Dah baca tajuk salah satu akhbar arus perdana semalam? Saya rasa pasti ramai lelaki (dan juga wanita) yang sangat bersimpati dengan nasib lelaki yang satu ini. Oh! Sungguh kasihan. Dia dibuli isteri.
Apapun, tak perlu diperdebatkan sangat nasib malang si suami ini kerana secara peribadi saya juga jatuh kasihan terhadapnya. Memang tak patut si isteri bersikap sezalim itu. Tapi saya anggap itu kes terpencil dan berita ini tetap tidak pernah menghilangkan sokongan padu saya terhadap golongan wanita/isteri malang. Saya percaya nisbah isteri teraniaya vs suami malang mungkin sangat jauh berbeza. Mungkin 1000 : 1 (
over ke saya?). Ya, Setiap 1000 kes isteri terdera dan tersiksa : 1 suami malang. Itu saja. Bak kata kawan saya, kalau dikumpulkan semua kes isteri teraniaya ini, mungkin tak terhitung kalau hanya menggunakan 10 jari.
Jadi kalau ada yang nak jatuh simpati, itu hak masing-masing. Bagi saya, dalam apa keadaan sekali pun, sebenarnya perkahwinan di zaman ini (dahulu saya tak tahu) sebenarnya lebih menguntungkan lelaki. Aset wanita dari segala segi akan merudum macam
twin tower runtuh, sebaik sahaja mereka bergelar isteri (kepada suami yang tak pandai menghargai pasangan sendiri). Jadi, usah diperbesarkan soal lelaki dianiaya sampai hendak dijadikan tajuk cerita pula. Bela dulu nasib wanita. Pastikan tiada anak yang kehilangan rumah, kehilangan hak, keselamatan diragut, pelajaran terbengkalai, moral runtuh -- gara-gara bapa mereka gagal memikul amanah seperti yang pernah mereka meterai -- bersumpah dan berjanji di depan Tok Kadi.
Jadi, setiap kali mendengar keluh kesah teman bernasib malang, hati saya pasti yang terpanggang.
"Kak Jun tahu, cuti sekolah baru-baru ni, cik suami nak bawak kami anak beranak bercuti, tapi
last minute saya dapat tahu tembelang dia. Rupa-rupanya, dia tempah bilik untuk kami (anak-beranak) di tingkat dua.
And......bilik untuk dia dengan
girlfriend di tingkat tiga. Bengangnya saya."
Siapa tak ternganga mendengarnya. Tak masuk akal langsung!#~**000
Cerita si Polan ini lagi best!;
"Akak tau, hal cik ki saya."
"Kenapa?"
"Cik suami nak hantar
sms kat
girlfriend, tapi terhantar kat saya."
"Apa
sms-nya?"
"
....apa jadi pun Susi tetap milik abang!"
Sekali lagi mulut saya ternganga.
"Habis tu apa awak kata?
"Saya balas sms dia..... 'lain kali, kalau nak hantar
sms,
check dulu nombornya. Biar betul. Nak hantar kat
wife buat apa? Nama saya bla bla bla! Bukannya Susi."
".
..and?"
"Dia termalulah. Dah
kantoi."
"Masa tu awak kat mana?"
"Kat
living room."
"Dia?"
"
Masterbed room.
"....lah...awak tak marah dia?"
"Nak marah apa. Sampai sekarang dia tak nak cakap dengan saya. Terus tak mahu lagi tidur sebilik. Dah malu. Tapi masih tak mau mengaku.
And tak mau ubah perangai."
Memang tak tau nak kata apa. Hendak dilempang atau didiamkan saja lelaki macam ni. Sampai begitu sekali mereka tidak menghormati isteri. Patutlah si M yang debab akhirnya menjadi kurus. Tak perlu berdiet...tak perlu pergi
gym. Cukuplah hati nuraninya disiksa suami yang tidak pernah puas dengan cinta nan satu - yang halal dan boleh digunakan tanpa was was.
Itu baru satu cerita. Belum lagi diselami hingga ke lubuk yang paling dalam. Ada lebih banyak lagi cerita jelik dan pelik. Kalau hendak diambil kira semua, memang tak sempat nak buat apa-apa, kerana kepala ni penuh dengan pelbagai persoalan dan persoalan dan persoalan...dan persoalan.... yang tak pernah berkesudahan.
Tapi kalau tak ambil tahu pun tak boleh juga sebab kita ini diwajibkan untuk saling ingat mengingati. Saling teladan meneladani. Setidak-tidaknya di kalangan ahli keluarga sendiri dan teman-teman yang kita sayangi. Bukan bermaksud hendak menjaga tepi kain orang, tapi agar semuanya seimbang.
