Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Thursday, February 24, 2011

Seharian dengan Berita Harian

Assalam semua

Maaflah kerana dah lama tak dapat update blog...email pun saya balas ringkas-ringkas saja. Insyaallah, sehari dua lagi bila semuanya dah kebah, saya akan cerita panjang. Jadi buat masa sekarang, kita tatap dulu gambar yang diambil sempena kedatangan wartawan Berita Harian ke kediaman saya.


Topiknya? Hobi yang menyeronokkan...iaitu baking & decorating. Awalnya, wartawan mahu interview saya seorang...tapi saya rasa lebih seronok kalau ramai-ramai. Mujur kawan-kawan saya ini semua available...sangat sporting, jadi petang semalam kami berkumpul, riuh rendah bersukaria sambil menyiapkan dekorasi cupcakes.


captions: Me, Asilah, Zety dan Zarin.


Jadi, tatap dulu gambar-gambar ni ya and thanks Shahidah keran sudi interview saya dan kawan-kawan yang sanggup mengorbankan masa untuk menjayakan sesi santai ini. Tentu you all semua kenal dengan semua wajah ini....Asilah, dari blog 3E, Zety Zarina -- pramugari yang ligat sebagai midnite baker, Zarin pun ada blog yang sangat disukai ramai (check di senarai Jejak Kasih ya), dan Anita Jamal yang famous di Flickr. Kalau nak tahu wartawan meja Wanita ini, Shahidah, pun dah suka baking, jadi sangat seronoklah kami bercerita petang itu. Satu kapal.

Dan seperti biasa, saya yang sedang teruja mencuba macaroon, mencuba nasib sekali lagi membakar macaroon yang sangat remeh membuatnya ni.




Jejaka berkemeja corak genggang itulah jurugambar. Jenuh juga berposing ni ya. Apapun, saja untuk R&R.... dan merapatkan silaturrahim.

Anita Jamal, cake artist yang sangat talented ini antara yang pertama saya kenal sebaik sahaja aktif melanjutkan hobi ini. Hasil kerja seni Anita boleh dinikmati di Anita di www.flickr.com/photos/anitajamal


Sampai jumpa lagi, wasslam.

5 comments:

Suara Kalbu said...

Waaa.. Kak Jun.

Sudah ber macaron nampaknya huhuhuhu

Semoga akak sekeluarga terus sihat dan sejahtera selalau ya

ShaSha said...

Salam kak jun, thanks for being a host petang tu..happy sangat..balik rumah teruja terus! hihi..

Shaz said...

Kak Jun, bila dah keluar majalah war war kan tau! :-)

everyone looked gorgeous!!

Edi said...

salam kak jun,
wah, lps ni boleh tgk article psl kak jun dlm BH pulak yek... tahniah! hasil kerja kak jun mmg sy suka sgt2.. :)
and salam to kak anita jamal.. mmg hasil kerja dia tip top!

cek chun said...

wahhh k jun.. tahniah ya masuk BH. tak sabar nak tunggu baca nih :)