Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Tuesday, June 29, 2010

MAKNA sebuah Suka


KALAU ada yang bertanya, yang manakah lebih seronok...menjadi wartawan atau perias kek? Jawapan saya? Kedua-duanya. Tapi dalam bingkai masa berbeza.





Dan seandainya masih ada yang bertanya, "apakah maknanya?"



Maka, begini jawaoan saya:


Ada benda yang kita buat semasa remaja, tidak lagi relevan untuk diteruskan selepas kita menginjak dewasa. Begitu juga dengan sesetengah hal yang sangat kita suka (sampai ke tahap setengah gila) semasa kita masih muda belia, tetapi akhirnya ia tidak lagi wajar dipraktiskan sebaik sahaja kita mengejar tua.





Kalau tak percaya, cuba bayangkan saja senario ini :

-- seorang yang sudah tua renta, tapi masih lagi terkinja-kinja di lantai tari. Tak kiralah sama ada di disko atau dangdut. Tidakkah sangat "BURUK" ropanya?


Tapi lain pula ceritanya bagi budak yang baru belasan tahun. Walaupun ropa depa menari tergedik-gedik itu juga sangat buruk -- menurut pandangan budaya dan agama -- tapi masih lagi nampak comel manis dipandangan mata.


Jadi maknanya...kalau dah tua, buatlah cara tua. Jangan lagi nak berlagak macam budak muda belia.


Begitu jugalah dengan bab lain dalam kehidupan kita. Tak kiralah sama ada yang bersangkutan hobi, hal makan, juga soal tabiat dan kebiasaan. Hatta, ini juga termasuk bab hati dan perasaan. Ceritanya tetap sama. Ada yang sesuai diteruskan walaupun kita sudah berubah rupa dan usia. Dan, ada juga yang patut kita tinggalkan sebaik saja kita mendapat isyarat untuk bertaubat.


Jadi maknanya, jangan sesekali kita kesali jika keputusan kita, atau pilihan yang kita buat itu menyebabkan kita ditimpa musibah.


...sebab, semasa kita membuat keputusan ini, lima atau 10 tahun dahulu, kita rasa itulah yang paling wajar dan paling relevan. Tapi apabila masa berganti dan musim berubah, benda yang kita puja-puji itu kini sudah menjadi sangat menyesakkan dada. Hati yang dahulu penuh dengan cinta dan sayang, kini dipenuhi habuk dan sawang.


Kesudahannya, timbul perasaan muak, mata 'berbulu' dan semak. Mungkin tidak terluah dek kata-kata tapi mampukah kita menipu hati dan rasa?


Sebenarnya apabila hal ini berlaku, ada dua perkara paling wajar dilakukan:


.... lepaskan segala ikatan
.... atau cuba cari penyelesaian.


Apapun ceritanya, 'tepuk dada, tanya selera'.





Kalau tanya 'selera' saya, menjadi wartawan itu hanya seronok semasa muda. Bak kata orang; 'dunia ini Ana yang punya'. Terbang tinggi di awan dengan penuh gaya. Bertukar fesyen sesedap rasa. Mekap tebal + stilettos lima inci. Semuanya nak serba bergaya, canggih dan terkini.




Tapi kalau tanya sekarang, itu semua dah tak relevan lagi. Indah dipandang, seronok dikenang tapi tak mungkin mahu diulang. Dahulu suka sangat bertemu orang. Bergebang dari pagi sampai ke petang. Melangut di cafe dan bistro. Kadang-kadang santak sampai tiga pagi -- sama ada di karaoke or disko.


Tapi itu cerita dulu, atas nama kerja. Kala zaman masih muda lela... genit gebu. Kalau tanya sekarang, saya lebih suka menghadap dinding bisu -- sambil menganyam fondant untuk dijadikan karya yang sungguh menenangkan kalbuku.


Kalau tanya saya tiga, lima atau 10 tahun dahulu. Hal ini langsung tak masuk buku. Jangankan hendak suka, baunya pun saya tak tahu. Siapa sangka kini menjadi senarai nombor satu!



Begitulah cerita takdir kita wahai adindaku semua. Maknanya, pada penghujung bicara bagi satu mukadimah yang sangat panjang ini hanya satu -- buat saja mana yang kita termampu. Selagi masih boleh bertahan -- lunasi segala tanggungjawab kita itu. Sama ada terhadap kerja, terhadap rumahtangga, sebagai isteri, mahu pun sebagai anak dan menantu.

p/s: Cuma satu saja yang kita tak boleh berhenti separuh jalan.... iaitu berhenti menjadi ibu!



