), juga komander Kesatria kami - yang sangat tegas dan perfectionist. Huh! Kalau Kak Marliya ajar kami berkawad, semua pusingan dan peralehan mesti tepat dan cepat. Hentak kaki mesti betul, angkat lutut 90 darjah dan hentak sesedap rasa. Aduh...! Tenat. Sakit tapak kaki dek.


Sebelum tetamu lebih ramai datang, saya melawat dulu rumah baru kak Marliya ni. Banglo serba moden dengan reka bentuk dan seni hias dalaman berkonsep minimalis. Cantik. Dapur kak Marliya juga serba moden bertema oren sungguh mengujakan kerana ia disimbahi pencahayaan semulajadi, dengan banyak ruang terbuka bagi membolehkan aliran angin bebas keluar masuk dan singgah ke segenap sudut. Memasak di ruang lapang begini memang menyeronokkan sekali. Sehari suntuk termengap di sini pun tak apa kak Marliya.



captions: Tenguklah, sedapnya menjamu selera di rumah Anita, sampai nak bergambar pun pinggan tak lepas dari tangan. Masak lomak cili api buah kundang dengan ikan sembilang.....kesedapan yang tak terbilang. Gambar ihsan Anita Jamal.


Kalau bertemu Anita Jamal, topiknya pastilah seni hias kek dan cupcakes. Kami sama-sama menyukai fondant dan selalu bertukar tip dan kongsi resepi. Anita pakar masak. Rendang Ayam Daun Puding Anita sungguh sedap, dan saya rasa tak pernah lagi jumpa resepi unik ini di mana mana blog. Apapun, sebulan lebih di sana, hanya ingatan dan doa saya saja untuk Anita sebagai penyambung bicara hati kami. Balik nanti, Insyaallah bolehlah kita berjumpa lagi. Semoga Anita dan suami mendapat haji mabrur. Amin.

Ini pula kenangan bersama teman seangkatan Masscomm Last of The Reds, Rume, yang sudah pun berangkat ke Mekah Jumaat lalu bersama-sama encik suaminya. Turut sama meraikan Rume ialah Azlina teman sejournalism dulu, Roza (wife Jasni. Tahniah Roza bersempena majlis konvokesyen semalam), Jasni (kawan kami yang paling rajin anjur gathering, peminat tegar Uji Rashid ni, juga suami Roza) dan Rosmah Achik yang memang rapat dengan Rume sejak di Tingkat 13 lagi.

Akhir kalam saya ingin merakamkan juga ucapan tahniah kepada Puan Rozita, pemilik Ita Delights bersempena majlis menyambut menantu yang berlangsung malam tadi dan sangat meriah sekali. Dah berbulan-bulan juga tak jumpa Ita. Walaupun dia ni handal memasak dan merias kek, tapi masih tak jemu-jemu ambil kursus sana sini. Apapun, malam tadi kami sekeluarga memang puas menjamu selera. Siap ada kambing golek lagi.


Ok, sempat juga nak share resepi Cream Puff Kastad, kegemaran kami sekeluarga. Sebenarnya petang tadi, dek kerana penat sangat maka inilah saja idea saya untuk minum petang. Kalau semua bahan ada, dalam 30-40 minit kita dah boleh menikmatinya.


captions: Tepuk sedikit gula aising ke atas cream puff ini, menggunakan penyaring kopi bagi taburan yang cantik dan sekata.

Cream Puff

Bahan-bahannya:
250 ml air kosong
100 g butter
130 g tepung gandum
secubit garam
1 sb gula castor
3 biji telur

Cara membuatnya:
1. Masukkan air dalam periuk kecil, panaskan. Apabila sudah meruap masukkan butter. Kacau sesekali sampai butter cair.
2. Satukan tepung dengan garam dan gula, masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam periuk tadi, kacau dengan sudip kayu sampai semua tepung sebati dan tidak melekat di dinding periuk. Tutup api.
3. Biarkan seminit dua, kemudian barulah dipukul dengan pemutar elektrik adunan tadi. Masuk telur satu demi satu. Pukul sampai sebati dan likat lebih kurang 7-10 minit.
4. Panaskan oven.
5. Sediakan piping bag yang sudah pun dipasang nozel close star tip size L dan masukkan adunan tadi ke dalam piping tadi, sesedap tangan memegangnya (setengah plastik saja).
6. Picit adunan dan bentukkan seperti sanggul (bersimpul), anggaran sebesar telur ayam.
7. Bakar dengan suhu 150 C, lebih kurang 30 minit atau sehingga bertukar warna perang keemasan.
8. Biarkan sejuk (suhu bilik) baru digunting sedikit cream puff ini dan paipkan inti kastad pula.

