Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Monday, February 28, 2011

Mad About Macaroon


ASSALAM semua,

Ramai yang bertanya bila saya mahu menganjurkan kelas macaroon. Jawapannya... saya pun tak pasti lagi. Setakat ni saya tidak memikirkan langsung hal itu. Tempahan pun belum saya buka. Setakat ini saya masih seronok bereksperiman. Cuba itu, cuba ini. Tukar teknik. Adapt itu dan ini, macam orang sedang menduga hati kekasih. Mana rajuknya, mana sukanya, bila ok, dan bila pula macaroon ni 'sentap'. Semuanya saya catit. Jadi, setakat ini saya sudah 50% faham rencam kerenah macaroon ni untuk mencapai tahap amatur.


Jadi, apabila ada yang bertanya...sedapkah macaroon itu? Saya tak mampu nak beri komen yang specific. Kalau Red Velvet tu kita boleh nikmati setiap rasa yang terkandung di dalamnya -- masam, manis, lemak. Semua ada. Macaroon ni hanya ada manis dan kenyal. Nikmat sebenar terletak pada fillingnya. Kalau sedap, sedaplah. Kalau buat sambil lewa saja maka rasanya pun ala-ala sajalah.





Jadi setakat ni, selepas berjaya menghadiri kelas macaroon barulah saya tahu duduk sebenarnya cerita kuih orang Perancis ni. Remehnya sama macam Parisian juga kot. Ada banyak teknik tersirat dari yang tersurat. Dan saya rasa memang susah hendak mahir jika setakat berpandukan Youtube atau mana-mana video tutorial di Internet tu. Kena lihat, faham dan ulangi step yang sama berulangkali sampai kita dapat rentaknya. Jika ada yang berjaya, thumb-up untuk you.


Setakat ini saya sudah buat hampir 10 kali, semuanya untuk sedekah kat adik-beradik dan kawan-kawan. Pada dua percubaan pertama, saya gagal dengan cemerlang. Kemudian saya stop. Kecewa. Hati rasa termendap. Tapi sebab keinginan untuk menatap kegebuan macaroon dengan hasil tangan sendiri maka saya tak mahu putus asa dulu. Memasak untuk hobi adalah satu seni. Bukan masak untuk mengenyangkan perut atau menyedapkan tekak. Tapi untuk memuaskan mata dan hati.




Bukan sedikit masa yang hangus....berjaga malam membaca segala info dan tips yang ada. Tapi, inilah satu-satunya kudapan yang penuh misteri. Kebanyakan info membayangkan kesukaran membuat macaroon. Bagai ada rahsia yang terpendam. Tapi bagi saya, semakin susah, semakin mencabar -- semakin saya berkobar-kobar.


Jadi, macam selalu saya kata, kalau buat untuk duit memang kita mahu ekspress. Selepas belajar terus dilambakkan di pasaran. Jual, jual dan jual. Ya! Betul tu. Memang money is something but not everything. Saya buat untuk kepuasan diri sendiri. Sama macam si kaki pancing. kalau setakat mahu ikan, pergi ke pasar. Spesies dari lautan di Kutub Utara pun ada. Tapi kita mahu menguji diri, memenuhi tuntutan naluri. Saya cuma nak berkongsi rasa benda yang saya suka saja. Bak kata orang 'terbaik dari ladang'.


Jadi, berbalik cerita membakar macaroon ni, akhirnya saya berpeluang juga belajar seni menyediakan macaroon ini dari seorang sifu yang kebetulan diundang owner kedai Best Solution untuk demo di kedainya.


Selepas dapat ilmu ini pun, saya tak terus terjah dapur. Saya masih belum ada hati nak cuba kerana nak tunggu seru. Biar lapang dada, lapang masa. Baru cuba sekali lagi -- beberapa minggu kemudian.


Dan, alhamdulillah menjadi juga akhirnya. Itulah kepuasan sebenar. Maknanya kalau 'orang boleh buat, aku pun boleh buat juga'. Itulah misinya. Bukan susah sangat macam teknologi angkasa lepas.


caption: inilah macaroon saya yang pertama selepas berguru dengan pakarnya.



Malam itu saya tidur lena...puas hati. Tertunai sudah hasrat di hati. Mimpi pun indah...nampak bintang-bintang berkerlip macam macaroon juga...LOL!



captions: Macaroon merah kesumba (pink) ini saya jamu adik, kakak dan anak saudara.







Tapi seperti yang saya katakan tadi, macaroon ni sangat cerewet. Manja. Jadi, pada percubaan seterusnya ada juga celanya. Terkering, bantat dan ada yang cantik rupa, tapi takda rasa. Semua itu saya catit dan saya mabil kira untuk episod percubaan seterusnya. Entah sudah berapa kilo almond yang saya guna, tak pula saya ambil kira. Kalau nak pupuk kemahiran memasak, jangan kedekut dan takut! Selepas berjaya gagal, berjaya gagal.... rasanya saya sudah berani membuat macaroon tanpa sebarang prasangka lagi.


