Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Monday, August 22, 2011

Law Kana Bainana

Salam semua....


Pagi ini, sama seperti Isnin Isnin yang lalu. Saya sibuk dengan rutin harian. Memikirkan banyak hal....kisah semalam....hari ini, masa depan. Fikir tentang anak-anak, masalah kariah, masalah negeri, masalah negara. Ya, sambil menyapu, sambil mengemas, sambil duduk, hatta sambil melakukan apa saja, fikiran terus menerawang entah ke mana-mana...membayangkan entah apa-apa. Tiba-tiba, seorang teman menelefon, bercerita seperti biasa -- mengusik, ketawa, bertanya soal sihat atau tidak. Sedih atau suka. Dan akhirnya melarat kepada hal-hal yang lebih nurani, soal hati, soal jiwa...soal hidup dan soal mati. Siapa tidak takut mati. Dan ketika itu dia menyebut tentang, Lau Kana Bainana.


Apa tu? soal saya. Oh! Shashue sekarang sudah jatuh cinta dengan segmen yang satu ini. "Is it?, segmen apa?" Sangka saya hal masak-memasak juga. Tapi, bukan, sama sekali bukan. Dan dari gambaran diberikan, ia lebih mengujakan saya. Dalam mencari diri....memahami sebuah hakiki, maka kata-kata teman ini sangat bererti, menusuk ke dalam hati. Akhirnya, selepas bertukar link, maka saya pun khusyuk menatapnya dan 10 minit berikutnya, saya hanya mampu terdiam. Ada pelbagai perasaan tapi tidak mampu diluahkan.


Di sini saya mahu bertanya satu soalan...

"dalam hidup anda, siapakah yang paling anda ingin temui? Tak kisah sama ada individu itu masih hidup atau sudah mati....!

Itu saja soalan saya....jika ada yang sudi menjawabnya dan berkongsi di kotak komen, silalah. Kalau tidak email atau sms saja, atau jawab saja dalam hati. Selepas memberikan jawapan itu, cuba buka link ini....

Law Kana Bainana



....apakah perasaan anda selepas menontonnya? Mahu simpan dalam hati, atau kita sama-sama kongsi di sini....? Apapun, semoga hari ini adalah hari yang baik untuk kita semua.

Akhir kalam, wasalam

6 comments:

Oh Oeya said...

Subhanallah

dessy said...

Ya Allah....

I'm cry.....betapa kecilnya kita ni

Sugarpink Icing said...

Kak Jun, shashue akan menangis walaupon dah few times watched the video, sedih yang teramat sangat, teresak esak menangis! alhamdulillah Ramadhan kali ini baru shashue faham erti rindu and cinta kepada Rasulullah saw.

cupcakekasih said...

betullah Shashue, thx a lot for sharing. Bukan senang kita nak jumpa benda-benda macam ni. Sekarang ni kak Jun rasa yg lain2 tu semua dah tidak mengujakan sangat...betapa bertahun2 leka kan?

somuffins said...
This comment has been removed by the author.
somuffins said...

Maaf I komen tercepat sedangkan you dah sediakan link ke YouTube, hehe.. maaf n terima kasih.