Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Monday, February 28, 2011

Mad About Macaroon


ASSALAM semua,

Ramai yang bertanya bila saya mahu menganjurkan kelas macaroon. Jawapannya... saya pun tak pasti lagi. Setakat ni saya tidak memikirkan langsung hal itu. Tempahan pun belum saya buka. Setakat ini saya masih seronok bereksperiman. Cuba itu, cuba ini. Tukar teknik. Adapt itu dan ini, macam orang sedang menduga hati kekasih. Mana rajuknya, mana sukanya, bila ok, dan bila pula macaroon ni 'sentap'. Semuanya saya catit. Jadi, setakat ini saya sudah 50% faham rencam kerenah macaroon ni untuk mencapai tahap amatur.


Jadi, apabila ada yang bertanya...sedapkah macaroon itu? Saya tak mampu nak beri komen yang specific. Kalau Red Velvet tu kita boleh nikmati setiap rasa yang terkandung di dalamnya -- masam, manis, lemak. Semua ada. Macaroon ni hanya ada manis dan kenyal. Nikmat sebenar terletak pada fillingnya. Kalau sedap, sedaplah. Kalau buat sambil lewa saja maka rasanya pun ala-ala sajalah.





Jadi setakat ni, selepas berjaya menghadiri kelas macaroon barulah saya tahu duduk sebenarnya cerita kuih orang Perancis ni. Remehnya sama macam Parisian juga kot. Ada banyak teknik tersirat dari yang tersurat. Dan saya rasa memang susah hendak mahir jika setakat berpandukan Youtube atau mana-mana video tutorial di Internet tu. Kena lihat, faham dan ulangi step yang sama berulangkali sampai kita dapat rentaknya. Jika ada yang berjaya, thumb-up untuk you.


Setakat ini saya sudah buat hampir 10 kali, semuanya untuk sedekah kat adik-beradik dan kawan-kawan. Pada dua percubaan pertama, saya gagal dengan cemerlang. Kemudian saya stop. Kecewa. Hati rasa termendap. Tapi sebab keinginan untuk menatap kegebuan macaroon dengan hasil tangan sendiri maka saya tak mahu putus asa dulu. Memasak untuk hobi adalah satu seni. Bukan masak untuk mengenyangkan perut atau menyedapkan tekak. Tapi untuk memuaskan mata dan hati.




Bukan sedikit masa yang hangus....berjaga malam membaca segala info dan tips yang ada. Tapi, inilah satu-satunya kudapan yang penuh misteri. Kebanyakan info membayangkan kesukaran membuat macaroon. Bagai ada rahsia yang terpendam. Tapi bagi saya, semakin susah, semakin mencabar -- semakin saya berkobar-kobar.


Jadi, macam selalu saya kata, kalau buat untuk duit memang kita mahu ekspress. Selepas belajar terus dilambakkan di pasaran. Jual, jual dan jual. Ya! Betul tu. Memang money is something but not everything. Saya buat untuk kepuasan diri sendiri. Sama macam si kaki pancing. kalau setakat mahu ikan, pergi ke pasar. Spesies dari lautan di Kutub Utara pun ada. Tapi kita mahu menguji diri, memenuhi tuntutan naluri. Saya cuma nak berkongsi rasa benda yang saya suka saja. Bak kata orang 'terbaik dari ladang'.


Jadi, berbalik cerita membakar macaroon ni, akhirnya saya berpeluang juga belajar seni menyediakan macaroon ini dari seorang sifu yang kebetulan diundang owner kedai Best Solution untuk demo di kedainya.


Selepas dapat ilmu ini pun, saya tak terus terjah dapur. Saya masih belum ada hati nak cuba kerana nak tunggu seru. Biar lapang dada, lapang masa. Baru cuba sekali lagi -- beberapa minggu kemudian.


Dan, alhamdulillah menjadi juga akhirnya. Itulah kepuasan sebenar. Maknanya kalau 'orang boleh buat, aku pun boleh buat juga'. Itulah misinya. Bukan susah sangat macam teknologi angkasa lepas.


caption: inilah macaroon saya yang pertama selepas berguru dengan pakarnya.



Malam itu saya tidur lena...puas hati. Tertunai sudah hasrat di hati. Mimpi pun indah...nampak bintang-bintang berkerlip macam macaroon juga...LOL!



captions: Macaroon merah kesumba (pink) ini saya jamu adik, kakak dan anak saudara.







