Salam semua,
HARAP sihat walafiat ya. Hari ini saya nak sambung Cerita Hati Puan Sabar. Tapi sebelum tu saya nak share sedikit tips dari seorang teman yang kini sedang di lambung duka setinggi langit gara-gara suami yang sangat dipercayai seluruh jiwa raga dan urat nadi rupa-rupanya curang dengan sepupunya sendiri.
Kata teman saya ini, kita panggil saja Puan SH (Sakit Hati), suami kalau curang akan mula berperangai pelik. Kalau dulu kurang romantik, tiba-tiba menjadi terlebih baik. Dan satu lagi, kalau dulu handphone dia campak saja merata-rata (dan kadang-kadang dicari tak jumpa-jumpa). Tapi kini alat komunikasi yang satu tu mula dijaga rapi mengalahkan emas sepeti. Kalau dulu anak boleh main games kat handphone si ayah sesuka hati, sekarang ni tak boleh lagi. Terjerit-jerit dia marah anak macam hendak putus anak tekak.
Dan dulu, kita boleh menggunakan handphone tanpa perlu minta izin tapi sekarang ni dia allergic bukan main. Baru terpegang, dia dah serang! Nak buat apa? Eh! Pegang handphone pun dia tanya nak buat apa? Mestilah nak call seseorang. Takkan nak masak atau nak sikat rambut kot. Jadi, kenapa si suami kelam-kabut? Ya puan puan sekalian, itulah petanda awal sudah berlaku sebuah selingkuhan (dan mungkin tak ada kesudahan).
Bak kata Puan SH, `warna' (perangai) suami curang ni akan berubah-ubah mengikut keperluan dan keadaan. Biasanya, suami yang sudah ada kekasih gelap akan menjadi terlebih baik/romantik. "Depa mula rajin bagi pelukan dan ciuman. Ada yang lebih advance, rajin bagi bunga + hadiah. Kadang-kadang hadiah tu sangat mahal, sampai kita pun naik khayal." oh! Rupa-rupanya, semua ini adalah sebagai modal untuk menutup kecurangan, juga sebagai penyendal rasa kesal. Maklumlah, dalam hati ada cinta tapi di rumah isteri menunggu penuh setia. Jadi, bagi meredakan gelora jiwa maka kita pun dia gula-gula.
"Lebih dahsyat tahap kecurangan si suami, maka lebih hebat hadiah yang kita dapat. Dan, biasanya mereka akan beli hadiah kat kita (juga) kalau depa baru sahaja bagi hadiah kat kekasih hati. Konon-kononnya, nak berlaku adil. Tapi ada encik Suami yang yang lupa diri..., tergamak hadiah isteri yang dah menopause tu katok G-String," ujar Puan SH geram!
(p/s: tahu tak macam mana ropa katok G-String? Google ya!)
Berbalik pasal handphone tadi, kata Puan SH, kalau dulu tak ada password tapi sekarang mula pasang segala security. Password pun kerap bertukar-tukar tau. Selang dua, tiga hari depa tukar, selang dua tiga hari, depa tukar lagi. Maklumlah, orang buat salah, memang selalu menggelabah. Tapi yang tak cerdiknya, kata laluan itu depa tulis kat kertas, dan simpan kat dalam poket seluar. Hem....siapa yang basuh seluar tu? Isterikan? Ha ha (habis pecah lobang!)
Selain handphone, komputer riba juga dijaga macam emas seraga. Bak kata Puan SH, dia mula ragu-ragu tahap kesetiaan encik Suami yang sudah separuh botak dan beruban itu apabila dia tak lepas memeluk komputer riba. Kadang-kadang sampai nak tidur pun benda tu masih ditangan. Tekun sungguh dia mengadap benda tu. Macamlah bisnis besar sangat....setakat jual tepung, gula dan mentega saja.
Puan Sabar bersetuju dengan pendapat Puan SH. Memang perangai suami yang curang berubah apabila pecah tembelang. "Awalnya, mereka takut, tapi apabila tenguk kita masih memaafkan dan terus bagi peluang maka rasa sayang dan hormat suami kat kita pun akan hilang."
