Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Sunday, November 28, 2010

Tahniah Nor Amlizan Ramli

Salam semua,

Semoga malam ini pembaca semua dianugerahkan tidur yang indah agar esok dapat memulakan hari dengan penuh bersemangat....! Tak ada Monday Blues atau jiwa kacau ya. Kita ceria saya ya! Macam saya ni, yang happy saja sejak Jumaat lalu, kerana impian untuk meraikan pengunjung yang ke-300,000 akhirnya tercapai juga. Alhamdulillah. Saya memang tak sangka....blog yang saya mulakan sekitar awal tahun 2008 ini masih lagi bertahan. Dan pada hari Jumaat lalu, tanggal 26 November 2010, sekitar jam 3.00 dengan rasminya saya menerima email dari Puan Nor Amlizan, dari Klang bersama lampiran screen shot Cupcakekasih dengan angka keramat 300,000 seperti yang tertera di atas.


Sebenarnya ketika itu saya sibuk menyiapkan kek hantaran. Tapi Acer tetap saya on. Saja nak hiburkan hati, sambil menghilangkan penat dek kerana mengadun berpuluh-puluh kuntum bunga gum paste, bagi menyiapkan kek hantaran dan kek harijadi. Angka berubah sangat laju sejak saya umumkan mengenai pemberian cenderahati untuk pemegang nombor 300,000. Dan, selepas melepasi angka 300 ribu, handphone saya berdering-dering.





Panggilan dan sms sama rancak. Semua nak tahu, sudah adakah pemenangnya. Awalnya saya berdebar-debar juga, bimbang pemenang bertuah itu tidak berminat untuk menyertainya, tapi apabila dihubungi oleh Nor Amlizan, saya lega. Suaranya bergetar... begitu juga saya. Kami sama-sama kegembiraan.


Terkabul juga niat saya hendak memberikan sesuatu daripada Cupcakekasih kepada pengunjung blog ini sebagai tanda terima kasih atas segala sokongan handai taulan, rakan dan pelawat semua -- yang sudi mengunjungi blog saya ini.


Secara peribadi, saya anggap blog ini adalah terapi jiwa saya.... juga yang menghubungkan saya dengan dunia luar. Kadang-kadang, ketika saya berasa terlalu stress dek kerana terperap berhari-hari di depan oven, menguli fondan dan memerah otak mencari ilham, blog inilah yang menjadi penampan panasaran.


Kadang-kadang tu tak ada apa pun yang hendak dibaca di blog sendiri ni. Tiada komen, catatan sembang atau sebaran coretan... tapi saya tetap masuk 'rumah' saya ini setiap hari. Saya akan 'melawat' kawan-kawan atau menjengah blog teman-teman yang pernah menghadiri kelas dekorasi yang saya anjurkan. Saya juga suka singgah blog FOLLOWER. Segala luahan suka duka, keluh kesah beserta tips yang mereka coret di blog masing-masing sentiasa mengujakan saya. Dan, kerana itu, saya mahu tetap di sini.... dan berkongsi sesuatu sebagai tanda terima kasih saya kepada yang menghargai kewujudan saya.




Encik Suami antara yang menyokong saya memberikan bingkisan tanda hati untuk pembaca...sebagai tanda penghargaan.


Dan, jika pembaca ingin mengenali pemenang kita kali ini, kunjungi blog epal hijau. TApi saya tak berani nak letak link di sini, sebab terlupa nak minta permission daripada Nor Amlizan.

"Boleh ke kak Jun letak link blog you di sini? Kalau ok, nanti post ini akan saya update semula ya."



captions: emel daripada Nor Amlizan.



Saya akan sempurnakan pemberian kek handbag yang dijanjikan itu selepas semua minggu-minggu yang sibuk ini berakhir. Nanti saya ambil gambar Amlizan bersama kek dimenangi.... itu bersama-sama nukilan pengkisahan yang lebih lengkap.


Akhir kalam, tahniah sekali lagi diucapkan kepada pemenang kita kali ini. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua yang menyertai count down 300, 000 ini dan kepada yang tidak bernasib baik, saya hanya boleh melahirkan rasa terkilan. Insyaallah, jika panjang umur dan dimurahkan rezeki, saya akan meneruskan tradisi ini lagi.

Sampai jumpa lagi di catatan yang lain, saya ucapkan selamat malam dan maaf lahir batin jika ada yang makan hati, ralat atau panasaran.

Love you all....muahhhh!

Thursday, November 25, 2010

Menunggu 300,000


Salam semua

Selamat menikmati pagi yang indah. Dan bersama-sama kedatangan hari yang bertuah ini, saya dengan besar hati ingin mengumumkan detik kiraan ke-300,000 sudah pun bermula sebagai meneruskan tradisi Cupcakekasih. Agaknya siapakah yang bertuah untuk memiliki sebuah lagi beg yang anggun itu seperti gambar tertera di atas. Insyaallah, pemenang bertuah bolehlah bergaya dengan beg (cake) itu nanti ya.



Syarat-syarat pernyertaannya mudah.

  1. Warganegara Malaysia
  2. Bermastautin di Malaysia
  3. Melampirkan gambar/screen shot ke-300,000 sebagai bukti penyertaan/kemenangan dan email kepada cupcakekasih@yahoo.com
  4. Lampirkan juga: Nama penuh, alamat, no kad pengenalan dan n0 telefon.
  5. Pemenang terdahulu tidak lagi layak menyertai sesi count down ini, tetapi adik-beradik atau saudara-mara, ok saja.
  6. Hadiah akan diberikan pada tarikh dan waktu ditetapkan penganjur.
  7. Pemenang perlu menghubungi sendiri penganjur di cupcakekasih@yahoo.com atau sms di 017-2840900 bagi menuntut hadiah kemenangan.
  8. Pemenang perlu mengambil sendiri hadiah daripada penganjur.
  9. Hadiah kemenangan tidak boleh ditukar ganti dengan wang tunai atau hadiah yang lain.
  10. Pemenang harus bersedia untuk ditemuramah dan cerita kemenangan akan disiarkan di dalam blog Cupcakekasih berserta gambar.
  11. Jika timbul sebarang kesulitan selepas pengumuman kemenangan, penganjur berhak menukarkan pemenang kepada pemegang nombor yang terdekat dengan 300,000.
  12. Jika pemenang ke-300,000 itu tidak menghubungi penganjur dalam tempuh 24 jam, maka pemegang no terdekat (lima sebelum dan lima selepas 300,000) akan diumumkan sebagai pemenang mutlak.
  13. Dan yang pentingnya....kalau pemenang itu adalah FOLLOWER Cupcakekasih...ada hadiah misteri lagi! Camana tu? Sapa nak jawab!