Tapi seperti yang saya katakan tadi, macaroon ni sangat cerewet. Manja. Jadi, pada percubaan seterusnya ada juga celanya. Terkering, bantat dan ada yang cantik rupa, tapi takda rasa. Semua itu saya catit dan saya mabil kira untuk episod percubaan seterusnya. Entah sudah berapa kilo almond yang saya guna, tak pula saya ambil kira. Kalau nak pupuk kemahiran memasak, jangan kedekut dan takut! Selepas berjaya gagal, berjaya gagal.... rasanya saya sudah berani membuat macaroon tanpa sebarang prasangka lagi.


Sekarang tiba masanya saya mahu mencuba resepi macaroon dengan pelbagai perasa.





Jadi petang semalam saya buat satu bancuhan lagi. Dapat dua loyang. Kali ini saya campur dengan 10 g serbuk koko. Hasilnya... macaroon coklat. Hari ini saya mahu mencuba satu adunan lagi. Kemudian baru dibuat filling. Saya suka tenguk macaroon comel dan berwarna-warni.


Dan lebih teruja kerana ada yang sudi berkongsi suka dengan saya... dengan mengirimkan ini.




Ya, buku mengenai macaroon. Surpirse dari adik angkat saya, Dr Rosiyati yang juga 'tergila-gilakan' macaroon (dan decorating cakes). Siapa tidak terlompat kesukaan tatkala menerima buku ini. Baik sungguh hati kawan-kawanku ini.



Dan seperti biasa, anak saya, Alia pun berkongsi kesukaan yang sama juga. Infact, dia yang memperkenalkan dunia macaroon ini kepada saya. Long time ago... sebelum macaroon ini 'menyerang' meja hidangan orang Malaya. Tapi seperti kisah Red Velvet dulu, awalnya saya tak dapat memahaminya. Tapi sekarang saya yang lebih teruja berbanding dia.




captions: Alia excited sangat menerima ole-ole macaroon Laduree daripada bintang hatinya, Rizalman Ibrahim, yang teringat juga hendak membelikan Alia kudapan ini ketika bercuti di Paris lewat Disember 2010 lalu.



Selain macaroon, Rizalman juga membelikan buku Macaroon from Laduree. Nak tahu apa itu Laduree? Klik link Alia ni ya. Sampai jumpa lagi.

Wasalam


Sunday, February 27, 2011

Jom Jamu Selera...lagi.

Assalam semua

HARI minggu pun berlalu. Esok Isnin menyapa dengan agenda baru. Seminggu penuh dengan pelbagai acara, membuatkan kita tak rasa perasan pun malam datang dan siang pergi begitu saja. Mungkin kita asyik dengan kerja yang tak pernah habis tu sampai terlupa bersolat, ataupun ingat tapi dek kerana penat, kita pun liat. Maknanya kita cuma bersolat kalau sempat.


Masa kerja dulu, saya ada istilah 2 in one. Saya rasa ramai yang faham maksud istilah ni, kan? Kita lewatkan zohor sampai mendekati Asar supaya dapat menjimatkan masa, tenaga dan tak perlu bersolek berulang kali. Betul tak? Tapi, ada satu kakak ni dulu, saya perhatikan dia sangat menjaga waktu solat dan menjadi yang terawal di surau. Dia siap bawa kain batik, supaya yakin dapat bersolat dalam segala-galanya bersih.


Kakak ni juga suka bersolek tau. Bukan setakat pakai bedak talkum dan colek gincu gitu gitu, tapi lengkap dengan bedak asas, bedak debu, blusher dan eye shadow. Semua dia buat dengan sepenuh hati, sama saja warna yang dipakai dari pagi sampai petang. Maknanya conti (disebut kon-ti) tak lari. Selepas zohor dia bersolek lengkap, bila nak Asar dia lap semula dan habis solat dia solat semula secomel moleknya. Kalau kebetulan Maghrib dan Isya' masih di pejabat, pun dia akan ulangi semula proses tataria ini.


Saya sendiri pun tak serajin tu. Selalunya kalau dah kelam-kabut nak pergi assignment, alamatnya mekap dalam kereta saja. Infact, kalau sebelah pagi nak pergi kerja pun saya buat macam tu juga sebab nak kejar waktu. Dan kalau ada lampu merah lagi saya suka sebab masa tu saya bersolak. Diawali dengan foundation, bedak, eye shadow dan last sekali, selepas menarik brek tangan di parking, saya pantis kening dan touch-up mana yang patut. Siap!