Inilah kesilapan paling besar seorang isteri apabila tidak dapat membezakan antara cinta palsu dan asli. "Kita selalu mencari alasan untuk kekal dalam perkahwinan dan biasanya anak sering menjadi sandaran."
Dalam kes Puan Sabar - anak dan cinta yang merantai hatinya. Tapi peristiwa di bandar T menyebabkan dia tidak lagi mengharapkan apa-apa dari suami. Di mata lelaki itu, Puan Sabar seperti halimunan. Tidak wujud. Hanya Miss X dan Miss XX saja yang bertahta di hatinya.
Jadi, Puan Sabar hanya membisu 1000 bahasa ketika sesi terjah dilakukan kedua-dua wanita selingkuhan suaminya. Lelaki itu datang dengan penuh gaya kerana sangkanya pertemuan petang itu akan menjadi yang paling keramat. Penuh nikmat. Eh! tau tau dia diserang hendap!
"Tapi yang saya heran tu dia boleh buat muka selamba saja. Takda riak terkejut atau bersalah pun, sedangkan kedua-dua pompuan tu (kekasih si suami) dah hangin satu badan, tapi dia boleh senyum saja."
Menurut Puan Sabar, suaminya boleh kata macam ni..."Ah!! Dah terlanjur korang semua kat sini, meh abang perkenalkan. Ini isteri abang." Intonasinya rileks sungguh, tanpa secalit pun rasa bersalah. Saat itu Puan Sabar tahu dia perlu mengira edah. Tak perlu bersuluh kerana sudah terang dan nyata Miss X yang berkuasa dan tak sabar-sabar nak ambil aleh tempatnya. Cara dia terjah, mengalahkan isteri yang berjaya tangkap suami yang sedang bermukah. Agaknya kalau tidak kerana di tempat awam, kekasihnya itu sudah lunyai dikerjakan.
"Miss XX?"
"Oh! Dia pun cool juga. Sikit pun dia tak heran dengan reaksi berlebih-lebihan Miss X."
"So?"
"Miss X yang sudah hilang pertimbangan itu bagi kata dua kat encik Suami, now you pilih yang mana satu?"
Dan tanpa berfikir dua kali, encik Suami kata, 'mestilah you sayang.'
Puan Sabar redha. Dia sudah menjangkakan hal itu akan terjadi juga dan dia sudah pun bersedia menerima gelaran 'janda'. Bak kata orang, 'mengapa di pegang janji sang lalang, ke kanan ke kiri tiada yang larang'. Jadi, sebaik sahaja mendengar keputusan si suami, Puan Sabar pun angkat kaki. Hanya hatinya saja yang membisikkan duka. Begitu mudah rumahtangga yang dibina musnah. Berbelas tahun hidup bersama-sama, akhirnya dia dibuang seperti hama.
Memang kering betul hati lelaki seperti Mr Y. Sepatah kata maaf pun tidak terkeluar dari mulutnya. Apalagi ucapan terima kasih untuk semua tenaga, masa dan wang ringgit yang sudah si isteri itu curahkan sepanjang perkahwinan mereka. Dan Puan Sabar pun sudah berjanji kepada diri sendiri, tidak mahu menjatuhkan maruahnya -- menyerang mana-mana perempuan sekali pun kerana semua itu hanya memalukan diri sendiri saja.
Miss XX pun tidak mahu bertelagah dengan Mr Y kerana dimatanya lelaki itu sungguh tidak bernilai. Baginya, setakat sebuah kereta terpakai yang dah nak terbarai -- tak berbaloi hendak bergolok bergadai. Sangkanya selama ini Mr Y itu kaya, tapi tembelang busuknya didedah Miss X sendiri. Dia memang sakit hati, tapi baginya cinta itu datang dan pergi seperti hari yang terus bersilih ganti. Ibarat orang memancing, kalau sabar pasti akhirnya akan dapat ikan besar. Dan bagi perempuan seperti Miss XX, badan menjadi cagaran dan kalau setakat Miss X yang berjubah itu sedikit pun dia tak heran.