Jadi, dengan pengumuman ini, maka saya dengan besar hati dan penuh debaran menantikan detik bersejarah itu dan berharap ini akan berjalan lancar dan menambahkan keceriaan dalam hidup anda.

Sampai jumpa lagi, wassalam

JUN
USJ, Subang Jaya

Sunday, November 21, 2010

Soal Hati, Jiwa dan Perasaan



SALAM semua,

Pagi tadi hujan. Sejuk. Memang seronok hujan pagi. Tapi hanya untuk orang yang tak perlu ke pejabat macam saya ini. Maklumlah, kantor di rumah sendiri, jadi walaupun kerja banyak, tapi masih boleh curi masa sejam, dua bermalas-malas depan komputer dengan televisyen terpasang, tapi hanya telinga yang menangkap butir bicara sang pengacara. Begitulah rutin saya yang tidak boleh mengenepikan MHI untuk mendapatkan laporan terkini sebelum memulakan hari. Cadangannya siang tadi saya mahu bertemu kawan lama, tapi dia pula tak free kerana ada hal mendadak yang perlu diselesaikan segera. Frust juga. Tapi tiba-tiba another BFF called, nak singgah rumah sekejap. Tersenyum lebarlah saya. Ada juga yang sudi menemani saya untuk minum kopi.





Jadi, sebaik sahaja Mira sampai, belum pun sempat dia duduk, kami dah buka topik. Lepas satu...satu. Maklumlah, mulut ni dah lama tak bercakap (banyak) jadi masa inilah nak curhat (curahan hati) -- soal hatilah, perasaanlah, jiwalah. Lagi pun, benda-benda macam ni bukannya boleh dikongsi dengan orang sembarangan. Kita kena cari sahabat yang sudah mengenali kita dari A to Z yang pernah sama-sama menghadapi saat jatuh bangun selama bertahun-tahun.

Apapun, mendengar sendiri cerita terkini Mira, membuat saya tumpang geram kat 'orang itu'. Sabar ya Mira. Memang ada orang yang terlalu negatif sehingga badinya itu terlalu kuat menjalar ke sana sini dan mampu mencalar kehidupan orang lain juga.


Tapi tak semua orang begitu kerana ada juga insan yang dilahirkan dengan pakej lengkap. Bukan sahaja raut wajah sedap mata memandang, tapi sungguh peramah dan berhemah. Orang macam ni memang seronok di dampingi, membuatkan kita sentiasa teruja untuk berkawan dengan mereka. Dan sememangnya saya pula jenis yang cepat serasi dengan orang peramah (semula jadi sahaja). Tapi kalau hati tak berkenan, naluri kata 'tidak', maka walaupun ada pangkat setinggi awan hendak berkawan, mungkin saya tak endahkan.


Misalnya, dahulu saya pernah mengenali seorang Datin, yang saya panggil Datin Gebu sebab memang dia sangat cantik, putih gebu macam cotton candy. Dan semestinya Datin ini sangat kaya raya. Rumahnya saja mengalahkan istana -- tersergam indah. Semuanya, lima tingkat, tiga atas bumi dan dua tingkat lagi kat bawah tanah.


Dan kerana gadangnya rumah agam ini maka perlu dibina dua lif. Kata Datin Gebu, bagus ada dua lif sebab kalau bergaduh dengan suami, maka seorang akan guna lif A, dan seorang lagi pakai lif B. Hati tengah panas, jadi bayang pun tak mahu tenguk. Kata Datin, kadang-kadang sampai berminggu-minggu mereka tak berjumpa, sebab selain kamar kelamin, Datuk dan Datin Gebu
ada kamar peribadi masing-masing yang terletak di aras berlainan. Kata Datin, kadang-kadang suami hidung belangnya itu berani menyeludup kekasih gelap ke kamar peribadinya dan Datin Gebu pula tak kuasa hendak menegah. Saya yang mendengar hanya menggangguk-angguk sahaja, tapi tak berani hendak mencelah. Lagi pun, sebagai golongan marhain, memang saya tak terfikir pun benda macam ni boleh berlaku dalam kehidupan yang nyata.


Sebenarnya saya kenal Datin Gebu ini pun kerana mahu interview mengenai cerita 'Wanita & Hobi'. Dan dek kerana hobi wanita kaya (tapi kesunyian) ini sangat interesting, maka saya temuramah dia. Jadi, sepanjang menyiapkan rencana itu, penat juga saya berulang alik ke kediamannya. Kadang-kadang sampai dua, tiga kali sehari. Ada saja yang tak kena. Suruh ubah itu, tambah ini, tokok itu, buang ini.


Dan setiap kali ke sana, pasti Datin Gebu ini mengajak saya naik ke bilik tidurnya yang sangat luas itu, sebesar gelanggang tenis. Tatkala kali pertama melangkah masuk, saya terlunga. Amboi, cantik sungguh dengan ambalnya sangat halus dan gebu. Kalau dipijak, kaki tenggelam sampai ke paras buku lali. Kata pembantu rumah Datin Gebu yang berbangsa Filipina itu, seluruh lapisan ambal di kediaman itu beranyam benang sutera dengan corak ditempah khas mengikut citarasa penghuninya.


Dan dek kerana rumahnya terlampau lawa, maka saya jadi jakun sekejap. Tatkala menjengah kamar mandi pula, saya lebih ternganga. Maklumlah, seluruh lantai dan dinding bagai disaluti kilauan perak dan semua kepala paip dan pemulas pam tandas pun bersalut emas. Memandang ke siling kamar, mata saya semakin berpinar-pinar kerana gantungan chandeliar yang sangat luar biasa cantiknya itu rupa-rupanya dihiasi kristal dan batu permata topaz dan nilam biru.


