Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Thursday, September 30, 2010

Episod Kenangan...Warga Jelita

TERKEDU sekejap saya sebaik sahaja menatap gambar ini dalam laman profile Facebook. Thanks to Naliza, junior semasa saya di majalah Jelita dahulu, kerana sudi tag gambar kenangan ini untuk tatapan rakan-rakan di FB. Sembilan tahun berlalu, lama tu. Tapi seperti baru semalam saja peristiwa ini kami lalui...iaitu saat kami, warga Jelita; kecuh-kecuh bersiap untuk sesi fotografi bersejarah ini. Seronok sungguh waktu itu tau....sebab:

Pertama: masa tu saya rasa masih muda,

Kedua: jadi terasa diri masih cun

Ketiga:.... dan masa tu juga saya masih teruja nak bergaya glamzz glamzz macam ni.

Keempat: semua kawan-kawan termasuk Editor Jelita, yang kami panggil kak Ani, pun sangat sporting....

...dan bersetuju saja untuk melaram sakan dengan konsep klasik tradisional yang diusulkan ini. Maklumlah, masa tu saya dan Bariah selalu ditugaskan menyelaras ruangan fesyen majalah. Jadi, dok asyik tenguk model saja bergaya melaram dengan bermacam fesyen, hati pun tak tahan...teringin juga nak merasa jadi 'model'. Maklumlah, Asyik di belakang tabir saja, jadi sesekali kami pun nak melaram depan kamera juga. Dan biasanya peluang datang menjelang Syawal...bulan yang paling relevan untuk tayang wajah manis kami semua.


Designers dan mekap artist pun sporting, sudi menaja busana kami, maka semua dirancang menjadi kenyataan dan kami pun berposing sakan...penuh perasaan.Apabila gambar ini diulang tayang Naliza, rindu pun kembali menusuk kalbu -- tembus dari jantung terus ke hati (dahsyat tu). Memang inilah antara kenangan abadi yang tak mungkin berulang kerana majoriti yang ada dalam gambar ini sudah pun berhijrah ke tempat lain.

Kawan baik saya - partner in crime (PIC) - Bariah sudah tukar haluan, ke TV9. Seorang lagi PIC - Lily Haslina Nasir, sudah menjadi novelis popular. Rancak sungguh dia berkarya, setahun sampai enam, tujuh novel dihasilkan. Zunairah juga sudah sangat berjaya dan bahagia dengan dunia insurannya. Kusyi pun rancak sebagai penulis novel dan wartawan serta maju jaya dengan laman web kendakiannya, Jendelaku. Wan Sabariah pun happy di TV9. Tapi Raja Azeda masih di Jelita. Setia. Selebihnya, saya kurang pasti....apapun, saya ingin ucapkan kepada semua kawan-kawan...

"Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf lahir dan batin."

Kepada Naliza, terima kasih untuk sebuah kenangan...sorry ya, kak Junsuka hati jer copy paste gambar ni kat sini. Begitu juga dengan kawan-kawan yang lain...jangan cuak ya.

...he he he, berseri-seri pulak laman blog saya kali ini.

Sampai jumpa lagi, wasalam


Sent via BlackBerry from Maxis

Sunday, September 26, 2010

Dalam Dakapan Dingin Malam




....saya menyudahkan entry tertangguh malam ini kerana agenda sepanjang minggu depan nampaknya sangat padat. Walapun terasa mahu menutup tirai hari ini lebih awal, tetapi memandangkan esok sudah menunggu satu lagi hari yang panjang, baik saya ucap salam dahulu kepada pembaca.


Dingin semakin terasa selepas tengah malam. Nampaknya cuaca di kariah saya sangat dingin sejak akhir-akhir ini kerana hujan tak mengira masa...pagi petang siang dan malam. Kadang-kadang, apabila cuaca terlalu buruk dan tidak menentu, saya kerisauan. Setiap kali mendongak ke langit, mendung saja. Mujurlah sekolah anak-anak cuma terletak 5 minit saja (berjalan kaki ) dari rumah. Jadi, jika ada hal berbangkit, senang hendak dijengah. Tapi, hati ini terusik juga melihat budak-budak lain, sekecil Arina dan Kasih, yang terpaksa berbas ke sekolah. Apabila hujan lebat, mereka kuyup, terlari-lari mencari bumbung. Itu belum lagi di kira anak-anak di pendalaman?! Pontang-panting mengusung beg sekolah yang berat itu.... entah terpaksa berbot... bersampan. Eh! Kalau diingat semua... air liur pun rasa tak tertelan. Kasihan anak-anak yang tidak bernasib baik itu. Jadi, kita wajib mensyukuri nikmat yang Allah beri kepada kita, walaupun cuma secubit. Betul tak?


