Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Wednesday, March 31, 2010

Potret Senja MUAR

....yang sangat sangat cantik ketika matahari terbenam. Dan mungkin orang Muar sendiri pun tidak pernah membayangkan betapa indahnya dada langit kota mereka saat mentari hampir tenggelam di ufuk Barat.





Dan, gambar ini diambil dari verandah bilik penginapan kami di tingkat 11, Muar Traders Hotel. Memang rezeki kami dapt bilik (family suite) ini yang menghadap muara Sungai Muar. Segala aktiviti di sekitar bandar ini dapat kami lihat dengan jelas.


Damai dan tenang sekali bukan?




Gambar ini diambil oleh cik Suami...yang sedang berangan-angan hendak membeli lensa yang lebih panjang...mungkin sebesar lemang.

:-))







....dan sebelum senja berlabuh...dada sungai yang sangat tenang ini enak dimudiki ramai penggemar sukan air. Biasan mentari senja yang jatuh memercikkan warna perak. Inilah antara moment yang sangat cantik....yang pernah saya lihat, selepas episod senja di Jimbaran, Bali...beberapa bulan lalu.




Semoga di kunjungan lain, saya masih berkesempatan melihat keindahan begini. Semoga tenang muara Muar ini abadi.


Selamat malam dan selamat datang sebuah hari yang sibuk.....(esok!)

Monday, March 29, 2010

A story of Bagaholic

WHAT a lovely weekend. Seronok benar sebab dapat menghabiskan hujung minggu dengan keluarga di Muar dan Batu Pahat. Penat pun belum habis lagi ni. Sebenarnya bercuti ramai ramai ni lebih interesting...riuh rendah saja.


Dan kalau berjalan ni, makan menjadi agenda utama. Bukannya makan sebab lapar...tapi sebab nak cuba kesedapan masakan tempatan. Tapi, setakat ni, walaupun dah dua kali ke Selatan, tapi saya masih belum jumpa lagi tempat makan yang betul-betul menakjubkan. Ada yang rekomen kat sini dan kat situ...tapi kalau kotor, memang tak terbit langsung selera nak mencuba. Kami sampai ke Sabar Awor (betul ke ni?), tapi menghampakan juga sebab orang terlampau ramai dan service lambat. Kita minta ikan bakar, depa bagi ikan kukus. Boleh?


Bab penginapan, no problem. Rupa-rupanya Muar banyak hotel cantik. Kami ambil Family Suite kat Traders Hotel Muar. Memang selesa sebab lengkap dengan living room yang besar, two huge balconies, ada dining area and dapur yang cute. Cuma oven + mixer saja takda. Kalau tidak, harus saya godak cupcakes kat Muar. LOL

:-))




Apapun, walaupun belum puas explore bandar di Selatan ni, kami balik juga ke rumah pada sebelah, dalam hujan lebat. Penat usah cakaplah. Teramat...!


Mujurlah kita ni kerja sendiri. Jadi hari ini sehari suntuk saya melepak saja sambil cuba melapangkan minda dari segala macam agenda berbangkit. Selepas Asar tadi baru saya rasa betul-betul segar. Dek kerana Shaz (baker's friend) menempah tiga kilo fondant, jadi saya dengan senang hati menuju ke Restoran Bawang Merah (terletak dekat dengan SJMC) untuk bertemu Mak Buyung ini, sambil menikmati tea + kuih Seri Muka yang sedap itu.


Esok, saya akan kembali sibuk dengan rutin biasa. Ada berpuluh-puluh toppers perlu disiapkan sebab weekend ni ada banyak tempahan harijadi + class dekorasi. Jadi, sementara masih boleh mengadap laptop lama sikit ni, baik saya publish dulu satu lagi story untuk tatapan semua. Kali ini kita berkenalan pula dengan Norhelly dan Fadilah yang mengidam nak belajar buat dekorasi kek beg tangan pula.




Sebenarnya ada banyak jenis dekorasi beg yang saya boleh tunjuk ajar....tapi Helly dan Fadilah specifically asked for handbag seperti yang tertera dalam gambar. Dan memang saya pun teruja sangat nak repeat the decorating process....very interesting. Saya memang suka bag...dari dulu suka beli...dan bila minat rias kek, teknik riasan ini juga yang saya dahulukan.





