Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Monday, November 28, 2011

Dingin Panas Dingin Panas

Assalamualaikum

TAHUN baru Hijrah disambut hujan dan panas yang datang silih berganti. Jadi sempat juga membelek pokok di taman yang tak sebesar mana itu kerana pokok Dedap yang besar merendang sudah pun ditebang. Apabila hujan, enak melingkar di depan laptop -- menyudahkan karangan dan editing yang tak pernah habis sambil blogwalking. Kebetulan semalam ke pasaraya membeli keperluan dapur dan ketika menuju ke lapangan kereta, si penjual Pretzel menegur...jadi saya pun beli sepaket Cinnamon Sugar Sticks yang sangat enak -- melekat di hati. Tapi, mana cukup setengah dozen dikongsi berlima. Jadi, saya dan Arina pun berangan-angan membuat Pretzel sendiri...dapat makan puas-puas.

"....menunggu saat dimasukkan ke dalam oven."

Tengah hari tadi, sambil menyediakan makan tengah hari, kami pun membuat doh roti. Jadi di sini saya nak ucapkan terima kasih kepada si pemilik blog ini, Cikwan, kerana dengan resepinya kami anak-beranak puas menjamu selera dengan homemade Pretzel dan Cinnamon Sugar Sticks. Baru saja selesai sepinggan (kira-kira sejam tadi, terus saya update blog). Sedap sangat sampai tak sedar dah habis. Maklumlah, mulut masing-masing riuh memuji, sedap-sedap. Iyalah, apa pun kalau dimakan hangat-hangat memang sedap. Tambahan pula jenis roti dan bun. Gebunya lain macam...suam-suam saja dan cair di dalam mulut.


Selain Pretzel, saya menggunakan resepi doh yang sama untuk membuat Cinnamon Sugar Sticks. Sedapnya apabila di gandingkan dengan teh...panas atau sejuk...kedua-duanya sama saja. Amat membangkitkan selera.



Jadi tak perlulah saya berbasa-basi lagi. Jom kongsi resepi.

Pretzel & Cinnamon Sugar Sticks

3 cawan tepung roti
1 tsp garam halus
1 tbs gula castor
1 1/2 yis
1 tbs mentega cair
1/2 cawan susu segar (suam)
1/2 cawan air suam (tambah jika ingin lebih lembut)

sedikit serbuk kayu manis, bijan dan kuning telur untuk di sapu atas doh

Cara membuatnya

1. Ayak tepung bersama garam dan gula kemudian tabur yis. Gaul rata.
2. Buat lubang di tengah dan masukkan mentega cair dan susu serta sedikit air. Adun sebati. Tambah air jika suka.
3. Uli sampai benar-benar sebati dan ketepikan (sapu sedikit minyak pada mangkuk, tutup doh dengan kain lembap). Biar doh kembang sekali ganda.
4. Panaskan oven 200 darjah C.
5. Tumbuk lembut doh kemudian bahagi kepada ketulan doh kecil mengikut saiz yang disukai.
6. Bentukkan doh seperti huruf U kemudian lipat kedua-dua hujungnya seperti huruf X. Letak atas dulang pembakar yang sudah disapu mentega. Sapu kuning telur dan tabur bijan jika suka.
7. Cinnamon Sugar Stick pula hanya dibentuk memanjang sahaja dan bakar kosong (tanpa sapuan kuning telur).
8. Bakar 20 minit atau sampai kuning keemasan.
9. Sapu butter pada Cinnamon Sugar Stick dan oleskan pada campuran gula castor dan serbuk cinnamon (kulit kayu manis).

Akhir kalam, selamat mencuba.

3 comments:

Oh Oeya said...

Bergandingan Mak-Anak hasilkan dan menikmati kesukaan.. Wah bahagianya.. ni bukan pertama kali kan Kak Jun :)

Masih di pejabat.. Takde cuti hari ni.. uh!..

cupcakekasih said...

kesian Oh! Oeya masih di pejabat. Arina suka sangat nak cuba resepi itu ini. Excited sangat bila kita suruh sukat timbang tepung tu.

Sari Yusa Ibrahim said...

Semua ada, tepung roti jer yg tak pnah ada kat dapur sy, urmmmm, nak kena gak beli ni, lama dah mngidam nak buat pretzel sndiri, nyum3!