Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Friday, April 30, 2010

Lelaki oh Lelaki



...rumah sunyi sepi sekarang ni. Saya hiburkan hati dengan fondant dan cupcake. Pagi ni ada order nak disiapkan, birthday kekasih hati. Saya mesti siapkan by 11 am. Tapi, sedang enak-enak layan perasaan sambil d en gar Sinar, tau tau kawan saya called.

"Kak Jun. Kita dah cerai."


Terkedu mendengar suara si Polan yang macam ceria saja. Takda bau sedih atau dukalara pun. Saya pulak yang terkejut lebih-lebih. Mujur tak terlepas rolling pin. Kalau tidak ada pulak ibu jari kaki yang bengkak.

"Macam mana boleh cerai?

"Cerai jer."

"Eh! Awak boleh cool jer ek?"

"Tak tahan dah kena maki dengan madu tu."

Hem memanglah letih! Bukan senang bermadu. Sorang pun kita dah panasaran, ini pulak dua serentak. Tambahan pulak madu-madu tu ngam, jadi masing-masing berpakat 'serang' jer 24/7.

"Macam mana awak? Boleh cope ke?"

Maksud saya bukan pasal hati dan perasaan. Maklumlah suami dulu jutawan. Kalau setakat Murano tu, utk pergi pasar je. BMW pun untuk ambik hantar anak sekolah je. Dia memang turun naik Cayenne, Ferrari and Fairlady. Tapi kalau dah cerai, mesti semua privillage ditarik balikkan? Laki-laki. TST.

Tapi, si Polan ni, soalan kita tadi tak bersambut. Sebaliknya dia ubah topik.

"Eh! Kak boleh tolong kita cari nama product utk skincare tak? Kita nak launch new line ni. ASAP."

Wah! Dah hangus pasal cerita cerai tadi. Dia cakap pasal business pulak. Bagus ya perempuan sekarang. Takda nak merayu merintih kat cik Suami. Status janda tu bukan lagi satu stigma yang ditakuti. Bukan lagi taboo...macam dulu-dulu tu, ada isteri yang sanggup telan saja sepak terajang suami, demi mengelakkan mereka dimahkotakan dengan gelaran MJ.

"Kita dapat business partner baru. Dia faham kita. Senanglah dengan dia. Sanggup hantar mee Bandung kat kita tengah-tengah malam. Bukan kita kempunan pun. Saja sebut-sebut jer....teringinnnnnn nak makan. Tau tau dah sampai depan muka pintu. Sanggup dia redah all the way from Ampang."

Kening saya mula berkerut. Dalam hati gerutu juga. 'Aii si Polan ni...kau tak faham-faham lagi ke? Laki-laki memang pandai mengayat...selagi belum dapat. Suruh ambil batu kat bulan untuk buat cincin tanda percintaan pun dia sanggup lunaskan. Tunggu sekejap lagi....bila dah kawin nanti.

Kita baru saja saja gurau, kata perut berkeroncong. Dia terus buat-buat lelap. Konon dah tidurlah tu. Atau lebih teruk lagi, mungkin dia kata macam ni...."Isy, larat tarik selimut udah ler. Asyik nak layan perut je. Nak besarkan badan."

Eh! Tak romantik langsung. Sah-sah masa dia kawin dengan kita dulu, badan kita ni dah memang tembun. And sah-sah kita ni kerja....ada gaji sendiri. Dan yang pentingnya, barang makan kat dapur tu kita yang sponsor semua. Lagi mau mengata ker?

Macam tu la lelaki (tapi kenyataan pahit ini tak termasuk cik Suami saya ya, dan juga cik Suami pembaca semua. Mereka adalah suami terpilih. Golingan Mithali). Saya sedap mengata ni ialah Suami yang Dikesali. Nun, lelaki-lelaki di jalanan tu...yang pandai menjeling pada yang berdahi licin.

Bercakap bab lelaki dan 'ayat-ayat cinta ni' teringat pulak satu kisah yang dah berkurun saya dengar.