Maknanya, apa saja hal yang bersangkutan dengan beban jiwa kita itu, jika sudah tidak lagi tertanggung dek badan....oleh hati dan perasaan, maka lepaskan saja. Biar ia pergi, dan jangan lagi tertekan sampai panasaran.



Allah tidak akan menguji kita, melainkan dengan hal yang sesuai dengan kudrat kita.


Maka, dengan coretan ringkas ini, saya harap ia dapat membantu sahabat saya R di Kuantan. Semoga dia berasa sedikit lega. Juga buat dindaku Emey.

....dan tak lupa juga anakandaku Alia di Melaka.



Akhir kalam, tataplah luahan karya saya yang dizahirkan saat hati ini begitu dicengkam duka sekembalinya saya dari Melaka.


Melepaskan Alia buat kali pertama, amat menyesakkan dada. Tak sangka dia kini tidak lagi sebumbung dengan saya. Malam itu, walaupun badan saya saaaaangat letih, saya gagahi juga untuk menyiapkan kek ini. Semuanya buat Ria Kesumaningsih, (sedap sungguh namamu Ria) yang begitu berhajat untuk menghadiahkan kek Princess ini buat anakandanya Khaira.





Jadi saya mahu buat kek ini secantik yang boleh. Saya tahu Ria juga seperti saya, mahu anakandanya itu gembira lela menjelang harijadinya yang ketiga.






Dan malam itu, saya tidur dengan lena.... kerana penat badan sudah mengambil segala tenaga yang bersisa. Itulah malam pertama kami tanpa Alia. Sejak tarikh Alia dibawa pulang dari hospital pada 14 Januari 1992, baru inilah kali pertama dia tak ada.


Biliknya kosong....


...yang ada hanya barangan kesayangannya.

Sunday, June 27, 2010

Kembang Setaman Bunga Gum Paste




...yang mekar dan manis menawan ini sudah tentulah milik Salfarina. Ya, sudah tentu dia gembira sebab sudah lama juga dia mengidam hendak belajar buat bunga menggunakan gum paste ini. Dan sudah berbulan-bulan lamanya juga dia email saya, tapi saya senyap jer. Betul tak Rina?


Sebenarnya bukan tak sudi berkongsi rahsia dan tatacara teknik dekorasi yang satu ini, cuma belum bertemu masa yang sesuai. Itu saja. Saya tak berani berjanji sebab nanti kalau tak kesampaian, tak best pula.


Jadi saya dok diam-diam dulu, sambil meneruskan agenda lain.


Apapun.... mungkin di saat Salfarina sudah pun berhenti bertanya, saya pun email dia sebab dah dapat tarikh dan masa sesuai. Hati saya pun kembang ria sebab Salfarina masih excited mahu meneruskan hajatnya itu. Maka, pada Khamis lepas, kami pun bertemu lagi buat kali kedua.



Rina muncul tepat pada masanya, sekitar jam 10 pagi. Kami tak bertangguh sesaat pun, terus memulakan operasi pagi itu. Kalau semua nak tahu, Rina tak pernah mengadun gum paste. Tapi mungkin dah pernah tenguk kat You Tube dan laman maya yang sewaktu dengannya kot. Jadi heran juga dia tatkala kali pertama menenguk rupa ibu gum paste tu, yang langsung tak seiras dengan fondant pun.


Tapi apapun, sebab Rina dah berpengalaman merias cake & cupcakes , maka cekap juga dia menyudahkan kerja.






Kali ini saya improvised lagi teknik dekorasi. Walau pun lebih rumit tapi masih relevan lagi untuk diimplentasikan sama ada untuk merias cupcakes atau cakes. Maknanya kalau kita terima tempahan dalam tempuh 24 jam, masih sempat lagi menyiapkan sejambak bunga gum paste untuk dijadikan hiasannya.





Rina sudah membuktikannya kerana dalam tempuh sehari suntuk dia berjaya menyiapkan sejambak bunga idamannya. Kelas dimulakan sekitar 10.30 am dan by 8.00 pm, semua settle. Rina ambil masa seharian juga sebab ini adalah pengalaman pertamanya. Kalau yang sudah berpengalaman tu, rasa saya setengah hari semua sudah ready.


Dan kalau saya kata ready tu maknanya bermula dari zero tau -- iaitu dimulai dengan mengadun sebati ibu gum paste dengan tepung jagung, menguli, mencanai, menerap -- sampailah ke tahap mengering dan mencantumkan semua kelopak bunga itu.


