Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Thursday, September 29, 2011

Tajuk Ringkas, Tak Ada Kias

Tajuk: Muffin Chocolate Chip





Assalamualaikum

Dua hari lepas saya bertungkus lumus mencuba beberapa resepi muffin dan brownies sebab atas permintaan 'pelanggan' kat rumah ni. Setiap petang balik mengaji, Arina dan Kasih mesti nak mengudap. Jadi selalunya saya akan tanya, "nak donut ke? Pau ke? Cream Puff ke? chocolate cake ke?" And sebenarnya makan tengah haripun macam tu. Saya kena plan supaya hari-hari menu tak sama....maybe pizza, nasi ayam, nasi tomato atau nasi dengan ayam goreng ala-ala Kentucky. Tapi kalau dah malas sangat, mama goreng telur mata kerbau jer. Ikan tak makan. Kuah pun cuma sweet sour. Janganlah nak bagi masak kari ke, masak lemak ke, siput sedut ke....hem...memang tak bersentuh.


Bunyi macam mengada-ngada sangat kan? Memang pun...tapi selagi mak ni larat masak kat dapur, jamulah selera anak-anak tu. Kalau dah tak larat, depa pandai cari sendiri. Kasih dapat roti sapu butter pun dah cukup. What I can say about my children ni....depa tak adventorous bab bab makan ni. Kalau rupa hidangan tu pelik sikit atau pun warna dan rasa macam lain saja, alamat mereka tak mau usik. Jadi senang cerita, kita buat saja mana yang anak-anak suka makan. Betul tak?


Resepi muffin ni saya ambil dari blog Izah Daut muffin lover. Anak-anak suka tapi saya rasa kalau nak buat sekali lagi, saya kena adjust sikit resepi ni sebab anak-anak suka chocolate chip lebih banyak dan lagi best kalau tambah coklat cair (sebagai filling). Senang saja membuat resepi ni dan kalau makan panas-panas memang lebih mengujakan.


Ok, saya tak bercadang nak cakap panjang-panjang sebab nak melawat anak kawan saya di hospital Sunway. Ni kawan baik ni. Kawan sama-sama menangis. Kata kawan saya ni anaknya terkena food poisoning. Jadi, sampai kita bertemu lagi, saya sudahi dengan akhir kalam, sesiapa yang berminat nak adopt kucing, sila layari laman web ini ya. Kasihani makhluk Allah ini.


Resepi Muffin Chocolate Chips

Bahan-bahannya:

Bahan A
1 cawan mentega (cairkan)
2 cawan susu
2 biji telur (dipukul sedikit)
1 tsp kecil essence vanilla

Bahan B
3 cawan tepung
1/2 cawan serbuk koko
2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikarbonate
2 cawan gula perang

Coklat chip secukupnya.

Cara Membuatnya
1. Satukan bahan A.
2. Ayak bahan B kecuali gula perang.
3. Satukan bahan A dengan bahan B. Adun sebati.
4. Masukkan adunan ke dalam cawan muffin dan taburkan coklat chip di atasnya.
5. Bakar 20 minit, 180 darjah selsius atau sampai masak.

Wednesday, September 28, 2011

Ranap Empire Cinta




Assalamualaikum

GAMBAR ini dirakamkan pada hari Selasa bersamaan 27 Sep 2011, sekitar jam 5 petang. Lokasi yang cantik ini diberi nama T42, sebuah cafe bertaraf 5 bintang dengan sini hias yang mewah, terletak d tingkat dua, pusat beli-belah Empire Gallery, di Subang Jaya.


Kalau nak tahu, di sini ada sebuah lagi cafe, diberi nama The Whisk. Dan sebenarnya di sinilah bermulanya kegilaan para bloggers terhadap kek Red Velvet dan Macaron kerana ketika itu hanya cafe yang sangat cantik bernuasa Paris ini saja satu-satunya yang menghidangkan dessert berasal dari Eropah itu.


My daughter Alia suka yang suka bersantai di sini begitu tergila-gila sangat kat Red Velvet dan macarons, menyebabkan saya pun berusaha mencari resepinya serta mengambil kursus membuat macarons (cara Itali dan cara Perancis). Akhirnya, setelah saya pandai makan/masak macaron maka selalulah saya post kat blog dan bagai magnet -- ia menarik perhatian semua bloggers. Masing-masing bercakap mengenai pengganan ini. Dari Johor sampai Perlis, semua mahu Red Velvet (dan selepas itu macarons). Ketika di kemuncak kegilaannya, saya pernah menjual berpuluh-puluh Red Velvet seminggu kerana ramai pengusaha kek dan bloggers (laman masak) menempahnya untuk test, uji rasa dan membayangkan resepinya. Apapun, selepas beberapa bulan, kegilaan khalayak terhadap kedua-dua dessert ini pun menjadi sejarah dan kini sudah pun menjadi hidangan lambakan di pasaran. Kalau ke Empire pun saya tidak lagi mencari Red Velvet atau macarons.


