Salam semua,
Pagi Syawal ke-2, barulah saya dapat online dengan tenangnya selepas menghadapi seminggu yang sungguh padat. Lima Ramadan terakhir, jadual saya bermula seawal jam 3 am, sampai tengah malam. Apapun saya puas hati. Ramadan tahun ini sangat bermakna dan saya sangat-sangat gembira mengulangi detik-detik itu.
Apapun, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya maaf lahir dan bathin kepada seluruh warga bloggers dan teman maya serta pembaca yang baru kali pertama singgah blog saya. Tahun ini kami meraikan lebran di Subang Jaya dan hari ini adik dan bonda dari Kuala Kangsar akan sampai jadi kami akan bergembira sekeluarga sekali lagi. Banyak agenda berbangkit jadi saya tidak boleh menghadap lappy ini lama-lama. Sekejap lagi rumah saya akan riuh rendah jadi lebih saya siapkan apa yang patut.
Jadi akhir kalam, sama-samalah kita nikmati erti lebaran kali ini dengan penuh ketulusan dan andai ada yang menghulurkan salam untuk bermaaf-maafan, terima sajalah ya. Jangan jadi pendendam kerana siapalah kita untuk menyimpan sakit hati sampai berkarat di dalam dada itu kerana Allah menjadikan kita ini manusia yang serba kekurangan....tidak sempurna! Setiap hari kita melakukan kesilapan dan kesalahan -- sama ada kita sedari atau tidak. Jadi andai anda pernah melukakan hati kita, pejam mata saja dan terima saja kemaafan yang dihulurkan itu kerana kita pun pernah menyakitkan hati orang lain juga. Bukan maksum.
:-))
wasalam

sebelah malam saya sempat beraya dengan dua teman lama sejak zaman ITM, Nina Tan Sri Arsyad Ayob dan Abby Fana.