Krim Kastad Lemak Manis

Bahan-bahannya

1 cawan susu segar (suhu bilik)
1 sb tepung gandum
1 sb tepung jagung
3 sb gula castor
1 telur
1 sb mentega
sedikit esen vanilla

Cara membuatnya
1. Tuang susu segar dalam periuk dan masukkan tepung gandum, tepung jagung, gula dan telur. Pukul dengan pemukul tangan sampai sebati.
2. Masakkan di atas api sederhana saja sampai adunan meruap, masukkan butter. Kacau lagi sampai sebati. Tutup api dan biarkan sejuk. Masukkan dalam piping bag dan picitkan ke dalam cream puff.

Friday, October 21, 2011

Happy Birthday Kasih


Assalamualaikum

Hari ini, Jumaat bersamaan 21 Oktober adalah hari istimewa untuk anak bongsu saya, Ariana Nur Kasih. Genap 8 tahun. Semalam ada mini celebration, antara saya dengan Kasih saja. Kami makan kuih and kongsi milo ais kat cafe Bawang Merah. Selepas tu saya belanja Kasih Baskin Robin sementara menunggu kakak dia, Arina habis kelas piano. Dan hajat Kasih nak buku kegemarannya, Dork Diary, tercapai juga.



Kasih ni pemalu sikit orangnya dan suka menyendiri. Jadi, buku is her bestfriend. Kalau pergi ke mana sekali pun mesti dengan buku cerita. Selain Dork Diaries, Kasih suka Wimpy Kid. Inilah penawar sepi Kasih. Dek kerana dia ni pemalu tahap kronik juga, menyebabkan saya terpaksa menhantarnya ke kelas drama Helen O'Grady. Ini supaya Kasih dapat belajar cara berkomunikasi dengan baik dan mengatasi malunya. Alhamdulillah, selepas setahun, Kasih dah ok sangat, lebih yakin dan pandai berdikari di sekolah. Kalau tidak, saya boleh panik dek kerisauan.


Dek kerana minat sangat dengan watak dalam Wimpy Kid dan Dork Diaries, Kasih pun cubalah menulis novelnya sendiri (ecehcecece...) dan tajuknya ialah The Diary of No-So-Popular-Girl.


Inilah hasil karangan dan angan-angan Kasih.

Kata Kasih, dia tak ada best friend. Dia tak popular, tapi saya kata, "don't worry Kasih, mama is your bestfriend and I'm your diehard fan. Forever."

Kasih senyum.

Siapa tak sayang anak kan? Tapi sebenarnya kat Kasih ni saya kasihan lebih. tak tahu kenapa. Mungkin sebab dia selalu nampak takut takut bila berdepan dengan orang asing. Memang jauh berbeza dengan emaknya ni, cakap tak berhenti.


Personally, saya rasa budak seusia Kasih ni, bersifat sangat perasa. Tak kiralah sama ada depa ni memang jenis pendiam, atau lasak atau becuk. Tapi hakikatnya pada usia semuda ni mereka mudah terasa kecil hati dan hilang keyakinan diri kalau selalu kena ejek, dipulaukan atau dipujuk. Saya tau sangat rasanya macam mana sebab masa saya seusia Kasih dahulupun selalu dipulau dan diejek-ejek. Ingat lagi masa di darjah 4, saya dipanggil 'kacang panjang' oleh sekumpulan budak-budak lelaki sebab masa tu memang saya lebih tinggi berbanding kawan sebaya. Nama saya juga pelik...jadi diejek-ejek juga sampai saya menangis dan minta emak menukar nama saya kepada nama lain. Mak tanya nak nama apa? Saya kata 'Norhayati'. Saya pun tak tahu kenapa saya pilih nama tu. Tapi, banyak hal yang berlaku semasa kecil sangat terkesan dalam jiwa saya.


Tapi saya rasa perkara paling pedih yang tak boleh dihadapi oleh kanak-kanak apabila mereka terasa darah daging sendiri pilih kasih. Saya selalu cakap kat anak-anak, walaupun Allah bagi mereka dalam bentuk apa sekali pun, saya tetap sayang. Maklumlah, anak ni setiap kali dapat adik, yang tua mesti terasa terancam. Takut kasih sayang dan tumpuan emak ayah beraleh. Kalau dalam kes Kasih ni, Arina yang selalu pandang pandang dan jeling jeling kalau saya cium kasih. Jadi kena cium dia juga. Mestilah....tak payah jeling pun mama cium juga.