Apapun, semalam, selepas lebih sebulan tidak menjejakkan kaki ke Empire, saya ke sana lagi untuk minum petang atas jemputan kawan baker saya yang baik hati dan tak lokek ilmu iaitu Anita Jamal. Kebetulan petang semalam saya ada sedikit waktu senggang, jadi saya terima saja undangan.



captions: Semalam Anita memperkenalkan saya kepada teman baiknya, Yati. Kira-kiranya tempat pertemuan pertama kami ini sudah pun menjadi sejarah. Alahai. Semoga Empire cepat pulih!



Memang seronok melepak kat sini sebab suasananya lebih tenang berbanding Subang Parade. Aura mewah pun menambah keterujaan untuk berlama-lama di sini. Surau di Empire Gallery pun cantik, luas dan bersih. Pendek kata tempatnya sangat friendly. Dahulu, saya cuma boleh mendapatkan buttermilk untuk membuat Red Velvet di Jaya Grocer, yang terletak di tingkat bawah Empire Gallery sahaja. Kalau nak beli stock keju dan segala filling dan flavour yang import dan eksklusif pun kat situ juga.


Selain itu, saya juga suka minum pagi/petang di The Loaf. Ini satu daerah nostalgia untuk saya kerana rotinya diadun menggunakan teknik penyediaan orang-orang Jepun. Kelembutan dan rasa rotinya memang membangkitkan nikmat sebuah rasa yang tiada duanya.


Tapi sayang 1000 kali sayang

Belum pun sampai 24 jam saya meninggalkan sebuah petang yang indah di Empire Gallery, tempat yang sebelum itu cantik dan mewah sudah punah ranah. Musnah. Semuanya koyak rabak dek letupan yang tidak diketahui puncanya, meledak!


Lihatlah sendiri....!






Ketika saya update status di Facebook pagi tadi, ada kawan-kawan ingat saya melawak, sebab saya memang suka bergurau. Infact saya pun tak percaya kerana sewaktu menerima BBM daripada Alia, saya sudah pun bersiap lawa-lawa nak ke Empire Gallery. Mahu sarapan seorang diri kemudian membeli buttermilk dan keperluan lain di Jaya Grocer.


Saya senyum-senyum melihat tangki kereta penuh. TQ Encik Suami yang tak lupa isi minyak kereta. Jadi saya cuma perlu tekan pedal saja dan vrooom menuju Empire. Namun, semua rencana terencat dek mesej Alia, yang membuatkan saya betul-betul terperanjat. Apabila check morning news flash....ya. Sahih!


Jadi akhir kalam, kita cuma boleh berdoa semoga dijauhkan musbah. Walaupun Malaysia tak ada (belum lagi) gempa bumi, tsunami atau petaka puting beliung macam di negara lain, tapi kita semua bukan 100% selamat. Betul tak? Begitulah kisahnya sebuah takdir untuk sebuah hari.

Wasalam

Monday, September 26, 2011

Kek Seribu Warna Seribu Rasa

Assalamualaikum,

NAMPAKNYA sehari dua lagi Syawal akan melabuhkan tirai. Sabtu lepas satu KL kecuh agaknya sebab semua sibuk nak buat rumah terbuka kerana itulah hujung minggu terakhir untuk berlebaran. Bak kata orang, rezeki jangan ditolak jadi dek kerana majlis ini hanya setahun sekali maka semua berusaha memenuhi undangan dan janji. Maklumlah selama ini kat pejabat semua sibuk dengan tugasan sampai tak sempat nak bermesra-mesraan. Kalau terserempak kat lif atau pantry pun, Kita main 'hai hai, bye bye' saja. Jadi, undang ke rumah terbuka juga merupakan peluang untuk beramah mesra.



Jemputan yang saya terima pun bersusun juga. Kalau tak boleh datang, saya bagi tahu awal-awal sebab kalau dah berjanji, mesti dipenuhi. Mujurlah semua tempahan dapat saya siap mengikut jadual. Walaupun banyak, tapi menjelang pagi Sabtu, semua kek dan cupcakes sudah bersusun di atas meja makan di ruang tamu, menunggu diambul 'tuan' masing-masing.


Dan dek kerana penat sangat maka hari ini saya lambat masuk 'kedai'. Mood nak berblogging tu belum datang, jadi puas merayau kat segala ceruk dapur maya kawan-kawan juga membaca semua surat khabar online serta salin beberapa resepi. Dek kerana topik nak bercerita pun tak ada (ada tapi tak ada semangat nak berceloteh) maka saya papar saja sebahagian kek yang saya gubah minggu lepas.
Kek ini untuk Eda di Cheras untuk majlis perkahwinan adiknya. Eda suruh saya copy design yang pernah saya buat beberapa bulan lalu, cuma tukar warna saja. Mudah sungguh berurusan dengan Eda. Tak cerewet langsung.



Kalau nak tahu, setiap minggu saya akan membuat lebih kurang 10 kilo fondant untuk menampung segala maknika riasan kek yang sangat rencam. Ada yang nak kek hantaran, kek harijadi, anniversary dan kali ini cupcakes untuk majlis konvokesyen. Jadi, kalau nak ikutkan kepala saya ni belum stabil lagi ni sebab sepanjang minggu lepas seluruh pancaindera -- kaki, tangan, mata, otak -- diperah dan ditapis untuk mencari idea tatarias kek pelanggan.