Kata si pencerita, lelaki ni kalau tengah nak pancing, memang dia pakai umpan besar. Lidah tu disapu madu + gula sirap maple agaknya. Lemak manis jer kalau berkata-kata.

Dimanjanya kita, macam kristal Bohemia. Dulu masa bercinta, or baru kawin seminggu, kalau kita tersadung batu, walaupun tak sakit manapun...tapi cik BF or cik Suami kita akan jerit kat batu macam la batu tu paham bahasa. Di renungnya batu tu macam nak terbelah dua.

Mulut tu, punyalah friendly, asyik tanya banyak kali....

"Sakit Yang? Sakit Yang?"

Sambil dia sepak batu tu, macam nak melayang sampai ke hujung dunia. Maklumlah tengah sayang.

Tapi, nanti kau. Bila dah 5 tahun kawin, kita belum tersepak batu, baru nak tersasar , tau apa kata cik Suami kita..."batu besar tu pun tak nampak. Buta ker?"

Sah-sah, memang kita tak nampak. Batu tu kecik besar kuku jer. Tajam pulak tu.

Itu belum apa-apa tu. Tunggu kalau dah 40 kawin...agaknya macam ni 'ayat ayat cintanya: "Jalan tu cuba tenguk sikit. Batu besar nesan tu pun tak nampak. Buat nesan awak kang nak?"

Sadiskan?

Tapi tak semua lelaki yang buta perut macam tu. Ada yang romantik giler. Pantang bini tenung batu jalan, cepat-cepat dia bawa jumpa Pak Habib atau uncle Poh (Kong) atau Uncle Wah (Chan).

Tapi, mungkin lelaki begitu sudah banyak yang pupus. Endangered species.

Apapun, kepada kawanku itu, yang baru bergelar MJ, tak tau nak ucapkan apa. Takziah atau tahniah.

Tapi yang pentingnya, model lawa macam awak, memang takkan bersawang. Ramai yang berebut. Lagi pulak sekarang ni, janda lagi laku berbanding anak dara. Tak kiralah yang takda anak, atau dah bersusun lima.

Jadi, yang anak dara tu, apa lagi...jangan berteleku dan menunggu bulan jatuh ke riba ya.

Kalau berkenan sesapa kat opis tu, hantar sekotak cupcake...dengan perisa yang sangat mengasyikkan....membuatkan si dia tak mungkin dapat melupakan si pengirimnya sampai bila-bila!

:-))


Sent via BlackBerry from Maxis

Wednesday, April 28, 2010

Makna Rindu dan Erti Sebuah Kehilangan


Rutin pagi saya ialah menonton MHI sambil menyiapkan Kasih n Arina ke sekolah. Dan part paling wajib ialah mendengar pengacara membacakan sedutan tajuk akhbar.

Itu saja sumber berita saya. Saya suka dengar berita tapi tak suka baca berita sebab sejak akhir-akhir ni berita di suratkhabar sangat menakutkan. Macam sinopsis filem Hollywood. Kisah bunuh, rogol, dera, rompak, rasuah, penyelewengan-- semuanya dah masuk kategori dahsyat2. Brutal. Mengalahkan CSI pulak.

Macam berita semalam tu, mengenai budak dua tahun yang kena dera tu. Ada ke tangan budak tua dicelup dalam sup panas. Gila ke? Terpercik minyak panas sikit pun kita dah menyeringai, ini pulak tangan kenit tu....direndam dalam sup menggelegak.

Nampak sangat manusia di akhir zaman ni dah semakin menyamai monster. Rasa belas kasihan tu dah tak ada. Dah pupus. Tak tau kenapa ya?

Dan....headline HM semalam lebih menyayat hati. Remaja ditembak lewat dini pagi. Ya Allah, kesiannya arwah. Automatik saya teringat ibu remaja itu. Macam mana dia menghadapi sebuah tregedi.