Menurut Puan Sabar, ketika encik Suami mengucapkan 'sorry' kat Miss XX kerana terpaksa memilih hanya satu di antara dua, Miss XX hanya tersenyum sinis. Inilah jenis perempuan yang hanya mau kaut untung tanpa memikirkan tindakannya itu mungkin menyebabkan ada anak dan isteri hilang tempat 'bergantung'.
...begitulah alkisahnya, nanti kita sambung.
...begitulah alkisahnya, nanti kita sambung.
11 comments:
hancur hati puan sabar ketika tu kan k.jun?? orang cakap dah tawar hati..buat apa pon dah tak bermakna lagi.. kalau mr y pujuk rayu sekalipon, bukan mudah nak sembuhkan hati yang terluka...parut tetap akan kekal hingga nafas terakhir... sedihnyaaa..
sedihyaaa..... tapi takkan nak pasrah macam tu jer kan..kan
huh...sedih n geram.. tak sbr nk tunggu kisah seterusnya.
maaf...tak terkata saya membacanya, mengeluh tidak bersedih jauh sekali sebab Puan SAbar ambil tindakan yang betul walau hati duka lara .... saya hormat pada pendirian Puan Sabar...dia dah lakukan yg terbaik utk rumahtangganya dan yang 'sengal-bengal' di sini adalah suaminya kerana sanggup memilih miss X yang sedemikian rupa tingkah lakunya...tak ke bodoh lelaki sebegini ....hmmmmm
sedih membaca pengakhiran citer puan sabar....semoga kehidupan puan sabar akan bertambah baik lagi skrg ini dan semoga dirahmati ALLAH hendaknya. bagi Mr Y, what goes around will come around, you wait and see laaaaa hehehehhe
Salute kat Pn Sabar.. cukup 'berakal'.. 'maruah terpelihara'.. 'kemenangan kepada yang benar'..
Soalan berupa 'kata dua' Miss X.. mengundang 'nahas'.. kali ini nasib dia baik kerana jadi pilihan meski kau sentap rakus kebahagiaan kaum mu huh!!.. Kelak kau tahu 'bahagian' mu..
Biarkan mereka.. mereka kan 'sekapal'.. seswai sangatlah!!
I pulak yg emo K'Jun :D
Memang sakit dikhianati suami, lebih baik sendiri dari terus makan hati. Dalam konteks Cerita Hati ini, ditakdirkan wanita yang bernama 'isteri' sudah ditakdirkan melalui sebuah kehidupan berumahtangga yang amat menguji kesabaran mereka. Semoga tidak ada yang hilang pedoman dan pertimbangan. Doa buat Puan Sabar dan yang senasib dengannya...
"Sekujur tubuh zahir batin I tak 'kongsikan', kerana U!.. Kenapa 'hak' I, U bagi sana sini sesuka hati ikut nafsu U?!!"
Seksa!!
'Macam luka dituang cuka'
pn sabar yg memang sabar....menjage maruah wanita...susah nak carik isteri mcm pn sabar...teruskan hidup pn sabar..cayok2...
Tambahan 'tips' Sang Suami Curang (SSC) :)
- Bila SSC bawa masuk handphone ke tandas..
- Bila SSC berdesuppp balik semula ke rumah mengalahkan isteri nak bersalin bila handphone tertinggal..
- Bila SSC punya gulungan kain pelikat 'kembung semacam'..
- Bila SSC pick-up handphone perlu beredar dari anda..
- Bila SSC jawab handphone dengan dimulakan "..apa? tak dengar! apa? tak dengar!.."
- Bila SSC jawab handphone dengan "aaa.. ok.. aaa.. aaa.. ok.. aaa.."
- Bila SSC terbeliak biji mata bila kita sekadar lalu didepannya semasa dia mengadap laptop / surf tenet..
- Bila SSC tetiba beli dan pakai minyak wangi pergi kerja..
Uuuuiiissshhh!!
hmmm.. tabik la puan sabar.. x serang pun.. betul buat apa nak memalukan diri sendiri jer... pada miss xx pun sama memang perit tapi sekurang -kurangnya dia dah terlepas dari neraka dunia.... at least before melangkah kaki hidup bersama jantan tak sedar diri dia dh tunjuk tembelang nya dulu....
Post a Comment