Apapun, esok pasti hujan pagi lagi.... dan saya seperti biasa akan menuju Lendu... menghantar Alia ke asrama, kemudian memandu pulang seorang diri. Walaupun bosan memandu sendirian, saya sempurnakan juga kewajipan yang satu ini demi keselamatan anakandaku.

Dan, bercakap soal selamat dan tak selamat ni... ingatan saya pasti tertumpah kepada arwah Datuk Sosilawati. Hati saya sangat tersentuh.... sangat sangat tersentuh...


....hanya kerana...tiga alasan ini:

Pertama: Dia wanita
Kedua: Dia wanita
Ketiga: Dia wanita
(dan....ditambahi alasan keempat):


Dia ibu tunggal

...dan bagai luka dipipis garam, kepedihan di hati ini lebih berbekas... sangat dalam.... terutama apabila mengingatkan keganasan yang dilakukan terhadap arwah. Bagi saya, jika perlu mencari sebuah alasan di sebalik musibah ini...cuma ada satu saja. -- bahawa dia ditakdirkan mati setragis itu -- demi mengungkap sebuah kebusukan.


Ya! Sebuah pekung najis permainan gila pembunuh brutal, yang rupa-rupanya selama ini bermahajaralela di luar sana. Jika tidak kerana arwah dimangsai, entah berapa banyak lagi tragedi begini yang akan berlaku...dan terus berlaku, namun tetap tersembunyi rapat tanpa terhidu. Ternyata si penjenayah tersilap hitung...arwah itu personaliti terkenal.. Maka sudah tentu kehilangannya akan menjadi tumpuan sedunia.

Inilah yang dikatakan 'sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya terhumban juga ke pengadilan'. Dan sebenarnya, saya cuba untuk tidak mahu bercakap soal ini, di laman ini, tapi setiap kali membacanya di akhbar, hati tak tertahan lagi. Saya pendukung wanita yang cekal.

Nampaknya, kini sudah lenyap satu lagi nama yang sepatutnya tersenarai megah sebagai salah seorang Usahawan Wanita Melayu (Bumputera) berjaya. Hanya doa dan al-Fatihah untuk seorang wanita secekal Sosilawati (dan rakan-rakannya yang sudah pergi). Dan, kerana ini juga saya kembali teringat kepada anak-anak di luar sana. Berapakah agaknya nilai keselamatan mereka?


Semoga Allah melindungi anak-anak kita...dan wanita cekal...yang terpaksa mempertaruhkan keselamatan diri...untuk mencari sebuah sejahtera buat anak-anak mereka.


Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Dan...akhir kalam, sebelum mengucapkan selamat malam, saya papar sebahagian kek dan cupcakes yang disiapkan hujung minggu lalu.





Cupcakes ditempah Sueyani untuk pertunangan kakaknya. Tema dan kosnsep dekorasi ini semua ditentukan oleh si penempah. Sejujurnya, saya memang tidak selesa merias cakes atau cupcakes sekiranya si penempah terlalu memperincikan rupa gaya dekorasinya. Tangan dan kaki bagai diikat...ruang untuk saya berimaginasi pun menjadi terhad. Ibarat membuat baju tak cukup kain...apalah sangat yang boleh dibegakan. Tapi, atas dasar tolak ansur, saya terima juga...dengan sedikit rasa kasihan.



Tapi...dengan besar hati, saya terima tempahan kek bertema Toy Story ini kerana saya belum pernah membuat figurin Sheriff Woody (yang lurus bendul itu). Awalnya, Fariza...mama Adam Farhin, mahu kek berkonsep Spiderman....dengan 200 cupcakes. Tapi akhirnya, birthday boy decided nak Toy Story pula. Dan, terungkaplah wajah Sheriff Woody di sini.





Dan, bersama-sama kek Toy Story 3 ini, saya sediakan cupcakes juga...dengan hiasan paling ringkas, buttercream dan edible images saja. Tumpuan saya lebih kepada kek sebab saya tahu, cupcakes ini akan selesai sekelip mata saja....dek tetamu kecil...kawan-kawan Adam Farhin.







