PAGI tadi saya nak feeling feeling sorang sorang, makan tosei. Kononnya nak menikmati kudap kesukaan saya ini seenaknya sebagai pembuka hari. Apapun, selepas dua tiga suap, muncul sepasang teruna dara. Duduk dekat juga dengan meja saya. Mesra.
Tidak lama kemudian, pesanan roti canai pun sampai. Dan sesaat itu juga muncul seekor kucing. Entah dari mana, tahu tahu saja dah ada di bawah meja mereka sambil mengiau-ngiau minta secubit rezeki. Saya tak jadi hendak menyuap tosei, sebab mata dok mencuri-curi pandang ke arah pasangan X ini. Si wanita berwajah manis dan kalau dihakimi secara luaran pastilah dia ini lemah lembut orangnya. Si lelaki pun nampak macam muka syurga.

Si kucing terus mengiau, sambil mengelus-elus manja kepalanya kat kaki si perempuan. Nampak sangat dia tak suka sebab muka cuaknya sungguh ketara. Jadi sepantas kilat dia menguis si kucing dengan kaki. Si kucing gesel lagi. Dia tolak lagi dengan hujung kaki. Masuk kali ketiga, wajah manis si gadis berubah mencuka, lalu dia tunduk ke bawah meja dan menyepak si kucing. Gedebuk.
Astaghfirullahalazim.
Sesaat itu juga hati saya rasa ngilu. Si kucing yang mungkin dah terbiasa dengan layanan buruk manusia, terus berlalu. Hilang selera nak makan. Saya pandang saja muka si pasangan X ini, terutama si perempuan. Tak ada sedikit pun riak bersalah terlukis di wajah. Maaf ya! Tapi saya rasa sangat benci. Cuak dengan sikap orang-orang yang macam ni.
Kesian si kucing. Saya pun dah tak lapar. Terus bangun dan bayar. Sebelum beredar ke kereta, saya jeling lagi si couple X tadi. Emh! #@!~+
Saya cuba tinjau si Belang kat tepi longkang. Tapi entah ke mana dia menghilang. Pergi dengan perut lapar dan sakit kena tendang. Entahlah, malas nak cakap banyak, tapi saya harap kepada yang memang tak suka kucing atau mana-mana binatang; janganlah kasar sangat dengan makhluk Allah ini ya. Walaupun haiwan, tapi mereka tetap ada perasaan juga.
Bagi saya, melayan kerenah binatang ni bagai terapi jiwa. Sama juga macam menanam bunga atau hobi lain. Letih melayan orang, kita layan bercakap dengan kucing. Apapun, khas buat para pencinta kucing (haiwan peliharaan), saya dengan sukacita nak share link ni. Selalu juga saya singgah santai di laman ini kalau kepala ni tepu sangat dengan segala cerita ceriti.
Sebenarnya kalau ikut hati mau saya ulas panjang lebar hal pagi tadi. Tapi biarlah mereka dengan cara mereka dan saya dengan cara saya. Lebih baik kita cerita psal kek dan kali ini saya nak kongsi gambar cara-cara membuat German Cheese Cake sebab ada minta kongsi tips. Kalau nak tahu sebenarnya resepi cheese cake ni dah pernah saya papar kat laman ni. Nanti saya cari linknya semula ya. Sebahagian gambar ni diambil oleh pembantu rumah saya, si Mbak Marni. Jenuh juga nak ajar dia cari angle. Kesudahannya, kebanyakan gambar kelabu. Jadi, ini sajalah gambar langkah demi langkah yang ada.

cream cheese. Kaup balik sampai sebati.
captions: Masak/bakar adunan cheese cake menggunakan teknik steambath. Anda boleh memilih membalut sekeliling loyang dengan aluminium foil bagi mengelak air meresap ke dalam kek atau adunan kek meleleh keluar loyang. Tapi saya memilih meletakkan cake dalam loyang kecil dan kemudian air dituang dalam loyang lebih besar (maknanya tak payah guna aluminium foil pun tak apa)
.captions: Kemudian bakar cheese cake mengikut arahan resepi.
Captions: Ini German Cheese cake juga, tapi saya picit sejaluran coklat ganache bagi menambah perisa dan kelazatannya. Yes!
Akhir kalam (lagi), saja nak share gambar Mae dengan dress barunya. Siapa yang jahit? Yours truly ya...! Mengada kau Mae. Tu ha, kucing jalanan kat luar tu asyik kena tendang...kena dera saja. Kau? Siap pakai gaun lagi. Berposing sakan. Sebenarnya dress Mae ini adalah lebihan kain tudung yang saya jahit tempuh hari. Cun kan!?? :-))

