Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Friday, October 29, 2010

Akukah Seorang Perindu

SALAM semua

PAGI jumaat saya sangat indah. Bersarapan di Restoran Geylang, dengan dua teman lama semasa di Jelita itu membuatkan kami banyak bercakap dari makan. Begitulah selalunya apabila kita menjengah ke masa silam. Kata orang yang manis indah untuk dikenang, dan yang pahit itu...kita simpan nun jauh-jauh...dalam lubuk perasaan. Kalau masih pahit macam jadam, kita buang terus jangan disebut atau diungkit lagi.


Bagi saya, semua kejadian yang berlaku, tetap akan saya kenang sebagai teladan dan kadang-kadang boleh tersenyum pula mengingatkan sesuatu peristiwa itu yang mungkin satu waktu dahulu hal itu membuatkan saya menangis tersedu-sedu. Apapun, pertemuan kami tadi bukanlah hendak bernostalgia sepenuhnya tetapi kerana mahu brainstorming mengenai satu projek besar berkaitan dunia yang saya ceburi ini.


Hemmm, sebut pasal sesi pecah kepala ini, mengingatkan saya sekali lagi ke masa silam, sewaktu di majalah. Dahulu, apabila majalah sudah 'tutup' - maknanya semua tugasan wartawan untuk isu bulan tersebut sudah selesai sepenuhmya dan majalah pun sudah masuk kilang untuk dicetak saja, maka Editor akan bagi tarikh untuk mesyuarat. Oh! Saya suka mesyuarat bulanan ni sebab saya dapat merapu bagi melepaskan segala stress dan bebanan perasaan (akibat hal pekerjaan). Kadang-kadang saya (kami) memberi idea yang tak tercapai dek akal, tak tahu macam mana nak digapai. Tapi, saya rasa memang kami semua hebat ( oh aku hebat?) sebab ketika itu kami bekerja tanpa bantuan kecanggihan Internet. Maknanya, kita perlu menjadi seorang pemikir, yang banyak membaca dan melihat dunia dengan mata hati kerana ada kejadian/perkara itu tidak dapat diungkap hanya dengan mata kasar sahaja.


Misalnya, tatkala isu kahwin lari diperkatakan, maka bekas MB Perlis menawarkan negerinya sebagai anjung poligami. Maknanya, tak perlulah pasangan sampai menyabung nasib menyeberangi sungai Golok menuju Narathiwat semata-mata hendak melafazkan akad nikah demi menghalalkan cinta terlarang mereka.


"Mailah Perghlih...tok sah pi jeuh-jeuh..."
...
mungkin begitulah lebih kurang tag line yang sesuai untuk kempen ini.



Maka, kesinambungan dari isu nikah kahwin yang sangat sensitif ini terutama bagi kaum wanita, maka saya mencadangkan agar team Jelita pergi saja ke Narathiwat dan tempat yang sewaktu dengannya demi melihat sendiri keadaan daerah yang menjadi kiblat bagi sebuah cinta terhalang. Eh! tak sangka usul ini dipersetujui dan berangkatlah kami -- saya, Khairol Bariah dan Lily Haslina Nasir menuju sempadan Siam.


Terus-terang saya katakan, kalau tak kerana ini, tak mungkin saya sampai ke Kelantan. Itulah kunjungan pertama saya, walaupun dulu-dulu pernah juga tersuka dengan sorang dua mamat dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Tapi tak jadi nak bermentuakan orang Kelantan, maka kunjungan sekitar Jan atau Feb 2003 itu mencatat sejarah untuk diri saya sendiri. Pertama, kerana saya berjaya ke sana (dan sempat singgah Pengkalan Kubur...oh! bestnya tempat itu. Happening sungguh!). Kedua -- saya dengan beraninya sanggup menjadi pemandu sepanjang berada di Kota Bharu/Kelantan. Hem, memandu tanpa GPS, beraninya aku. Tapi itulah sifat saya sebenarnya yang adventurous. Kadang-kadang saya ni over confident dan 'berani mati' kalau hati sudah suka. Begitu juga dengan Lily Haslina, yang tegar sungguh, sanggup meredahi sebuah perjalanan yang masih tiada ketentuan itu walaupun mengandung tujuh bulan. Kami buikan saja terpaksa naik tongkang hanyir untuk menyeberang sungai Golok tapi juga menumpang teksi sapu yang dah nak tercabut stering dan tayar dari Takbai ke Narathiwat.