Dan semua langkah demi langkah ini terpaksa Rina lalui secara intensif. Selepas ini Rina boleh rias kek hantaran menggunakan jambangan bunga gum paste pula ya.




captions: Kalau nak dapat hasil kelopak yang cantik, kita kena perah seluruh tenaga dan jiwa raga semaksimum mungkin. Tenguklah Rina. Agaknya, dek kerana nak ambik feel punya pasal, sampai berdiri berjam-jam juga. Letih lenguh langsung tak dipeduli, asalkan kelopak bunga dapat digelek senipis-nipisnya.... macam kulit bawang.








Captions: Rina tetap happy walaupun badan dah separuh pegal, dek kerana banyak berdiri demi hendak menipiskan kelopak bunga gum paste yang liat macam dodol tu.


Dan, selepas seharian suntuk berkurung dalam bilik deko saya itu, akhirnya Salfarina pulang dengan sejambangan bunga gum paste yang indah mekar. Bunga yang sempat digubah ialah Peonies, Rose, Camelia, Catleya Orchid, Morph Orchid, Daisy, Winter Jasmine, Dafodil, Doris Pink dan Carnation (a.k. a teluki).



Saturday, June 26, 2010

Semoga Alia Selamat Sejahtera

Salam dan selamat pagi semua. Hajat saya mahu update blog ni at least tiga kali seminggu tak kesampaian sebab tiba-tiba saja jadual menjadi sangat sibuk. Dan hati pun turut mendung sebab hari ini (sabtu 26 Jun 2010) adalah tarikh rasmi Alia Roslan meninggalkan 'sarangnya' for 18 years, utk menjadi warga Melaka for next 3 years (agaknya).
Yes, dengan gejolak perasaan yang bercampur-baur saya melepaskan dia.

Selama 18 tahun, Alia tetap di depan mata sahaja. Melangkah keluar dari rumah mesti dengan izin saya dan 'visa sleep over' kat mana-mana sekali pun tak pernah saya luluskan. Adalah sekali dua kot tapi atas alasan yang sangat munasabah. Tanpa saya atau papa dia, hatta bercuti ke rumah Opah sendirian di Kuala Kangsar pun tak pernah. The Roslans sentiasa bersama-sama!

Kalau outing pun, by 10 pm Alia mesti dah masuk 'sarang' semula. Ada juga dia 'terbabas', tapi handphone tu memang penat ler berbunyi. Tak mungkin saya melelapkan mata setiap malam, kecuali selepas memastikan semua anak sudah berada di atas katil masing-masing. Biasanya saya akan terbangun dua kali juga, jenguk bilik anak-anak. Kalau sejuk, saya selimutkan. Kalau panas saya adjust air-cond dan kipas.

Hem, sekarang dia ada tanggungjawab baru, menjadi warga UITM, dan saya terpaksa longgarkan sedikit 'ikatan' dikakinya tapi masih terjerut kuat di hati.

Setakat ini, cerita kami sama. Pada Jun 1986 saya mendaftar sebagai mahasiswi School of Mass Communication UITM, dan hari ini , Jun 2010, Alia pula memakai tanda nama yang sama.

Syabas Mere Bettey! Semuga Alia sejahtera.

Wasalam

JUN
...hujan di hati bonda.
Sent via BlackBerry from Maxis

Tuesday, June 22, 2010

Akhirnya AKu Bertemu JUga dia...!

SALAM penuh takzim kepada semua pembaca,

MALAM tadi, saya tidur dengan sangat lena sekali. Begitu lena, sampai saya tak ingat pun apakah saya sempat bermimpi. Sedar-sedar, alarm berbunyi sekitar jam empat pagi. Menyedari hari masih dingin dini.... saya pun kembali merebahkan diri.


Maka, pagi dengan satu tenaga baru, saya pun crop gambar semalam dan tandainya dengan watermark - cupcakekasih. Yes! Inilah gambar yang saya tunggu-tunggu itu dan kini sudah sedia untuk disiarkan kepada umum.






Inilah mimpi indah saya yang sudah pun menjadi kenyataan. Siapa lagi kalau bukan bertemu Noremey, pemenang pengunjung blog saya yang ke-200 ribu. Ya...pertandingan suka ria itu!


Bagi pengujung yang baru kali pertama bertandang ke laman blog saya ini, biar saya recap sikit mengenai entry terdahulu. Sebenarnya sekitar bulan Mac lalu, saya mengumumkan hadiah kek berbentuk beg tangan untuk pengunjung blog Cupcakekasih yang ke-200 ribu. Tujuan saya menganjurkan pemberian cenderahati ikhlas itu sebagai tanda penghargaan yang amat sangat kepada pembaca semua yang sudi singgah lalu blog saya dan memberi 'kehidupan' kepada saya.


