Salam semua
Hari ke-25, dah tak tau nak masak apa. Selera anak-anak tetap rencam. Nak pizza, roti John, nasi Tomato, nasi ayam. Last-last kita masak sardin jer. Nak nampak berseri lagi meja tu, tokok tambah dengan telur mata kerbau dan telur dadar. Siap dah hidangan berbuka puasa. Anak nampak moyok, kita pun mula bersyarah.....jangan memilih. Tenguk orang susah tu, makan nasi dengan garam jer. Kasih kerut kening? Why salt? Eh! payah nak explain kat anak-anak zaman siber ni. Makna `susah' pun depa tak tahu, apa lagi nak bermadah berkias. Jadi selagi larat, kita masak sajalah apa yang ada dalam peti beku tu. Sebelah pagi keluarkan apa yang patut, bila dah hilang sejuk beku ikan atau udang tu, baru kita cari menu.
Kalau tak ada idea, buka buku masak. Kalau tak ada buku masak, kita buka Muka Buku atau blog kongsi resepi yang berlambak-lambak. Tapi kalau masih tak jumpa yang menepati selera, macam mana pula? Kita ke Bazaar Ramadan saja...he he he.
Jadi, kali ini saya nak kongsi resepi asam pedas hasil nukilan Puan Asiah Shamsuddin. Kalau nak tahu buku ni saya beli semasa masih bekerja dengan Jelita. Kak Maizam, penyelaras meja masakan yang syor saya beli buku ini kerana katanya kak Asiah memang pakar masak. Masa itu mana ada blog. Jadi, nak cari seorang pakar itu bagai mendulang emas, kena dikuak ditampi, di selak dan diteliti....baru dapat sebutir permata. Tak tahu di mana gerangannya Puan Asiah sekarang tetapi bukunya ini akan saya simpan sebagai harta berharga. Tenguklah kulit buku ni pun dah tertanggal...maklumlah setiap hari bawak masuk dapur....jadi `tangkal'. Kalau tak tau nak masak apa, buku ini saya selak. Resepinya adalah himpunan citarasa Selatan -- Johor dan Melaka.

Jadi sesuai sangatlah saya yang bersuamikan orang Tangga Batu ini memiliki senaskhah, buat menyempurnakan semua juadah. Dan kalau nak tahu, salah satu resepi yang saya suka ialah kuah lodeh....dan kini menjadi kegemaran sekeluarga. Kami ni orang Perak, jadi saya perhatikan kebanyakan orang sebelah Utara kalau buat kuah lodeh, depa main lambakkan sekali gus semua bumbu dalam periuk dan taruh santan. Macam buat gulai lemak. Tak berapa menyengatlah macam tu. Jadi, berbekalkan ilmu 'melodeh' Puan Asiah Shamsuddin, hidangan saya mempunyai rasa yang berlainan sebab bumbunya kita tumis dulu, dan hasilnya pasti tidak menghampakan keluarga. Alia peminat nombor satu. Dapat pula digandingkan dengan paru goreng dan sambal tumis udang saiz L (minta masaflah, bulan puasa... tak baik kecurkan liur pembaca).
Saya janji, akan kongsi resepi itu. Kali ini saya kongsi resepi Asam Pedas Ikan Pari dulu ya, style kak Asiah.
Bahan-bahannya
3 ketul ikan pari
1 biji kelapa (ambil 2 mangkuk santan)
1 camca besar asam jawa (ramas dengan 1/2 cawan air)
1 camca teh gula
1/4 cawan minyak masak
1 serai (titik)
garam secukup rasa
Bahan kisar
30 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm kunyit basah
1 cm belacan
2 sudu teh ketumbar* sangai
2 sudu teh jintan manis * sangai
setangkai bunga kantan *
(* saya tokok sendiri)
Cara membuatnya
1. Bersihkan ikan dan gaul dengan sedikit garam dan asam jawa.
2. Sangai (goreng tanpa minyak) dulu ketumbar dan jintan manis, kemudian kisar semua bahan.
3. Panaskan minyak. Tumiskan bahan kisar.
4. Masukkan air asam dan santan. Biar menggelegak. Masukkan ikan dan biarkan mendidih lagi atas api perlahan. Akhir sekali masukkan garam + gula. Kalau nak wangi sikit masukkan bunga kantan.
5. Hidang.
Ok, saya nak sambung buat bunga gum paste untuk kek hantaran selepas Aidilfitri nanti....akhir kalam, selamat menjamu selera, wasalam
p/s sapa ada petua hilangkan rasa terkehel kat leher? Tidur lasak sangat ke malam tadi? Orang sibuk qiamullail, kita tidur sampai salah bantal? Tak selesa betullah, macam ada benda berbekam jer. Agaknya kalau pakai rantai berat-berat boleh hilang kot kan?

6 comments:
oh, my favorite asam pedas... tambah pula kalau ikan tu ikan sembilang... memang terangkat!!!
Thanks for sharing, Kak Jun...
Salam, Kak Jun. Wahhhh! Tayang asam pedas ya.. ada kelainan rsepi asam pedas ni sebb letak santan, slalu kalu org Johor ni, asam pedas ikan parang yg bersantan, aduh! Kecurlah pulak.. Urmmm, buku tu tajuknya Rampaisari Selatan ke Rampairasa Selatan??? hehehe.. msti psl kak Jun slalu teringat Sari ni, tu jadi rampaisari, ke mmg sudah tukar?? hehe, sorry ye, kak Jun, sj nak usik kak Jun :D
kak Jun, amek bantal jemur panas2 lepas tu pukul pelan2 kat batang tengkuk smbil selawat.. boleh gak kalu nak gi Poh Kong, beli rantai baru buat tangkal, msti baik sakit leher tu, hihi
Sari....memang...sebab dokt teringat kat Sari...Jadi Rampaisari...tapi bunyinya lagi sedapkan?
Zulia....boleh cuba try test untuk bebuka nantikan!
sala k jun ... kongsi la resepi lodeh yang spesel.. mudah mudahan tahun nie menu open house sayur lodeh berbeza rasa.. thank u .. muahhh
lama dah tak singgah sini, sekali masuk...fuhhhhh sedapnya asam pedas tuuuuuuuuu....tahun ni raya di mana?
apa pun kak, saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN
Post a Comment