Lelaki tetap lelaki. Jangan terlalu teruja jika dalam tempuh setahun berkahwin, kita sudah canang satu dunia bahawa kita inilah wanita paling bertuah, paling bahagia. Oh! Jangan dek kerana ada yang usia perkahwinan sudah mencapai takah 30 tahun, tiba-tiba badai melanda. Semua kebahagiaan itu lenyap sekelip mata.
Jadi simpan dulu
statement, 'aku rasa bertuah sebab dapat suami macam si Polan, Baik sungguh. Dia tatang aku macam puteri dari kayangan.' Ada pula yang menggelar suami, '
my Prince Charming'. Iya, sekarang ni
Prince Charming. Esok-esok apabila rumahtangga dilanda gempa bumi, hancur dek
Tsunami, mulalah
Prince Charming bertukar menjadi putera katak. Kala itu jangan marah kalau awak kena gelak.
Hal ini pun saya ungkap dek kerana sikap si Polan ini yang suka sangat memuji suaminya. Melambung-lambung. Segala yang baik, kelas A.... itulah suaminya. Kalau depan kawan-kawan, couple ni macam sengaja pulak menonjolkan aura kasih sayang mereka berlebih-lebihan. Macam remaja baru belajar bercinta. Padahal dia tahu di antara kawan-kawannya itu majoriti andartu dan ibu tunggal. Tapi sedikit pun dia tak sensitif. Hinggalah akhirnya tembelang pecah... rupa-rupanya si suami kesayangan sebenarnya begitu serakah. I
rest my case!Apapun, dah terlanjur bercerita ni, teringat saya kejadian semalam. Kami sekeluarga diundang menjamu selera ikan bakar, sotong bakar dan segala-galanya berbakar di rumah kawan baik kami, nun di hujung sebuah Tanjung. Dan, kala bersembang ria itu seorang tetamu buka cerita mengenai kisah lucu seorang lelaki yang trauma apabila terserempak dengan Pak Guard.
"Kenapa dia trauma," tanya saya lurus saja.
"Yelah, sebab Pak Guard tu dah
kidnaped bini dia."
".
..so kenapa pulak trauma bila nampak Pak Guard tu?"
"...sebab dia takut nanti Pak Guard tu pulangkan balik bini dia."
Dan semua tetamu lelaki ketawa... terbahak-bahak. Cukup terbahak-bahak. Saya saja perempuan. Diam. Dalam hati...amboi lucu sangat ler tu ya!?
Dan kawan kami ini terus bercerita. Dan intipatinya apalagi, kalau bukan poligami.
"Hah, kau tau, kawan aku si A tu bijak. Bini pertama doktor. Yang kedua,
dentist. Ketiga kerani jer. Keempat akauntan."
Lalu saya menyampuk,"Baguslah tu. Sukalah tu. Kenapa tak ikut jejak?"
"Belum sampai seru."
Dan sekali lagi semua tetamu lelaki tertawa terbahak-bahak.
"Kalau nak kawin satu lagi, buat sajalah. Buat apa nak
hint hint macam ni," celah saya lagi.
"Eh! Belum sampai masanya!"
"Amboi! Sedap mulut. Nanti mengadu kat cik isteri
bla bla bla."
"Alah, Dia tak kisah!"
"Wah! Sebab
cik isteri takda sini, kemain awak berani ya. Mengadu
kang, baru tau."
"Dia tak kisah!"
"Amboiiii! Bukan main."
Dan akibatnya, sekali lagi saya diketawakan oleh semua lelaki lelaki yang sudah beruban itu. Wah...wah...wah....bukan main. Kalau bab bab macam ni, bukan main lagi sang lelaki bersatu hati.... yer!? #@+!
Dan, saya perhatikan, dalam ramai-ramai yang dok ketawa tu, orang yang tergelak paling besar sekali ialah encik Suami saya sendiri. Ha! ha! ha!
#+*!?!
Jadi, betullah tuduhan saya selama ini, bahawa sang lelaki ini kalau diberi peluang, memang tak menolak untuk berpoligami. Dah depan mata. Terima sajalah. Jadi,
we....wanita....jangan mudah terlunga ya. Mudah khayal dengan kata-kata manis lelaki. Sumpah dan janji mereka itu kita simpan dalam poket seluar sebelah kiri saja. Jangan terus masuk dalam mulut, dikunyah-kunyah kemudian ditelan dan disimpan dalam hati, buat tangkal azimat cinta abadi. Takut pula nanti, kalau dah terhantuk, menangis tak berlagu dibuatnya.
