Malam ini saya ingin berkongsi resepi kek Rainbow yang pernah saya janji tempuh hari. Dan saya minta maaf sekiranya kelewatan ini membuatkan ramai yang kempunan. Ok, sebenarnya saya pun pernah mengidam nak buat kek yang sangat ceria ni apabila terpandang keanggunan kek ini di laman Facebook. Mujurlah kawan sehobi, Shazerina Izlin dari blog Mamachak's Recipe sudi memberikan tips. Jadi, saya adun resepi sendiri dan akhirnya terhasil juga kek berwarna-warni ini. .
Ok, tanpa membuang masa, silalah ambil pen dan salin resepinya ya. Atau pun kalau nak kerja senang, buat cara saya - snap saja catatan di layar komputer itu dengan camera handphone, kemudian hantar kat folder resepi di FB. Senang bukan?
:-))
OK, sekali lagi, inilah resepinya.
Kek Pelangi
Bahan-bahan
350 g mentega (unsalted)
330 g gula castor
7 putih telur
345 g tepung kek*
1/3 cawan susu segar
1/2 camca teh soda bicarbonat
7 warna (ikut suka)
esen vanilla
loyang 4 segi 10" x 10" (gris + lapik kertas)
(* ayak sekali)
Hiasan: Topping Cream atau apa saja frosting yang disukai.

Cara membuatnya
1. Pukul mentega dan gula sampai kembang dan bersatu. Jangan lama sangat nanti terlebih gebu.
2. Masukkan putih telur, sedikit demi sedikit. Pukul sekejap sahaja.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kaup balik dengan sudip kayu. Selang-seli dengan susu segar.
4. Bahagi adunan 7 bahagian dan warnai setiap satu dengan warna pilihan.
5. Bakar setiap bahagian ini lebih kurang 10 minit atau sampai masak. Sejukkan.
6. Ulangi proses ini sampai semua tujuh bahagian kek selesai dimasak. Saya guna dua biji loyang bersaiz sama kerana inilah cara paling bijak yang dapat saya fikirkan *wink*.
7. Apabila semua siap dimasak dan sejuk (suhu bilik) sepenuhnya, masukkan dalam peti ais sekejap (dalam 7-10 minit). Ini memudahkan proses menyapu frosting.
8. Sementara itu, pukul topping cream sampai gebu (saya guna 1 1/2 cawan penuh).
9. Ambil selapisan kek, sapu topping cream. Kemudian letak pula lapisan kedua, sapu topping cream sekali lagi. Ulangi proses ini untuk semua kek. Kemudian sapu seluruh kek dengan topping cream dan hias ikut selera sendiri.

Inilah kek Rainbow yang sangat comel dan ceria. Rasanya? Sedap. Tapi kalau tak nak manis, kurangkan gula. Ok juga untuk kek kanak-kanak (tapi saya tak suka penggunaan warna yang berlebih-lebihan). Bab membakarnya? Memang leceh sedikit. Tapi kalau nak cuba, apa salahnya. Ataupun kalau rasa bosan sangat.... saja nak habiskan masa, inilah terapi terbaik.
Ok, sebelum saya tutup tirai malam ni, saya nak minta tolong sikit. Sikiiiiiit jer. Anak dara saya, Alia Roslan ada masuk contest anjuran Sereni & Shentel di Facebook. Peserta mesti dapat vote terbanyak untuk memenangi peraduan ini. Emak Alia ni dah LIKE banyak dah... habis promote kat kawan-kawan di FB, minta tolong LIKE page Alia. Jadi, sekarang ni saya nak minta tolong teman bloggers/pembaca dihormati untuk LIKE page FB Alia itu dengan click link ini:
Alia, of MyStilettos and Spatula

Dan gambar-gambar ini adalah gabungan fesyen yang Alia hasilkan sebagai pertaruhan untuk memenangi hadiah yang sangat diidam-idamkannya itu. Semua syarat dan peraturan Alia sudah perincikan di blognya itu. Tolong ya....
Akhir kalam, saya sudahi bicara malam ini dengan pantun lama:
Pisang emas dibawa belayar
masak sebiji di atas peti
hutang emas boleh dibayar
hutang budi saya bawa mati
Wasalam