Apapun, saya gembira apabila telefon berdenting...dan terungkap sms daripada Fariza..."Thanks for the nice cake...anak kita suka sangat."

wasalam dan selamat malam semua.

Wednesday, September 22, 2010

Satu Hari Di Hari Raya (Part 1)





Salam semua,

Syawal sudah dua minggu meninggalkan kita...tapi saya masih lagi dalam mood raya yang sangat tegar. Tak kira...weekend atau weekdays, kalau ada rezeki tu -- maka saya akan pergi ler beraya. Maklumlah ada di antara kawan-kawan tu sama macam saya juga...berpejabat di rumah sendiri. Maka bolehlah kami membuat janji temu sesuka hati.


Kalau saya tidak pergi ke rumah kawan, mereka pula yang bersusah-payah menjemput diri mereka sendiri -- mau datang juga ke rumah saya...nak merasa rendang dan lemang yang saya masak. Ok, corrections >>> rendang memang hasil air tangan saya sendiri, tapi lemang tu memang kena beli. Bagi warga sekitar PJ, Subang Jaya dan Shah Alam...kalau nak lemang panas dan sedap, lokasi terdekat ialah di Taman Dato' Harun. Harga sebatang cuma RM9 saja. Fresh!


Berbalik kepada cerita mood raya dan open house ni, sebenarnya saya ni berbesar hati sangat kalau menerima undangan kengkawan, dan kalau boleh saya akan cuba penuhi jemputan itu sebab tak mahu menghampakan tuan rumah. Makan atau tak makan...itu cerita lain sebab yang penting kita menghadirkan diri. Walau sesusah mana sekali pun saya cuba pergi juga. Tuan rumah dah keluar modal...wang, masa dan tenaga untuk menjamu kita...kenapa kita nak jual mahal pulak? Tak bolehlah macam tu...kan? Betul tak?


Kesian tuan rumah...kalau dia jemput 100 orang...mestilah juadah yang disediakan untuk 150 orang. Aleh-aleh...yang muncul cuma 50 orang saja. Dah membazir jadinya. Sedih taun rumah. Jadi kalau ada sesiapa yang menerima jemputan rumah terbuka, penuhilah seadanya. Jangan pilih rumah pula tau. Taraf gubuk dan teratak tak sudi. Kalau di mahligai indah bak syurga di kayangan...aduh sungguh teruja pula kita hendak menyerbunya!



Apapun, kalau tanya saya mengenai rumah terbuka ni, saya suka konsep secara kecil-kecilan. Maknanya, kami suka anjur beberapa sesi untuk kumpulan berbeza dan keutamaannya sudah tentu untuk keluarga saya dan cik suami dahulu. Selepas itu barulah untuk kawan-kawan saya dan kawan cik suami, kawan-kawan Alia dan kenalan business. Biasanya setiap group tu cuma dalam 8-10 orang sahaja.


Alasannya...? Saya dan cik Suami rasa cara begini lebih mudah nak layan...nak beramah mesra. Maklumlah, kediaman kami ni pun tak sebesar mana...lebar sikit saja dari sekangkang kera. Jadi, kalau terlalu ramai pada satu masa...takut tetamu rasa awkward pula...especially kalau ada yang jenis 'berat mulut'. Dan kalau terlalu ramai pun, susah pulak nak bergerak. Kesudahannya? Hajat nak merapatkan silaturahim tak kesampaian. Jadi, sementara boleh....kita buat saja mana yang terlarat. Kalau ada yang teringinnnnn sangat nak merasa kopi dan tart nanas kat teratak saya ni...tapi saya terlupa nak jemput...maka silalah bagi tahu saya. ya 'Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan. Asalkan jangan bagi tahu terlalu last minute sudah ler. Takut saya pula haru biru.


Tapi kalau kawan lama macam cik Puan dua orang ni takpa...tak banyak protokolnya. Santai saja. Kita main godam saja mana yang sempat. Apapun, saya besar hati kerana dengan kunjungan Datin Kirana dan Intan Jusmiera.






Dah nama pun datang tanpa buat temujanji...jadi saya masak apa yang ada saja...sedulang cupcakes...dengan diffrent filling -- blueberry, strawberry + coconut caramel. Sedapnya makan panas-panas!? Dan kami pulak memang great coffee lover...seteko memang tak cukup!