Kalau kita tak solat, maknanya seminggu x 5 kali sehari...sudah berapa waktu kita tinggal tu? Nak buat satu waktu pun payah, kalau memang bukan amalan, apa lagi hendak menqada' 35 waktu. Itu kalau kita bercakap tentang seminggu. Apa kata sebulan? Dua bulan? Setahun atau seumur hidup. Kecuali kalau memang sejak lahir emak dan ayah tidak pernah mengajar/memberatkan hal solat... tapi kalau memang kita tahu dan sengaja tidak peduli, mungkin rasa kesal akan datang bertubi-tubi apabila kita sudah lagi tidak kuat berdiri. Apa lagi hendak berlari.


Jadi, bab ni kita semua kena ingat sendiri. Saya tak berniat nak cerita panjang-panjang cukup sekadar usik-usik manja saja. Takdalah asyik cerita pasal kek, cupcakes, makan itu...makan ini...sampai saya terlupa nak mengingatkan diri sendiri dan anak-anak hal ini. Kalau Alia di Melaka baca... dan cepat-cepat sembahyang Isya sebelum mengadap Ipad tu... alhamdulillah, lepas sudah tanggungjawab mama.


Maklumlah, kita dulu pun pernah muda. Emak ayah ajar, tapi kadang-kadang terleka. Jadi selagi boleh saling mengingatkan, apa salahnya. Kalau panjang umur, esok kita boleh celik dengan sihat walafiat dan melihat matahari lagi. Tapi kalau sebaliknya, sekurang-kurangnya kita sudahi hari ini dengan bertemu Maha Pencipta. Tapi, kalau yang tak boleh sembahyang tu, nikmatilah cuti bulananmu dengan melayari alam maya ini dengan sukacitanya. Tak gitu puan puan?


Dan bercakap tentang qada', saya nak kongsi resepi kali ini. yang sudah saya tangguh berulang kali. Ambil gambar macam bagus jer, tapi terus terperam dalam memory card tu sebab banyak hal berbangkit. Jadi kali ini, saya ketepikan dulu gambar kelas dekorasi dan kek. Kita update esok-esok sajalah. Beri laluan kat serimuka ku yang sangat comel, semanis dan selembut serikaya.


Puan puan boleh jamu mata malam ni dan esok pagi-pagi boleh godak seloyang, buat menjamu selera keluarga tersayang.


Sebenarnya kat rumah ni bukan peminta kuih serimuka. Tapi saya buat juga sebab teruja dengan hasil yang sangat cantik sekali setiap kali membuat serimuka ni. Itulah gunanya berguru. Benda yang dulu kita rasa susah, pun menjadi mudah.




Jadi kepada peminat serimuka, inilah resepinya.
Bahan A

500 g beras pulut
300 ml santan pekat
300 ml air
2 tsp garam halus

Cara:
1. Rendam beras pulut sekurang-kurangnya 4 jam.
2. Basuh bersih dan toskan.
3. Kukus dengan bahan A dalam loyang (tak berlubang) selama 30 minit.
4. Kemudian tekan dalam loyang (10" x 10"). Lapik loyang dengan plastik supaya senang dikeluarkan.

Bahan B (Hijau)

300 g gula castor
100 g tepung kastad
400 ml santan pekat
400 ml air kosong*
* guna 200 ml air ini untuk blend daun pandan
20 g atau lebih daun pandan. Blend sampai lumat dan ambil jus.

Bahan C

4 biji telur
1/2 tsp garam halus
1/4 esen pandan (optional)
pewarna hijau (optional)

Cara Membuatnya:
1. Satu Jus pandan dengan santan pekat. Kacau sebati.
2. Masukkan bahan C dengan bahan B.
3. Blend sampai sebati. Tapis.
4. Masak sampai sekejap. Sampai wap. Dalam 2, 3 min saja.
5. Angkat dan tuang atas pulut dalam loyang tadi.
6. Kukus 30 minit atau sampai masak.

Selamat mencuba ya.




Ini pula mee kari yang saya buat mengikut selera sendiri saja. Saya jamu kawan-kawan bakers yang datang bertandang Rabu lepas, bersempena sesi fotografi dengan Berita Harian tu. Ini resepinya.