Inilah pula kek pertuanngan untuk Watie. Masa ambil kek Wati siap datang dengan satu beg cenderahati barangan Avon lagi. Maklumlah ornag kerja Avon. Seronoklah macam ni sebab dapat customers yang berhemah. Sebenarnya bukan pasal hadiah yang membuat kita teruja. Betul tak? Tapi tanda ingatan tu yang buat kita terasa dihargai. Apa lagi kalau orang yang baru kenal dah cepat mesra macam Wati ni. Thanks ya dear.



Dek kerana saya tak boleh nak ingat semua konsep yang ada maka saya buat catatan kat whiteboard yang digantung di dinding dapur, dalam Blackberry, dalam buku nota (ada dua dan dah lusuh) dan saya email kepada diri sendiri sebagai sebagai back-up. Maknanya, kat dalam email tu saya susun semua detail tempahan -- besar, size, tema, teknik hiasan pilihan, jenis/perisa kek dan paling penting bayaran. Maklumlah kita ni tak ada PA dan tak mampu nak menggajikan PA. Kalau saya ada proper team untuk bisnis ni, saya dah boleh mengembangkan lagi perniagaan ini berlipat kali ganda lagi sebab sejak saya mula menceburinya, permintaan sangat tinggi. Saya rasa puas kerana mendapat kelebihan dari segi masa dan sumber kewangan melebihi berkali-kali ganda berbanding zaman makan gaji dahulu. Cuma kekekangan tenaga saja membuatkan masa saya terbatas untuk mengambil tempahan melebihi quota yang saya tetapkan sendiri.


Jadi maaf sangatlah ya kalau sesiapa yang email saya pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat maka alamatnya memang ler saya tak dapat reply kerana setiap minggu, tiga hari ini adalah yang sangat kritikal. Kalau masa mengizinkan, saya balas via email blackberry saja pada penghujung malam, sebelum mata ni terpejam. Kalau tidak, alamat hanyutlah semua email tu di lautan sepi. Jadi...maknanya jangan suka kirim terlalu lewat. Esok dah nak majlis, hari ni baru teringat nak buat tempahan. Kalau ikut cara saya merias dan menyediakan kek, saya perlu masa 48 jam untuk kek biasa dan kek yang memerlukan dekorasi lebih meletup pula memakan masa seminggu lebih awal.





Cupcake bertema Nautical ini ditempah oleh Zuleika yang sanggup datang dari Melaka. Demi suami tercinta, mestilah kan?!

Cupcakes bertema 'Doktor' ni pula ditempah oleh Dr Ani untuk adiknya Dr Ati. Nak dijadikan cerita, rupa-rupanya Dr Ani dan adiknya ini adalah staff adik ipar saya, Dr Salleh (yang juga suami adik saya Dr Norsidah). What a small world. Kira-kiranya minggu lepas ramai doktor yang meraikan hari bersejarahlah ya. Tahniah ya.


hKek ini pula ditempah ole Naizatul Fahya untuk anaknya Afif yang meraikan harijadi pada 24 Sept 2011 lalu. Fahya pun tak cerewet dan hanya minta design kek yang ada topper huruf F+F dan warna biru lembut + putih. Dekorasi yang lain tu, kata Fahya, terpulanglah kat kak Jun. Suka hati saya kerana pada sebelah petang tu saya terima sms Fahya: "Cantik sangat kek dan sedap. Afiff sampai nak amik pensil tu masa org suh blow candle. Hihi...."



Saya pun kembang semangkuklah.



Ini pula kek yang diminta oleh Serina (bukan anak Chef Wan). Carrot Cakes dengan cream cheese bertema Angry Birds. Topper 'burung marah mengamuk ' tu dibuat oleh Alia yang memang pandai bab membuat muka comel Angry Birds tu. Dan sebentar tadi saya terima sms daripada Serina, yang sangat happy dengan kek ini. ALhamdulillah.

Akhir kalam, jaga diri dan pastikan kawasan rumah bebas air bertakung yang boleh membiakkan nyamuk Aedes. Saya nak pergi melawat kawan saya ni yang disahkan menghidap demam denggi.

Wasalam

Sunday, September 25, 2011

Tahniah Adikku, Dr Norsidah Ku Zaifah





Assalamualaikum

SEMALAM berlalu dengan cukup pantas, dari subuh sampai ke malam seolah-olah hilang dalam satu nafas. Sibuk-sibuk pada sebelah pagi, kemudian menghadiri rumah terbuka seawal jam 9 di masjid Annur (depan rumah saya jer) dan menjelang tengah hari kami sekeluarga sudah pun berada di majlis Konvokesyen di UKM.


Dan, dalam sibuk tu, sempat juga saya bertemu dengan Ida yang berminat dengan anak kucing yang saya jumpa di R&R Seri Kembangan Sabtu lalu. Dia jatuh hati kat Kitty Tuxedo. Maknanya, sekarang cuma tinggal seekor saja lagi anak kucing, Mr Owen. Saya berasa sungguh lega. Bukan kerana tak mahu bela kucing-kucing tu. Tapi saya tak ada masa nak beri perhatian yang lebih untuk si kecil. Nak timang-timang, belai-belai, manja manja. Memang tak sempat. Masa saya cuma cukup untuk meladeni anak, suami, rumah, kek dan asignments.