Ok, ketepikan bab rentetan peristiwa sebelum dan selepas kejadian ngeri itu. Tapi yang pentingnya sekarang, seorang ibu tunggal sudah kehilangan anak (sebagai ibu, mana mungkin kita dapat menerima hakikat anak yang baru sekejap tadi kita tenguk sihat walafiat, tiba-tiba 'lenyap'.

Bukannya kita tak boleh terima hakikat kematian, tapi jika penuh dengan tragedi, itulah yang menjadi igauan.

Saya sendiri masih terkejut dengan kematian Reyes dan masih tertanya-tanya, siapakah yang punya angkara. Masih terbayang kelibatnyadi setiap sudut rumah ini. Baru saja Isnin lepas dia berulik sehari suntuk dengan saya di dalam bilik, diusap dan digeletek --tau tau awal pagi Selasa dia dah kaku di tepi padang di depan rumah saya itu. Ngerinya jika saya ingat kembali detik itu.

Kini hanya tinggal pusara Reyes di laman kediaman.

Hanya hakikat itu saja yang dapat memujuk hati ini. "Tak apalah. Dah ditakdirkan dia 'dijemput' secepat itu. At least saya dapat usap tubuh Reyes sebelum dikebumikan."

Saya balut dengan kain baru yang cantik dan wangi. Saya beli napkin tu kat Ikea, memang belum pernah dipakai. Tak sangka ia akan digunakan untuk membalut tubuh Reyes. Sekarang ni kalau berdiri di laman, pasti kami nampak pusara Reyes. Kami hias dengan bunga. Reyes suka main di bawah pokok dedap itu, dan kini menjadi tempat persemadiannya.

Mungkin kalau Reyes hilang ghaib begitu sahaja, tak tahu entah hidup, entah mati, pasti saya lebih nanar.

Kakak dan emak saya offer kitten lain. Tapi kami sekeluarga tak mau tempat Reyes ditukar ganti. Tak apalah, kita bagi makan jer kucing kat belakang rumah ni. Nak dibela...dimanja, tak payahlah. Tak mau attach sangat...nanti kalau berlaku lagi tragedi, susah nak meneduhkan duka lara di hati.

Akhir kalam, kita sedekahkan al-Fatihah untuk keluarga remaja malang itu.

Hanya yang pernah merasai sebuah kehilangan tahu apa makna sebuah rindu...sebuah panasaran.

Nota: caption gambar -- Arina dan Kasih puas hati dapat bermain2 dengan anak kucing mak Ngah. Hilang sikit rindu kat Reyes.


Sent via BlackBerry from Maxis

Monday, April 26, 2010

Cerita Kek Paling Ringkas

SEBENARNYA saya dah beberapa kali tukar tajuk entry kali ni kerana idea untuk intro asyik berubah-ubah. Kejap nak approach macam ni. Tapi selepas tu, ubah fikiran, tukar pulak intro lain. Kesudahannya, kerja tak siap. Maklumlah sebab ada banyak sangat perkara berbangkit .


Jadi, bagi memastikan saya tidak berkisar pada hal yang sama saja, jadi kali ini saya sudah nekad untuk memasukkan semua gambar yang masih tertunggak, dan membuat cerita yang ringkas. Dan kerana itu juga, saya berusaha untuk tidak membuat cerita berbingkai dan banyak 'hanyut ke laut' sahaja. Saya akan terus saja kepada pokok pangkal intipati story ya.


CERITA KEK PERTAMA


Kali ini kelas kek beg tangan dihadiri oleh Shikin dan anaknya Nurul. Fakta yang anda perlu tahu mengenai peserta kelas saya kali ini:




1. Mereka gembira.


2. Mereka sangat gembira sebab impian sudah terlaksana.




3. Mereka sangat gembira sebab impian sudah terlaksana untuk belajar kek handbag dan kek hantaran berbunga Peonies dan renda.





4. Nama emaknya, Shikin, orang Batu Pahat.




5. Jadi, automatik, anaknya Nurul pun adalah orang Batu Pahat juga.








CERITA KEK KEDUA




Peserta kelas ini pula ialah Norazlina. Ini fakta yang anda perlu tahu mengenai Norazlina.


