Assalamualaikum
GAMBAR ini dirakamkan pada hari Selasa bersamaan 27 Sep 2011, sekitar jam 5 petang. Lokasi yang cantik ini diberi nama T42, sebuah cafe bertaraf 5 bintang dengan sini hias yang mewah, terletak d tingkat dua, pusat beli-belah Empire Gallery, di Subang Jaya.
Kalau nak tahu, di sini ada sebuah lagi cafe, diberi nama The Whisk. Dan sebenarnya di sinilah bermulanya kegilaan para bloggers terhadap kek Red Velvet dan Macaron kerana ketika itu hanya cafe yang sangat cantik bernuasa Paris ini saja satu-satunya yang menghidangkan dessert berasal dari Eropah itu.
My daughter Alia suka yang suka bersantai di sini begitu tergila-gila sangat kat Red Velvet dan macarons, menyebabkan saya pun berusaha mencari resepinya serta mengambil kursus membuat macarons (cara Itali dan cara Perancis). Akhirnya, setelah saya pandai makan/masak macaron maka selalulah saya post kat blog dan bagai magnet -- ia menarik perhatian semua bloggers. Masing-masing bercakap mengenai pengganan ini. Dari Johor sampai Perlis, semua mahu Red Velvet (dan selepas itu macarons). Ketika di kemuncak kegilaannya, saya pernah menjual berpuluh-puluh Red Velvet seminggu kerana ramai pengusaha kek dan bloggers (laman masak) menempahnya untuk test, uji rasa dan membayangkan resepinya. Apapun, selepas beberapa bulan, kegilaan khalayak terhadap kedua-dua dessert ini pun menjadi sejarah dan kini sudah pun menjadi hidangan lambakan di pasaran. Kalau ke Empire pun saya tidak lagi mencari Red Velvet atau macarons.
Apapun, semalam, selepas lebih sebulan tidak menjejakkan kaki ke Empire, saya ke sana lagi untuk minum petang atas jemputan kawan baker saya yang baik hati dan tak lokek ilmu iaitu Anita Jamal. Kebetulan petang semalam saya ada sedikit waktu senggang, jadi saya terima saja undangan.

captions: Semalam Anita memperkenalkan saya kepada teman baiknya, Yati. Kira-kiranya tempat pertemuan pertama kami ini sudah pun menjadi sejarah. Alahai. Semoga Empire cepat pulih!Memang seronok melepak kat sini sebab suasananya lebih tenang berbanding Subang Parade. Aura mewah pun menambah keterujaan untuk berlama-lama di sini. Surau di Empire Gallery pun cantik, luas dan bersih. Pendek kata tempatnya sangat friendly. Dahulu, saya cuma boleh mendapatkan buttermilk untuk membuat Red Velvet di Jaya Grocer, yang terletak di tingkat bawah Empire Gallery sahaja. Kalau nak beli stock keju dan segala filling dan flavour yang import dan eksklusif pun kat situ juga.
Selain itu, saya juga suka minum pagi/petang di The Loaf. Ini satu daerah nostalgia untuk saya kerana rotinya diadun menggunakan teknik penyediaan orang-orang Jepun. Kelembutan dan rasa rotinya memang membangkitkan nikmat sebuah rasa yang tiada duanya.

Tapi sayang 1000 kali sayang
Belum pun sampai 24 jam saya meninggalkan sebuah petang yang indah di Empire Gallery, tempat yang sebelum itu cantik dan mewah sudah punah ranah. Musnah. Semuanya koyak rabak dek letupan yang tidak diketahui puncanya, meledak!
Lihatlah sendiri....!

Ketika saya update status di Facebook pagi tadi, ada kawan-kawan ingat saya melawak, sebab saya memang suka bergurau. Infact saya pun tak percaya kerana sewaktu menerima BBM daripada Alia, saya sudah pun bersiap lawa-lawa nak ke Empire Gallery. Mahu sarapan seorang diri kemudian membeli buttermilk dan keperluan lain di Jaya Grocer.
Saya senyum-senyum melihat tangki kereta penuh. TQ Encik Suami yang tak lupa isi minyak kereta. Jadi saya cuma perlu tekan pedal saja dan vrooom menuju Empire. Namun, semua rencana terencat dek mesej Alia, yang membuatkan saya betul-betul terperanjat. Apabila check morning news flash....ya. Sahih!
Jadi akhir kalam, kita cuma boleh berdoa semoga dijauhkan musbah. Walaupun Malaysia tak ada (belum lagi) gempa bumi, tsunami atau petaka puting beliung macam di negara lain, tapi kita semua bukan 100% selamat. Betul tak? Begitulah kisahnya sebuah takdir untuk sebuah hari.
Wasalam

5 comments:
kak jun, saya pun ada terbaca dlm blog salah seorang blogger...ohhh sayangnya...pertama kali la jadi mcm ni di msia.
alhamdulillah, kak jun dilindungi Allah.
Dengar juga berita tentang Empire ni tadi ketika memandu fetch Adam.. Mudah-mudahan tidak terlalu serius.. dengarnya tadi sebab kebocoran gas.. waktu terdekat ni kita bakal dapat makluman punca kejadian..
Relax kan Kak Jun sesekali dapat bersantai dengan kawan-kawan..
Zuwaidah, memang sronok pergi kat Empire ni sbb tak sibuk. Kata orang tu cafe The Loaf tu kalau lepak sambil minum kopi sebelah pagi, rasa nyaman jer. Kak Jun suka duduk sorang-soraf tangs ambil menulis kat situ. Dua, tiga jam pun ok. Hrp2 tempat tu cepat pulih.
Oh Oeya
Harap2 cepatlah dibaik pulih. Kalau Oeya datang sini boleh melawat tempat bersejarah tu...:-))
Alhamdulillah..Kak Jun dilindungi.
Mujur juga berlaku di awal pagi. Kalau berlaku di saat ramai orang di dalamnya.. tentu ramai lagi yang menjadi mangsa.
Semoga diperkemaskan lagi keselamatan utk orang ramai.
Post a Comment