Apapun, walaupun semalam sibuknya bukan main saya tetap bersyukur (alhamdulillah) kerana saya masih lagi boleh berdiri tegak walaupun saya rasa segala kekuatan dalaman saya bagai sudah runtuh. Fikiran dan perasaan saya bercampur aduk dek kerana banyak sungguh hal yang berlaku secara mendadak, yang memerlukan saya membuat keputusan yang sangat pantas dan betul (walaupun mungkin tak tepat). Saya diserang panik dan cemas tapi masih cuba untuk tersenyum kepada semua orang. Ketawa-katawa dan berbual dan melawak macam biasa. Tapi, hanya badan di situ, tapi fikiran jauh melayang, bimbang ada perancangan yang tak menjadi dan menghampakan semua. Alhamdulillah. Akhirnya, pada penghujung malam semua selamat. Kami sekeluarga sudahi hari dengan Isyak berjemaah di masjid al-Falah, USJ 9. Barulah saya dapat lena -- bagai larut dalam tilam. Tenggelam.

Bangun pagi tadi, baru saya terasa segar kembali. Jiwa tenang dan fikiran lapang. Angin ribut taufan semalam sudah berlalu dan baru saya teruja untuk menatap semula gambar-gambar yang diambil encik Suami. Saya selak satu-persatu dengan hati berbunga-bunga dan bibir tak henti menguntum senyum.

Jadi, dengan bangganya saya nak kongsi gambar yang paling bersejarah dalam keluarga kami kerana adik saya, Dr Norsidah Ku Zaifah menerima Ijazah Doktor Falsafah Farmakologi Fakulti Perubatan (UKM). Alhamdulillah, adik saya ini pastilah menjadi kebangaan kami sekeluarga kerana hanya dia satu-satunya cucu Tok Syeikh Kadir dan Tok Mohd Edham (keluarga sebelah emak dan ayah kami) yang berjaya merangkul Ph.D. Memang adik saya ni sebenarnya sangat pandai sejak kecil lagi. Saya ingat sangat segala sejarah kecemerlangannya semasa di sekolah dahulu. Dia selalu bawa balik kad kemajuan dengan nombor satu sahaja.

Ya! Dia ditakdirkan memiliki otak yang sangat cerdas, terang hati dan memang sampai sekarang pun kehidupannya bagai dipayungi dengan segala kerahmatan. Suami yang baik, beriman dan terpelajar dan anak-anak yang juga baik, beriman dan terpelajar. Siapa tak mahu pakej seindah ini, kan? Saya tumpang gembira. Dan saya tahu emak lagi bangga. Dapat saya lihat pancaran di matanya, tak kala dia melihat adik Nor saya ini keluar dari dewan bersama jubah dan topi Ph.D itu. Nor sentiasa mempunyai tempat yang sangat istimewa di hati emak.

Jadi, di sini saya nak kongsi gambar di majlis konvokesyen yang sungguh meriah dan bersejarah.

captions: Nor dengan emak...ada sejuta kenangan di sebalik gambar ini...sejak dari lahirnya Norsidah, hingga kini sudah pun menjadi insan yang dibanggai ibu, suami, anak-anaknya dan semua adik-beradiknya. Tahniah Nor. Kak Ti memang selalu admire Nor.




captions: Nor dengan Maisarah, anak perempuan sulungnya. Ini mesti ikut jejak mama ni. Sarah, yang manis dan sopan santun.










captions: Majlis bersejarah ini juga boleh ditonton melalui Internet. Sesi Nor menerima ijazahnya ini dirakam kakak saya (gambar ehsan kak Da).




Dan, nak tahu apa kejutan yang saya teima di penghujung sebuah sesi indah ini? Nor menghulurkan sebuah kotak cantik sangat dan saya pun buka. Oh! Jam. "Ini hadiah Nor dapat untuk PhD ke?" Nor senyum. Saya tak faham lagi. Kak Da senyum-senyum. Baru saya faham. Rupa-rupanya Nor beli hadiah untuk saya dan kak Da. Alahai, tersentuhnya jiwa saya....teruja sangat ni. Nor yang dapat ijazah, kakak-kakak pula yang dia bagi hadiah. Thank you so much Nor. Love you.


Indah sungguh hidup ini. Indah sungguhnya hari saya.

Akhir kalam, senyumlah kerana hidup kita ni sebenarnya sangat singkat....dan sangat indah.

Wednesday, September 21, 2011

Kisah Si Kembang Blossom

Assalamualaikum

HUJAN-hujan begini, memang enak minum kopi sambil layan FB. Tapi, saya rasa tak semua yang berasa nyaman apabila bumi kebasahan kerana ada ramai yang mengharapkan sinar mentari terang benderang sampai ke petang demi mencari sesuap nasi. Si penjaja di simpang jalan -- mamak cendul dan si penjual pisang goreng pasti antara yang panasaran. Dan satu hal lagi, apabila hujan-hujan begini, saya menjadi sedih mengingatkan anak-anak yang bersekolah sesi petang. Duduk jauh di pendalaman dan terpaksa menaiki bas berpuluh-puluh kilometer atau kena berkolek dan bersampan. Semoga semua dipeliharan Allah, selamat sejahtera pergi dan pulang.