Agenda paling best...? Menjamu selera sambil mengadap Facebook dan komen gambar sendiri. Boleh? LOL! Lagipun bukan selalu kami dapat masa senggang yang sangat panjang macam ni...dari pagi sampai ke petang lagi. Jadi, puas juga kami buat acara bebas sesuka hati.



Dan saya turut menyediakan rendang hati...yang saya namakan Rendang Hati Pucci.


Saja nak tumpang sekali nama glamour ni, sebab semasa nak ambil gambar rendang ni, ternampak buku coffeetable Pucci milik Datin Kirana, yang baru dibelinya dari Kinokuniya. Harga buku ni...? Lebih RM800 tau! Limited edition katakan....! Makan harganya pun kategori edisi terhad juga. Hem, kalau saya boleh buat buku cupcakes dengan harga semahal ini...aduh......tersenyum lebor ler teman sepanjang hayat! Ya dak?


Apapun, sebelum saya melalut lebih jauh, lebih baik saya kongsi resepi rendang hati yang saya rekacipta sendiri untuk santapan kita semua.

Bahan-bahan


500 g hati lembu
4 tbs rempah rendang Mak Siti
10 biji bawang merah*
...1 labu bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1 tsp udang kering*
1/2 inci halia*
(* tumbuk lumat atau kisar))

1 inci kulit kayu manis
5-6 biji lada hitam
1/2 tsp serbuk lada putih
4 ulas buah keras/kemiri
1 1/2 cawan santan pekat
1 asam keping
2-3 helai daun salam
1 keping daun kunyit
2 sudu gula merah
1 cawan kerisik
Garam sesedap rasa

Cara2

1. Hiris hati selebar 1" - tebal 1/2"
2. Basuh bersih dan gaul dengan rempah kari Mak Siti.
3. Perap 10 minit.
4. Reneh dlm kuali beberapa minit kemudian masukkan bahan-bahan kisar.
5. Reneh lagi sampai semua adunan sebati. Kemudian masukkan kulit kayu manis, lada hitam, serbuk lada putih dan buah keras.
6. Masak api sederhana apabila air sudah kering, masukkan pati santan. Masukkan daun salam dan daun kunyit. Biar beberapa minit.
7. Masukkan kerisik. Kacau perlahan-lahan supaya sebati.
8. Masukkan garam dan gula merah. Biar masak sampai kering.


Selamat mencuba. Wasalam

Sunday, September 19, 2010

Bingkisan Manis Aidilfitri






SALAM semua...

Apa khabar? Saya dan keluarga sihat sejahtera sahaja. Kalau nak tahu, saya menaip untuk entry blog kali ini dalam keadaan yang sangat payah....tersandar kekenyangan. Mata pun kuyu sahaja. Hanya hujung jari saja yang bergerak mengikut arahan otak...untuk menyudahkan story ini. Maklumlah, ini semua gara-gara menjamu selera denga sepenuh jiwa raga di masjid Annur, USJ 4. Bagi kawan-kawan blog dan customers yang pernah berkunjung ke teratak saya ni, mesti tahu masjid ni kerana lokasinya cuma lebih kurang dalam 50 tapak saja dari pintu pagar rumah saya. Tapi, dek kerana kekenyangan....masa nak balik tadi rasa macam jauh sangat!! LOL (laugh out loud).


Jadi...sesuai keadaan saya yang sudah pun separuh melayang...kita layan dulu gambar-gambar kek dan cupcakes yang sempat saya rekacipta sepanjang sepanjang Ramadhan dan untuk lebaran kali ini.


Kek Princess ini ditempah oleh Rose, untuk anakandanya Eisya yang meyambut harijadi ke lima pada penghujung Ramadhan yang lalu. Kek Red Velvet (stacked), dihias dengan dekorasi ala magical garden Tinkerbell...atas perminta Rose. Seronok buat kek ni sebab saya boleh berangan-angan macam dalam dongeng si pari-pari itu. Saya menggunakan fondant dan gum paste untuk membuat figurin dan semua bunga-bungaan.

Inilah pula kek coklat yang saya buat untuk emak saya di kampung bersempena lebaran yang lalu. Saya hias dengan cream cheese dan butter cream.



Ini pula kek Red Velvet untuk cusotemer, Rini dari Rawang.

Kek carrot walnut untuk Zurryana.

