HARI ini sebuah lagi sejarah tercipta. Perkahwinan gemilang pasangan diraja William dan Kate. Dalam keghairahan meraikan detik indah ini, saya rasa ramai wanita sebaya yang yang pernah menyaksikan sebuah perkahwinan terungguh abad ini -- Charles dan Diana lebih kurang 30 tahun lalu, akan terimbau kembali detik yang sudah berlalu itu.
Ketika Diana dilamar Charles, saya masih di sekolah menengah, jadi wajar sangatlah kalau kita pun teruja dengan takdir cinta Diana. Maklumlah, guru tadika dilamar putera raja! Sama seperti dongeng sang pari-pari -- Snow White, Cinderella dan Sleeping Beauty. Tambahan pula dia suka menjeling manja dengan wajah polosnya itu...sangat manis, lantas dia dilihat sebagai 'ratu' nan satu. Kehadirannya, secepat kilat mencuri tumpuan sesiapa sahaja.
Dan dalam sekelip mata juga, Diana menjadi fenomena.
Tapi, sayang sekali. Diana 'hadir' tidak lama. Muncul sebagai gadis penuh misteri, kemudian diangkat melebihi selebriti, tapi ditakdirkan 'pergi' akibat tragedi yang sungguh menyayat hati. Kematiannya itu menyanggahi dongeng sang pari-pari, kerana Diana bukan seperti Slepping Beauty, kerana dia 'tidur mati'. Tiada putera idaman yang boleh menghidupkannya kembali, walaupun dengan sebuah ciuman sakti.
Berakhir sebuah hikayat....yang dahulunya dianggap satu keramat.
Dan....saya...walaupun bukan peminat tegar Diana, tapi entah macam mana kisah puteri malang ini begitu melekat di hati. Mungkin kerana takdirnya begitu tragis sekali. Ternyata duka seorang isteri yang dicurangi suami itu tidak mengenal darjat atau hiraki. Sama ada hamba abdi atau pun seorang suri yang sudah dinobatkan sebagai Puteri, jika ditakdirkan mendapat suami yang sukar kita takluki, maka hati ini akan terus dilukai dan hak kita dinafi.
Ternyata Diana juga tidak terkecuali.
Kini, dia sudah lama pergi. Jika tidak, pasti hari ini dia akan menjadi bonda paling bahagia kerana anakanda dikasihi, William, sudah pun memiliki suri hati -- Kate -- cinta abadi.
Sebenarnya, selepas kematian Diana dahulu, saya tiba-tiba berminat membeli buku dan video mengenai puteri malang ini. Maklumlah ketika itu, teknologi maya bukan secanggih hari ini. Berita mahal dan lambat. Jadi, sebagai penulis kita perlu membina perpusatakaan mini di rumah sendiri. Dan, ini juga membantu saya apabila diminta menggarap 'hikayat tak bersenandung' mengenai Diana yang penuh pesona.
Dan, bersama-sama ini saya ingin kongsi beberapa keping gambar yang saya rakam semula dari buku koleksi peribadi -- Diana, A Tribute. Gambar yang bisu tapi penuh makna itu.
Dan, bersama-sama ini saya ingin kongsi beberapa keping gambar yang saya rakam semula dari buku koleksi peribadi -- Diana, A Tribute. Gambar yang bisu tapi penuh makna itu.
Diana diarak ke dewan pernikahan.
**********
Di sini...kala ini...cinta baru bersemi. Bulan madu yang sungguh syahdu
Di sini...kala ini...cinta baru bersemi. Bulan madu yang sungguh syahdu
Gambar ini mengukir sejuta kenangan -- detik istimewa seorang wanita yang baru menimang cahaya mata pertama.
Gambaran sebuah keluarga yang lengkap -- isteri yang cantik, suami yang kacak dan bakal raja serta dua putera yang comel -- pualam jiwa.
**********
Episod cinta tak sudah!
Keluarga diraja -- yang memertabat Diana....kemudian 'memenjarakannya'.
...dan, kini muncul pula Kate.
Dia bagai bayangan Diana. Cinta membawanya ke istana.
....tapi adakah dia berjaya mempertahankan cintanya di sebalik tembuk mahligai yang penuh protokol itu? Semoga dia tidak perlu melalui kisah kasih yang penuh kepayahan seperti
bonda mentuanya itu.
Inilah satu-satunya persoalan yang sangat misteri, hatta Tajul Muluk pun tak mungkin tahu.
Dia bagai bayangan Diana. Cinta membawanya ke istana.
....tapi adakah dia berjaya mempertahankan cintanya di sebalik tembuk mahligai yang penuh protokol itu? Semoga dia tidak perlu melalui kisah kasih yang penuh kepayahan seperti
bonda mentuanya itu.
Inilah satu-satunya persoalan yang sangat misteri, hatta Tajul Muluk pun tak mungkin tahu.







