PAGI ini Subang Jaya hujan. Awalnya rintik, kemudian lebat. Seronok menulis sunyi dingin macam ini. Tapi dek kerana sekarang saya sedang menunggu kedatangan tetamu dari Dubai, jadi saya tak mau mengarang apa-apa sebab kalau berhenti separuh jalan tak best pula. MAcam telur setengah masak. Tambah-tambah pula kalau nak karang episod Cerita Hati. Kena duduk dan hadap betul-betul, sepenuh jiwa raga. Kalau sekejap duduk, sekejap bangun meninjau di tingkap, alamatnya memang susah nak garap.
Jadi sebagai halwa mata pagi ini, tataplah kek Princess ini yang saya rias untuk baby Alisa yang menyambut harijadinya yang ke-5 semalam. Alisa minat puteri bergaun ungu dan skirt mesti kembang sekembang-kembangnya. Jadi, aunty Jun tebarlah fondant itu selebar-lebarnya. Dan dipasang renda selagi boleh. Dan hasilnay, memang Alisa happy. Selain itu mummy Alisa juga tempah 60 biji cupcakes. Tapi saya cuma ambil gambar yang ini saja. Dah penat sangat nak menyusun atur semua cuppies itu. Sehari suntuk mengadunnya. Penat.
Amin
5 comments:
lawanya..teringin nak tempah tapi tak ada anak lagi..heheee
adylia..nanti tempah utk diri sendiri pun boleh kannnn hehehe
Adylia...kak Jun pun teringin nak birthday cake macam ni...
Adylia...kak Jun pun teringin nak birthday cake macam ni...
Zuwaidah: betul juga tu. tempah utk diri sendiri. Pandang dulu dua tiga hari. Baru wallap
Post a Comment