Kalau nak kata 'susah' pun - yes. Senang pun - yes. Terpulang kepada kebijaksanaan kita mengadun fondant tu supaya tidak cepat kering. Kalau tidak, alamat beg tak cantik...banyak sangat garisan penuaan! Selebihnya, kita tenguk saja gambar yang dipaparkan di sini ya. Mengasyikkan. Betul tak?

:-))





Sesi kelas sehari suntuk -- dari 10.30 am sampai petang, biasanya sekitar jam enam, Insyaallah semua boleh settle. Sebaik-baiknya kalau nak belajar buat kek ni, biarlah ada pengalaman menggunakan fondant sebagai medium riasan. Kalau tidak susah sangat nak menyudahkan kerja. Bukan tak boleh jadi, tapi takut tak kemas.



Bagi Fadilah dan Helly ni yang sudah hampir setahun dalam dunia baking dan riasan kek, maka senang sikit ceritanya.






Sebenarnya memotong kek untuk fondant ni lebih kurang sama juga macam nak buat baju. Jadi, remehnya pun lebih kurang sama juga. Dan paling penting ialah teknik membuat tangkai beg tu. Setiap kali merias kek ni, masalahnya berubah....tak sama. Semuanya bergantung kepada size beg dan tahap keluwesan fondant. Kalau fondant lembut sangat pun susah, kalau keras pun tak boleh.





Jadi, kita mesti buat lakaran asas supaya senang nak buat perkiraan -- jumlah pegggunaan fondant + gum paste. Begitu juga dengan pengayaan asas. Kalau kita dah tahu teknik yang sesuai...yang lain tu semua menjadi mudah.



captions: Helly berhati-hati melakar bentuk zip pada fondant.

captions: Begitu juga dengan Fadilah.

captions: Bab menyiapkan aksesori beg ni pun mencabar juga.

captions: Fadilah sedang memasang kepala zip pada begnya.

captions: Lega sangat saya apabila akhirnya Fadilah berjaya memasang tangkai begnya.


captions: Helly sedang menyapu warna keemasan pada zip beg.




captions: Akhirnya kerja merias beg sudah pun sampai ke penghujungnya.

captions: Cantikkan...? Macam real jer kepala zip hasil karya Helly.

captions: Fadilah memilih ungu dan lilac untuk kek beg tangannya.

captions: Helly tersenyum melerek sebab hajat hendak merias kek beg tangan ini akhirnya menjadi kenyataan.

captions: Begitu juga dengan Fadilah yang tak sabar nak repeat the same process. Katanya dalam email baru baru ini....dah ada yang booked cake beg tangannya itu!

captions: Satu untuk kenangan....sebenarnya saya dah malas dah nak ambil gambar ni. Muka penat sangat. Tapi akhirnya....kita snap sajalah kan....atas nama kenangan.




Akhir kalam, terima kasih kepada Norhelly dan Fadilah kerana sudi bertandang ke kediaman saya baru-baru ini.


Selamat malam dan wasalam

JUN, Subang Jaya

Sunday, March 28, 2010

Happy Birthday Hannah dan Danial

SEMALAM, sekitar waktu begini (7 am), saya baru selesai merias dua biji kek ini dan dok kelam kabut menyueun atur lighting untuk sesi fotografi pulak. Kalau pada hari biasa, saya hentam ambil sendiri saja. Tapi kalau hari cuti, saya tunggu cik Suami. Dia pakar photography jadi senang nak minta buat technique canggih sikit -- silhoutte ke, Depth of Field ....slow shutter speed ke....semua boleh. Kalau saya? Main set 'auto' sajalah. Walaupun dulu kat Uni, saya ada ambil subject Photography, tapi saya memang tak berapa nak rajin set lightings tu. Dah penat buat kek, jadi, tak larat dah nak pegang lens besar lemang tu. Asal gambar cantik dan clear, itu saja rukun penting yang saya kira. Kalau boleh saya lebih suka ambil gambar pada sebelah pagi, menggunakan pencahayaan semula jadi. Gambar nampak lebih 'mesra'.