Memang Datin manis gebu ini sangat baik. Walaupun selepas saya selesai membuat rencana mengenai hobinya, dia tetap rajin mengundang saya ke rumahnya. Ada saja hal yang hendak dibualkannya. Maklumlah, kesunyian. Bak kata pembantunya, "kalau Madam sudah membenarkan tetamu masuk kamar tidurnya itu, maknanya dia sudah 'jatuh suka' dan kita boleh keluar masuk rumahnya, pada bila bila masa sahaja".


Sayangnya, saya sendiri tidak teruja untuk berkawan rapat dengan Datin Gebu. Cukup sebagai kenalan biasa. Keserasian tak ada. Walaupun dia tak pernah jemu mengajak saya bercuti ke rumahnya di Melbourne, saya tolak dengan baik. Jika tiada keserasian, memang saya tak boleh nak layan. Begitulah fitrah saya.

Tiada yang kurang satu pun si Datin Gebu, tapi kalau hati tak boleh nak suka, nak buat macam mana. Betul tak? Tapi kalau dah berkenan, dengan tukang sapu di kaki lima pun saya boleh buat kawan.


Hemmmm...hajat my friend ni nak makan kek Red Velvet akhirnya tercapai juga. Hem...reaksinya?! Tak payah cerita....sebab sedap sangat, tiada kata yang dapat menggambarkannya.



Tapi, apapun, masih ada yang setia berkawan dengan saya, macam Mira ni. Walaupun banyak kali saya dilanda ribut taufan, tapi dia tetap di situ. Sayangnya tak lama lagi si cantik jelita ini dah nak berpindah. Aduh nun jauhnya, ke benua sebelah sana. Hem, nampaknya selepas ini, kalau terasa nak curhat....kami cuma boleh skype atau lintas langsung menerusi FB.

:-((


Tahun ini genap sedekad kami berkenalan, dan kini dia akan pergi...!


Dan, saya tetap di sini dengan rutin yang tidak pernah berhenti selagi masih ada yang sudi singgah lalu di blog ini atau yang sudi menghadiri kelas dekorasi....macam Reen dan Zety.

Kedua-duanya pernah datang kelas dekorasi cupcakes yang saya anjurkan. Kalau nak tahu, Reen ni pakar membuat kuih muih tradisional dan Zety pula pandai buat mengadun home made coklat. Sedap!

Hasil karya Reen dan Zety



Reen



Ini pula Elleya, yang sangat gigih mengusahakan bisnis cake dan cupcakes secara online. Saya serasi dengan ketiga-tiga wanita ini. Semuanya ada wawasan. Kalau mendengar cerita jatuh bangun mereka, semangat yang dah padam pun boleh kembali menyala-nyala.





Akhir kalam, selamat menempuh minggu ini dengan penuh semangat dan cita-cita setinggi awan.

Wednesday, November 17, 2010

Kisah Korban Yang Manis





SALAM semua,

Selamat menyambut hari raya korban dan pastinya masih ada bercuti santai di kampung halaman. Kami sekeluarga tak balik Kuala sebab emak ada di sini dan adik dari Kuantan pun turun sama untuk beraya di KL. Lagipun, memang secara tradisinya kat KL ni hari raya korban ni tak semeriah Aidilfitri tapi di kawasan rumah saya ni sangat terasa suasana hari raya sebab masjid depan rumah dan selepas solat sunat Iduladha, majlis korban berlangsung dengan meriah. Tahun ini ada 15 ekor lembu. Jadi, bayangkan betapa sibuknya kawasan padang di depan rumah saya itu. Orang ramai bersesak-sesak, sampai susah nak dapat parking


Dan bercerita pasal korban ni, saya teringat kenangan manis 2008 apabila niat saya untuk mengorbankan seekor lembu untuk kami sekeluarga tercapai juga. Dan yang lebih manisnya kerana lembu korban itu dilunasi hasil berbisnis kek/cupcakes (yang ketika itu baru enam bulan saya usahakan secara serius). Saya sendiri pun tak sangka, begitu murah rezeki dan Allah memudahkan segala-galanya untuk kami. Kata orang masa tu kalau nak tumbangkan dua, tiga ekor sekali gus pun boleh, syukran Ya Allah. Memang betul kata orang itu kalau nak senang (senang cari rezeki, senang hati, senang jiwa raga.....maka buat bisnis). Kalau nawaitu polos, hasil tuaiannya....sangat 'manis' sekali. Seingat saya, kerja makan gaji 10-15 tahun pun, tak boleh dibandingkan dengan keseronokkan mengusahakan bisnis sendiri. Dan, alhamdulillan, selepas hampir tiga tahun mengusahakan Cupcakekasih ni, saya cuma ada kenangan manis saja. Dan saya harap, reseki kami murah untuk 2011.


Jadi, bagi menjawab soalan cepu emas yang banyak diajukan oleh adik-adik dan anak-anak yang baru menceburi bidang baking ini, adakah berbaloi mengusahakan bisnis online sepenuh masa? Jawapan muktamad saya ialah 'Ya'. Sama ada sepenuh masa atau secara sambilan. hasilnya lumayan. Kalau bukan dari segi wang ringgit, tapi dari segi lain. Misalnya ketenangan jiwa, sentiasa lapang dada, masa senggang yang lumayan dan tak perlu telan panadol (sekerap masa kerja dahulu).


Itulah yang saya rasai sepanjang tiga tahun ini. Dan kerana itu juga, walaupun ada juga yang 'melamar' saya untuk kembali menjadi Editor majalah, minta buat skrip drama dan program TV serta menerbitkan buku, tapi, setakat ni hati saya masih belum terbuka untuk berada di lane laju macam dahulu. Sejujurnya, saya tak sanggup dah nak mencatu masa antara keluarga dan segala macam kerja pejabat yang tak pernah habis tu. Jadi, setakat ni saya masih OK dengan menulis secara sambilan sahaja. Tapi, saya tak mahu cakap habis, sebab cerita takdir kita ni hanya Allah Taala saja yang tahu. Nanti saya kata 'tak mau', tiba-tiba esok dah kena gantung apron.