Kadang-kadang saya terfikir saat hujan begini pasti ada makhluk Allah lain juga yang menangis kesejukan dan kelaparan. Maaf saya sentuh isu ini, tapi sekadar berkongsi rasa kerana baru-baru ini, atau lebih tepat lagi, Sabtu lepas, saya sekeluarga pergi ke majlis rumah terbuka. Bak kata orang tu, meriah jadual kami sebab ada banyak jemputan sampai saya pesan anak-anak bawa baju sepersalinan bimbang lencun kehujanan.


Jadi, nak dijadikan cerita...dalam seronok makan dan ketawa dari satu rumah ke satu rumah, kami singgah di R & R Seri Kembangan dan kat situ kami (saya, Kasih dan Arina) terjumpa selonggok anak kucing yang dibuang orang. Saya rasa umur baby ni semua dalam sebulan kot. Kesiannya kerana mereka tak ada emak untuk menyusu. Sampai hati orang yang membuang makhluk sekecil ini...terlungkup semua kelaparan. Mujurlah ada dua ekor kitty ni yang kuat sikit, terlari-lari ke sana dan kemari mengejar kaki pengunjung yang singgah makan dan solat dan membuang hajat. Mungkin depa menjerit minta tolong tengukkan adik-beradik lain yang sedang nazak. Arina dan Kasih sudah jatuh kasihan kepada anak kucing ini dan merayu-rayu agar saya mengambilnya. Memang hati berat sangat sebab di rumah sudah ada dua ekor kucing terbiar yang kami bela. Nak tambah lagi dua? Hati terus berfikir beribu-ribu kali.


Tapi, sebaik sahaja saya melintasi kawasan perdu pokok untuk ke tempat letak kereta, saya nampak lagi tiga ekor anak kucing yang sedang menanggung derita azab kepanasan dan kelaparan. Sesaat itu juga saya tak berfikir panjang lagi, terus saya ambil bawa ke kereta. Dalam hati kata, kalau tak larat nak bela pun at least tolong jaga sampai besar sikit. Jadi, selepas berbincang lebih kurang, hati dah tawar nak ke rumah terbuka seterusnya. Macam mana nak pergi kalau kitty ni semua dok menangis-nangis. Tapi, sebaik saja letak kat belakang kereta tu, semua anak kucing tertidur kepenatan, selepas dapat makan seketul ayam goreng yang saya beli di R & R tadi. Allah itu kaya, hujan mendinginkan suasana, jadi walaupun berjam-jam dalam kereta semua kittens comel tu diam saja ketika kami menziarahi rumah terbuka seterus di Ampang. Alhamdulilah.

Inilah wajah anak-anak angkat saya. Comelkan? Lima ekor yang malang...bergelandangan.


Saya ralat. Kalau pun nak buang kucing, janganlah yang tengah menyusu macam ni. Dan bukan di tempat sunyi sepi macam itu. Binatang ni cuma nak makan dan tidur saja. Itu fitrah mereka mengikut acuan Allah. Bukan mengacau orang pun.



Dan sekarang anak-anak kucing ni dah comel. Saya lap dan bagi wangi-wangi sikit. Pagi dan petang kalau tak hujan, saya lepas dari sangkar supaya semua boleh senaman ringan. Seronoklah tenguk kitten ni semua dah kuat memanjat sana-sini. Kalau tenguk rupa depa masa hari kejadian (Sabtu, 17 Sept) macam dah tak ada harapan dah. Baby Oren ni yang paling teruk, mata pun tak larat buka. Mula-mula tu saya ingat dah mati sebab lembik melepek. Bila cuit-cuit, baru dia gerak. Sekarang dah kuat berlari dah.


Dan, saya pun sebenarnya bukan larat nak jaga semua ni sebab sekarang ni saya dan ada dua ekor kucing yang saya bela sejak baby iaitu Mae Eliza dan Dawn Isabella. Kami panggil Mae dan Dawn. Emak depa, Julia Ashley, telah diselamatkan oleh Alia dari mati kelaparan di tempat letak kereta Sunway Pyramid (basement). Tak tau macam mana Ashley boleh terlantar kat situ. Kami bela masa umur dalam 2 bulan kot, bila besar, tak sempat dikasi pulak tu. Akhirnya, lahirlah Mae dan Dawn. Tak apalah, kami sekeluarga jaga seadanya. Kata orang tu selagi ada rezeki, kami cuba berkongsi rezeki.



Ini Dawn, sebab dia lahir waktu Subuh dan bulu pun kelabu saja macam suasana waktu subuh. Jadi, sesuai ler nama tu kan?

Ini pula kembar Dawn, dipanggil Mae (sebut May) sebab lahir pada 1 Mei lalu. Jadi sesuai sangatlah nama ni untuk dua beradik kembar yang suka sangat main gusti-gusti ni. Sebenarnya kucing ni penghibur hati tau. Tenguk gelagat depa, buat kita rasa nak ketawa pun ada, pelik pun...teruja pun ada. Terpulang kepada mata yang memandang, dan jiwa yang mencernanya.