1. Norazlina gembira.




2. Norazlina gembira sebab hajatnya untuk belajar cara merias kek handbag akhirnya tercapai juga.



3. Norazlina bukan orang Batu Pahat, tapi orang Utara, tapi sekarang tinggal di KL.




4. Norazlina datang ke kelas tanpa anaknya, seperti Shikin itu, sebab anak Norazlina masih kecil. Dia cuma tahu makan kek saja.





5. Ya. Inilah kek handbag yang dihasilkan oleh Norazlina.



CERITA KEK KETIGA


Kelas kek ini dihadiri oleh Liza dan Ila. Antara fakta yang anda perlu tentang mereka.



1. Liza dan Ila adalah ipar.







2. Ila guru.





3. Liza juga guru.



4. Jadi maknanya kedua-dua biji kek ini adalah hasil kerjatangan seorang guru.




5. Dan mereka bukanlah guru yang mengajar di Batu Pahat, tempat asal Shikin dan Nurul, tetapi di Muar. Ya, mereka mengajar di Muar dan mereka tidak kenalpun Norazlina.


Itu saja untuk pengetahuan anda semua.


Dan saya mengucapkan tahniah kepada diri saya sendiri kerana berjaya juga menyiapkan tiga cerita sekaligus dengan ringkasan yang sangat padat dan tepat.


Jika mahu maklumat lebih lanjut sila EMAIL saya.

Wasalam dan selamat malam

JUN
http://www.flickr.com/photos/cupcakekasih

Status Saya? :-))





UNTUNGKAN hidup di zaman tanpa sempadan ni. Apa yang berlaku kat hujung benua pun kita boleh tau sekelip mata saja. Hatta, apa yang tersirat dalam hati orang lain pun, kita boleh ketahui....hanya dengan baca status di FB. Betul tak?


Jadi, sekarang ni, kalau kita bosan, FB ada sebagai penawar panasaran. Kadang-kadang, saya senyum sendiri apabila membaca status kawan2. Ada yang sakit hati, sakit jiwa, sakit gigi, sakit bisul, segala macam rasa, semua ada...dan semua terakam kat status FB kita.



Jadi, kalau tanya status saya sekarang, ini jawapannya :-))
:-)):-))



Ya. Saya sekarang saya dah boleh senyum. Tapi sikit saja la. Tak sampai teruja. Sedih masih ada...juga disertai rindu yang tak terhingga. Kat siapa lagi kalau bukan kat , kucing kesayangan kami sekeluarga.



Hari ini genap seminggu Reyes, meninggal dunia. Accident. Itu saja yang saya boleh cerita. Tapi jangan tanya lebih-lebih lagi sebab saya tak sanggu p menangis. Dah tak larat dah. Kalau nak tenguk gambar our Reyes, pls masuk blog Arina or Alia. Link dia ada kat side bar sebelah kanan ni. Biar depa saja update cerita pasal buah hati kami itu. Saya tak sampai hati nak merakamkannya di laman ini.



Jadi, akhir kalam, sebab saya masih belum sempat s iap kan story kelas dekorasi lepas, saya masukkan dulu gambar yg saya rakam kat lokasi saya sekarang.


Cuba teka kat mana? Puas hati dapat cuci mata kat sini. Sebenarnya tadi saya tengah sibuk update blog tadi, Zarina (Zainuddin) ajak saya shopping kat sini. OK lah. Selamat menjamu selera dan menjamu mata.




Wasalam




Sent via BlackBerry from Maxis

Saturday, April 24, 2010

Diary Petang Ini

..sementara menunggu Shikin menyiapkan keknya, kita masukkan dulu diari Cupcakekasih utk hari ini - kelas dekorasi kek hantaran & handbag.

Ya betul, inilah Shikin dari Batu Pahat. Dah banyak kali ke sini..dan kali ini dia datang berdua dgn anakandanya yang cun itu, Nurul.

Cerita penuh ptg ini ya. Wassalam.