Maklumlah, hati ni selalu juga bergoyah apabila berdepan dengan tawaran yang sangat lumayan itu. Kadang-kadang datang rindu untuk kembali merasai suasana sewaktu deadline...apabila semua teman wartawan bermuka ketat akibat 'pisau' dah di tengkuk. Nak tenguk muka Editor pun tak berani sebab story belum siap lagi. Masing-masing macam kena gam kat kerusi dan mata hanya memandang layar komputer. Masa tu jangan sesiapa berani buat lawak bodoh, mesti kena tikam dengan jelingan paling tajam. Setiap detik yang berlalu bagai emas yang tiris dari genggaman. Hati bagai dipanggang...especially kalau orang/story yang kita nak interview tu tergamak membatalkan temujanji last minute.


Oh! Tidak......! Bukan senang nak cari story lain. Masa tu nak telan liur pun rasa pedih. Aduh! Kena pula masa tu anak demam, atau diri sendiri yang sakit, mahu tak mahu kena juga buat sebab kalau ruangan kita kosong siapa nak isi? Kawan-kawan lain pun dah cukup stressed dengan lambakan story yang perlu dicuci, disukat, disunting dan ditatarias secantik-cantiknya sebelum dipersembahkan kepada Editor sebagai final gate keeper.


Akan tetapi, apabila semua kerja dah siap aduh nikmatnya. Masa tu rasa serik pun hilang dan sanggup jadi wartawan sampai mati. Kata orang tu, serik sambal belacan, apabila hilang pedas, mulalah lupa daratan. Maka, kami kirai 'sayap' sehari dua, sebelum buka buku baru untuk bulan baru. Itulah kitaran hidup sang wartawan.


Jadi, kalau ada adik-adik yang nak berhenti kerja semata-mata nak buat kek sepenuh masa, saya rasa lebih baik kerja dulu. Rasai pahit jerih dunia pekerjaan, susah payah kerja dengan orang, nikmati hidup sebagai karyawan kantor yang boleh bergaya lela sepuas-puasnya. Laram semua fesyen yang ada. Nak pakai kanta lekap merah ke, biru ke, semuanya tak apa. Maklumlah masa muda, semuanya nampak cantik manis belaka. Kita mesti bina networking atau rangkaian kenalan dahulu. Jangan harap nak tag di Fecebook saja kerana manis mulut tak sama dengan sapaan di alam maya. Selepas melalui semua pahit manis itu, baru kita dapat menghargai apa yang kita buat sekarang, dan sentiasa positif walaupun muka comot dengan tepung, berpeluh-peluh mengadap bahang oven. Kira-kiranya, inilah penorbanan saya yang sangat manis sekali.


Jadi akhir kalam, saya kongsi gambar dua peserta dekorasi yang sangat gigih....bermual dengan zero, tapi kini sudah boleh menghias pelbagai jenis kek.




Bahiah bercita-cita tinggi, nak buka kedai kek. Modal dah ada, jadi sekarang ni kumpul kemahiran dan pengalaman. Kata bahiah, keluarganya suruh buka kedai tayar (sebagai kesinambungan bisnis keluarga) tapi dia mahu buka kedai kek juga. Tak apa Baie, nanti buat kek bentuk tayar, bagi kat Abah! ;-))


Cantikkan hasil gubahan Bahiah. Sekarang Cek Mek Molek ni dah tahu cara buat bungan gum ros size XL, teknik patchwork dan cara menindan kek.



Hazie pernah belajar dekorasi cupcakes (fondant) dan sekarang ni gigih mengambil tempahan di kalangan kawan-kawan> hei banyak sungguh tenaga pramugari ni...belajar lagi, kerja, kek, kucing, family....akak salute you!

Inilah karya manis Hazie yang kemas dan penuh citarasa.

Sunday, November 14, 2010

Idaman Hatiku, LV & Gucci

Saya suka beg, dia suka kasut.


Kalau buat kerja...
....saya suka buat laju-laju,
kadang-kadang macam orang kalut;

Tapi,
...dia suka buat slow (slow),
kadang-kadang macam kura-kura tersenguk-sengguk.
Orang Perak kata 'leput'.


Apapun, dalam bab hobi...kami banyak persamaan. Itulah yang saya perhatikan, sejak dari kecil sampai sekarang ni, dah besar panjang dan dah boleh kawin (kalau ada yang meminang).


Alia, sering membuat saya merasa seperti melihat diri saya sendiri 20 tahun dulu. Fizikal kami memang berbeza, muka pun tak sama. Tapi jiwa kami serupa. Kalau bergaduh, macam tak nak baik dah...tapi kalau saya diam atau dia sentap atau bungkam-- kami sama-sama faham. Itulah kelebihannya kalau anak sendiri boleh dibuat kawan. Tak perlu risau, rahsia pecah di perut atau di mulut! Emak anak -- satu keistimewaan yang tidak ada bandingan.


Dan kesamaan itu kami terjemahkan di sini.

Cotteville 40

Hasil karya Alia


...saya ulang...hasil karya Alia sepenuhnya. Saya tak campur tangan sedikit pun, seperti apa yang digarap dalam blognya, begini:

"same case when I did my Fifi Lapin Collection, this masterpiece of mine is 100% Alia Roslan authentic without any help. Okay, just little help from my mom when it comes to making the handle part but the rest of it from baking to delivering, I did it all by myself "flip my hair back and forth."


Dan 24 jam kemudian, di atas meja canai yang sama, saya menghasilkan ini pula.



kek beg tangan ini,
inspired by Gucci Bamboo
.


Jadi, tepat sekali mukadimah saya....kan?


Kalau Alia bertungkus-lumus menyediakan kek bagasi berjenama LV itu dalam tempuh kurang 24 jam untuk Rizalman Ibrahim lewat Khamis lalu, saya pula jenuh mengerjakan kek beg tangan Gucci ini untuk kawan saya, peragawati cum pelakon, Ernita Ridwan, yang sangat cantik menawan itu sejak pagi Jumaat lagi.


Teruja?