Apapun, di sebalik dua ekor kucing yang manis ni, saya nak cerita juga kisah kucing yang satu ni. Saya ternampak dia berjalan dalam keadaan penuh kesakitan kat belakang rumah. Kurus kering betul, dan kalau tak kerana bulu tu pasti kucing ni sebenarnya tinggal rangka saja. Saya tak tahu kenapa teruk sekali keadaannya dan tak pernah pun saya lihat dia berkeliaran di belakang rumah sebelum ni.


Dek kerana terlalu kasihan kerana ketika dia makan isi ikan yang sudah saya lumat itu, airmatanya bergenangan dan dia tak mampu nak menelan walau secubitpun, jadi terus hantar ke klinik haiwan (Alia dan encik Suami yang tolong hantar). Kejadian berlaku ketika awal bulan puasa, jadi panas semacam dan ini mungkin menyebabkan si kucing ini semakin teruk terseksa. Sekembali dari Vet, Alia bawa ubat dan menurut doktor yang merawatnya, lidah kucing ni penuh dengan ulser. Oh! Patutlah airmatanya menitik ketika menyicip isi ikan tadi. Pedih sangat agaknya. Jadi kami bagi ubat dan simpan dalam cage ni. Selepas 24 jam, baru kucing ni nampak segar sikit. Saya bagi nama Mila Shakira sebab warna bulunya putih macam Milk Shake, tapi kotor sebab tak berjaga.


Selepas tiga empat hari barulah Mila boleh mengiau dan makan serta minum. Saya terus bagi ubat, tapi masuk hari keenam, Mila akhirnya terus terbaring lemah dan pada pagi hari ketujuh di rumah kami, Mila dah nazak. Saya bagi Mila minum. Dapatlah dia rezeki seteguk dua. Dan menjelang Asar, Mila Shakira mati dan kami kebumikan di padang depan rumah kami. kasihan dia. Saya dah berangan-angan nak groom dia bagi gemuk dan comel. Biar berseri-seri sikit.




Pemergian Mila mengingatkan saya kepada kucing kesayangan yang pernah dibela pada 2009. Namanya Reyes, tapi meninggal dunia pada April 2010 kerana dilanggar kereta di depan rumah kami. Semua menangis -- encik Suami, saya (meraung masa kebumikan Reyes), Alia (patah hati), Adam, Arina dan Kasih - semua terasa kehilangan. Lama selepas Reyes menjadi arwah, baru kami (saya dan Alia) dapat meredakan duka di hati.


Inilah Reyes kesayangan sekeluarga. Namanya itu saya ambil sempena nama pahlwan Afrika. Bukan senang nak cari nama ni tau, sampai dua, tiga hari saya google.

Comel tak? Gambar Reyes ini diambil beberapa hari selepas dia menjadi ahli keluarga kami. Kucing yang baik, bersopan santun dan manja.

Reyes suka dibuai-buai...dan dulu semasa saya tak sibuk dengan cake, inilah kerja saya...membuai Reyes sampai dia terlena. Comelnya dia....!

Reyes yang manja, suka makan cupcakes. Kami pernah berangan-angan nak buat birthday party untuk Reyes, tapi hajat tak kesampaian.

Reyes memang suka dibedung dan didukung-dukung macam ni. Manja bebenor dia...terutama dengan Alia.
Inilah pusara arwah Reyes, di dalam taman kami di bawah pokok tempat Reyes suka bermain-main. Miss you Reyes.

Selepas Reyes pergi kami macam patah hati nak bela kucing lagi, tapi apabila melihat kucing di jalanan, tak sampai hati. Jadi akhir kalam, saya harap kucing-kucing terbiar akan lebih dikasihani. Dan kalau kita tergerak nak bela kucing, tak payah buang duit ribu riban. Ambil saja kucing jalanan. Mereka ni manja dan sangat setia. Ini ada link khas mengenai kucing jalanan, untuk rujukan ya.


Dan kepada yang berminat menjadi keluarga angkat kepada lima ekor anak kucing yang baru saya temui itu, sila sms atau call saya, 017-2840900. Mereka memerlukan kasih sayang juga boleh mengubat lara dan sepi kita.

Inilah adik beradik Kembang Blossom yang menunggu dengan penuh harapan...andai ada yang jatuh kasihan!


Wasalam, kak JUN

Tuesday, September 20, 2011

Beri Biru, Cerita Haru Biru

Assalamualaikum


SAYA betul-betul tak fokus pagi ini. Dari pukul lapan tadi dah on computer tapi sampai sekarang apa pun tak buat lagi. Sekejap balas email...lepas tu buat pulak gum paste...lepas tu bagi makan kucing. Kerja yang sepatutnya dibuat, dok terbengkalai. Restless semacam saja, tak tahu apakah puncanya. Akhirnya, saya selak-selak cari resepi dan terjumpa resepi muffin ni. Memang sedap. Namanya pun dah gempak! Blueberry Muffin To Die For! Itu yang teruja nak mencuba tu sebab kalau dah sedap sampai macam nak mati maka kita kena cuba sendiri. Hasilnya...memang tidak menghampakan dan sambil menaip ni pun saya enak-enak menikmati sepiring muffin dengan teh panas cap Ahmad Tea... tanpa gula lagi!