Sekarang ni....Kasih lebih positif, bercakap tak berhenti dan selalu happy kalau nak kesekolah. Masa tahun satu dulu selalu juga dia menangis. Cikgu tinggi suara sikit (bukan marah) dia dah terkejut dan menangis. Agaknya sebab kat rumah semua orang cakap lembut lembut dengan dia, jadi dia terasa pelik apabila keadaan kat luar tu macam asing sangat.


Dalam kelas drama ni setiap pelakon akan diberi peluang bercakap, meluahkan perasaan, diajar cara menghadapi khalayak supaya tak hilang semangat di atas pentas. Kata cikgu Kasih, Miss Adriana (yang baju hitam tu), Kasih sekarang selalu volunteer untuk pegang watak lebih berat. Hem....ok sangat tu. Walaupun kurus dompet mama membayar yurannya, tapi tak apa. Pinggang sengal-sengal sebab dok berbelas jam merias kek pun tak apa kalau tenguk anak happy. Apapun, tujuan saya masukkan Kasih dan Arina ke kelas drama ni bukan untuk menjuruskan mereka ke bidang lakonan. Nak jadi pelakon ke apa ke, itu adalah kehendak anak-anak sendiri. Tapi semua pembelajaran ini adalah untuk self development. Kelas mengaji pun kita pergi, kelas bistari solat pun kita pergi...kelas drama pun kita pergi. Nanti, kalau mama & papa dah tak ada semoga anak pandailah berdikari.


Ok, enough about kasih. happy birthday ya sayang. Nanti kita celebrate kat tempat yang Kasih suka tu. Tunggu weekend.


Tapi sebagai pra-perayaan (cewah...ada juga pra pra tu), saya buat cheesecake saja. Masih belum diambil gambar. Apapun, kali ini saya nak kongsi resepi Fruit Tartlet ni dulu. Maksud saya pastrynya tu. Saya bagi tiga bintang saja untuk resepi ni. Elok untuk juadah majlis yang berlarutan dari pagi sampai ke malam sebab pastry ni tak cepat kembang selepas dibubuh kastad dan buah-buahan. Jadi selepas enam, tujuh jam pun pastrynya masih rangup. Saya ambil dari buku resepi Chef Wan (chef Wan Tarts & Pies). Selamat mencuba.


Bahan-bahannya

Crust
225 g unsalted butter
150 g gula castor
3 telur
500 g tepung roti

Krim Pastri
2 cawan susu segar
1 sk esen vanilla
4 kuning telur
125 g gula castor
50 g tepung jagung
100 g mentega

Cara membuatnya

1. Penyediaan crust: Pukul mentega dan gula hingga kembang dan gebu. Tambah telur satu persatu, diikuti tepung. Kemudian uli dengan tangan sedikit, bulatkan dan simpan dalam plastik. Masuk dalam peti ais lebih kurang dua jam.

2. Keluarkan dan gelek nipis dan cetak, masukkan dalam acuannya.
3. Bakar lapisan crust ini tapi tutup dengan aluminium foil lebih kurang 10 minit, suhu 150 c. Keluarkan dari oven dan biar sejuk (suhu bilik).
4. Krim: Panaskan susu dalam bekas + esen vanilla dan kacau sampai meruap.
5. Dalam bekas lain, pukul telur, gula dan masukkan tepung jagung.
6. Kemudian tuang perlahan-lahan susu hangat tadi dan kacau terus adunan. Letak semula atas api dan masak dengan api perlahan sampai kental. Tambah butter dan tutup api.
7. Apabila krim sudah sejuk (suhu bilik), picit dalam pastry tadi dan hias dengan apa jenis buah-buahan yang disukai.

Akhir kalam, selamat menikmati cuti Sabtu. Saya ada tiga kenduri....(baju...baju...baju...!)

Thursday, October 20, 2011

Antara Berat dan Kek Lapis Kopi Coklat

Assalamualaikum

Awal pagi lagi saya sudah keluar, mencari beberapa bahan untuk mengadun kek. Biasanya Khamis dan Jumaat ialah hari saya bereksperimen di dapur. Kawan ajak pergi facial. Dah bertangguh sejak dua minggu lepas. Memang dah due sangat ni, tapi culas sungguh. Kalau diikutkan fitrah skin cell renewal (kata pakarlah... setiap 21 hari), maknanya kulit muka saya ni dah kategori tebal sangat ni dengan segala sel kulit mati. Patutlah wajah pun macam tak berseri-seri. Dah lama tak ditepek krim pencuci, dilulur dan dipupur.