JUN
_
Sent via BlackBerry from Maxis

Friday, April 23, 2010

Juadah Jumaat

AKHIRNYA, selepas hampir kematu saya menunggu, tiba-tiba malam tadi Alia mengejutkan saya dengan penemuan terbarunya...iaitu teknik tercanggih yang paling saya idam-idamkan selama ini.



"Ma, Alia dah tau macam mana nak masuk story kat blog via hp," macam tulah lebih kurang dialognya.

Masa tu saya baru jer off laptop. Tanpa rasa excited pun, saya 'on' balik. Bukan tak suka apa...tapi tak mau berharap sangat...!

Jadi dipendekkan carita, Alia pun perbetulkan setting blog saya, dan suruh saya taip apa-apa yang patut dan tekan butang SEND. Apabila saya check blog saya. "...yes! Dah jadi/"

Wah terujanya saya dan saat itu 'tanduk' pun macam tumbuh saja! Hem, selepas ni lagi sennag ler nak berblog. Tak payah ler komer berjam-jam karang cerita kat lappy tu. Taip jer apa yang patut...lepas tu boleh terus CNN kat blog ku ini via hp. Alhamdulillah...(mesti mengucap syukur sebab takut riak pulak).

Jadi untuk percubaan kedua, saya masukkan resepi Cabonara O Lala ni pula.

Kalau nak tau, resepi ni Alia punya. Dia juga yang memasaknya. Saya tau ambik gambar, then makan. Kalau pembaca semua nak mencuba, silakan. Ini bahan-bahannya:


RESEPI

Carbonara O Lala

Bahan-bahannya:

Sekotak spagetti (rebus + campur 1 tbs minyak zaitun)


1 sudu besar minyak zaitun
1 biji bawang besar (potong bulat)
2 ulas bawang putih (hiris)
250 g chicken ball (goreng)
2 botol sos carbonara (250 g each)
2 cawan air kosong
Secubit oregano + sehelai daun salam.
Garam secukupnya

Caranya
1. Panas minyak.
2. Tumis bawang putih + merah.
3. Dah wangi, masukkan sos carbonara + air. Renehkan sampai mendidih.
4. Rebus spagetti + 1 tbs minyak masak.
5. Masukkan chicken ball dalam sos carbonara tadi. Didihkan sekejap dan tutup api.
6. Hidangkan mengikut kesukaan masing-masing.

Akhir kalam, wasalam
Sent via BlackBerry from Maxis

dari kamar ini

Dihimpunkan segala semangat,
Harapan & impian,
Esok adalah sebuah masa depan
Semalam adalah sebuah teladan
Hari ini adalah sebuah kepastian

Semoga hidup ini
Sentiasa di bawah limpah dan rahmat Illahi

JUN
Taman Rahsia
Sent via BlackBerry from Maxis

Wednesday, April 21, 2010

Cerita Pagi Ini

BANYAK hal yang berlaku dalam tempuh seminggu. Nampaknya urusan hidup kita ini hanya akan terhenti sebaik sahaja kita menghembuskan nafas yang terakhir. Justeru, selagi hidup, selagi itulah kita perlu berusaha dan sabar menghadapi segala dugaan. Dan yang paling penting kita perlu belajar menghadapi hakikat sebuah kehilangan -- betapa sakitnya dan lara jiwa ini akibat sebuah perpisahan.


Sama ada berpisah secara hidup atau yang dikasihi itu meninggal dunia, duka dan pedihnya sama sahaja. Begitu mencengkam jiwa. Dan paling ketara -- selepas pemergian satu jiwa yang dahulu pernah menghuni hati kita, maka desakan rindu pula mula melanda. Kita akan berasa tertekan dek hambatan kenangan yang kembali berimbauan di ruang mata.


Oh! Episod inilah sebenarnya yang paling payah untuk diharungi...kerana ia akan terus menyapa tanpa mengira -- sama ada ketika tidur atau dalam jaga. Hanya masa sahaja yang boleh meneduhkan segala duka nestapa, tetapi tidak mungkin dapat melekangkan bayangan itu untuk selama-lamanya?