Cerita-ceriti dengan pembaca, yang sesetengah pun sudah pun menjadi kawan sehobi dan sehati dengan saya sebenarnya sangat bererti sekali. Walaupun setiap hari menghadap dinding-dinding bisu secara lahiriahnya, tapi minda dan jiwa saya sentiasa terbang jauh melayang-layang.... hatta boleh sampai ke Timbuktu. Kawan saya di mana-mana. Walaupun hanya berbual secara maya, tapi saya merasi warna jiwa ceria dan desah duka dada mereka.


Jadi, pemberian hadiah manis dari saya ni sebenarnya bukanlah semewah mana, tapi tanda hati yang ikhlas itu yang saya rasa lebih bermakna. Dan saya berasa seronok juga kerana kewujudan pertandingan itu juga membuatkan pengunjung setia menjadi sangat bersungguh-sungguh untuk menjadi yang ke-200 ribu.


Usaha mereka pun bukan main-main tau. Macam-macam teknik, pelbagai cara dan gaya yang dilakukan demi untuk menjadi yang ke-200 ribu itu.


Dan, pada 14 hb April 2010 lalu, saya berpeluang mengumumkan nama pemenangnya iaitu Puan Noremey Abdul Ghani.


****Ini adalah sebahaian emel Noremey yang saya siarkan dalam entry terdahulu ****

NOREMEY ABDUL GHANI - Pengunjung bertuah yang ke-200,000

COPYPASTE EMAIL EMEY kepada saya.

NOREMEY ABDUL GHANI - Pengunjung bertuah yang ke-200,000

...

From:

noremey abdul ghani [Chat now]

...

Add to Contacts

To: kasihroslan@yahoo.com

Cc: noremey@XXXX.com; noremey@XXXXXX

5 Files View Slideshow Download All

1. PENGUNJUNG KE 186000 .JPG (133KB); 1. PENGUNJUNG KE 197000 .JPG (109KB); 1. PENGUNJUNG KE 198000 .JPG (97KB); 1. PENGUNJUNG KE 199000 .JPG (102KB); NOREMEY ABDUL GHANI - PENGUNJUNG KE 200000 .JPG (173KB)














Assalamualaikum Kak Jun,

Harap Kak Jun sihat walafiat. Ingat lagi tak kat saya, Noremey?

Emey dah berjaya menjadi pengunjung bertuah blog Kak Jun yang ke-200,000 yang ditunggu-tunggu.

Bukti seperti dilampirkan. Sebelum ni pun Emey dah berjaya jadi pengunjung ke-186,000 ke-197,000 ke-198,000 dan ke-199,000

Ini mungkin tuah sempena hari lahir Emey pada 11hb April lepas.

Untuk Kak Jun pun Emey ucapkan Happy Belated Birthday. Semoga rezeki Kak Jun makin mencurah2 dan kelihatan muda berseri2 sentiasa... :)

Apa2 hal, Kak Jun balas email ni ke dua-dua alamat email seperti di atas. Emey mungkin tak dapat jawab panggilan telefon Kak Jun bermula Ahad mlm (19hb April) hingga Rabu mlm (21hb April) sebab outstation ke India.

Terima kasih,



Salam Sayang,

Noremey




Semasa menelefon Emey selepas menerima sms mengenai makluman kemenangannya itu, dia memohon untuk belajar membuat kek beg tangan itu sendiri. Dan saya pun bersetuju sesaat itu juga. Itu semua bagi menambahkan rasa suka Emy, sebab dia memang berminat dengan dunia baking dan decorating cake juga.


Apapun, kerana kami sama-sama sibuk dengan 1001 perkara berbangkit berkisar kerja, keluarga, rumahtangga, saudara-mara dan saknika benda. maka tarikh kami sering berlaga dan tertunda. Maka, semalam baru kami dapat bertemu dan merealisasikan impian Emey, dan hajat saya juga.





Jadi inilah saat yang ditunggu-tunggu Emey,,, untuk mengetahui selok belok membuat kek beg tangan. Bagi membuat beg ala-ala dibaluti kulit (buaya), saya guna penerap bercorak kulit buata yang baru dihadiahkan oleh seorang teman. Memang cantik penerap itu, embose kulit buaya macam real!