Dan sesungguhnya, kenangan ini semualah yang membuatkan jiwa saya kini terus hidup. Kepayahan dan kemanisan masa lalu sebagai wartawan cabuk membuatkan saya percaya hidup ini sebenarnya tidaklah sesusah mana, kalau kita melihatnya dari sudut positif. Dan setulusnya saya mengakui kadang-kadang hati masih rindu untuk berada di lane laju -- sama seperti kawan-kawan lain yang masih aktif mengejar 'garisan mati', tapi dua jiwa kecil di rumah ini mengikat hati dan merantai kaki saya.


Tak mungkin saya dapat bekerja dengan tenang jika hati tertinggal di rumah. Mengingatkan Arina dan Kasih yang pasti akan tertunggu-tunggu kepulangan saya setiap hari saja sudah cukup membuat saya restless.


Apapun, saya pernah tanya Arina, "What if mama kerja balik?"


Lama Arina memandang saya, kemudian sepatah dia menjawab, "you mean macam dulu? Pagi sampai malam?


Saya angguk.


"Nanti Nana rindu mama macam mana?"


Is it?
soal saya.


Arina angguk. Kemudian dia sambung lagi, "mama tau, last time, masa mama kerja, Nana selalu rindu mama. Tunggu tunggu mama balik."


Oh! itulah luahan hati seorang anak yang pernah merindu. Terasa bersalah pula saya kerana memang dahulu saya selalu mendahulukan kerja, meletakkan tugas di rak teratas. Alia dan Adam membesar di tangan Mak Nah, my maid for 13 years. Tiba-tiba saya rindu pula kepada Mak Nah di Tuban (dan Nartik).


Maka, kenangan lalu sentiasa menjadikan saya seorang perindu. Dan kerana tidak tergamak meninggalkan Arina dan Kasih yang masih kecil diasuh pembantu rumah seperti dahulu maka saya sanggup berkorban. Kecintaan saya kepada dunia kewartawanan tidak pernah berkurangan -- malah, semakin hari semakin dalam -- kerana inilah cinta pertama saya sebagai wanita yang diberi peluang belajar dan berkerjaya.


Jadi, walaupun Allah menganugerahkan saya bakat untuk meriaskan kek, dan saya menyukai setiap saat yang dilalui sebagai cake artis atau cake decorator -- tapi ia tidak mungkin dapat mengatasi cinta pertama saya terhadap dunia kewartawanan. Dan kerana itu jugalah apabila beberapa penerbit TV pernah mengundang saya tanpa jemu untuk membuat demonstrasi gubahan kek dalam program bual bicara atau segmen kewanitaan kendalian mereka; saya menolaknya kerana masih belum bersedia untuk dikenali sebagai yang lain -- selain 'wartawan'. Dahulu itulah jawatan yang pernah tertera di bawah nama saya untuk semua business card.

captions: Saya dan Khairol Bariah, yang kini menjadi penerbit di TV9 dan malam ini dia akan mengendalikan siaran langsung Gadis Melayu. Jangan lupa tonton ya! (gambar ihsan FB Bariah)



Itulah cerita hati saya. Akukah seorang perindu atau memang fitrah kita suka bernostalgia dengan masa lalu. Apapun saya papar di sini hasil kerjatangan dua lagi peminat dunia baking dan hiasan kek iaitu kawan lama saya semasa di Kolej Tunku Kurshiah, Dr Rosiyati dan Puan Zaini yang khabarnya lama menetap di luar negara tapi pulang untuk menziarah cucu kesayangan.