Jadi, biarlah rindu itu terus bertamu, namun hidup perlu diteruskan, mengikut acuan takdir yang sudah ditentukan. Dan, atas kenyataan itu jugalah makan saya kembali dengan catatan baru untuk blog yang sudah berhari-hari tidak dijengahi. Menatap gambar teman yang sempat bertandang ke bengkel dekorasi ini dengan wajah-wajah ceria membuatkan hari saya kembali berwarna-warni.



Bagi saya, kehadiran mereka ibarat sebuah penawar bagi sebuah kesunyian. Kesibukan meladeni kerenah mereka membuatkan saya terasa hidup ini lebih bermakna...lebih diperlukan. Jika saya memilih untuk menutup pintu kelas dekorasi -- bermakna hidup saya akan menjadi sangat sunyi. Saya akan menjadi cepat alpa dan hanyut dibawa perasaan sendiri yang entah apa-apa kerana terlalu banyak masa terluang dan lompong-lompong itu akan mula diresapi pelbagai perasaan yang sangat rencam.


Lalu saya tidak suka duduk goyang kaki, dengan hanya menunggu terbit dan terbenamnya matahari. Then apa? Anak sudah ada jadual mereka sendiri. Sunyinya rumah ini pada sebelah pagi...sering membuat saya nanar sendiri. Justeru, jika ada kelas, maka ruang yang luas itu akan terisi. Saya ada teman bicara. Teman berkongsi cerita. Teman yang ada minat yang sama. Passion yang serupa...yang membuat kita berasa saling memahami.


Hanya orang yang sehobi sahaja tahu kenapa saya seronok bercerita mengenai fondant.....ataupun tentang rekabentuk bunga baru yang berjaya direkacipta dengan gum paste atau pun royal icing. Kita rasa macam mendapat segunung intan. Bagai satu keajaiban. Begitulah seronoknya jika ada hobi yang boleh dijadikan satu terapi. Saya mahu terus berada di sini dan semoga Allah akan terus meminjamkan saya semangat, kekuatan dan keterujaan berpanjangan.

Dan bersma-sama catatan ini juga saya ingin kongsi satu lagi detik penting bagi beberapa lagi teman bakers kita yang sudi mampir ke kediaman saya ini baru-baru ini dengan harapan dan impian tersendiri.








Diperkenalkan Amaruiza dari Brunei. Sukanya bukan main kawan kita ni sebab perjalanannya yang sangat jauh itu membuahkan hasil yang berbaloi.






Dan Amaruiza juga sempat berkenalan dengan Zabedah, yang ingin belajar cara dekorasi kek Puteri. Jadi, senyuman yang terlukis di wajah kedua-dua wanita ini sahaja sudah cukup untuk menceritakan kegembiraan di jiwa.

Jadi, tak perlulah lagi captions yang panjang lebar ya. Biar sahaja gambar sahaja berbicara kepada pembaca semua ya.








Setiap langkah dekorasi mesti disempurnakan dengan penuh hati-hati. Tidak boleh tergesa-gesa, atau kesudahannya akan membuatkan kita kecewa.






Tapi jangan pula terlalu membebankan perasaan, kerana mahu menyiapkan karya yang terbaik...sehingga berkerja dalam keadaan tertekan sebab kesudahannya juga mungkin mengecewakan.






Kita perlu ingat ini adalah percubaan pertama, seperti Amaruiza, yang belum pernah pun membuat sebarang dekorasi dengan fondant. Tapi sebab kerana terlalu teruja dengan kek bentuk beg tanagn ini, dia sanggup tinggalkan Bandar Seri Begawan. Suka bukan main Amaruiza sebaik sahaja dia berjaya menyiapkan 'Chanel' manisnya ini.



Inilah hasil sulung karya Amaruiza. Sebuah kek beg tangan, bersalut fondant.