12 comments:
Mae, orang nak sambut raya haji, pakailah baju kurung, baru nmpk sopan, hik hik..
Urmmm, banyaknya loyang di rumah tauke kek, nmpknya kena tambah loyang baru juga ni, hehe.. Boleh tunaikan prmintaan adik-beradik yg sibuk request cheese cake resepi terbaru, katanya boring asyik mkn resepi cheese cake yg sama..
Thanx, Kak Jun.
Ops! Si penyepak kucing tu mungkin penggeli kucing, tapi apapun alasannya, menyepak kucing tetap dikira melanggar tatasusila sbgi seorg manusia... :-(
Sari,
Mae kalau pakai baju kurung, tak boleh berkain sebabm nanti dia nak panjat pokok macam mana? he he he. Tapi pasal kucing tu kan Sari, memang bengkak hatilah menenguknya. Semalam kak Jun tenguk kat FB KTAJ tu, kucing kena curah air panas, habis tercabut semua bulu. Teruk betulkan? Tapi sedangkan anak manusia pun kena campak buang je, apa lagi anak binatang. Hemm..
tergelak saya lihat kucing kak jun ni - mmg cun giler berbaju cantik gitu ... :-)
selalu kalau ada kucing2 berkeliaran kat kaki masa menikmati makanan di luar - anak2 berebut nak sua makanan apa yang dorang makan ....:-)
walau apapun alasan dia, memang perempuan tu sangat kejam! kalau tak suka sekalipun biarkan sudahla
kalau saya daklam situasi camtu pun mesti terus hilang selera nak makan
Salam Kak Jun, semoga Kak Jun sekeluarga di dalam sejahtera dan kemanisan iman
Ida memang menyampah kalau tengok orang sepak kucing masa tengah minta makan. Kalau tak nak bagi makan kat kucing2 tu janganlah sepak. Bukan luak pun kalau setakat bagi sikit ayam/ikan yang dalam pinggan tu.
Yang paling sadis, kalau ida bagi ikan/ayam dalam pinggan kat kucing2, depa tengok2 especially tuan kedai sebab maybe ida dah kotorkan lantai depa dengan letak ikan/ayam tu. Sedih betul mentaliti orang macam ni.
Mae tu nampak super duper cute dengan baju dia.
Kak.. bai mai sikit cheese kek tu hihihihi
saya pn bkn le pncinta kucing sgt sbb mls nk brsihkan berak kencingnyer tpi kucing trbiar kt blkng rumah tuuh sye bgik mkn gak..tk de le kucing brgesel kt kaki saye nk sepak ke..kalo tngh mkn sye cmpkkn bwh meja sket..ayam ke udang ker..ape2 jek yg dier bole mkn..tk ptot sepak2 tk suka pn halau2 jek ler..atau pngil pkerja restoren tuuh sruh amek kucing tuuh...melampau sungguh buat bgitu...
honestly....sy xsuka kucing....sy rasa kucing tu jijik....tapi sll ingtkan diri xbaik...lagipun kucing binatang kesayangan nabi kan??? perasaan takut tu bkn mgada ada....mmg sy takut kucing....tapi mslhnya stiap kali sy pg mana2 kedai makan....kucing sll dtg nak bermanja nga sy....my friend sll ckp kucing ada instinct... so dia th sy ni xsuka kucing...sbb tu dia sll nk dtg dkt sy bergesel...mmm...tak tahu nak buat mcm mn...klau sy terjerit jerit kat kedai makan...bukannya sy sengaja...tapi tu semua tindakan luar kawal bila kucing dtg dkt sy....
Kak jun, saya suka kucing tapi takut nak pegang kucing sbb kecik2 dulu biasa kena gigit dgn kucing sampai ler fobia skrg nih. En suami suka kucing sbb tu bila kucing dtg masa kita makan di kedai, mesti dia "sembang" dgn en suami, mcm faham2 pulak ye dak. Habih2 yg bini ni asyik menjerit kalau kucing bertepuk tampar hehehehe penakut betul la saya nih. Tapi idak ler sampai nak sepak, kasihan kan, tgk kat mata dia pun mcm dia reti bahasa kita. Anak saya pun peminat kucing, yg lelaki sulong memang bela kucing, yg bongsu ni suka kucing tapi takut mcm mak dia jugak. Kalau dia nampak sapa2 yg tendang kucing, dia boleh marah dan menangis tau. Sedih lak tgk dia.
Hehehehehe comel la mae pakai baju.
Aza/Rin/Na: sebenor-benornya, Mae ni suka tergaru-garu, gatal satu macam. Rsanya ada ler kena kayap ke apa ke. Jadi kak Jun kesian tenguk dia macam tu, kak jun bubuh krim kulit. Biar cepat kering. Alia kata, "Ma nanti Mae jilat amcam mana?" Betul juga. So kak Jun pun jahit dua anduh kat dia and satu baju. So, bila lepas satu krim tu terus pakai baju. Diam pulak dia...he he he
Mrs Azmi: memang orang ni ada bermacam2 ragam> tapi kita ni lupa, setiap yg bernyawa tu ada perasaan. Terpulang kat kita nak memahaminya atau tdaik...
Suka yang baik-baik.. cantik-cantik.. lembut-lembut.. comel-comel.. indah-indah.. manis-manis.. wah!
Idda (Suara Kalbu), memang betul...ada yang tak suka kita bagi makan kucing. Pernah juga kak Jun kena jeling jeling.Tapi, nak buat macam kan? Dah suka kucing. Redha aja ya.
Post a Comment