Selepas dicanai, diterap, dicetak, dipotong dan dibalut, kek beg tangan yang sudah siap ini disapu pula dengan debu edible keemasan untuk menaikkan serinya pula.




Inilah beg kek jenama Hermes tau (bukan hamis), yang dibuat sendiri oleh Emey, sebagai hadaih penghargaan bersempena dia menjadi pengunjung blog Cupcakekasih yang ke-200 ribu.


Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada Noremey atas kerjasamanya begitu juga pengunjung blog semua yang sentiasa memeriahkan blog saya. Semoga silaturrahim yang terjalin akan berkekalan dan kita bertemu lagid alam sesi kemeriahan yang lain pula.


Akhir kalam, semoga kita sentiasa sihat sejahtera untuk berkarya seadanya. Wasalam.

Kak JUN

Link entry terdahulu Noremey

Sunday, June 20, 2010

Semalam Bersama Talam



Salam,
Semanis kuih talam buat semua bloggers tegar dan pembaca yang dikasihi dan dihormati. Manis tak salam saya itu? Ya...sangat manis sebab semalam saya baru saja selesai dengan sebuah lagi episod masak-memasak dan kali ini adventure saya bermula dengan kuih talam.


Dah lama saya mengidam nak belajar buat kuih talam ni sebab saya suka sangat makan kuih lapis dan seri muka. Saya juga suka kuih talam ubi kayu, talam lemak manis, talam gula merah dan segala maknina jenis talamlah. Cuma satu jer saya tak suka...


Apa lagi kalau bukan.... 'talam dua muka'.


Jadi semalam saya sudah pun mendapat impian emas saya itu, belajar saknika ropa kuih talam dengan Chef kesayanganku, siapa lagi kalau bukan Chef Asma. Dialah sifu saya dan sumber inspirasi saya. Orangnya manis comel lota...macam juga kuih talam, kek, biskut dan segala caca marba yang menjadi lebih hebat apabila berada di hujung jarinya itu.


Sebenarnya, saya tidak berhajat hendak berbisnis dengan kuih talam tapi sekadar nak memuaskan hati yang ingin tahu sangat cara betul memasak kuih talam. Saya nak simpan resepi ni untuk Alia, Adam, Arina dan Kasih. Warisan kuih Melayu yang berharga dan saat anak-anak saya sudah dewasa kelak, depa tak perlu lagi tercari-cari resepi kuih dan kek yang sedap dan mujarab. Mama depa dah kumpulkan semuanya. Resepi kek ada, fondant ada, gum paste ada, cheese cake, roti, pastri..... dan sekarang giliran kueh-mueh Melayu. Anak-anak cuma perlu kumpul semangat dan minat saja dan semua ini pasti boleh dimahirkan satu hari nanti.


Kalau sesiapa nak belajar, boleh contact Chef Asma ya.


Ok, dah rembang tengah hari, nanti saya sambung gebang lagi. Ini saja gambar yang sempat saya upload hari ini. Dan satu lagi.... jangan lupa hari ini adalah Hari Bapa. Jadi, saya dengan seikhlasnya nak ucap Selamat Hari Bapa kepada semua pembaca yang berstatus bapa.


Kata-kata hikmat dari saya ialah...."tanpa seorang wanita bergelar ibu, seorang lelaki tak mungkin mendapat gelaran bapa. Jadi makna Hari Bapa itu yang sebenarnya ialah... semua bapa perlu meraikan ibu anak-anak mereka itu dengan sepenuh hati. Hi hi hi..."


Sampai jumpa lagi dalam episod berikutnya.

Wasalam




captions: Dalam sibuk menyukat tepung, gula dan air.... sempat juga kami klik...





....klik.




....klik lagi.




Friday, June 18, 2010

My Girl





Fifi Lapin...icon fesyen pujaan Alia Roslan



SALAM pagi Jumaat semua. Harapan saya semua bloggers yang singgah lalu di sini sihat sejahtera. Ok, pagi ini, saya nak berkongsi satu cerita gembira. Dan sebelum itu, saya nak mintak maaf jugalah kalau post kali ini agak over sikit ya. Maklumlah, emak mana tak suka dengan cerita anaknya. Betul tak? Tambahan pula kalau anak tu sehobi dengan mamanya. Jadi, bagi saya chance nak menikmati saat ini sekejap ya.


Ok, macam ni....


Ingat tak kepada figura bernama FIFI LAPIN yang saya sebut-sebut dalam post terdahulu? Icon fesyen yang sangat digilai Alia tu?