Bak kata seorang teman yang
outspoken, sebenarnya dalam hati setiap lelaki ada taman. Dan benih-benih cinta yang ada akan berbunga, jika tiba masanya dan kena caranya. Alim atau tidak, kalau kena belaiannya dan godaannya, tak mungkin ditepis. Tak mungkin dikuis. Cuba dulu baru tahu. Kalau larat mereka bertahan. Kalau tak sanggup, mereka akan mencari jalan untuk melepaskan beban.
"Lelaki. Walau sebijak mana sekali pun. Setokoh mana sekali pun. Sezalim mana sekali pun. Tapi segala-galanya akan teruji, jika yang 'memerintah' itu adalah yang terletak di antara dua kaki. Hilang segala-galanya, dan yang tinggal hanyalah seorang lelaki yang kosong, sekosongnya, sehingga boleh ditolak-tolak, diinjak-injak... digula-gulakan, macam
baby. Dan mungkin kerana itu juga si Polan ini tidak pernah merasa rugi setelah dicerai suami dan terpaksa membesarkan anak seorang diri, dari sebesar tapak dua jari, hinggalah kini sudah pun masuk universiti. Tak lama lagi mungkin akan bermenantu dan bercucu. Bekas suami, yang kononnya CEO terhormat dengan empayar perniagaan menjangkau ke tujuh benua, tapi kesudahannya apabila balik ke rumah, masih dok sibuk salin lampin bayi. Setahun sorang pulak tu. Oh! Kasihan. Kepala dah beruban, tapi tak lena tidur malam. Dalam sibuk atur meeting kat oversea, kena juga tinjau-tinjau kat rak susu formula di pasar raya sebab isteri muda yang bergetah itu tak mahu
breastfeed baby sendiri. Dia bimbang silikon sebesar buah kelapa yang tertanam kat dada tu rosak pulak. jenuh nak kena pi
operate dengan belanja yang bukannya sedikit.
Hem, sekali lagi,
I rest my case....duhai lelaki.


Dan ku sudahi coretan kali ini dengan gambar kek baldu merahku yang ditempah oleh sahabatku yang cun, siapa lagi kalau bukan Zarina Zainuddin (yang sepatutnya dimahkotakan sebagai Madu Mithali of The Year. Sorry ya Ina ku sayang).

Dan ini pula Red Velvet yang ditempah Zarina Zainuddin juga, untuk sahabat baik sehidup sematinya, Datin Paduka Umi Aida.
Dan akhir kalam, dah terlanjur menulis cerita yang panjang ni, saya masukkan sekali resepi kuih Talam Pancawarna yang saya buat semalam. Dah lama teringin nak buat kuih talam ni, dan dah belajar teknik dan caranya dengan Chef Asma. Cuma serunya saja baru menjelma...dan setakat ni dah dua kali saya berjaya menghasilkan kuih talam ni. Dah hilang sudah fobia saya, sebab sebelum berguru dengan Chef Asma saya tak berani nak mencuba nasib. Takut salah adunan. Buat kuih Melalyu ni sebenarnya lebih susah dari kuih orang putih.
Jadi, kalau ada yang teringin nak mencuba resepi ini, silakan. Jamulah mak mentua kesayangan kita tu. Kalau dia kata sedap... maknanya, langkah kita menuju ke syurga semakin dekat...he he he. Buat pengetahuan semua, resepi asal dari Chef Asma ni lain sikit. Tapi saya ubah ikut selera saya. Tak pakai daun limau purut, cuma daun pandan saja. Buat seloyang (10" x 10") sudah cukup sebab anak dan suami bukan peminat kuih talam. Sampai jumpa lagi...salam kuih talam....(bukan talam dua muka!)
Bye!
ResepiBahan A300 g tepung gandum
120 g tepung beras
2 tbs tepung jagung
Bahan B350 g gula pasir
500 ml santan pekat
1300 ml air
10 helai daun pandan
Bahan C
Pewarna -- 3 jenis. Ikut suka nak warna apa ya.
Cara-caranya:1. Masak gula dengan 500 ml air.
2. Kisar daun pandan dengan santan pekat. Tapis.
3. Campurkan Bahan A dan Bahan B.
4. Bahagikan kepada 3 bahagian. Dan warnakan ikut suka hati kita.
5. Lapik loyang 10" x 10" dengan plastik tahan panas.
6. Panaskan steamer dan tuang adunan pertama dalam loyang, masak antara 5 - 7 minit.
7. Selang seli dengan adunan warna kedua dan ketiga. Ulangi cara ini sampai semua adunan habis.
8. Kemudian masaklah sampai kuih talammu itu benar-benar matang. Potong dan hidangkan ya dengan tenangnya.