Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Sunday, May 29, 2011

Ku Himpunkan Segala-galanya

Salam semua,

Malam ini saya mahu tidur. Lena. Selena-lenanya. Saya mahu larutkan segala kepenatan dan esok pagi mahu menikmati Isnin dengan rasa baru yang segar-bugar. Segala risau yang membekam selama ini sudahpun kebah. Majlis gemilang siang tadi...dengan senyuman di wajah raja sehari, menenggelamkan segala gundah.


.....berbaloi.


Tiga hari tiga malam mengadun bunga...




...dari zero...menjadi serimbun begini. Bukan kerja main-main ya. Tiga kilo gum paste saya adun. Buat 3 hari lebih awal. Kemudian di uli, digelek, dicanai, dipotong dan disukat. Dicucuk dawai, dikeringkan, disusun satu persatu...sehingga menjadi kembang yang diidamkan -- peonies, mawar, petunia, ranunculus, carnation. Semuanya.


Tersalah gubah, bunga tak menjadi. Tersalah kering, dawai tanggal. Tersilap ikat, kelopak patah. Jadi, kena buat lebih bunga, supaya kala menggubah kita tak ternganga...bunga kehabisan, hajat tak sampai. Dekorasi tak menjadi, kita juga yang makan hati.



Dan kek hantaran ini, hat box cake.... hampir tiga kilo fondant disediakan. Buat lebih, supaya tidak terkial-kial kala menggarap ilham. Dah lama menyimpan impian, akhirnya pasangan Nisha dan Fauzi menjadi pilihan. Semua teknik yang saya tahu, digabung jalin agar semuanya bersatu....royal icing, gum paste, fondant dan sugar paste. Semuanya harmoni.


Akhirnya, selepas lebih 18 jam, kek bulat dua kilo ini berubah menjadi sebuah bingkisan manis untuk raja sehari yang sudah pun dilambung bahagia ke awan tingkat sembilan. Sebenarnya, setiap kali ada tempahan, saya ditimpa kerisauan berpanjangan. Takut ada halangan yang merencatkan segala rancangan. Harapan orang bukan main-main. Sekali sudah menyanggupi, mesti dibuat sampai menjadi seperti dihajati.



Akhir kalam, saya ucapkan selamat pengantin baru kepada Nisha dan Fauzi. Dan kepada Siti dan Syah...besar ganjaranmu di sana nanti kerana sudah pun menyempurnakan hajat puteri mu ini. Hanya Allah saja yang tahu.



Selamat malam dan assalamualaikum.

.....beradu di awan biru. Tidur diulik bintang seribu.

5 comments:

Fazidah said...

OMG... cantik....

juanita said...

kak, pinjam kesabaran akak :)

Ann @ DN said...

Salam Pn Jun,
Cantikkk nya...sangat teruja hingga terpaksa bersuara setelah sekian lama mnjadi silent reader...Tahniah Pn Jun.
InsyaAllah I wish to join ur class bila keadaan mengizinkan.

cikgu aida said...

salam puan jun...hebatnya hasil tangan puan..saya sentiasa kagum setiap kali melawat blog puan ni, dengan kek yang sungguh mempesonakan, usaha pun yang bersungguh2 dan kesabaran puan ...hati membuak2 teringin nak sertai kelas puan...tapi rasanya jarak tidak mengizinkan...kagum sampai tak terkata....tahniah puan...

Oh Oeya said...

K'Jun buat Oeya kagum lagi.. Pandangan dari atas K'Jun tak capture ye..

'...beradu di awan biru. Tidur diulik bintang seribu..'
psssttt!! sempat lagi bermadah tuu hik3..