Bahan A

Sebungkus mee kuning (celur sekejap, tos)
Seikat sawi, bersih, rendam dan tos. Potong anggaran 2" (celur)
Semangkok taugeh (celur)

100 g fishball
100 g tahu, potong dadu, digaram kunyit dan goreng.

Garnishing:
Bawang goreng
Daun sup
Daun bawang
Cili merah hiris halus
Limau nipis
3-4 biji telur rebus

Kuah Mee Kari

1/2 cawan minyak masak

Bahan tumis
1/2 cawan (atau sesedap rasa) cili boh (saya guna yang dikisar sendiri)
10 biji bawang merah*
5 biji bawang putih*
Halia (sesedap rasa)
Kunyit hidup (sesedap rasa)
(*tumbuk lumat)
3 tbs udang kering (tumbuk lumat- optional)

5 tbs rempah kari
1 cawan air*
1 tbs asam jawa*
(* satu dan sebatikan, ambil air dan tuang dalam serbuk kari. Sebatikan).
2 cawan santan pekat
4 cawan air kosong (atau lebih, suka hati nak kuah banyak mana)
500 g tulang lembu (rebus dulu dengan air secukupnya sampai empuk)
200 g udang (size sederhana/atau besar, suka hati)
sedikit daun salam

Cara membuatnya.

1. Masukkan minyak dalam periuk, panaskan. Masukkan semua bahan tumis. Biar sekejap sampai harum dan kekuningan. Masukkan udang kering lumat.
2. Masukkan campuran serbuk kari.
2. Biar sekejap sampai naik bau wangi, dan masukkan cili kisar pula. Masak lagi sekejap.
3. Apabila semuanya sudah pecah minyak dan harum, masukkan tulang lembu bersama air rebusannya sekali. Biarkan sampai reneh dan sebati dengan bahan tumis, masukkan udang. Reneh lagi. Masukkan fishball.
4. Baru dimasukkan santan.
4. Masak sampai menggelegak sedikit dengan api sederhana.
5. Masukkan tauhu goreng dan daun salam.
6. Renehkan dalam 8 minit atau sampai masak.

Hidangkan dengan cara tersendiri.





Ini pula masak lemak cili api dengan asam belimbing buluh. Nanti saya sambung lagi resepi yang ini pula sebab bantal sudah panggil. Mau turu dulu. Sampai jumpa lagi.

Wasalam

Jom Jamu Selera...lagi.

Assalam semua

HARI minggu pun berlalu. Esok Isnin menyapa dengan agenda baru. Seminggu penuh dengan pelbagai acara, membuatkan kita tak rasa perasan pun malam datang dan siang pergi begitu saja. Mungkin kita asyik dengan kerja yang tak pernah habis tu sampai terlupa bersolat, ataupun ingat tapi dek kerana penat, kita pun liat. Maknanya kita cuma bersolat kalau sempat.


Masa kerja dulu, saya ada istilah 2 in one. Saya rasa ramai yang faham maksud istilah ni, kan? Kita lewatkan zohor sampai mendekati Asar supaya dapat menjimatkan masa, tenaga dan tak perlu bersolek berulang kali. Betul tak? Tapi, ada satu kakak ni dulu, saya perhatikan dia sangat menjaga waktu solat dan menjadi yang terawal di surau. Dia siap bawa kain batik, supaya yakin dapat bersolat dalam segala-galanya bersih.


Kakak ni juga suka bersolek tau. Bukan setakat pakai bedak talkum dan colek gincu gitu gitu, tapi lengkap dengan bedak asas, bedak debu, blusher dan eye shadow. Semua dia buat dengan sepenuh hati, sama saja warna yang dipakai dari pagi sampai petang. Maknanya conti (disebut kon-ti) tak lari. Selepas zohor dia bersolek lengkap, bila nak Asar dia lap semula dan habis solat dia solek semula secomel moleknya. Kalau kebetulan Maghrib dan Isya' masih di pejabat, pun dia akan ulangi semula proses tatarias ini dengan penuh tertib sekali. Eh! Kagumlah.


Saya sendiri pun tak serajin tu. Selalunya kalau dah kelam-kabut nak pergi assignment, alamatnya saya mekap dalam kereta saja. Infact, kalau nak pergi kerja pun saya buat macam tu juga sebab nak kejar waktu. Dan kerana itu, saya suka lampu merah, sebab nak bersolek -- yang diawali dengan foundation, bedak, eye shadow dan last sekali, sebaik sahaja menarik brek tangan di parking, saya pun sudahi dengan pantis kening dan sapu gincu. Siap!