Sampai jumpa lagi. Wasalam








captions: Dr Rosiyati ambil tiga kurus sekali gus -- bunga gum paste, stacked cake dan handbag cake. Alang-alang turun dari Johor...kita pulun smeua...kan Yati!





Wednesday, October 27, 2010

Makna sebuah Kasih



Salam semua,

Minggu ini agak santai, walaupun jadual sebenarnya tetap sibuk. Tapi saya malas nak fokus akan kesibukkan itu, sebaliknya membayangkan keseronokkan selepas semua kerja yang berfaedah itu selesai.


Ya, macam itulah saya memujuk hati kalau berdepan dengan suasana yang boleh membebankan perasaan. Kerja tetap kerja. Bayangkan kalau kita takda kerja... susahkan? Soru miss, bil tak berbayar...itu tak boleh buat, ini tak boleh buat. Jadi, bagi sesiapa yang dah ada kerja tu, kerja elok elok ya, jangan curi tulang.... sebab kat luar sana tu masih ada ramai lagi yang takda kerja, tak ada kebolehan, tak ada bakat dan tak ada peluang.


Satu lagi, kalau difikirkan sampai pecah tempurung kepala pun, tak mungkin kita dapat penyelesaiannya kalau kita memikirkannya di kala hati sedang walang, fikiran sedang bersimpang-perenang. Lebih baik kita diam, simpan dalam hati...dan apabila segala rasa yang masam macam asam kelubi itu sudah reda, baru kita cuba cari penyelesaiannya. Kalau memang hal yang menekan perasaan kita itu adalah satu pusingan rutin dalam hidup kita, seperti pasal kerja, pasal assignment, pasal study... atau apa-apa saja yang menjadi kewajipan untuk kita lunasi setiap hari, maka tak perlu kita nak menjeruk perasaan. Sebaliknya, hadapi saja seadanya kalau ada yang tak kena atau yang menghimpit jiwa. Selagi hal ini tak melibatkan nyawa dan kesihatan kita atau orang-orang yang kita sayangi, tak berbaloi untuk kita makan hati.


Jadi berbalik kepada cerita harian saya yang kadang-kadang agak kelabu dan bisu...dan ada masanya sangat meriah ceria, jadi bersama-sama ini saya lampirkan beberapa keping lagi gambar sekitar harijadi anakanda ku Ariana Nur Kasih yang ke-7, lewat Ahad lalu.


Sebut pasal nama anak bongsu saya ini, masih saya ingat lagi macam mana teguhnya pendirian saya untuk memilih nama `Kasih', walaupun dibantah cik Suami. Maklumlah, jurutera tegar yang memang takda ada darah sastera - maka dia melihat nama ini sebagai sesuatu yang janggal. Saya berhujah -- semua nama kita ni ada maknanya, cuma majoriti masyarakat suka menggunakan nama berakarkan perkataan Arab, berumbikan unsur Sanskrit. atau mana-mana bahasa bangsa lain, selain Melayu.


Dan, walaupun kadang-kadang ada di antara nama itu yang lebih pelik bunyinya, tapi tetap kita guna juga. Kenapa tidak menggunakan terus perkataan Melayu, jadi tak perlu diperjelaskan maknanya, jika ada yang bertanya? Itu hujah saya.


Dan cik Suami mati akal, tapi masih belum putus asa. Keesokkan harinya, cik Suami datang melawat saya dengan satu proposal baru.


"Why not Ariana?


Dalam hati saya kata, "Wah! Pandai dia nak 'patahkan' aku ya..he he!"


"Arina and Ariana"


....wah!
Ada hujahan tambahan lagi. Walaupun saya teruja juga, tapi hati sudah tersuka nama 'Nur Kasih' juga.

Lalu saya menggunakan kuasa 'veto' saya...


"Eh! I yang mengandungkan dia, sakit tau beranak semalam. You pun tenguk sendirikan? Banyak darah keluarkan! Ni pun sakit lagi tau. Berdenyut-denyut...."