Mujurlah dulu kat majalah, kita ramai kawan photographers, jadi senanglah dapat tips yang boleh diguna pakai untuk diamali sendiri. Sebenarnya ambil gambar makanan ni pun ada tatacaranya sebab kalau tersalah atur, makanan sedap nampak tak menyelerakan. Ada sesetengah tu, langsung tak tahu...apa jenis makanannya....macam m***** kucing pun ada.


Satu hal yang saya notice, kebanyakan kita suka sangat pakai flash apabila ambil gambar. Sebenarny, gambar tanpa lighting 'mee segera' ni tak berapa nak comel. Cuba ambil gambar dengan setting auto dan letak kek or makanan kita tu kat tepi tingkap or ruang yang ada cahaya semula jadi dari luar dan tenguk hasilnya.


Subject yang kita ambil tu akan tampak lebih menyerlah....sebab tak banyak pygmen warnanya yang 'lari'. Kalau nak tenguk gambar yang cantik-cantik, tenguk kat Photobucket atau FLICKR. Click kat topic 'still photo' atau food. Ada banyak cara penyusunan dan pencahayaan menawan. Insyaallah, ada sesuatu yang kita dapat kutip daripada 'kaki tembak' gambar ini.


:-))


Bab kamera, tak perlulah kita nak berabih beli DSLR yang canggih dengan lensa sebesar kaki budak tu. Pakai kamera handphone pun boleh dapat good impact. Betul tak? Pokok pangkalnya ialah 'kena gaya'.


Ok, enough about that, sebab saya pun bukanlah pakar. Saya nak kongsi hasil kerja saya semalam, sebelum berangkat ke Muar. KSepanjang minggu ni saya sempat menyiapkan beberapa set cupcakes, dan dua biji kek harijadi ni. Tapi, gambar cupcakes tu dalam memory card satu lagi pulak, jadi saya masukkan gambar kek Barney dan Mickey Mouse ini sahajalah dulu.






Kek Barney ni ditempah oleh Nany untuk anakandanya, Hannah yang nak sambut birthday yang ke-2 hari ni. Dalam emailnya, Nany describe dengan detail sekali, macam mana ropa kedudukan Barney dan kawannya...entah apa ke namanya. Oleh kerana saya nak buat 'lukisan' fantasy land kat sekeliling kek tu, maka saya bakar dua biji kek coklat 9" dan saya lapiskan dua. Barulahseronok mengadunnya lukisan fondant tu.


Lagipun, fondant kita buat sendiri. Kalau uli dua kilo tu, memang lebih dari cukup. Jadi kalau selesai dekorasi wajib, saya akan tokok tambah apa yang patut sebab selepas itu saya tak akan simpan lagi baki fondant yang berwarna itu. Saya mengkalung saja. Jadi buat apa nak berkira sangat kan?




Ini pula untuk Nurul, yang menempahnya untuk anakanda tercinta, Danial Haikal. Sebenarnya saya ralat sangat sebab tak dapat jumpa Nurul semalam sebab semasa menyambut harijadi Danial yang pertama dahulu pun Nurul menempah dari saya juga. Tak sangka cepat sungguh masa berlalu dan Danial dan besar dah. Dulu debab betul baby cute ini dan kata Nurul, sekarang pun Danial masil debab lagi. Aduh...saya memang tak boleh tenguk budak embam embam tau...saya rasa nak gigit pipi tu...nak uli satu badan macam fondant....gerammmmm!






Asalnya, Nurul minta figurine Mickey Mouse...tapi saya memang tak reti buat muka Mickey ni dalam bentuk 3D sebab saya takut nanti jadi muka lain pulak. Saya kata kat Nurul, kalau buat cara lain saya boleh....dan inilah hasilnya. Semua imejan ini saya 'lukis' dengan menggunakan fondant. Satu teknik yang sangat menyeronokkan. Jenuh saya dapat bereksperimen.






Saya harap Nurul dan Nany happy....nanti saya sambung lagi pasal cerita kek yang comel manis ini sebab semua anak dan anak sedara dah siap nak explore Muar dan Batu Pahat. Kami ada kenduri....sedap makan lontong kat Parit Maimon.