Jadi, berbalik bab solat tadi, mahu atau tidak semua bergantung kesedaran, ketakutan (takwa) dan kebiasaan (rutin). Bayangkan kalau seminggu tak solat, dikali 5 kali sehari, sudah berapa waktu kita tinggal tu? Nak qada'? Hem, nak buat satu waktu pun payah, apa lagi hendak menqada' 35 waktu. Itu kalau kita bercakap tentang seminggu. Apa kata sebulan? Dua bulan? Setahun atau seumur hidup. Kecuali kalau memang sejak lahir emak dan ayah tidak pernah mengajar/memberatkan hal solat, kita tak akan rasa ralat. Tapi kalau memang kita tahu dan sengaja tidak peduli, mungkin rasa kesal akan datang bertubi-tubi apabila kita sudah lagi tidak kuat berdiri. Apa lagi hendak berlari.


Jadi, bab ni kita semua kena ingat sendiri. Saya tak berniat nak cerita panjang-panjang cukup sekadar usik-usik manja saja. Tak adalah asyik cerita pasal kek, cupcakes saja. Cakap pasal makan itu...makan ini...sampai saya terlupa nak mengingatkan diri sendiri dan anak-anak hal ini. Kalau Alia di Melaka baca catatan ni, cepat-cepat sembahyang Isya' sebelum mengadap Ipad tu.


Maklumlah, kalau panjang umur, esok kita boleh celik dengan sihat walafiat dan melihat matahari lagi. Tapi kalau sebaliknya, sekurang-kurangnya kita sudahi hari ini dengan bertemu Maha Pencipta.


Dan bercakap tentang qada', saya nak kongsi resepi kali ini yang sudah saya tangguh berulang kali 'tayangannya' di laman ini. Ambil gambar macam bagus jer, tapi terus terperam dalam memory card tu berhari-hari kerana banyak sangat hal berbangkit. Jadi kali ini, saya ketepikan dulu gambar kelas dekorasi dan kek. Lain kali saja saya update bab itu. Beri laluan kat serimuka ku yang sangat comel, semanis dan selembut serikaya ini ya.


Puan puan boleh jamu mata malam ni dan esok pagi-pagi boleh godak seloyang, buat menjamu selera keluarga tersayang.


Kalau nak tahu, anak dan cik Suami bukan peminat kuih serimuka. Tapi saya buat juga sebab teruja dengan hasil yang sangat cantik sekali setiap kali membuat serimuka ni. Itulah gunanya berguru. Dahulu saya ingat susah sangat, tapi selepas berguru dengan sifuku, Chef Asma, benda yang dulu kita rasa susah, pun menjadi mudah.




Jadi kepada peminat serimuka, inilah resepinya.

Bahan A

500 g beras pulut
300 ml santan pekat
300 ml air
2 tsp garam halus

Cara:
1. Rendam beras pulut sekurang-kurangnya 4 jam.
2. Basuh bersih dan toskan.
3. Kukus dengan bahan A dalam loyang (tak berlubang) selama 30 minit.
4. Kemudian tekan dalam loyang (10" x 10"). Lapik loyang dengan plastik supaya senang dikeluarkan.

Bahan B (Hijau)

300 g gula castor
100 g tepung kastad
400 ml santan pekat
400 ml air kosong*
* guna 200 ml air ini untuk blend daun pandan
20 g atau lebih daun pandan. Blend sampai lumat dan ambil jus.

Bahan C

4 biji telur
1/2 tsp garam halus
1/4 esen pandan (optional)
pewarna hijau (optional)

Cara Membuatnya:
1. Satu Jus pandan dengan santan pekat. Kacau sebati.
2. Masukkan bahan C dengan bahan B.
3. Blend sampai sebati. Tapis.
4. Masak sampai sekejap. Sampai wap. Dalam 2, 3 min saja.
5. Angkat dan tuang atas pulut dalam loyang tadi.
6. Kukus 30 minit atau sampai masak.

Selamat mencuba ya.




Ini pula mee kari yang saya buat mengikut selera sendiri saja. Saya jamu kawan-kawan bakers yang datang bertandang Rabu lepas, bersempena sesi fotografi dengan Berita Harian tu. Ini resepinya.