Dia diam.


Dalam hati, "Hem...aku menang!"


Lalu saya cuba nak sambung drama dan hujahan, "Apa salahnya Nur Kasih? Asmara Nur Kasih".


Sekali lagi mata cik Suami buntang. Mesti dalam hati dia kata, "Wah, mula-mula propose Nur Kasih, now ada tambah 'Asmara' pulak."


"Sakit...."


Eh, belum habis ayat, cik Suami pintas, "Ok Ariana Nur Kasih."


Hem, Macam menarik juga. Akhirnya saya kata, "Ok...Ariana Nur Kasih."


Maka, selepas itu berbanggalah saya kerana setiap kali ditanya, "apa nama baby ni?" Dan semua mengatakan nama itu cantik, walaupun mulanya janggal menyebut 'Kasih'. Tapi tak lama selepas itu, saya notis semakin ramai senang menggunakan nama ini, terutama selepas drama Nur Kasih meletup di TV.


:-))



...dan buat kesekian kalinya, saya pun berpesan kepada Alia (dan anak-anak yang lain juga), "...we must be the trendsetter, not a follower'.



Jadi, akhir kalam, saya paparkan lagi sebahagian gambar sekitar harijadi untuk Nur Kasih ku sayang baru-baru ini.





Ina dengan kakak saya, pemilik blog 1001 Resepi yang popular itu.






Monday, October 25, 2010

Bunga-Bunga Kenangan untuk Kasih

SEBUAH hari yang indah dan penuh bermakna untuk kami sekeluarga sudah pun berlalu.



Tapi kenangan manis masih kuat bersira di ingatan dan di dalam hati kami. Masih mekar berbunga-bunga...harum mewangi.

Dan, dengan berlalunya hari semalam, bermakna sebuah lagi hajat saya sudah pun terlaksana. Inilah hajat Syawal yang tertangguh.


Awalnya saya mahu mebuat rumah terbuka sama seperti tahun sebelumnya untuk meraikan saudara-mara dan handai taulan. Tapi asyik berhalangan sahaja. Maka, akhirnya saya memuktamadkan 24 Oktober sebagai harinya, dan menjadikan sambutan birthday anakanda bongsu kami Arina Nur Kasih sebagai agenda majlis.



Dan untuk story kali ini, dek kerana gambar yang cantik banyak sangat...taken by Encik Aizu (thanks Aizu), jadi saya tak mahu bercerita panjang. Biar gambar ini sahaja yang berbicara. Ini bahagian pertama tau. Nanti pada bahagian kedua, saya akan masukkan lagi gambar-gambar yang lain pula.


Saat yang dinanti....meniup lilin harijadi.





Ok, sebenarnya bercakap pasal harijadi ni, awalnya saya tak rancang nak sambut besar-besaran. Tapi Kasih dah mula membilang hari sejak masuk 1 Okt lagi. Setiap pagi, dia akan kata ...another 20 days...10 days to go...one week...4 days....dan seterusnya. Jadi, cuba bayangkan kalau tiba hari dinanti, cuma meniup lilin sesama ahli keluarga saja...mesti tak best. Betul tak? Bagi budak-budak, harijadi itu adalah segala-galanya!



Dah ler tu, mentang-mentang emak dia buat kek, setiap kali tanya, konsep keknya berubah-ubah. Sekejap nak Princess...sekejap nak rainbow...sekejap nak itu...sekejap nak ini. Tapi apabila saya tunjuk buku koleksi gambar-gambar kek, dia terus minta Castle Cake, sedangkan masa tu saya dah tersuka dengan idea Carousel Cake.


Puas saya google, cari idea lain tapi hati saya nak yang itu juga. Tapi apabila saya propose kat Kasih, dia tetap nak castle cake juga. Ok...takpa...kata hati saya. Maka apabila tiba harinya...saya bakar beberapa biji kek. Empat biji semuanya. Senang nak buat bentuk apa kalau kek semua dah tersedia.