Tapi sebenarnya saya rasa kulit saya ni macam tak relevan saja dengan segala macam rawatan yang rencam. Boleh dikatakan semua products tak ngam.
Semasa diamanahkan menjaga ruangan kecantikan dulu, semua jenis jenama saya dah cuba. Mahal, murah...kita try test seadanya. Merasa jugalah kulit ni ditepek Nu Skin, Le Blanc Chanel, Estee Lauder, Creme de La Mer....tapi kesudahannya, 'wal hasil balik asal'.


Itulah sebabnya saya macam culas jer. Dulu, saya pernah juga pakai SKII. Itu pun sebab dapat set percuma (alah, buah tangan untuk wartawan). Jadi selepas pakai seminggu dua, kita rasa serasi lalu kita pun belilah set lengkap. Dapat pulak kawan-kawan puji, "eh! muka you nampak lainlah. Nampak freshlah". Kembanglah sekejap. Tapi, selalunya semangat nak menjaga m
uka ni lenyap apabila kerja melambak-lambak. Rutin penjagaan pun terabai dan kesudahannya muka pun kembali kusam dan serabai.

Cuba juga beraleh jenama lain. Terbang lagi tiga empat ratus. Sama juga
ceritanya. Kesudahannya kita pun jadi jeran. Malas nak beli skincare dah. Kalau terasa kulit tu macam tebal sangat, saya ambil segenggam dua beras pulut. Tumbuk sampai hancur untuk dijadikan lulur. Gosoklah kat seluruh kulit muka tu pelan-pelan. Selepas itu cuci sebersih-bersihnya. Hasilnya boleh tahan juga. Oklah. Bila dielus-elus terasa lembutlah juga. Tapi buat benda ni pun hangat hangat tahi ayam sebab amat melecehkan. Jadi kulit ni dimanjakan apabila kita teringat dan sempat saja.

Apa pun, saya tetap percaya wanita yang sentiasa nampa
k cantik berseri-seri tu kerana mereka memang ditakdirkan memiliki kulit muka yang sangat cantik semula jadi. Kulit yang tak terlalu sensitif. Tak pernah berjerawat, tak ada parut. Dah berumur pun garis usia susah nak lekat. No keduts di dahi dan crows feet eyes. Ada sesetengah tu, langsung tak jaga kulit (atau pun mungkin pada tahap minima saja). Tidur lewat dan ada juga yang merokok, tapi kulit tetap polos gebu. Cantik dan elok. Bertuah kan? Itu rezeki mereka.


Saya rasa kes ni sama macam wanita yang susah nak gemuk. M
akanlah sebanyak mana sekali pun tetap kurus langsing. Ada sesetengah tu, punyalah jaga makan sampai semua dia pantang sebab nak menjaga lekuk di pinggang. Tapi, jawapannya tetap jauh api dari panggang. Makan sikit, berat jarum naik macam roket.

Kalau ikut fitrah badan saya ni, memang semasa tengah muda remaja dulu susah juga nak melemak walaupun makan punyalah banyak. Tapi selepas melahirkan anak pertama, aduh, susahnya na
k jaga. Bayangkan semasa belum hamil, berat cuma 51 kg. Tapi apabila cukup bulan berat boleh cecah 75 kg. Besarnya badan saya, macam peti ais dua pintu. Nangis. Nangis. Nangis.


Mujurlah semasa beranak Alia tu saya masih belum bekerja. Jadi bolehlah saya bertungkus-lumuslah menguruskan badan. Saya gantung baju nikah saya yang berpinggang halus secekak tu kat dinding itu sebagai motivasi. Jadi, selang tiga, empat hari saya akan cuba s
arung semula baju tu. Selagi tak celuih (kata orang Kedah), saya tak mau makan apa dan cuma menjamah yang berebus saja. Everything rebus. Dan maksud everything itu ialah ikan, ayam dan sayur saja. Saya tak sentuh nasi bertahun-tahun + NO air manis benda manis. BIG NO. Kalau saya lapar sangat, saya akan cicah biskut cream crackers (saya suka cap Jacob) dengan milo tanpa gula. Bak kata orang tu.....jenuh! Dan apabila saya berjaya menarik zip baju nikah tu dengan laju (sekali zap saja) baru rasa puas hati. Duduk pun selesa, tak payah senget-senget dan tepuk-tepuk perut. Maka tersenyum lebarlah saya.