Wajiblah saya teruja...bukan kerana kek beg tangan saya itu kerana itu sudah menjadi kebiasaan. Tapi kerana hasil karya anak saya, Alia. Kiranya, tak sia-sialah jika saya pernah mendera jiwanya, memaksanya membuat sesuatu yang kadang-kadang di luar batas kemampuannya. Memang Alia suka baking dan decorating cake....selepas melihat saya menelaah benda ini setiap hari. Tapi, saya mahu Alia melihat dengan mata hatinya dalam berkarya...bukan main hentam keromo saja. Kalau tak cantik pada pandangan saya...jangan nak menangis kalau disuruh ulang semula. Nak kata apa, arahan emak. Betul tak?


Saya kata kat Alia, "orang *buta pun boleh buat Alia...ini lagi kita yang cukup sifat." Dan, tertanam juga perkataan saya itu, walaupun bunyinya sangat keras, ke dalam minda dan jiwanya.

(* bukan bermaksud menghina orang buta ya, tapi dengan niat positif, mahu mencabar jiwa kita ini, yang diberi pengelihatan yang sempurna).


Tak apa, demi sebuah kesempurnaan, saya akan drilled semua anak saya. Andainya saya dilihat garang, tapi itu ketika hendak mengajar mereka menjadi 'orang'. Tapi dalam bingkai waktu yang lain -- saya manjakan anak saya, malah saya protect mereka gila-gila. Dan, kalau anak buat benda yang elok yang positif -- saya puji gila-gila juga. Bagi saya, sayang anak bukan dengan mendodoikan mereka dengan kemanjaan tanpa batasan, sampai menjadi malas, dan tak tahu nak berfikir lebih jauh dari apa yang terbentang di depan mata. Jangan hanya pandang ukuran kejayaan pada sekeping kertas dengan catatan deretan 'A', tapi apabila diukur dari segi kemahiran hidup, jauh ketinggalan. Oh! Saya tak mau macam itu. Kalau dapat dua-dua, alhamdulillah. Tapi, apapun cerita takdir, jangan leka berpeluk tubuh saja. Kita cuba semua yang terdaya.


Dan, dalam slow slow Alia, terhasil sudah berpuluh-puluh hasil dekorasi kek yang cantik menawan. Dan dalam culas-culas Alia, terbukti sudah dia pun tak tahu duduk diam. Apa yang saya buat, Alia tak pernah menolak -- suka untuk mencubanya juga. Sama ada untuk dijadikan hobi atau sekadar suka-suka saja, saya tidak pernah meletakkan sebarang ketetapan. Cuma, saya tak mahu Alia berhenti dari menerokai dunia mudanya yang sangat luas itu. Untungnya budak-budak sekarang kerana mereka mempunyai alat penjelajahan yang boleh menjangkaui alam maya ini tanpa sempadan.


Dan kerana itu juga saya berasa sangat cuak kalau ada yang beralasan...'tak tahu...tak suka...takda bakat...tak larat.' Letih! Saya letih dengan jawapan begini. Kalau terjumpa dengan yang berjiwa rapuh begini, saya cuma boleh kata (dalam hati ler)....'terjunlah si luncai dengan labu-labu mu. Biarkan...biarkan.'


Saya cuma teruja berdampingan dengan yang berjiwa positif. Dan kalau tak mampu mengubah jiwa raga orang lain, kita cuba ubah sudut pandang anak-anak sendiri. Kalau perancangan kita, selari dengan cerita takdir...alhamdulillah. Tapi, jika cerita menjadi sebaliknya....tak apa.



Jadi berbalik kepada cerita Alia dan beg LV kebanggaannya itu, saya cuma boleh kata satu saja..."syabas mere betty". Maknanya? "Tahniah anakku." Lebih kurang begitulah maknanya kot. Tapi apapun, saya nak ulang tayang juga gambar di sebalik tabir, tatkala Alia menyiapkan beg LV uncle Rizalmannya itu. Iya, Rizalman, si pereka fesyen itu. Cerita selanjutnya, bacalah di blog Alia ya.






Dan berbalik kepada beg Gucci saya ini pula, ia ditempah khas oleh Ernita. Dahulu semasa masih di Jelita, saya sering mengundang Ernita menjadi model saya untuk memperaga busana bagi ruangan fesyen kendalian saya.


Sekarang Ernita atau Enny, banyak berlakon untuk drama terbitan Astro. Beg tangan ini ditempah untuk majlis pertunangan adiknya Sabtu (13 Nov 2010). Saya menggunakan fondant sepenuhnya untuk balut kek dan tangkai pula menggunakan gum paste. Kalau tanya part mana paling susah? Sudah tentulah tangkainya kerana bukan mudah hendak membentuk biku-biku pada tangkai itu agar tampak seperti buluh. Kemudian saya warnai dengan food colouring coklat perang bagi menyerlahkan lagi penampilannya.


Dan nampaknya, kedua-dua beranak ini bukan main tersenyum lebar lagi apabila kedua-dua kek beg tangan ini mendapat pujian dari yang menerimanya. Oh! akak suka dek. Hilang penat? Betul tak Alia?


Jadi, wajarlah agaknya kalau detik ini dikongsi bersama-sama dengan menikmati secawan kopi di The Loaf!

:-))

Selamat malam (pagi) semua.

Wasalam

JUN

Saturday, November 13, 2010

Misteri Red Velvet yang Gebu

"saya ibaratkan ia sebagai seorang wanita yang sangat misteri....
masih muda tetapi sudah pun melewati batas usia remaja sunti "




SALAM semua,

Salam pagi Sabtu semua. Awal pagi saya sudah masuk dapur, kerana berhajat membakar dua, tiga biji Red Velvet. Maklumlah, kegilaan terhadap kek secantik dan segebu baldu merah ini masih belum kebah. Setiap hari ada saja yang bertanya.....ada RV? Ada RV?


Dan secara peribadi saya bagi ten on ten (10 bintang) kepada pencipta asal resepi ni. Memang hamba Allah itu seorang yang genius kerana dia mampu menghasilkan satu teknik pencampuran bahan yang unik dan penuh misteri sehingga terhasilnya sebuah kek yang sungguh sedap (dan pelik). Tak tahulah sama ada penemuan gabungan formula ini secara kebetulan atau memang hasil dari sebuah kajian yang mendalam terhadap fungsi setiap bahan. Tapi, apa pun pendekatan digunakan,si pengkarya bijak ini memang seorang yang mengkagumkan. Ternyata sekali ini dilakukan dengan penuh kecintaan dan mungkin juga ia adalah penzahiran bagi sebuah perasaan yang mendalam.