Ok, baru-baru ini - atau lebih terpat lagi >>>> minggu lepas: Alia, telah create figurin arnab bernama Fifi Lapin menggunakan fondant. This is what she wrote in her blog:



"It all started when I was home alone and almost dead bored. Mama was out for the girls open day and at that time we (me and mama) were the only maid available so after all the dishes has been scrub and wipe, clothes has been hung and fold I was left with nothing besides attending my lonely facebook. However, after hopping here and there I finally stumble upon the most stylish bunny's (as quoted by ELLE magazine) blog, and that's when my brilliant idea start to boost."



Bagi kita yang tidak mengikuti perkembangan fesyen pasti tak tahu nama-nama yang menjadi idola gaya busana sedunia. Akan tetapi bagi yang mengikutinya, pasti kenal siapa Fifi Lapin -- seorang blogger tegar yang menggunakan nama samaran Fifi Lapin dan dipersonafikasikan sebagai fashion critics dan fashion diva mutlak yang sangat particular dengan setiap perkembangan warna dan potongan gaya busana di sekelilingnya. Fifi Lapin ini ibarat satu nyawa yang hanya `makan fesyen, tidur fesyen dan mimpi pun hanya fesyen... fesyen.... fesyen sahaja'.



And not too much juga jika saya ibaratkan Fifi Lapin ini macam Mademoseilles Coco Chanel yang mendahului masa dari segi cetusan idea dan pengkaryaannya. Dan ekoran pemikiran genius wanita di sebalik icon Fifi Lapin ini, menyebabkan dia mampu menikmati status diva fesyen sekelip mata dan sentiasa diberikan seat paling depan sekali untuk setiap peragaan pentas baik di Milan, Tokyo, Paris atau New York... atau di mana-mana saja di muka bumi ini.


But, despite of all these instant glamour and fame that she enjoy today... dan juga menjadi jutawan kerana karyanya, Fifi Lapin masih lagi kekal sebagai 'rabbit' yang cute dan genius serta tetap tegar berblogging.


Inilah blog Fifi Lapin





Dan ini adalah apa yang ditulis Alia mengenai blog Fifi Lapin:


"Fifi Lapin is actually an anonymous blogger who still remain as it is since 2007 and up till today nobody know who's actually behind the screen. However, with or without the real identity the person who has created this creature is definitely one of the genius people in the world after Albert Einstein. Why? Because he/she just introduce one of the most influential fashion critic right after Anna Wintour of Vogue and Nina Garcia from Marie Claire. Plus, she's a bunny! :)"



And...more info from Alia:



"With that, after a few months being on the blogsphere, Fifi Lapin has been the talk of the town. Everybody wants to know her and wants to be her, although she's just a bunny but the influence that she pour to the world is simply phenomenal!



Dan bagi saya, yang pernah menjadi wartawan fesyen untuk majalah Jelita, saya tahu sangat apa yang dimaksudkan oleh Alia ini. Dan sebagai perempuan, dan sebagai remaja... Alia yang memang suka bergaya (well....mungkin kerana sejak umur 6 bulan Alia dah ikut saya mengendalikan fashion shoot untuk majalah agaknya), tentulah muka baru dalam dunia fashion seperti Fifi Lapin ini akan segera menyambar perhatiannya.


Dan bagi mengabadikan kekagumannya itu, Alia cipta ini:



....enam mini cakes berhias figurine Fifi Lapin dengan enam fesyen jenama mahal pujaan sedunia....seperti yang digarap Alia dalam blognya:


".... Anyway, back to my edible creations. I didn't know why I did it and how I got the idea to do it but I did it! After more than a week handlings those figurines, I finally told my self that this thing has to be on a cake asap, if not it will rotten (fondant could only last for 3 weeks+/-) but then again, people are sick with cupcakes and so does cakes. Instead, I made mini cakes!"


Dan untuk pengetahuan semua, figurin fondant Fifi Lapin Alia adalah berdasarkan karya garapan Fifi Lapin yang disiarkan dalam blognya;




Sebenarnya, saya sendiri tak sangka Alia betul-betul serius dengan projek Fifi Lapinnya ini, sehinggalah saya sendiri terkejut melihat Alia sampai tertidur dalam bengkel kecil saya pada satu pagi yang tenang itu. Oh! Rupa-rupanya dia begitu taksub sampai sanggup berjaga sepanjang malam untuk menyiapkan karyanya.