Bahan A

Sebungkus mee kuning (celur sekejap, tos)
Seikat sawi, bersih, rendam dan tos. Potong anggaran 2" (celur)
Semangkok taugeh (celur)

100 g fishball
100 g tahu, potong dadu, digaram kunyit dan goreng.

Garnishing:
Bawang goreng
Daun sup
Daun bawang
Cili merah hiris halus
Limau nipis
3-4 biji telur rebus

Kuah Mee Kari

1/2 cawan minyak masak

Bahan tumis
1/2 cawan (atau sesedap rasa) cili boh (saya guna yang dikisar sendiri)
10 biji bawang merah*
5 biji bawang putih*
Halia (sesedap rasa)
Kunyit hidup (sesedap rasa)
3 tbs udang kering (optional)
(*tumbuk lumat)

5 tbs rempah kari
1 cawan air*
1 tbs asam jawa*
(* satu dan sebatikan, ambil air dan tuang dalam serbuk kari. Sebatikan).
2 cawan santan pekat
4 cawan air kosong (atau lebih, suka hati nak kuah banyak mana)
500 g tulang lembu (rebus dulu dengan air secukupnya sampai empuk)
200 g udang (size sederhana/atau besar, suka hati)
sedikit daun salam

Cara membuatnya.

1. Masukkan minyak dalam periuk, panaskan. Masukkan semua bahan tumis. Biar sekejap sampai harum dan kekuningan. Masukkan udang kering lumat. Biar garing sikit.
2. Masukkan campuran serbuk kari.
3. Biar sekejap sampai naik bau wangi, dan masukkan cili kisar pula. Masak lagi sekejap.
4. Apabila semuanya sudah pecah minyak dan harum, masukkan tulang lembu bersama air rebusannya sekali. Biarkan sampai reneh dan sebati dengan bahan tumis, masukkan udang. Reneh lagi. Masukkan fishball.
5. Baru dimasukkan santan.
6. Masak sampai menggelegak sedikit dengan api sederhana.
7. Masukkan tauhu goreng dan daun salam.
8. Renehkan dalam 8 minit atau sampai masak.

Hidangkan dengan cara tersendiri.





Ini pula masak lemak cili api dengan asam belimbing buluh. Nanti saya sambung lagi resepi yang ini pula sebab bantal sudah panggil. Mau turu dulu. Sampai jumpa lagi.

Wasalam

Thursday, February 24, 2011

Seharian dengan Berita Harian

Assalam semua

Maaflah kerana dah lama tak dapat update blog...email pun saya balas ringkas-ringkas saja. Insyaallah, sehari dua lagi bila semuanya dah kebah, saya akan cerita panjang. Jadi buat masa sekarang, kita tatap dulu gambar yang diambil sempena kedatangan wartawan Berita Harian ke kediaman saya.


Topiknya? Hobi yang menyeronokkan...iaitu baking & decorating. Awalnya, wartawan mahu interview saya seorang...tapi saya rasa lebih seronok kalau ramai-ramai. Mujur kawan-kawan saya ini semua available...sangat sporting, jadi petang semalam kami berkumpul, riuh rendah bersukaria sambil menyiapkan dekorasi cupcakes.


captions: Me, Asilah, Zety dan Zarin.


Jadi, tatap dulu gambar-gambar ni ya and thanks Shahidah keran sudi interview saya dan kawan-kawan yang sanggup mengorbankan masa untuk menjayakan sesi santai ini. Tentu you all semua kenal dengan semua wajah ini....Asilah, dari blog 3E, Zety Zarina -- pramugari yang ligat sebagai midnite baker, Zarin pun ada blog yang sangat disukai ramai (check di senarai Jejak Kasih ya), dan Anita Jamal yang famous di Flickr. Kalau nak tahu wartawan meja Wanita ini, Shahidah, pun dah suka baking, jadi sangat seronoklah kami bercerita petang itu. Satu kapal.

Dan seperti biasa, saya yang sedang teruja mencuba macaroon, mencuba nasib sekali lagi membakar macaroon yang sangat remeh membuatnya ni.




Jejaka berkemeja corak genggang itulah jurugambar. Jenuh juga berposing ni ya. Apapun, saja untuk R&R.... dan merapatkan silaturrahim.