Dan, saya juga berpendapat, personaliti kek ini secantik juga namanya >>> Red velvet. Ia membayangkan sebuah kek yang mewah dan gebu dan memang semua bayangan ini sesuai sekali dengan rasanya yang sungguh mengujakan serta mampu menjentikkan perasaan yang sangat sensasi, sesaat kita mengigitnya, terutama buat kali pertama. Memang sukar diterjemahkan dengan perkataan. Ada rasa lemak, masam, manis, menggetarkan. Sepotong memang tak cukup.

Dan kalaulah Red Velvet ini adalah perlambangan seorang manusia, maka saya ibaratkan ia sebagai wanita yang sangat misteri -- masih muda tetapi sudah pun melewati batas usia remaja sunti -- ayu manis dan manja serta bertubuh genit gebu dan penampilan keseluruhannya penuh persoalan. Jika bunga pula, Red Velvet ini ibarat Harum Sundal Malam, yang menebarkan harum wanginya bersama tarikan aura yang menggetarkan perasaan. Begitulah hebatnya 'personaliti' Red Velvet, mengikut pendapat saya, seorang penulis yang suka bermain dengan perasaan dan jiwa, melihat dengan 'mata burung, bukan mata tempurung!'


Jadi, kalaulah saya berkesempatan bertemu dengan sang karyawan bijak ini, pasti saya mahu menjabat tangannya dan mengucapkan 'terima kasih' kerana berjaya mencipta sebuah hidangan yang sangat mempersonakan - penyeri meja, penjalin ikatan kasih sayang.


Jadi, akhir kalam saya sudahi dengan ucapan selamat berhujung minggu di samping keluarga tercinta (wah! klise sungguh bunyi ucapan ku ini). Dan saya juga ingin berkongsi gambar sambutan hari jadi kawan saya, Aida Osman, yang 'ke 17' (ikrar saya, mulai tahun ini, semua forever sweet 17). Sebenarnya sambutan ni tak dirancang, tapi saya tahu 9 November ialah hari ultah (singkatan untuk 'ulang tahun', yang dipinjam dari slanga orang Jakarta) Aida. Dek kerana minggu ini saya memang ada extra Red Velvet, jadi saya ambil sebiji, sapu cream cheese dan walla...terhidang sebuah kek ultah sangat yummy. Saja nak surprise Aida. Lagipun, memang kebiasaannya kalau Aida dah habis kejar deadline, penyediaan majalah sudah 90% sempurna (tinggal editing dan sebelum dicetak) maka dia akan melepak barang sejam dua di gubuk kecil saya ini. Sembang, sembang, makan makan dan minum kopi! Best kan?


Ok, Sampai jumpa lagi, wasalam

Malam
...Red Velvet,
...lilin dan
.....Happy Birthday Aida!



Set Cupcakes untuk Aida bersempena hari ulang tahunnya yang ke? 17 *wink*



Design by Jun for Cupcakekasih


Comelkan? Penat juga saya perah idea untuk menghasilkan karya ini bersempena hari ulang tahun Aida.
(Jadi pesanan khas kekanda kepada adinda semua....kalau berkenan dengan mana-mana ilham dekorasi ini, sila beritahu saya dulu ya dan
sila beri penghargaan kepada Cupcakekasih.)


Design by Jun for Cupcakekasih


Ini pula ditempah oleh Amee, untuk suaminya tercinta bersempena ulang tahun perkahwinan mereka. Jenuh juga cari idea ni, bagi membayangkan betapa manis romantisnya percintaan mereka yang tersemai sejak di bangku sekolah menengah. Kata Amee kali pertama bertemu ialah di taman tasik KL, semasa dia dan kawan-kawan ulang kaji pelajaran untuk peperiksaan. Wah, belajar kat taman bunga.... best tu. Jadi, sebab itulah saya serikan set ini dengan rama-rama, dan pasangan love bird. Selamat bercinta selama-lamanya.


captions: Kek untuk OP bersempena majlis pernikahannya. Gambar kurang jelas kerana hanya menggunakan telefon genggam saja.

Tuesday, November 9, 2010

Oh! Macaroon

Salam Semua

Sesuatu yang berlaku semalam telah membuat saya menjadi sangat teruja... sangat gembira. Bukan pasal cik Suami hadiahkan saya platinum solitaire atau dapat oven baru dengan kuasa magis yang boleh menukarkan semua kek saya menjadi sesedap kek di syurga. Tapi, semuanya gara-gara hajat saya mahu mencuba nasib membuat macaroon sudah bejaya, walaupun masih boleh dianggap far from perfect.


Tapi saya tetap gembira kerana sepanjang menelaah berpuluh-puluh resepi yang sudah dikumpul (sejak few months ago), akhirnya saya bertemu satu resepi yang tak banyak pantang larang. Dan apabila mencubanya alhamdulillah menjadi pula, cuma macam saya kata tadi, masih jauh dari piawaian sempurna.


Ok, sebut pasal macaroon ni, sebenarnya bagi golongan marhain macam saya ni, perkataan itu sangat alien kerana asal usul kudapan ini pun bukannya datang dari benua Asia, tapi nun dari Eropah. Saya dapat tahu pun dari anak saya si Alia yang memang teruja dengan segala resepi dari kota fesyen kesukaannya itu...iaitu Paris.


Kata Alia satu hari nanti dia nak ke Laduree, semata-mata kerana nak makan macaroon di sana. Wah! tinggi benar cita-cita tu. Kalau orang mengidam anak sulung tu payah juga kan? Mesti ditunaikan hajat mak Buyung, takut nanti air liur baby menitik-nitik sebab kempunan. Dulu saya pun tak tahu apa itu Laduree...tapi kata Alia, itulah cafe paling eksklusif di kota Paris. Nilai
statusnya setaraf Prada atau Gucci juga.