Akhir kalam, seperti biasa kalau salah eja ke, salah sebut je....abaikan dulu ya. Saya edit kemudian ya. Sampai jumpa lagi...wasalam

Saturday, March 27, 2010

Simbahan Jingga di Muara

...menyambut kedatangan kami sekeluarga di Muar. Cantik bandar ini dan petangnya pun sangat tenang sekali. Satu retreat yang berbaloi selepas penat membakar kek sepanjang minggu dan bercakap lapan jam....mengenai fondant dan fondant dan fondant....

:-))

Malam ini saya akan jenguk lagi blog, selepas menikmati makan malam di bandar bersejarah ini.

Sampai jumpa lagi.

"Happy birthday to Danial Haikal dan Hannah".


wasalam


ikhlas dari,

JUN
Muar Trade Centre

Tuesday, March 23, 2010

Pesona Merah Kesumba


TEDUH sudah sebuah panasaran. Tidur pun nyenyak dan pagi ini pun indah. Hati saya pun sudah kembali berbunga suka, macam kembang Peonies dan Freesia yang mengindahi kek hantaran ini. Menyulam kelopak bunga adalah terapi yang sangat menenangkan. Setiap kelopak gum paste ini dicanai satu-persatu, kemudian diliuk-lentukkan, sebelum dicantum mesra, untuk dijadikan sekumtum bunga.





Dan bunga Peonies ini juga adalah kegilaan baru saya. Walaupun sudah beberapa kali saya buat, tapi masih belum puas hati lagi dan dok improvise setiap kelopak supaya nampak lebih lembut. Begitu juga dengan Freesia lilac ini. Mudah sahaja membuatnya, tapi tak boleh terlalu nipis sebab nanti mudah pecah.



Dan untuk mencantikkan lagi kek ini, saya hiasi di kelilingnya dengan renda fondant. Satu lagi acuan paling cun dan menjadi kesayangan terbaru saya. Zarina, yang menempah kek ini hanya meminta saya hiasi kek dengan bunga dan latar warna merah kesumba. Dan yang lain-lain tu, ikut kreativiti kak Jun sajalah, katanya. Dan biasanya, kalau yang menempah tu tak cerewet macam Zarina ni, saya akan bagi extra lagi. Tambah itu dan ini, sampai benar-benar puas hati.




Kek Princess merah jambu ini juga ditempah oleh Zarina untuk Puterinya, Azra. Dan, yang ini pun saya hiasi dengan warna merah jamu atau merah kesumba. juga seperti yang diminta Zarina. Thanks dear, untuk semua tempahan. Dan kepada pembaca semua, selamat memyambut satu lagi hari...dan jadikan ia penuh makna -- untuk diri sendiri dan orang lain yang berurusan dengan kita.





Sampai jumpa lagi, wasalam

JUN, Usj

Subang Jaya

Catatan Lewat Rembang Ini

SEWAKTU mula-mula menjadi wartawan dahulu, gaji saya cuma RM400 saja + RM50 elaun. Itu saja. Kalau ikutkan memang tak cukup. Tapi saya terima juga sebab saya tahu kalau mahu menjadi wartawan, ijazah saja tak cukup. Benda itu ibarat sekeping kertas, tanpa nilai. Pengalaman yang lebih berharga.


Maka, menyedari hakikat ini, saya menerima gaji yang ciput itu dan mula memakai tag 'wartawan'. Ini juga bermakna saya terpaksa menerima taraf 'kerakyatan' atau warga bas mini yang setia untuk meredah satu KL + (menapak ke ceruk pendalaman setinggan dan longkang busuk) demi merealisasikan satu-satunya impian saya -- untuk menjadi wartawan berjaya. Mungkin budak-budak sekarang tak tahu bas mini itu apa dan kalau kita hendak bayangkan 'bas mini itu macam reban ayam', pun depa tak paham sebab sekarang ni nak tenguk reban ayam pun payah, macam nak cari intan berlian.


