JATUH CINTA banyak kali tapi satu pun tak menjadi. Tapi saat bertemu yang satu ini, hati pun terus berteka-teki....mengapa sering sakit ulu hati saat dia melangkah pergi? Baru bertemu sudah merindu. Sesaat berpisah, hati pun resah. Itu kata sang pujangga...buat menggambarkan teruknya keadaan orang yang sudah dilanda demam asmara -- mabuk kepayang siang dan malam sebab yang satu ini benar-benar sudah mengisi kekosongan dan hati pun tidak lagi bagai gelandangan.
Adakah ini tulang rusukmu wahai lelaki? Jika ya, maka pinanglah sang bunga buat meneduhkan gelora di jiwa.
Sireh dikirim bersama cincin. Dan seronoknya majlis pertunangan sekarang kerana persiapannya yang sungguh hebat di luar dugaan. Kata orang selagi mampu, berhajatlah apa saja -- bulan...bintang....matahari -- semuanya main petik jari. Kalau dulu bertunang itu sekadar membawa tepak sireh, cincin dan sedulang manisan tapi majlis sekarang siap ada pelamin pertarakna dengan perhiasan penuh keindahan bagai meraikan sebuah pernikahan. Hantaran bersusun-susun depan pelamin, cuma Tok Kadi saja yang tak ada sebagai pelengkap acara. Kalau dinikahkan terus pun bagus juga.
Hemmm....kata orang tu, tepuk dada tanya poket. Kalau mampu digahkan, mengapa buat berdikit-dikit. Janji teguh hati dan berdoa semoga memang inilah jodoh yang dinanti-nanti. Semoga semua kenangan manis kekal abadi.
Dan bersama-sama pagi Selasa yang dingin ini saya abadikan koleksi cupcakes yang ditempah pasangan yang sudah pun menunggu lama untuk menyimpul ikatan jiwa mereka agar abadi berdua-selama-lamanya.

Hajat hati mahu berkias lagi, tapi saya terpaksa bersiap sedia kerana sebentar lagi ada kelas dekorasi bunga gum paste dengan salah seorang teman alam maya yang datang jauh....nun dari Melbourne. Nanti kita kongsi cerita lagi ya.
Selamat menikmati hari Selasa yang panjang dan selamat menunaikan solat Dhuha.
Wasalam
Selamat menikmati hari Selasa yang panjang dan selamat menunaikan solat Dhuha.
Wasalam
7 comments:
Selamat pagi,
indahnya kias ibarat,madah seloka tentang dua jiwa... he he hehh ingatkan siapa empnya diri tadi...memang betul tu,zaman sekarang apa jua yang diraikan semuanya serba gilang-gemilang....
Salam Kak Jun,
Cantiknya cupcake purple tu. Sejuk je mata memandang. Ida suka bunga-bunga hasil tangan Kak Jun. Speechless
Ilmu bahasa Kak Jun aduhai.. mewah!
Bersajak bersyair pernahlah masa sekolah.. menitipkan bait-bait indah utk saya, tidaklah.. takde seni.. hihi..
Kek tu semua cantiknyaaa.. halusss..
Mak lang...kakak tak tahu kt mana nak comment..meletups cunss betul gambar maklang dalam Intrend! LOLLLLL
Memang gah orang skrg bertunang, sy dulu betunang sempoi jer, hehehe
ku tunggu & menunggu, entri terbarumu sayang.. hatiku sungguh rindu.. cupcake kasihku..
nak cupcake fashionista 2...........
wapa erk????
cmna nk order
Post a Comment