Dan nampaknya kini budaya 'bermacaroon ini pun sudah menjalar di kalangan masyarakat pertengahan di sini dan soon trend ini pasti memecah tembuk Baling, Kodiang, Changlun, Manik Urai, Gua Musang or as far as Pulau Jerjak? Maklumlah , dengan kemudahan jalur lebar sekarang sudahpun boleh menembusi Gunung Ledang. Dan as usual, saya tak mahu ketinggalan mencuba resepi yang disukai anakanda saya kerana mahu mereka makan sepuas-puasnya. Macam ke Red Velvet tu, dulu sewaktu mula-mula mengenali kek semerah baldu itu, Alia dok berulang-alek ke cafe di Empire, semata-mata nak menikmati sepotong Red Velvet dengan tanda harga RM12 itu. Saya tak kisah dia nak makan sebanyak mana pun selagi terlarat, tapi yang kesiannya, kalau sampai termimpi-mimpi kek itu SOLD OUT, apa kisahnya? Masa tu dia sedang dilanda stress melampau kerana minggu orientasi di UITM dan tak sabar nak balik cuti hujung minggu dan menikmati kelazatan sepotong kek merah baldu itu.

Eh! tahu-tau, memang betul kek tu habis. Kesiannya saya tenguk muka Alia, blank! Macam muka orang yang baru ditolak cintanya...ha ha ha. Jadi, saya pun berazam untuk mencuba resepi Red Velvet ini (and thanks to my friend Malina, yang sudi berkongsi info, memberikan saya link resepi Red Velvet yang sedap itu). Dan selepas saya bega (maksudnya diubah suai), akhirnya resepi Paula Deen itu menjadi juga dan serasi dengan selera kami sekeluarga.


So sekarang saya sudah menggedik-gedik hendak mencuba macaroon pula. Dek kerana semua kata buat macaroon ni susah, itulah...inilah...maka saya study dulu resepinya. Dan memang betul, lain baker, lain pula ceritanya. Banyak sangat pantang larangnya, sampai kita naik phobia pula.


Tapi, apapun, semalam saya buat keputusan spontan, mahu cuba juga resepi yang baru saya jumpa di Internet. Nampak macam senang dan dek kerana saya takut serbuk badam saya itu melepasi tarikh luputnya, maka saya usahakan juga proses bermacaroon dan tidak sangka pula percubaan pertama saya tidak menghampakan.


captions: macaroon yang sudah tersedia untuk dimasukkan ke dalam oven (...dengan penuh debaran!)





captions: Beginilah rupa macaroon hasil percubaan pertama saya. Rasa sedap, rupa? Tak berapa sangat....


Jadi antara tips terpenting untuk menghasilkan macaroon ialah:

- putih telur mesti disimpan dalam bekas kedap udara semalaman, baru boleh digunakan.
- pukul putih telur sampai gebu macam busa dan stabil.
- bakar mesti pakai double pan.
- macaroon yang hendak dibakar mesti dibiarkan lebih kurang 10 minit pada suhu bilik, baru dibakar dalam oven yang sudah dipanaskan terlebih dahulu.

Dan ini pula resepinya, saya copy paste saja dari link yang saya ambil tu.

Ingredients

  1. 175 g icing sugar
  2. 125g ground almonds
  3. 3 large free-range egg whites
  4. 75g caster sugar

For the filling

  1. 150g butter, softened
  2. 75g icing sugar

Method

  1. 1. Preheat the oven to 160°C/fan140°C/gas 3. Whizz the icing sugar and ground almonds in a food processor to a very fine mixture, then sift into a bowl.
  2. 2. In a separate bowl, whisk the egg whites with a pinch of salt to soft peaks, then gradually whisk in the caster sugar until thick and glossy. (At this point you can stir in flavour extract, such as peppermint or lemon, and corresponding colouring such as blue or yellow, to your meringue mixture, depending on what kind of macaroons you want – see chef's tip. Or divide the meringue among different bowls if you want to make more than one colour.)
  3. 3. Fold half the almond and icing sugar mixture into the meringue and mix well. Add the remaining half, making sure you use a spatula to cut and fold the mixture until it is shiny and has a thick, ribbon-like consistency as it falls from the spatula. Spoon into a piping bag fitted with a 1cm plain nozzle.
  4. 4. Line 2 baking sheets with baking paper. Pipe small rounds of the macaroon mixture, about 3cm across, onto the baking sheets. Give the baking sheets a sharp tap on the work surface to ensure a good ‘foot’. Leave to stand at room temperature for 10-15 minutes to form a slight skin. This is important – you should be able to touch them lightly without any mixture sticking to your finger. Bake for 15 minutes. Remove from the oven and cool.
  5. 5. Meanwhile, make the filling/s (unless making chocolate macaroons – see chef's tip). In a bowl, beat the butter until light and fluffy, then beat in the icing sugar. (You can now add flavouring or nuts, and colour – see chef's tip.) Use to sandwich pairs of macaroons together.
Selamat mencuba dan wasalam



(p/s: beginilah rupa wajah macaroon yang sempurna)



Monday, November 8, 2010

Sebuah Dejavu dan Pentas Itu

gambar: nikaizu

SALAM semua


WAKTU dini, sebaik sahaja jam melepasi detik tengah malam adalah tempuh waktu yang saya sangat suka. Damai sungguh jiwa raga menikmati suasana yang sepi begini....apabila semua penghuni lain sudah pun nyenyak tidur. Satu suara pun tidak kedengaran kecuali irama merdu di saluran 857. Dan lazimnya, apabila mendengar lagu-lagu retro begini pasti saya pun turut bernostalgia. Setiap lagu ada ceritanya, ada kisahnya, ada suka dan dukanya. Apabila dikenang-kenang, memang tak percaya saya sudah lalui semua itu.


Susahnya hidup sewaktu kecil, payahnya menempuh zaman remaja...suka duka di universiti, saat mula-mula menempuh gerbang perkahwinan...kemudian menghadapi pahit dan jerih membina keluarga dan kerjaya. Semua itu sudah saya lalui dan kini hanya menjadi sebahagian catatan diari. Tidak mungkin saya padam semua kenangan itu. Kalau mahu melupakannya pun mungkin tak mampu kerana kotak memori saya ini memang lain sikit kerana ketika sudah tidur (dengan lena sekali pun), tetapi fikiran masih tetap bekerja dan bercerita dan kisahnya diterjemahkan melalui mimpi (yang kadang-kadang sangat real). Dan kerana itu juga, ada waktunya,apabila berlaku sesuatu peristiwa, saya sering merasai seperti pernah melaluinya satu dahulu...tapi tak tahu bila dan dimana? Inilah yang dikatakan de~ja~vu.