Apapun, ni nak kongsi cerita sikit. Semalam saya berbual panjang dengan kawan saya yang baru saja bercerai. Alhamdulilah, sebab sekarang she is getting better. Dan katanya, sebenarnya kalau persefahaman di antara pasangan itu memang dah kering kontang, usah lagi dibiar berpanjangan. Jangan lagi cuba mencantumkan kasih yang sudah retak sebab kesannya lebih dahsyat. Luka cinta yang awalnya dulu cuma sedikit akhirnya akan menjadi koyak rabak. Lelaki tetap lelaki. Kalau hati memang tidak boleh setia kepada yang satu, tak perlu ditunggu-tunggu. Kita juga yang kematu.


Untung jika kita masih muda dan berpendidikan tinggi. Jadi boleh memulakan kehidupan baru. Bak kata kawan saya, Puan R, ibu-ibu zaman sekarang kena ajar anak lelaki mereka erti tanggungjawab terhadap keluarga. Jangan dibiarkan asyik makan tidur dan main game saja sebab kalau dari kecil di pupuk 'semangat raja', alamatnya dah besar nanti akan bermaharaja lela.


Saya tak tahu sama ada hendak bersetuju atau tidak, tapi kalau kita tenguk peratus pelajar wanita yang lebih ramai di pusat pengajian tinggi, adakah ini petanda sebahagian dari kebenaran dakwaan Puan R. Pelajar perempuan (maknanya orang perempuan) majoriti sangat fokus dan komited. Kalau belajar depa fokus. Bercinta fokus. Kerja fokus dan kalau dapat suami pun fokus. Hatta kalau suami tu ditakdirkan separuh matang pun meraka akan tatang sebab terlampau fokus.


Jadi kesudahannya saya berterus-terang saja kat Alia, "Mama tak kisah. Kalau Alia nak kawin ok. Tak nak kawin pun ok. Nak jadi anak dara tua pun (kalau dah takdirnya begitu) ok, dan kalau ditakdirkan menjanda pun kita redha." Memang bunyi macam celupar, kan? Tapi saya memang cakap tak berselindung dengan Alia. Cerita hal yang benar, buat apa nak dibiarkan mereka alami/cari sendiri. Jangan depa ingat indahnya percintaan sampai buta kepada persekitaran.


Kalau saya dengar dia asyik bergaduh pun saya akan tanya. "Kenapa mama dengar Alia ni macam berteh rendang? Alia ingat lelaki suka pompuan kuat meleter? Kalau dah tua macam mama ni, tak apa sebab kita bukan bergaduh. Tapi mencari penyelesaian. Masalah anak-anak. Bukan soal remeh temeh...you tak sayang I? You tak cinta I? Buang masa tu...!


Dan saya juga berpesan kepada Alia, kalau kita dah tau punca masalah dan memang sudah nyata sangat ia tak boleh diselesaikan, makan tinggalkan saja. Kalau lelaki hendak kita, dia tak perlu bagi alasan. Kalau suka, cinta...kawin saja. Kalau dah kawin pun masih nak buat onar, tak payah nak sedih cita...fikir itu ini...sebab tak mau bercerai. Selagi suami tak buat dosa besar...kita boleh tunggu. Tapi kalau dah sah dan nyata lelaki itu bersultan di mata dan beraja di hati dengan segala maksiat dan kurafat...tak perlulah lagi kita nak mencari lagi makna yang tersirat di sebalik yang tersurat.


Err...Alia faham ke? Rasa-rasanya dia faham sebab dia selalu dengar saya bercerita hal di sebalik kelambu dengan kawan-kawan. Jangan jadi tipikal orang dulu-dulu, kalau nak cerita sikit, ha kau budak-budak pergi jauh-jauh. Jangan dengar orang tua bersembang. Kalau memang bergossip tu, tak payahlah bagi anak dengar. Tapi kalau hal yang boleh diteladani, biarlah mereka dengar. Tapi orang Melayu ni memang suka ajar anak jadi pemalu tak bertempat, bila naik pentas takut. Nak cakap kat public takut. Kalau disua mikrofon, pucat. Tapi kalau karaoke, juara sesaja. Itulah kaedahnya. Bosan saya kalau interview orang bercakap tergagap-gagap. Kalau tidak pun, suka tersengih-sengih. Kita suruh cerita tentang diri sendiri pun, depa asyik bagi tau, nama saya...umur saya.... kegemaran saya...! Alamak...itu boleh tenguk kat resume dek. Jadi, kesudahannya, memang awal-awal lagi saya pangkah X besar-besar!


Apapun, berbalik kisah kawanku yang ditalak suami itu, sepatah katanya, "Sekarang ni lega kak Jun sebab kalau dia tak balik pun kita tak makan hati sebab kita tahu dia bukan lagi encik suami." Tak payah berteka-teki, oh! malam ini dia peluk siapa? Gurau dengan KD mana? Adakah dia masih tersungkur di kaki GRO atau p***cur. Dan paling penting, kuman-kuman dari lorong belakang itu pun boleh dikekang. Nauzubillah.