Cupcake ini pula ialah hasil karya Alia...amakandaku itu...ditempah oleh kawannya.


Ini juga cupcakes yang dirias Alia. Cantikkan?



Ini pula cupcakes yang ditempah oleh Emi untuk majlis pertunangan kawannya.

Kek Coklat dengan fresh strawberry juga ditempah oleh Rini dari Rawang. Hanya kau dan ku saja yang tahu betapa kecuhnya hari tu...! Kan? Dia nak tunggu baju raya anakandanya yang belum siap...dan saya pula nak kena balik ke Kuala Kangsar dalam tempuh sejam. Kecuh...kecuh! Apapaun, semua berakhir dengan aman damai.


Ini juga kek Red Velvet...ditenpah oleh Aida Osman, kawan saya yang memang rajin order cakes/cupcakes dari dapur comelku itu.




Dan sekembalinya saya dari Kuala Kangsar, Emi menelefon saya...merayu-rayu minta saya buatkan sedozen cupcakes untuk majlis pertuangan temannya...or saudaranya. Saya tak pasti. Kata Emi, dia sudah tempah awal-awal dari orang lain, tapi last minute orang itu tak dapat buat. Dek kerana kasihan kat Emi...saya pun setuju saya.




captions: Raya kali ini saya berjaya menyiapkan biskut London Almond, Tart Nanas, Coklat Hati Coco Manis dan Pecak Chocolate Ball.

Gambar ini saya ambil secara tergesa-gesa sahaja (menggunakan camera handphone saja) sebab sebaik sahaja selesai merias semua kek ini, kami sekeluyarga terus simpan semua barang-barang dalam kereta dan meluncur laju menuju kampung halaman saya di Kuala Kangsar. Saya sengaja buat kecuh-kecuh macam ni...buat kek dan biskut last minute + jahit baju raya Arina dan Kasih...sebab saya mahu timbulkan suasana raya. Biar anak-anak terasa meriahnya nak raya...dan jika satu hari nanti, apabila saya dah tak ada, anak-anak akan teringat semua memori manis ini...kenangan beraya bersama bonda mereka. Betul tak? Cupcakes ini juga saya siapkan untuk bonda saya. Sebaik sahaja habis takbir raya...cupcakes ini selesai dikendurikan oleh anak-anak saudara saya.









Akhir kalam, inilah dua set cupcakes yang saya buat untuk masjid Annur, bersempena majlsi rumah terbuka pagi tadi. Sedap sangat....ada filling coconut pecan, peanut butter dan chocolate button.



Sampai jumpa lagi...wasalam.

Thursday, September 16, 2010

Satu Malam.......1 Malaysia





SALAM semua...,

Seronok ya? Hari ni cuti lagi? Saya saja yang tak dapat nak bersukaria kerana Cik Suami kena kerja. Maklumlah, bermajikan orang Jepun....jadi cuti ikut negara matahari terbit itu ler! Mujur hari raya dapat cuti...walaupun kami balik ke Kuala Kangsar tempuh hari pun dah lewat. At least...balik juga. Kalau tak dapat cuti langsung, mahu akak nangis meraung-raung. Bagi saya, makna raya ialah balik kampung...bukannya beraya di KL yang sunyi sepi. Betul tak?


Jadi, berbalik kepada kisah Malaysia dan hari cuti...memang boss cik Suami saya tu sangat pening kerana di negara kita ni banyak sangat cuti umum. Itu...akak tak berani nak komen. Apapun, malam tadi saya dan Alia, dengan bangganya telah berbondong-bondong menuju ke Pavillion, kerana mendapat jemputan VVIP bersempena majlis perlancaran hari Malaysia.




Kalau tak kerana jemputan istimewa ini, memang tak kuasa saya hendak meredah sesak jalan ke KL tu semata-mata nak melangut di shopping complex. Zaman itu semua sudah berlalu. Kalau pun hendak ke shopping complex, Pavillion bukan pilihan saya. Kalau KLCC tu saya masih boleh gagahi juga, sebab saya suka beli buku di Kinokuniya.



captions: Alia bergaya di samping mentor fashion kesayangannya, Datin Sharifah Kirana.