Tapi, dalam banyak-banyak pengalaman itu, tidak pula saya merasai konon-kononnya pernah menjadi jutawan atau Ratu. Wah! besar mahkota saya tu kalau betul-betul tu.... dejavu.


:-))


Tapi, apapun saya hargai semua kenangan yang pernah saya lalui -- walau sepedih mana sekali pun. Dan lagu Siti Nurhaliza yang sedang berkumandang ini membuat saya seperti kembali ke zaman itu, 15 tahun dahulu. Indah sungguh iramanya, begitu membuai-buai perasaan saya. Dan penulis seperti saya ini memang pantang mendengar lagu merdu, maka ilham pun datang mencurah-curah macam nak banjir keypad laptop ni. Masa inilah semua idea untuk novel, skrip, sinopsis drama, cerita blog, buku dan entah apa-apa lagi yang datang mengetuk kotak fikiran Susah nak kawal.


Dan kerana idea-idea yang ramah bercambah tanpa had dalam kotak memori ini juga membuatkan saya sering dilihat melakukan macam-macam benda dalam satu masa. Memang begitulah fitrah saya. Seingat saya, sejak kecil lagi...tangan saya ni tak pernah diam. Saya bukan jenis suka tenguk TV dengan menganga sahaja. Tangan ni mesti nak juga buat sesuatu. Kalau masa remaja dulu, saya suka jahit silang pangkah, kait benang dua jarum, buat sulam timbul, kemudian beraleh pada penulisan skrip, menjahit baju, sulam manik, andam pengantin, berphotoshop, memahiri indesign, dan kini saya layan semua sekali, sampai tak tahu nak duduk diam. Entah, tak tahu kenapa tapi memang perangai macam tu. Adakah kerana saya rasa usia mi semakin hari semakin menurun...macam menuruni anak tangga dan arah yang dituju ialah ke perut bumi yang kedalamannya lebih kurang enam kaki. Oh! Ngeri.


Jadi, pada sisa usia ini, selagi hayat dikandung badan, saya mahu mencuba semua yang mengujakan saya dan pastinya saya mahu buat terbaik, mengikut piawaian saya. Tapi kan, saya hairan sangat tenguk budak-budak sekarang yang terlalu banyak terleka , khayal dengan keindahan yang dicipta dalam dunia mereka sendiri. Mereka hanya mengidamkan keseronokkan sahaja. Ini, bukannya komen anak orang (saja), tapi tempias anak sendiri. Maka jadilah saya emak yang selalu kena tepuk-tepuk manja si anak -- suruh buat itu, suruh cuba ini, jangan malu tak bertempat. Tengah muda dan bertenaga ni kena cuba segala-galanya...begitu dan begini.


Memang jenuh cakap dan nasihat, dan kalau tak dengar kata juga, maka suara kita pun mula mengeluarkan idgham-maal-khunnah (cuba google sendiri maknanya ya) atau bil-la-ghunnah. Kalau anak tak faham juga? Kita nak buat apa? Apalagi, angkat tangan dan berdoa kepada Illahi, supaya 'anak-anakku ini menjaga solatnya, tetap imannya, tidak tergolong sebagai hamba-Mu yang durhaka, tidak murtad, tidak menjadi mangsa fitnah, berjudi, tidak jadi mangsa Along, tak minum arak...dadah..."



Begitulah lebih kurang doa saya. Dan semakin anak meningkat dewasa, maka doa saya pun semakin berjela-jela. Kadang-kadang ayat doa saya ini akan berubah, mengikut keadaan semasa yang berlaku di sekeliling saya. Misalnya..."Ya Allah, janganlah ada di antara anak-anakku, cucu cicitku atau kaum keluarga ku, dan hamba Mu yang taat kepada Mu menjadi mangsa pemandu rakus macam pemandu bas ekspress bla bla bla itu.




(Perasan tak saya ada sebut 'cucu'. Maknanya, saya ini bakal menjadi Opah yang tak kedekut ler sebab turut mendoakan cucu dan cicit, sedangkan anak pun belum kahwin lagi. LOL!

Apapun, hakikatnya Allah itu kan Maha Pemurah dan Maha Mengasihani dan Maha Memahami dan Maha Mengetahui, jadi, janganlah menjadi hamba yang sombong, tidak mahu berdoa terutama selepas setiap kali bersolat. Berdoalah, Allah, pasti memakbulkannya.


Jadi, akhir kalam, lewat pagi Isnin yang semakin menghampiri Subuh ini, maka saya papar kenangan paling manis sepanjang minggu lalu.

gambar: nikaizu


...apabila anak saya yang pemalu itu, Kasih, dan kakaknya Arina menjadi peragawati untuk Datin Kirana sempena Minggu Fesyen Malaysia.


Dan dia turut berkongsi pentas dengan Erra Fazira,

gambar: nikaizu



Rozita Che Wan yang gebu
gambar: nikaizu

....juga Deana Yusuf yang awet muda. gambar: nikaizu


....serta Ziana Zain dan Sofea Jane.
gambar: nikaizu


Bukan kepalang sukanya Kasih dan Arina (dan bayaran yang diterima hasil peragaan itu sudah pun Kasih dan Arina laburkan untuk jam tangan SWATCH, sebagai tanda kenangan.


gambar: nikaizu


Gahnya pentas yang menjadi medan peragaan.


gambar: nikaizu

Khusyuknya saya tenguk anak sendiri sedang catwalk di atas pentas. Dan di sebelah saya itu ialah Asilah 3E.


Cewah.....cantiknya aku dengan tudung ala-ala Munawarah dengan corak serupa Pucci yang ku jahit sendiri itu! kenangan bersama Huda, Asilah 3E dan Intan Jusmira.






gambar: nikaizu
Merdu suara Hattan....membuka tirai persembahan.