Anita Jamal, cake artist yang sangat talented ini antara yang pertama saya kenal sebaik sahaja aktif melanjutkan hobi ini. Hasil kerja seni Anita boleh dinikmati di Anita di www.flickr.com/photos/anitajamal


Sampai jumpa lagi, wasslam.

Sunday, February 20, 2011

Seri Anniversary





ASSALAM semua,

DIAM tak diam, rupa-rupanya tahun ini adalah tahun ketiga saya menganjurkan kelas dekorasi. Sebenarnya saya pun tak perasan. Tapi semalam sewaktu mengimbau kembali laman blog ini....melihat dan membaca semula catatan sendiri untuk tahun-tahun terdahulu, baru saya tersedar betapa jauh sudah saya melangkah dalam bidang ini.


Awalnya hanya mahu cuba-cuba, kemudian menjadi hobi. Akhirnya menjadi homebiz dan kini saya berpeluang pula berkongsi cerita dan citarasa dengan teman bloggers. Itulah cerita takdir yang tidak boleh kita jangka.


Bercakap pasal kelas dekorasi ni, saya berani memulakannya pun atas dorongan sifu saya, Chef Asma. Bermula dengan student pertama, Nabila namanya, sekitar awal Feb 2009 akhirnya kelas saya terus kembang -- merangkumi kelas dekorasi kek fondant, stacked cakes, kelas kek kebaya, kek Princess, Kek Handbag, dekorasi dengan buttercream, kelas edible figurines, dan kelas kek novelty.


Semua gambar kelas dan hasil kerja saya selama ini saya simpan dalam hard disk dan album maya. Saya sayang semua gambar itu. Setiap satu adalah kenangan manis untuk saya yang memulakan segala-galanya dari tahap zero. Patutlah orang tua-tua selalu berpesan, rajin berjalan luas pemandangan. Maksudnya, bukan pergi melancung, tapi kita disuruh 'keluar' dari bawah tempurung. Orang sekarang kata, think out of the box.


Dan, satu hal lagi, better late than never. Biarpun saya hanya menyukai hobi baru ini selepas usia 40, tapi ternyata inilah yang terbaik untuk saya, yang tak suka duduk goyang kaki saja. Jadi jangan suka berprasangka terhadap Allah Taala. Jika diambilnya satu anugerah, pasti akan diganti dengan yang lain -- yang lebih baik.


Siapa sangka yang saya akan menjalani pembedahan pada Jan 2010, dan itu adalah penanda aras tahap kesihatan saya menjelang usia empat puluh. Maknanya, saya tak boleh nak lasak-lasak macam dahulu lagi. Jadi kalau saya tetap bekerja di majalah, saya pasti tak mampu nak memberikan jiwa yang besar serta seluruh ruang dan waktu untuk dunia kewartawanan seperti zaman muda-muda dulu.


Kesimpulannya, it's ok to change your hat. Jangan terpanggang dengan perasaan yang tidak-tidak, kalau tiba-tiba sahaja kita terpaksa melucutkan mahkota diva. "Eh! Nanti apa orang kata pulak. Dulu duduk front seat, sekarang terpaksa Q macam orang lain juga?"


Hakikatnya, tak ada sesiapa pun yang bergossip kecuali bisikan hati sendiri. Jadi, jangan bertangguh lagi kalau kita hendak menukar haluan hidup sekiranya kita rasa apa yang dilakukan sekarang sudah tidak relevan dengan jiwa raga kita. Kita bertanggungjawab terhadap untung nasib kita sendiri. Kalau kita asyik memikirkan apa orang kata, sampai bila-bila kita tidak lepas ke mana-mana, berkisar dalam dunia tempurung kita sahaja.


Rezeki Allah itu sangat banyak dan tidak pernah luak. Walaupun setiap hari muncul 100 atau 1000 bakers dan cake artists yang baru tapi permintaan tetap ada dan terus melata. Terpulang kepada kudrat kita sahaja, sama ada mahu bergerak laju macam peluru atau mahu mengusahakan biz online setakat suam-suam kuku.


Jadi akhir kalam, saya dengan gembira loka, mahu berkongsi gambar kelas dekorasi cupcakes yang berlangsung semalam.

Selamat bertemu lagi diucapkan kepada Kak Jay, Lily, Eila, Wahida, Nannie, Qila dan Nurly

Kak Jay


Wahida


Nurly




Kak Jay
Wahida

Aqila



Eila



Lily
Hasil karya peserta kali ini.





wasalam