Tapi, semalam dek kerana sahabat saya, Datin Sharifah Kirana mendapat anugerah, jadi saya pun turut sama teruja untuk maraikannya. Kali ini dia naik ke pentas, kerana dinobatkan sebagai Ikon Malaysia (kategori fashion). Memang saya tumpang bangga dengan pencapaian kawan saya ini. Bukan senang nak naik pentas dan bersalaman dengan Tun Mahathir. Tahniah Kirana.



captions: Alia mengabadikan kenangan dengan Datuk Lat dan Datin Sharufah Kirana. Tukang gambarnya? Sayalah....di sebalik lensa itu.



Selain memenuhi jemputan Datin Kirana, saya juga teruja nak jumpa kawan-kawan lama. Lagipun, penganjur MASIF 2010, iaitu big boss Persatuan Karyawan Bumiputera, iaitu Mahani Awang, juga teman lama saya semasa di majalah Jelita dahulu. Seronok melihat kegigihan Mahani Awang bersemangat membangunkan persatuannya itu.

Tapi yang pentingnya saya dapat bersalaman dengan Wanita Pertama kita...(wah!macam jakun pulak). Lembutnya tapak tangan Datin Seri...memang tak terbanding dengan telapak tanganku yang sudah hancur dek kerap membasuh periuk belanga dan menyental dapur.





Selain upacara perlancaran, acara malam itu dipadatkan dengan persembahan seni anak pasca Merdeka. Kalau nak tahu dengan lebih detail mengenai majlis perasmian Hari Malaysia ni, silalah ke laman maya akhbar arus Perdana. Ada banyak informasinya. Saya cuma cerita apa yang terpampang di depan mata saja...seperti betapa merdunya suara Anuar Zain. Oh! Kacaknya dia. Tapi kenapa masih belum mahu mendirikan rumahtangga? Rugi rasanya jika dibiarkan sebuah jiwa yang hampir sempurna itu (menurut pandangan mata saya), masih belum ada suri hati. Mar kita doakan supaya anak teruna Pak Zain yang sangat berhemah ini akan segera bertemu jodohnya.



Persembahan Faizal Tahir juga sangat menghiburkan. Kacak juga dia.






...dan yang pentingnya, saya sibuk mengambil gambar Alia....Jac tu sebagai props saja ya...he he.





Dan, satu hal yang paling penting untuk saya uar-uarkan di sini ialah perubahan rupa gaya Datin designer kita ini....yang sangat anggun sekali bertudung litup. Katanya ini adalah permintaan hatinya sendiri...tiba-tiba sahaja terasa janggal apabila tidak bertudung kepala. Alhamdulillah...! Apabila Allah sudah menurunkan taufik dan hidayahnya....tiada perkara lagi yang boleh menghalangi keberkatannya. Kun Fayakun.



Ini pula Tengku Rio dari Jakarta. Merdu sungguh gesekan biola beliau....sungguh menghiburkan sekali.


Persembahan fesyen yang diperagakn oleh semua bekas Ratu Malaysia....termasuk NAncie Foo, Jacinta Lee, Yasmin Yusuf...juga menghiburkan.


Kesimpulannya...satu malam yang menghiburkan, tapi tak teruja nak selalu macam ni. Saya lebih suka duduk di rumah saja. Zaman berlanggar bahu dengan selebriti sudah berlalu dan tidak mengujakan saya lagi...tidak seperti dahulu.

Salam satu Malaysia buat semua.

Wasalam

Tuesday, September 14, 2010

Hanya Kenangan...(semoga kemeriahan akan berulang!)

YA...hari terus beranjak. Tabir Syawal semakin tersingkap tinggi, dan tanpa kita sedari, tirainya akan berlabuh dalam sekelip mata sahaja. Sebaik sahaja semua muslimin dan muslimat kembali berkerja, dan sibuk menguruskan agenda harian yang sebelum ini kita tangguhkan seketika -- maka, segala kenangan manis yang kita lalui lewat 1 Syawal lalu akan semakin berbalam dan tenggelam jauh dalam dasar ingatan kita. Dan...yang tinggal hanyalah....


....satu hari di hari raya...!


...kita bersalaman...memohon kemaafan...



...sambil mengira duit raya....


...dengan Pak Long, Pak Lang, Pak Teh...dan



...Opah...tersayang.









Adam....nak salam dua kali ke? Kesian Opah kena buli???


Puas hati Kasih sebab hajat nak beraya di kampung tercapai juga.








...semoga tahun depan kita dapa ulangi kemeriahan ini. Amin!