Sekarang tiba masanya saya mahu mencuba resepi macaroon dengan pelbagai perasa.





Jadi petang semalam saya buat satu bancuhan lagi. Dapat dua loyang. Kali ini saya campur dengan 10 g serbuk koko. Hasilnya... macaroon coklat. Hari ini saya mahu mencuba satu adunan lagi. Kemudian baru dibuat filling. Saya suka tenguk macaroon comel dan berwarna-warni.


Dan lebih teruja kerana ada yang sudi berkongsi suka dengan saya... dengan mengirimkan ini.




Ya, buku mengenai macaroon. Surpirse dari adik angkat saya, Dr Rosiyati yang juga 'tergila-gilakan' macaroon (dan decorating cakes). Siapa tidak terlompat kesukaan tatkala menerima buku ini. Baik sungguh hati kawan-kawanku ini.



Dan seperti biasa, anak saya, Alia pun berkongsi kesukaan yang sama juga. Infact, dia yang memperkenalkan dunia macaroon ini kepada saya. Long time ago... sebelum macaroon ini 'menyerang' meja hidangan orang Malaya. Tapi seperti kisah Red Velvet dulu, awalnya saya tak dapat memahaminya. Tapi sekarang saya yang lebih teruja berbanding dia.




captions: Alia excited sangat menerima ole-ole macaroon Laduree daripada bintang hatinya, Rizalman Ibrahim, yang teringat juga hendak membelikan Alia kudapan ini ketika bercuti di Paris lewat Disember 2010 lalu.



Selain macaroon, Rizalman juga membelikan buku Macaroon from Laduree. Nak tahu apa itu Laduree? Klik link Alia ni ya. Sampai jumpa lagi.

Wasalam


13 comments:

Cikmin said...

Salam kak jun...

Sampai hari ni kalau bake macaron...1 perkara cikmin debarkan.."pakai skirt kah nanti macaron ku?"...

CM Macarons

Rizza said...

Cantik macaroon kak june...mesti sedap... syabas dan teruskan mencuba.. saya pernah mencuba juga bulan puasa tahun lepas.. buat utk raya.. tapi mungkin saya kurang minat kot.. tak mencuba lagik... hehhe.. yg ye nye.. macaroon saya tak de filling tapi selesai di habiskan dek adik2 dan mak ayah.. hehhe..

selamat meneruskan eksperimen akak ...

Suara Kalbu said...

Salam Kak Jun,

Ralit membaca ekpressi Kak Jun tentang macaron. Kak Jun memang pandai buat orang hanyut sama jiwa dengan Kak Jun hihihihi

tina_bakes said...

salam! your macaron merah kesumba is perfect!!

saya pun terjebak kegilaan macaron...first attempt was April 2010...failed miserably! then pergi kelas and have been macaroning since :)

salam macaron :)

Fiza Amran said...

memang bertuah alia dapat merasa laduree macarons original.. saya setakat ini hanya mampu merasa macarons from WHISK empire.. anyway k jun keep up the good work.. saya tunggu hingga k jun buka utk tempahan.. x merasa laduree dapat merasa kasih laduree macarons pun jadilah

ShaSha said...

Ya Allah gebunya..sayang nak makan..hihi

zue said...

Salam Kak jun,
apa khabar and happy 3rd anniversary my dearest sifu, sorry tertinggal keretapi, but better late than never.....
of late ni, everywhere I go, blogwalking, I see macaroons , merah, hijau, etc, mesti sedap kalau semua duk mencuba.....Zue pun macam kak jun jugak, kena tunggu sampai seru , baru nak cuba, tak sampai sampai lagi nampaknyer:-).......
take care Kak Jun, muah from alor Staq..

cupcakekasih said...

ASSALAM SEMUA

CIKMIN: Memang betul...bila masuk jer tray dalam oven, itu yang kak Jun risaukan, ada feet ke tidak macaroon aku ni.

RIZZA: Tak berani nak berpuas hati terus Rizza, sebab bila kita rasa semua ok, tiba-tiba macaroon ni buat hal, masa tu rasa sedihnya. Apa pulak salah aku kali ni..

cupcakekasih said...

SUARA KALBU:

Idda....sekarang ni kita cuma berekspresi di dapur saja.

cupcakekasih said...

Tina-Bakes:

Rasa puas hati bila dapat hasilnya kan...tidur lena. Dan hati pun tidaklah terus tertanya-tanya....kan?!

cupcakekasih said...

FIZA:

Ya, dulu kami selalu jamu selera kat Whiks. Nanti kalau pergi lagi, hint kak Jun. Kita jamu selera sama-sama

cupcakekasih said...

SHASHA:

Segebu hatiku cik Puan Shasha....:-))

ShaSha said...

kak jun...hatimu memang gebu..membuatkan aku makin menggebu nak mencuba macaroon comel mu..ekekeke! Sweets! Teringatnya macaroon inti walnut tu..huhu...sigh!