Jadi, apa pun ceritanya, saya dan kepayahan 20 tahun dulu itu, tetap saya rasai pahit jadamnya sampai sekarang. Berpanas dan berhujan juga berhimpit dalam bas mini yang selalunya penuh dengan bau hangit ketiak orang itu pun, tak mungkin saya lupakan. begitu sahaja. Itu belum lagi cerita bab jantan yang suka meraba-raba dalam bas yang sendat macam sardin. Walaupun saya tak pernah kena (...sumpah...tak pernah kena!), tapi ada juga kawan-kawan saya yang pernah mengalami kejadian yang lebih meloyakan serta menyakitkan jiwa. Ada yang sedar-sedar basah saja baju mereka. Hem, kita tutup cerita itu sebab ada banyak lagi bab yang berlaku -- yang lebih menyesakkan jiwa.


Bagi wartawan, kelancaran komunikasi itu sangat penting. Dan 20 tahun lalu, inilah masalah no: satu. Payahnya nak mengatur kerja, usah cerita ler sebab kita hanya mengharapkan telefon pejabat untuk berhubungan dengan orang yang ingin ditemuramah. Mana ada telefon genggam! Kalau ada pager, memang sudah dianggap sangat bertuah. Tapi itu pun tak semua mampu (termasuklah saya yang hanya ada satu seluar jeans lusuh saja). Aduh susahnya hidup....tak mampu saya ungkap dengan kata-kata.


Pendek kata, jangan ditanya berapa kali saya ditimpa musibah akibat kegagalan komunikasi. Pengalaman berhujan dan terkandas di jalanan -- itu cerita biasa. Pernah saya meredah petir tatkala menuju ke sebuah perumahan mewah golongan korporat dan ningrat di pinggiran Kenny Hills demi menyiapkan satu tugasan yang maha penting. Untuk sampai ke situ pun saya perlu menukar tiga biji bas, sebab tak mampu hendak berteksi. Jangankan hendak tahan teksi, nak membayangkan pun saya berani, walaupun sebenarnya dari pejabat saya di Taman Tun Dr Ismail ke destinasi mewah itu cuma beberapa kilometer sahaja. Kalau berkereta, 10 minit sudah sampai. Tapi sebab kita ni warga bas mini, dapat sampai dalam tempuh tiga jam, kira sudah ok. Macam satu pencapaian juga.


Jadi, nak dijadikan cerita, sebaik sahaja sampai di perhentian bas di tepi jalan besar di pinggiran taman perumahan itu, saya dan jurugambar kena menapak pula, menyusuri jalan berbukit menuju ke banglo mewah empat tingkat milik Datin itu yang sememangnya tersergam indah bagai istana Camelot di bumi Inggeris saja layaknya.


Alangkah hampanya saya, apabila sampai di pintu pagarnya yang dibuat dari besi tempawan bersepuh emas itu, kami hanya disambut bulldog yang sangat gemuk dan hodoh itu. Disalaknya kami macam penyamun tarbus sahaja. Tertinjau-tinjaulah kami, hampir 40 minit, barulah pembantunya, berketurunan Filipina, muncul dan dengan muka selamba sahaja memberitahu kami yang Datin sudah pun terbang ke Hong Kong. Apa yang mampu saya katakan? Basah baju dek hujan pun belum kering. Hatta, katok pun lencun.


Namun, sebagai orang yang tak punya, kita sudah belajar untuk tidak mengeluh. Kita belajar untuk melihat tanpa bermuslihat dan menelan saja apa yang tertimpa di kepala. Itu bukan yang terakhir...tapi ada beratus-ratus cerita berbingkai lain, yang harus saya redah, tanpa terlintas sedikit pun untuk mengaku kalah. Ya! sebenarnya jika mahu, kala itu boleh saja saya letak surat berhenti di atas meja Editor dan mengikut jejak ramai teman lain yang kembali menyambung pengajian, mengambil ijazah pendidikan dan menjadi guru. Nak jadi pensyarah pun boleh. Sambung belajar macam kawan-kawan lain, pergi UK, ....US. Lagi best, lagi glamor.


Tapi bukan itu yang mahu. Cita-cita saya mahu menjadi wartawan. Itulah yang saya impikan sejak di tingkatan empat. Muktamad. Maknanya, tak ada sesiapa pun yang boleh mengubah pendirian saya dan kalau sudah ketegar begitu, saya mesti berani menelan saja segala muntah dan sampah.