Jadi, pada hari Sabtu tengah hari, sebaik sahaja selesai menggubah my last cake order for that week, saya pun mula mencanai fondant dan membalut cake. Dah tetap hati dah, nak buat macam mana. Mujurlah Kasih sibuk dengan kakak dia, keluar beli goodies, beli baju, beli itu beli ini untuk harijadinya....jadi dapatlah saya menyiapkan kek tanpa gangguan.


Akhirnya bila dah siap, saya tunjuk kat Kasih. Suspen betul masa tu. Lama dia pandang...diam saja. Saya dah berdebar-debar dah. Lepas tu, dia pandang saya..."Ma, I like the cake. "



...dan saya, tentulah terasa saaaaaangat lega.


Inilah keknya. Saya ganding kedua-dua konsep sekali gus -- castle & carousel. Next time kalau nak gubah kek macam ni lagi, saya nak buat cake board lebih canggih, boleh berpusing-pusing...ada lampu dan muzik. Oh! bestnya. Kek untuk tingkat bawah itu ialah Orange & Mix Fruits dan kek atas tu pula Cappucino & Vanilla Marble.


Kasih ni pendiam orangnya jadi setiap expressionnya itu sangat-sangat bermakna kerana saya tahu dia happy. Dan yang ditatang oleh Kasih itu ialah Julia Ashley, kucing yang sangat berhemah dan sedar diri. Alia jumpa Ashley ni semasa dia masih baby... few weeks old agaknya, stranded kat basement parking Sunway Pyramid. Masa jumpa tu she was very tiny, weak, fragile. Kesian dia. Alia ambil, bawa pergi vet dan terus bawak balik. Badan kurus, kotor dan berpenyakit. Tapi sekarang dah cantik dah dan tak pandai meragam. Kalau orang bagi makan, dia makan. Kalau tak bagi...dia akan tidur saja. Baik sungguh.

p/s: Saya yang bagi nama Julia Ashley sebab warna bulunya kelabu (ash) dan Julia tu sebab Alia jumpa dia pada bulan Julai :-))



Ok, berbalik pasal birthday Kasih ni, ramai juga kawan-kawan yang datang, termasuk anak-anak Asilah (3E) dan kawan-kawan saya yang juga anak sebaya Kasih.




Kasih dan rakan sekelasnya Khaleeda




Pertandingan mencipta kad harijadi.




Aiman, sepupu Kasih...pun bersungguh-sungguh mewarna kad harijadi. Tenguk tangan dia yang gebu tu!


Cewah...ada pula sesi penyampaian hadiah untuk kad tercantik. Ini Shasha, anak aunty Huda. Depa ni sama chemistry...boleh ngam.




Kek ni masih belum dipotong tau...tak sampai hati nak memakannya. Silap-silap saya akan bake another set...similar cake, untuk jamu selera sekeluarga. Kek ni? Biar sajalah macam tu. Boleh?





Kasih sedang memukul Pinata, yang mengandungi segala jenis goodies untuk kawan-kawannya. Semua merasa memukul pinata ni, sampailah kantung goodies tu pecah.

tenguk tu...semua berebut-rebut megutip segala macam coklat dan gula-gula yang terhambur dari kantung.





wajah seorang anak yang gumbiraaa!




Wah seronok menari-nari...ada pertandingan belly dancing? Atau dangdut? :-))

Inilah si kembang Subang Jaya yang manis jelita....! kawan-kawan Alia sejak dari sekolah rendah dan menengah.

Alia -- the party planner, the make-up artist, the designer, the driver, the baker, the cupcake artist, the interior designer, the photographer, the camerawoman, the entertainer, PA mama, PA papa, the big sister...segala-galanya. Kalau tak ada Alia... tak mungkin party ni dapat dijayakan.


Thank you Alia, for helping mama and papa & membuatkan adik-adik gembira.







Kasih dengan hadiah-hadiahnya. Happy diulek kenangan manis..!


Terima kasih juga kepada Encik Aizu untuk gambar-gambar yang cantik ini.