Jadi akhir kalam, kepada yang bakal naik pelamin tu, diucapkan `Selamat Pengantin Baru'. Ni saya kongsi resepi muffin ni dan tatap juga gambar cupcakes bertema Sesame Streets ebagai halwa mata di rembang tengah hari. Inilah deko paling senang di dunia.....

Wasalam

(Saya malas nak translate...jadi, buka kamus ya. Sekejap lagi kalau feeling feeling dah habis, baru saya terjemahkan maknanya. Resepi saya ambil dari sini, sini
Resepi Bulueberry Muffin To Die For

Ingredients

  • 1 1/2 cups all-purpose flour
  • 3/4 cup white sugar
  • 1/2 teaspoon salt
  • 2 teaspoons baking powder
  • 1/3 cup vegetable oil
  • 1 egg
  • 1/3 cup milk
  • 1 cup fresh blueberries
  • 1/2 cup white sugar
  • 1/3 cup all-purpose flour
  • 1/4 cup butter, cubed
  • 1 1/2 teaspoons ground cinnamon

Directions

  1. Preheat oven to 400 degrees F (200 degrees C). Grease muffin cups or line with muffin liners.
  2. Combine 1 1/2 cups flour, 3/4 cup sugar, salt and baking powder. Place vegetable oil into a 1 cup measuring cup; add the egg and enough milk to fill the cup. Mix this with flour mixture. Fold in blueberries. Fill muffin cups right to the top, and sprinkle with crumb topping mixture.
  3. To Make Crumb Topping: Mix together 1/2 cup sugar, 1/3 cup flour, 1/4 cup butter, and 1 1/2 teaspoons cinnamon. Mix with fork, and sprinkle over muffins before baking.
  4. Bake for 20 to 25 minutes in the preheated oven, or until done.


Cupcakes ini ditempah oleh siapa lagi, kalau bukan artis meletup itu....Zarina Zainuddin. Dia ni suka jamu kawan-kawan kat lokasi shooting. Jadi suka BBM memalam, "Kak Jun, Ina nak cupcakess....bla ...bla...bla...bla. Jadi kali ini, kau ambik gambar kartun ya Ina, sebab dah last minute order. Terima saja ya.

Sunday, September 18, 2011

Happy Birthday Tristan, TQ Serena

Assalamualaikum

PAGI Isnin yang sangat sejuk dan dingin. Sebuah hujung minggu yang sangat sibuk sudah pun berlalu dan saya mahu menikmati Isnin ini sepenuhnya kerana mulai esuk saya akan kembali sibuk.


Apapun, saya nak share gambar kek harijadi yang saya deko minggu lepas. Cuba tenguk nama tu? Tentu semua tahu pemilik nama ini, betul tak? Siapa lagi kalau bukan cucu kesayangan Datuk Chef Wan, Tristan Tareef.


Sebenarnya, mummy Tristan, Serena, called saya dah agak lewat kerana majlis berlangsung Sabtu pagi dan hari Rabu malam baru nak bincang-bincang design. Tapi sebab kawan punya pasal, saya pun ok saja. Lagi pun design yang Serena hajati pun tidak begitu susah untuk disiapkan.

Thank to encik Suami kerana sudi ambil gambar ini sebab saya sibuk dengan hal lain. Kalau nak tahu, Serena mahu saya abadikan pasukan bola kesayangan suaminya, West Ham. "Tulis no: jersey tu 'SATU' sebab Tristan dah setahun. Dan kalau boleh saya nak padang bola dan figurin. Kak Jun hiaslah macam mana pun...saya tak kisah."


Hem, ini cucu sulung Chef Wan tau. Dan siapakah grandpa Tristan? Chef tersohor tau. Saya memang dari dulu lagi, kalau jumpa Chef Wan mesti tersipu-sipu sebab kita ni sebenarnya wartawan, accidentally jadi cake artist, jadi macam tersegan ler pulak. Chef Wan selalu cakap macam ni...."Jun, kau pakai jer mana-mana resepi I tu....I suka sangat kalau kawan-kawan sudi." Hem, terima kasih daun keladi ya Datuk.


Dan ketika menyiapkan kek ini pun saya teringat-ingat Serena. Saya kenal dia sejak umur tujuh tahun. Boleh? Masa tu Chef Wan baru kembali dari perantauan (Amerika Syarikat) dan sedang mencipta nama di Malaysia. Hem, tak sangka anak bongsu puteri kesayangan Chef ni dah berkahwin dan saya berkesempatan mejadi sebahagian detik indah meraikan hari bahagia anak sulungnya. Terasa macam baru saja lagi saya menghadiri majlis perkahwinan Serena yang meriah dan gilang-gemilang itu.



Sayangnya saya tak dapat menghadiri majlis harijadi Tristan. Kek pun Alia saja yang hantar ke kondonya yang sangat cantik itu. Saya dah berjanji hendak menghadiri rumah terbuka dan majlsi sambut menantu yang sudah confirmed lebih awal. Apapun, saya dapat juga gambar ini, ehsan sepupu Serena, Nadia, yang juga kawan Alia, my daughter. Kecilnya dunia.






Kek ini gabungan kek coklat dan kek butter (vanilla). Jadi, akhir kalam, thanks to Serena dan happy birthday Tristan. Semoga Serena dan suami serta anak akan abadi bahagia selama-lamanya. Wasalam.