Hati saya tersenyum. Hem....! Masih saya ingat lagi, betapa susahnya hendak 'melentur rebung ini' agar memahami keseronokkan meladeni hobi dekorasi kek yang amat mendorong ketagihan sejati. Kalau tak cuba memang tak faham dan mungkin tak suka. Tapi kalau kita cuba sejujurnya...kita akan merasai nikmat terapi di sebalik semua kemanisan kek dan fondant ini.


Dan...pagi itu saya sudah menyaksikan sebuah keabadian.


Bagi melengkapkan sebuah penghayatan, Alia menyelaras sendiri photo shooting edisi Fifi Lapinnya itu. Saya hanya `berdiri dan memerhati dari tepi pagar' saja. Beri pendapat hanya apabila diminta sahaja sama ada dari mula dia membentuk rupa gaya Fifi Lapin, hinggalah kepada membakar kek, membentuknya, membalut dengan fondant serta tatarias terakhir menggunakan royal icing, gum paste dan segala makniakanya itu.


Kesudahannya, Alia pun siar dalam blognya...'oh My Stilettos and Spatula'.








>>>>>TAMAT BAB PERTAMA<<<<<<

Dan, kelmarin, sebaik sahaja kembali dari The Empire, Alia buka blog dan terlompat kesukaan, macam budak dua tahun mendapat jajan. Saya tanya kenapa? Alia kata, "Ma, tenguk ni".


Oh! Miss Fifi Lapin sendiri meninggalkan komen dalam blog Alia selepas membaca catatanya mengenai Fifi Lapin in Fondant itu.

>>>> FIFI LAPIN SAID: thats great, I am honoured!


Eh! Kalau saya pun, sebagai blogger tegar, pasti teruja dengan komen dari icon pujaan kita itu sendiri. Betul tak? Entah macam mana Miss Fifi Lapin tahu mengenai blog Alia dan karya fondantnya itu, wallahuaklam.


Tapi, yang pentingnya, sebaik sahaja Alia klik link Fifi Lapin seperti yang terakam pada komen itu, dia dikejutkan dengan surprise yang lebih mengujakan kerana Fifi Lapin sangat bermurah hati untuk menyiarkan snippet mengenai karya anak saya itu dalam blognya seperti berikut:


"... and onto yet more sweetness. Check out these fantastic cakes inspired by little old me made by fan Alia Roslan and written about on her blog 'of my stilettos and spatula'. I have often thought of myself as being sweet as sugar and now here I am immortalized forever in fondant!"








captions: sneak preview laman web Fifi Lapin.

"Oh! Alia. Apa lagi yang boleh mama katakan? Selain penyataan suka yang tidak terhingga.


Ini cerita anak beranak....cerita kita saja. Dan Mama abadikan di sini sebagai satu motivasi.

Kata hati ini...."Saya sudah boleh lepaskan layang-layang itu untuk terbang tinggi. Dan saya akan ikat talinya di ibu jari ini. Terbanglah untuk melihat dunia dengan matamu sendiri dan jangan lupa, satu saat nanti kita mesti kembali ke bumi.


:-))
Dan yang pentingnya, selepas tarikh 26 Jun 2010 ini, mama akan menjadi sangat sunyi sebab Alia dah pun masuk UiTM, duduk di asrama. Bersendirianlah mama di bengkel kecil itu untuk melayani hati dengan kek dan 1000 imaginasi.


wassalam
Jun, Cupcakekasih


Wednesday, June 16, 2010

Cerita Kek Lagi

SALAM semua.


HARI ini satu lagi kelas dekorasi kek akan berlangsung dan sebelum hari beraleh, saya masukkan dulu cerita kelas kek Selasa lepas. Ok, kelas itu dihadiri oleh my senior semasa kat Uni dulu, Marliya, yang juga my Commander Kesatria yang sangatlah berdisiplin apabila mengajar kami berkawad. Oh! Sapa yang pernah menjadi ahli Kestria dulu, mesti faham maksud saya kalau bercerita bab berkawad ni. Masa tu saya ambil bahagian dalam acara kawad (untuk pertandingan), jadi kak Marliya sudah pulun kami cukup-cukup. Buat intensive berkawad...bagi mewakili School of Mass Comm. Wah! Nostalgia betul detik itu.


Apapun, masa berlalu dan kami pun terpisah dan saya pernah terbaca cerita kak Marliya dalam majalah Impiana apabila rumahnya memenangi tempat pertama tatarias menarik ketegori banglo.


Akhirnya kami bertemu juga kat FB. Memang baguslah percipta FB ni kerana berjaya menyambung banyak silaturrahim. Dan, dipendekkan cerita, kak Marliya selalu tenguk saya masukkan gambar kelas dekorasi kat dalam FB dan dia pun berminat untuk join kelas yang saya anjurkan itu.