Apabila joined Jelita (masa tu Alia genap 6 bulan), puaslah kita melaram...laram....dan laram. Baju saiz S dan XS no problem. Kalau selaras fashion shoot
ing, tidaklah telan liur melihat model berpinggang ramping. Oh! Bestnya feeling feeling. Tapi sekarang ni, usah cakap pasal kulit polos atau pinggang ramping, sebab nanti ada orang nangis tak berlagu. Apapun, bercakap mengenai kenangan lalu, memang sekarang ni saya asyik nak bernostalgia saja sebab minggu depan kami (bekas warga Jelita) ada reunion. Terlanjur bercerita, kalau Norzie a.k.a Jade baca catatan blog saya ini, baliklah ke tanah Malaya ni ya untuk sama-sama meraikan sambutan majalah Jelita yang ke-35 tahun.

Akhir kalam, saya share gambar juadah yang sempat dibuat dalam seh
ari dua ni. Sia-sia cerita pasal diet dan berat badan sebab kesudahannya kita kongsi resepi juga buat menambahkan lagi lemak yang ada. Kali ini saya bagi resepi yang sempat disalin saja ya. Mana yang tertinggal tu, Insyaallah, kita update lagi di laman akan datang. Sampai berjumpa lagi, selamat menjamu selera.

Corat-coret Kek Lapis Kopi Coklat

Sebenarnya resepi kek lapis ni sama dengan resepi kek lapis prune yang saya buat minggu lepas tapi saya saja nak cuba rasa yang berlainan jadi saya ganti jem strawberry dengan serbuk koko dan saya tambah perisa kopi. Rasanya memang sedap walaupun saya buat kek ini dalam keadaan tergesa-gesa sebab mentua nak datang tapi hasilnya memuaskan hati juga walaupun lapisnya macam sekejap nipis sekejap tebal. Sebenarnya, yang jadi kelam kabut tu sebab encik Suami called pun dah pukul 5 pm, jadi saya masukkan apa saja bahan yang ada di depan mata dan mula membakarnya sekitar jam 6.15 pm. Alhamdulillah, menjelang 8 malam kek pun siap dan dapatlah kita jamu dan bekal buah tangan. Walaupun dah 20 tahun kahwin, saya ni tetap juga suspen apabila nak jamu mak mentua sebab dia pakar masak. Tapi apabila tenguk dia makan lagi....lagi....dan lagi. Saya pun senang hati ler. Jadi, selamat mencuba ya.

Kek Lapis Kopi & Coklat

Bahan-bahannya:

375g mentega

250g gula castor

10 biji telur


200g tepung Hong Kong/tepung kek

1 sb ovellete

4 sb susu pekat manis

50g badam kisar halus

1 sk baking powder

1 sk esen vanilla

30g serbuk koko


1 1/2 sb coffee emulco (kalau tak ada pakai esen lain pun boleh)



Cara-cara membuatnya:

1. Panaskan oven

2. Pukul mentega dan gula sehingga kembang dengan kelajuan biasa.

3. Masukkan telur satu persatu. Pukul sekejap agar sebati.


4. Kemudian masukkan ovellete dan susu pekat manis dan pukul lagi.

5. Masukkan badam kisar pula. Pukul sebati.

6. Satukan tepung Hong Kong + baking powder + serbuk koko. Ayak. Dan masukkan dalam adunan telur mentega tadi. Kaup balik menggunakan sudip kayu.

7. Akhir sekali masukkan esen vanilla.

8. Sediakan loyang 7" x 7". Sapu marjerin di keliling loyang dan lapis dengan kertas minyak pada bahagian dasar saja.

9. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian adunan perisa vanilla saja

10. Satu bahagian lagi dicampurkan dengan serbuk koko dan coffee emulco.

11. Mula melapis: Pertama masukkan 4 senduk adunan perisa vanilla (senduk size sederhana/saya pakai senduk gulai) Ratakan. Bakar suhu 180 C; api atas bawah 7 minit.

12. Lapisan kedua, api atas saja, 6 minit saja.

13. Masak kedua-dua adunan ini secara berselang-seli sehingga semua habis. Lapis terakhir, masak dengan api atas dan bawah dalam 7 minit juga atau sampai masak.




Insyaallah sekembali menghantar Arina ke kelas piano petang ini, saya kongsi resepi
Fruit Tartlet ini pula ya.



Cupcakes Red Velvet ini untuk kawan yang akan ke mekah minggu ini. Saja bagi rasa, buat hilang kemungkinan sepanjang dia di sana.


Saja ulang tayang....nak feeling feeling, terkenang pinggang ramping. Kenangan bersama Datuk Siti Nurhaliza ni. Jauh sungguh perjalanan seninya, hingga membawa ke puncak dunia...berpangkat dan berharta. Kala gambar dirakam dia masih si manis 17 (nak masuk 18).