Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Sunday, September 25, 2011

Tahniah Adikku, Dr Norsidah Ku Zaifah





Assalamualaikum

SEMALAM berlalu dengan cukup pantas, dari subuh sampai ke malam seolah-olah hilang dalam satu nafas. Sibuk-sibuk pada sebelah pagi, kemudian menghadiri rumah terbuka seawal jam 9 di masjid Annur (depan rumah saya jer) dan menjelang tengah hari kami sekeluarga sudah pun berada di majlis Konvokesyen di UKM.


Dan, dalam sibuk tu, sempat juga saya bertemu dengan Ida yang berminat dengan anak kucing yang saya jumpa di R&R Seri Kembangan Sabtu lalu. Dia jatuh hati kat Kitty Tuxedo. Maknanya, sekarang cuma tinggal seekor saja lagi anak kucing, Mr Owen. Saya berasa sungguh lega. Bukan kerana tak mahu bela kucing-kucing tu. Tapi saya tak ada masa nak beri perhatian yang lebih untuk si kecil. Nak timang-timang, belai-belai, manja manja. Memang tak sempat. Masa saya cuma cukup untuk meladeni anak, suami, rumah, kek dan asignments.


Apapun, walaupun semalam sibuknya bukan main saya tetap bersyukur (alhamdulillah) kerana saya masih lagi boleh berdiri tegak walaupun saya rasa segala kekuatan dalaman saya bagai sudah runtuh. Fikiran dan perasaan saya bercampur aduk dek kerana banyak sungguh hal yang berlaku secara mendadak, yang memerlukan saya membuat keputusan yang sangat pantas dan betul (walaupun mungkin tak tepat). Saya diserang panik dan cemas tapi masih cuba untuk tersenyum kepada semua orang. Ketawa-katawa dan berbual dan melawak macam biasa. Tapi, hanya badan di situ, tapi fikiran jauh melayang, bimbang ada perancangan yang tak menjadi dan menghampakan semua. Alhamdulillah. Akhirnya, pada penghujung malam semua selamat. Kami sekeluarga sudahi hari dengan Isyak berjemaah di masjid al-Falah, USJ 9. Barulah saya dapat lena -- bagai larut dalam tilam. Tenggelam.

Bangun pagi tadi, baru saya terasa segar kembali. Jiwa tenang dan fikiran lapang. Angin ribut taufan semalam sudah berlalu dan baru saya teruja untuk menatap semula gambar-gambar yang diambil encik Suami. Saya selak satu-persatu dengan hati berbunga-bunga dan bibir tak henti menguntum senyum.

Jadi, dengan bangganya saya nak kongsi gambar yang paling bersejarah dalam keluarga kami kerana adik saya, Dr Norsidah Ku Zaifah menerima Ijazah Doktor Falsafah Farmakologi Fakulti Perubatan (UKM). Alhamdulillah, adik saya ini pastilah menjadi kebangaan kami sekeluarga kerana hanya dia satu-satunya cucu Tok Syeikh Kadir dan Tok Mohd Edham (keluarga sebelah emak dan ayah kami) yang berjaya merangkul Ph.D. Memang adik saya ni sebenarnya sangat pandai sejak kecil lagi. Saya ingat sangat segala sejarah kecemerlangannya semasa di sekolah dahulu. Dia selalu bawa balik kad kemajuan dengan nombor satu sahaja.

Ya! Dia ditakdirkan memiliki otak yang sangat cerdas, terang hati dan memang sampai sekarang pun kehidupannya bagai dipayungi dengan segala kerahmatan. Suami yang baik, beriman dan terpelajar dan anak-anak yang juga baik, beriman dan terpelajar. Siapa tak mahu pakej seindah ini, kan? Saya tumpang gembira. Dan saya tahu emak lagi bangga. Dapat saya lihat pancaran di matanya, tak kala dia melihat adik Nor saya ini keluar dari dewan bersama jubah dan topi Ph.D itu. Nor sentiasa mempunyai tempat yang sangat istimewa di hati emak.

Jadi, di sini saya nak kongsi gambar di majlis konvokesyen yang sungguh meriah dan bersejarah.

captions: Nor dengan emak...ada sejuta kenangan di sebalik gambar ini...sejak dari lahirnya Norsidah, hingga kini sudah pun menjadi insan yang dibanggai ibu, suami, anak-anaknya dan semua adik-beradiknya. Tahniah Nor. Kak Ti memang selalu admire Nor.




captions: Nor dengan Maisarah, anak perempuan sulungnya. Ini mesti ikut jejak mama ni. Sarah, yang manis dan sopan santun.










captions: Majlis bersejarah ini juga boleh ditonton melalui Internet. Sesi Nor menerima ijazahnya ini dirakam kakak saya (gambar ehsan kak Da).




Dan, nak tahu apa kejutan yang saya teima di penghujung sebuah sesi indah ini? Nor menghulurkan sebuah kotak cantik sangat dan saya pun buka. Oh! Jam. "Ini hadiah Nor dapat untuk PhD ke?" Nor senyum. Saya tak faham lagi. Kak Da senyum-senyum. Baru saya faham. Rupa-rupanya Nor beli hadiah untuk saya dan kak Da. Alahai, tersentuhnya jiwa saya....teruja sangat ni. Nor yang dapat ijazah, kakak-kakak pula yang dia bagi hadiah. Thank you so much Nor. Love you.


Indah sungguh hidup ini. Indah sungguhnya hari saya.

Akhir kalam, senyumlah kerana hidup kita ni sebenarnya sangat singkat....dan sangat indah.

9 comments:

MUMMY CHOP MINT said...

Congratulations Dr Dr Nor! (Double doctorate kan?!) Bestnya jadi orang pandai...Congratulations juga pada Mak Dr Nor and kakak2 and everyone else in Dr Nor's life yang tentunya menjadi inspiration and semangat untuk berjaya...Alhamdulillah. Ereen tumpang gembira.

Zulia said...

seronoknya kalau semua family ada time convo... time sy convo, kakak ada training, adik pula tengah final exam... so, mak dgn ayah saja yang datang...

tapi terharu juga, mak walaupun sakit, tetap gagahkan diri untuk datang tengok saya walaupun terpaksa disorong dengan wheel chair..

Liza Hashim said...

kak jun..keluarga kak kun ni keturunan KU juga ke?

ida @ 1001resepi said...

huhu...gambar kkda ngan nor satu pun takda...macam mana nak bergambar...rupa serabai sangat masa nor balik...cian kkda....:)

NBK said...

thanks kti...alhamdulillah..syukur kpd Allah, i m surrounded by for ever willing to sacrifice parents, caring sisters n brothers n understanding hubby, without whom succes would never be mine

Aza/Rin/Na said...

...saya faham perasaan kak Jun kerana adik bongsu saya pun mendapat Ph.d di kala usia muda 29tahun .. menjadi kebanggaan keluarga...:-)

Sari Yusa Ibrahim said...

Tahniah dari saya utk adik Kak Jun, Dr Norsidah Ku Zaifah. Bertuahnya badannnnn... Alhamdulillah..

Anna Cotton said...

kak jun...
cantik baju beli kat ner..heheheh

Oh Oeya said...

Tahniah buat Dr Norsidah.. Moga bertambah jaya selepas ini dan diberkati, Amin.
Tumpang gembira juga :)
Wah! Kakak-kakaknya dapat hadiah.. bahagianya..