Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Thursday, June 23, 2011

Demam Ramadan dan Aidilfitri

...kembali

SALAM Semua,

Dah ganti puasa? Berapa hari tinggal agaknya ya? Saya tanya ni bukanlah sengaja nak busy body. Tapi dek kerana siang tadi rumah saya dah jadi macam kapal karam akibat sesi fotografi biskut raya dengan majalah GLAM, maka saya pun terjentik rasa nak tanya pasal bab bab puasa ni. Maklumlah, tirai Ramadan akan tersingkap tak lama lagi. Jadi, kenalah cepat-cepat ganti puasa.


Selain biskut raya, baju raya sangat penting untuk kita (orang pompuan) ni kan? Dan saya dengan tenangnya sudahpun menyiapkan dua helai baju raya (setakat ini). Since masih ada lagi masa untuk menambah koleksi, jadi tak tahu lagi tahun ini apakah warna tema baju raya kami. Baju Alia pun dah ready. Cuma tinggal baju papa dia, baju Adam, Arina dan Kasih. Itu hal kecil saja sebab apabila bab baju raya ni, yang penting ialah baju raya saya dan Alia. Dah puas dah bincang dengan Alia, apa sebenarnya tema warna yang sesuai sebab semua 12 warna primary dah dilaram, kecuali hitam. Eh! Tak sesuai sungguh hitam untuk lebaran. Betul tak?


Apapun, saya rasa mesti ramai mother daughter yang conquer tema baju raya ni macam saya dan Alia, betul tak? Encik suami dan anak-anak tu sebagai props saja. Lagi pun, majoriti orang lelaki ni tak kisah bab baju raya ni sebab depa cuma nak bergaya semasa pergi sembahyang raya and ambil gambar keluarga. Lepas tu, siaplah....mesti tanggal uniform tu. Jadi, biasanya saya suruh encik Suami dan Adam pakai baju Melayu raya tu sampai waktu Zohor. Ha, lepas tu, nak tukar, tukarlah. Tak kisah dah.


Betul tak?




Apapun, berbalik bab shooting biskut raya ni, saya nak kongsi gambar yang sempat dirakamkan siang tadi. Tapi cuma rempah ratus di belakang tabir saja ya. Gambar cookies masih belum boleh dipaparkan kerana dah jadi hakciptanya sudah majalah GLAM. Tunggu ya, keluarannya menjelang Ramadan nanti.






Biasalah, untuk penggambaran, segala macam props akan dikeluarkan. Nak pakai yang mana satu hanya boleh ditentukan oleh pakar penata gaya dan jurugambar. Bukanlah macam kita ambil gambar untuk blog tu. Main klik klik saja. Janji ada gambar. Iya dak?






Bantuan lighting penting untuk penataan cahaya supaya gambar subject yang kita ambil tu sedap mata memandang -- tak terlalu terang atau terlalu gelap. Kalau setakat built-in flash tu, memang hasilnya pun ala ala sajalah. Kalau nak cantik macam hasil karya profesional, kenalah belajar mengenai teknik fotografi serta melabur untuk kelengkapan macam ni.







captions: Props bersepah satu, dari dapur sampai ke hujung tanjung. Sekali-sekala, apa salahnya.





Dan untuk crew majalah hari ini, saya jamu seadanya sahaja -- freshly bake sweet bun, talam serimuka, karipap inti ayam keledek, mee kari dan coklat kek.






Dan saya juga sempat mencuba resepi kek coklat yang sangat mudah dan cepat disediakan ini untuk tetamu. Ini resepinya.


Coklat Kek Hitam Manis
Bahan A
2 cawan air
250 g mentega
35 g serbuk koko
1 sudu teh soda bikarbonat
3 cawan gula castor (kurangkan jumlahnya kalau tak mau manis)
Bahan B
4 biji telur
3 cawan tepung naik sendiri

Cara membuatnya
1. Campurkan semua bahan A dalam periuk dan hangatkan di atas api, sampai gula dan mentega cair.
2. Angkat dan biarkan sejuk.
3. Masukkan telur, pukul dengan pemukul elektrik.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul sampai sebati.
5. Sapu minyak dan alas loyang 9" dengan kertas minyak. Tuang adunan dalam loyang (kalau dalam bekas kek cawan (size B dapat ><36 biji).
6. Bakar 40 minit (kek), 25 minit (cupcakes), api atas bawah tanpa kipas dengan suhu 180 darjah selsius.
7. Boleh hias dengan coklat ganache atau cream cheese.


Ok, itu saja, sampai jumpa lagi.

Wasalam




Saya dan kawan sehobi, Asilah (blog 3E) yang sangat sporting. Dia sanggup ambil cuti dan bakar cookies yang sedap untuk sesi fotografi ini.

4 comments:

L@dykiki said...

wahhh beshnyeeee shoot ramadhan dan syawal

Oh Oeya said...

Salam. K'Jun boleh tau GLAM keluaran bila ye tu nanti..
Baru semalam ke Nagoya cawangan Giant Plentong beli 'kain' untuk Baju Melayu Adam.. Merah!! Pilihan Adam.. Mamanya follow saja :)

zue said...

Salam Kak Jun!
that reminds me....kain belum hantar kat tailor, kain berpasang2 dah ada, semenjak dua menjak berenti kerja, duk dalam almari je, tak hantar jahit pun, tapi masa pegi trengganu and balik kelate last school holiday sempat gak sambar lagi dua pasang batik, so nak kena pergi hantar kat my tailor aebelum dia reject.
warna, tak tahu lagi, cik hubby tak gemar sangat sedondon ni, tengoklah nanti,
ok kak jun, tata titi tutu, nak sambung deco cupcakes!
have a beautiful Friday to you too!
muahhh from alor staq

zuwaidah said...

kak, admire daun tingkap rumah akak...mcm di kampung2. cantik laaaaa