Ini adalah gambar semasa sesi dekorasi cupcakes yang lalu. Kata kak Marliya, ini pengalaman pertamanya merias cupcakes.





Sesi dekorasi cupcakes itu juga turut dihadiri oleh Zuraini dan Shikin. Habis bab pertama. Dan semalam, bab kek pula. Kak Marliya dan Zuraini, wife kepada kawan lama saya di UiTM dahulu, Dr Rashid, bertandang sekali lagi ke kediaman saya yang seadanya itu; untuk belajar dekorasi cake pengantin pula.


Inilah gambar-gambar yang sempat saya rakam. Kak Marliya dan Zu belajar cara mengadun fondant dan menebar fondant. Membalut kek dan membuat bunga gum paste dan lace.





Ok, buat pengetahuan semua, teknik bunga gum paste yang saya ajar ini sebenarnya lebih bersifat 'senang dan mudah' berbanding teknik yang menggunakan dawai serta berikat sana sini tu. Memang hasil menggunakan dawai ini lebih kemas, menyamai bunga betul (bunga hidup).

Saya pun suka hasil yang begitu. Tetapi, berdasarkan pengalaman peribadi saya sendiri, saya rasa teknik lebih ringkas begini sebenarnya sangat praktikal jika kita berhajat menyudahkan hiasan dalam tempuh yang cepat, iaitu >< style="font-style: italic;">customers boleh collect pada sebelah malam.




Saya menyukai cara begini sebab harganya tidaklah melambung-lambung sangat berbanding kek yang dirias dengan bunga gum paste atau sugar paste dengan adunan bunga yang perlu dibuat sekelopak demi sekelopak -- dicucuk dawai, kemudian dikeringkan sehari suntuk. Pada keesokkan hari barulah semua kelopak ini boleh diikat dan digubah. Oh! Letihnya.





Itu belum lagi dikira masa yang diperlukan untuk mewarnakan kelopak atau kuntuman bunga dan daun itu beberapa layer, mengikut tona warna gelap cerahnya bagi memastikan kesannya nampak lebih realistik. Kalau tiba-tiba customer kata, "Kak Jun, budget saya cuma RM150 sahaja." Macam mana? Jadi, kita bagi pakej yang lebih luwes (fleksibel). Bak kata opah saya dulu...., win-win situation.



Kalau dapat open cheque, kita hadap sekuntum bunga sehari pun tak apa. Kalau nak buat 10 kuntum, maknanya setengah bulan perlu dihabiskan untuk menyempurnakan dekorasi untuk sebiji kek.


Dan sesuai dengan keadaan ini, maka saya beri alternatif kepada sesiapa yang berminat hendak belajar bunga gum paste dengan cara yang lebih luwes. Apapun, yang penting kita kreatif. Sama ada dalam bab bermain warna atau pun dalam bab mengarang bunga. Bak kata orang tu, bahan dan teknik mungkin sama -- tapi hasilnya tetap berbeza juga sebab setiap orang itu ada gaya tersendiri.


Samalah juga ceritanya macam orang masak kari. Atau sardin. Atau apa saja resepi. Walaupun kita menggunakan bahan yang sama -- rempah, garam, gula, minyak -- hatta periuk dan belanga + dapur dan api yang sama. Tapi, percayalah apabila dah siap..., rasanya tetap lain.


Jadi, tepuk dada tanya selera.


Selain itu, saya sempat juga berkenalan dengan Juliana yang menyertai kelas dekorasi figurin dan dekorasi kek pengantin beberapa minggu lepas. Sebenarnya kelas pertama dengan Juliana, iaitu dekorasi figurin berlangsung sekitar bulan March, tapi sesi kedua pada keesokkan harinya itu tidak dapat diteruskan kerana ayahanda Juliana sakit kuat dan beberapa hari selepas itu kembali ke Rahmatullah (al-Fatihah buat arwah).




Apapun, Juliana ni sangatlah penyabar dan lembuttt juga bila bercakap. Sesi dekorasi kek berlansung juga dan saya berasa sangat lega kerana tidak lagi terhutang janji dan sesi dekorasi. Kepada Shikin, jangan lupa ya, kita ada satu lagi sesi tau.


Sampai di sini dulu, dan jika ada salah dan silap, saya minta maaf ya. Nak prepare untuk kelas dekorasi kek pula.

Wasalam

JUN
cupcakekasih@yahoo.com
Subang Jaya