Dan ini pula sesi bersama-sama Bedah. Bersungguh-sungguh Bedah menyiapkan kek ini untuk sebuah majlis harijadi yang sangat istimewa pada keesokkan harinya.






Dan, oleh kerana saya sibuk dengan Amaruiza, Alia tolong saya untuk memberi tunjuk ajar kepada Bedah.




Saya akan tunjukan cara dan Alia akan menolong Bedah untuk menyudahkannya.




Inilah hasilnya....karya pertama dua wanita yang tak pernah .mencuba' teknik meriaskan kek serumit ini.






Inilah pula kawan seuniversiti saya dahulu.....





Hamidah Mat Nor -- guru di Sungai Besar
dan juga usahawan yang berjaya.





Dan untuk sesi dekorasi ini, Hamidah turut berkongsi bengkel saya dengan Bedah, yang sangat cekap bab membuat bunga.






Cekap sungguh mereka menyudahkan semua tugasan. Walaupun pengalaman pertama membuat bunga gum paste...tapi dek kerana kedua-duanya terang hati....semua menjadi mudah...menyeronokkan sekali.





Dan kalau semua nak tahu, Bedah itu adalah pembantu kesayangan Zarina Zainuddin. Mereka berdua memang suka masak, jadi Zarina merestui sahaja hajat Bedah yang mahu belajar merias kek.





Jadi, apabila sudah siap, Zarina pun tumpang sekaki bergambar....sebagai menghormati Hamidah yang teringin bergambar dengan celebrity. Mujur Zarina ni sporting, walaupun dah pakai pijama, dia sudi juga senyum depan kamera. Kek berbunga pink itu adalah kek hasil karya Bedah. Cantik sangat kan?







Hamidah menatang hasil karya yang sangat dia banggai.



:-))





Inilah hasil karya Hamidah.....
kawan ku yang gigih itu.


Sampai jumpa lagi. Wasalam




...catatan dari sebuah hati
yang sekarang ini sangat walang....
dan doa buat buah hatiku Reyes....
semoga aman di sana.

JUN.

Monday, April 19, 2010

Sari Pati Sekincan

LOKASI: Sekincan Selangor
TARIKH: 18 April 2010

AHAD Nan Damai
PIX BY: ROSLAN MD





SEBENAR saya sudah lama berhajat mahu ke sini...tapi tidak pernah bersungguh-sungguh mengotakannya. Ada saja halangan dan alasan. Tapi, semalam, saya membuat keputusan secara spontan, mahu juga ke Sekincan. Ini semua gara-gara mahu mencari ruang yang lebih luas sebab mata ini sudah tepu sangat melihat fondant. Tambahan pula PIC saya yang terkini Mrs ZZ memang sudah arif sangat dengan destinasi idaman saya itu, maka saya pujuk dia ke sana dan dalam tempuh sekejap sahaja semua dapat dimukatamadkan dengan penuh kesukaan.


"OK, selepas Zohor kita pergi."





Mata saya berasa sangat 'cerah' sekali dengan pemandangan yang sangat asing ini....sesuatu yang baru dan sangat menyegarkan. Jeti Sekincan yang sangat suram ini kami redahi. Di sebalik warna coklat pekat air yang mengalir lesu ini, ada banyak kisah...banyak halwa telinga. Dan saya membayangkan banyak episod cerita yang tersurat dan tersirat yang pernah mewarnai daerah ini.



Terik mentari menggigit kulit tapi tidak sedikit pun menjentik rasa serik. Sebaliknya, kami serombongan macam itik nampak air...semuanya terasa menarik. Desah angin dan deru air membawa khabar yang dinanti...sebuah bot membawa muatan hidupan laut yang segar bugar, tampak penuh bertenaga menghampiri jeti. Entah berapa jam mereka di laut lepas? Kita cuma menanti menunggu hasilnya sahaja dengan penuh harapan.




Macam si kecil disua coklat, kami keseronokan yang teramat sangat apabila melihat ketam yang masih hidup ini....terloncat-loncat. Wah! Selalunya kalau kat supermarket tu...semuanya dah cantik, 'dibedak dirias'. Entah berapa hari umurnya di daratan, kita tak tau. Isi pun dah lesu dek terlalu lama membeku. Tapi yang ini.....sah tak ada pengawet. Segar bugar.





Mata tak berkelip dan butang kamera terus dipetik-petik. Setiap aktiviti di jeti ini dirakam lensa DSLR yang banyak berjasa itu. Melihat udang ini...segala macam resepi dan menu terpancar di depan mata. Hem...kalau dibuat cucur udang ni memang sedap banget ni. Kalau mee udang banjir pun memang berbaloi...lemak manisnya pasti lebih berganda-ganda. Kami semua teruja.


Gamitan udang besar yang sangat segar ini pasti akan menggamit hati saya lagi agar lebih rajin ke sini. Nampaknya Ahad saya tidak lagi diulang cetak dengan cerita sama. Sesekali boleh kami mewarnai hari dengan aktiviti yang sangat menjimatkan dompet ni.







Dan terima kasih tak terhingga kepada pelaut dan penunggu jeti ini...kerana ditakdirkan mereka berminat untuk meladeni kerja-kerja yang bergelumang dengan segala yang berair dan hanyir. Kalau dah tak ada pelaut, tak ada peraih...maka banyaklah juadah enak terpaksa kita lupus kan sahaja dari rangkaian menu menjamu selera kita. Tak gitu?




Dek kerana semua udang dan sotong ini segar....tempat ni tidaklah tengik macam kat pasar. Hanya sedikit saja bau yang menyesakkan hidung kita, tapi tak apa. Janji kita dapat yang segar dan murah. Walau hujan ribun pun, tetap kami redah.







Aku suka detik ini...
damai dan tenang serasi
jika ada rezeki
pasti mahu mampir ke sini lagi
...lagi
dan...
lagi





Kasih!
...tinggalkan gusar dan silu itu
Senyum sikit...
buat sedekah
jeti tua yang entah bila akan rebah





Sebelum pulang...kita rakamkan sebuah kenangan di jeti usang. Semua gembira sebab kotak ais penuh terisi. Tak tau nak masak yang mana dulu? Tenggiri...galah....pari...jenahak atau bawal yang putih gebu?




.....penutup adventure kami ke Kuala Selangor semalam ialah bertemu mesra kawan lama saya di universiti dulu, Cikgu Hamidah, di Sungai Besar. Wah, satu lagi episod meruntun jiwa, melihat oven gadangnya itu...memang kecur liur dibuatnya tapi tak mungkin untuk dapurku yang comel. Duit oh duit, cepat runtuh dari langit!


Jika tidak bertemu, kita tak tahu, rupa-rupanya kawan saya ini memang ligat berniaga. Roti gebu fresh from oven ini adalah antara produknya paling popular. Memang saya sangat teruja dengan kesungguhan Hamidah. Walaupun sibuk mengajar tapi masa terluangnya penuh terisi dengan segala macam aktiviti. Dan seperti biasa, Ina yang super peramah ini....berposing lagi dengan tray cikgu Hamidah yang penuh dengan roti. Tudung tu pun Hamidah jual juga...jadi Ina tolong memperagakannya.


Jadi, kepada semua...tak reti-reti? Sesiapa yang duduk di sekitar Kuala Selangor, Sekincan, Sabak Bernam dan Sungai Besar...silalah hubungi cikgu Hamidah kalau nak belajar buat kek, roti dan segala-galanya itu ya. Dan Hamidah...jangan marah ya, aku pamer nombor telefon hang kat sini:


Hamidah 019-3844649


Jangan abuse kemudahan ini ya. Elok sms dulu. Bagi salam dan nyatakan hajat. Bagi tau dia, kak Jun bagi nombor ni.


Sampai jumpa lagi....dan saya ingin mengucapkan tahniah


- kepada semua wanita yang berjiwa besar


.... berwawasan
.... yang sentiasa mencari usaha>>>>>>>>>>>BUKAN ALASAN.


Wasalam