Dan apabila mahu menjadi pelapor cerita ini, bermakna kita perlu selalu berada dalam kehidupan orang lain. Melihat dunia mereka dengan mata hati, merasai penderitaan mereka dan menghayati luka, duka dan sengsara juga Dan sering juga saya terskesima dengan keindahan warna hidup si golongan bangsawan -- yang dikatakan bernama dan berharta. Apabila kebetulan saya diberi tugasan menemurumah si jutawan, maka ternganga-ngangalah saya apabila melihat hebatnya lingkungan kemewahan mereka. Manakan tidak, jika kepala paip di bilik air tetamu pun bersalut emas, agaknya di bilik sendiri pasti bersalut intan permata. Gebunya pelapek tutup tandas mereka, melebihi selimut saya sendiri...sampaikan kita nak duduk melepaskan hajat kat situ pun rasa tak sampai hati.


Namun, itu cuma satu cerita bagi sebuah kerja. Tidak pernah ia sampai melilit kepala, membuatkan saya lupa atau alpa. Sebenarnya saya lebih terkesan apabila menemuramah ibu tunggal yang hanya mampu duduk di gubuk di tempat pembuangan sampah dan hanya terdaya membasahkan tekak bayinya dengan teh kosong tawar saja. Asalkan anak diam, walaupun cuma untuk beberapa jam. Biasanya selepas melalui detik begini, saya akan menjadi murung berhari-hari. Rupa-rupanya ada lagi manusia yang susah, sedaif ini?


Jadi, selepas bertahun-tahun berlalu -- dan syarikat pengeluar majalah yang pertama saya kerja itu pun sudah berkubur dan saya pun sudah beberapa kali bertukar kerja, naik pangkat, naik gaji, naik darjat dan naik segala-galanya -- namun, nurani saya tetap seperti dahulu. Walalupun akhirnya saya berjaya juga mencapai apa yang diidamkan sebagai wartawan, terbang keliling dunia, dilayan dengan status kelas pertama sahaja -- berjumpa dengan nama besar yang sesetengahnya dahulu hanya saya lihat di akhbar saja, namun semua itu tidak sama dengan pengalaman pertama sebagai warga bas mini yang setia.


Semua itu menebalkan jiwa raga saya, membuatkan muka saya ini sekadar ada kulit...tapi tidak ada apa-apa rasa. Saya tidak mudah tersanjung, teruja atau terpesona dengan senyuman manis penuh madu dan gula. Saya terima seadanya. Apa lagi yang boleh saya katakan, jika orang yang pernah menghina saya ketika saya hanya bergelar wartawan cabuk dahulu, tiba-tiba teruja mengirimkan saya bunga sebesar meja sebaik sahaja mendapat tahu saya sudah menyandang gelaran Editor di majalah antarabangsa. Atas nama kerja, saya terima. Tapi atas nama lain? Saya hanya pandang dan senyum saja. Tidak ada apa-apa yang boleh menggugat hati saya, kecuali takdir Allah, tangisan anak kecil yang terdera dan titah perintah seorang ibu -- siapa lagi kalau bukan emak saya.


Dan semua hal ini juga membuatkan saya sering menggeleng kepala apabila melihat budak-budak sekarang yang cepat putus asa. Ada ijazah, tapi cepat mengaku kalah. Saya tak berani nak komen, kecuali kalau membabitkan anak saya sendiri. Memang saya syarah cukup-cukup.


Apa saja yang kita nak buat, mesti dengan penuh kudrat -- dan perbetulkan niat. Jangan ada agenda tersembunyi. Kalau rasa seronok buat begitu...teruskan saja. Tapi, walaupun sekarang saya sudah tidak lagi bergelar wartawan dan boleh bersenang lenang berekspresi dengan fondant, tapi saya tetap menganggap hobi yang satu ini perlu diladeni dengan sesungguh hati.


Kalau saya suka, saya buat. Kalau saya tak suka, saya rehat. Tak mungkin hati saya terjejas hanya dengans ebuah email dan mahu patah semangat. Sungai Golok pun saya sudah redah. Narathiwat pun saya sudah singgah...demi untuk mendapatkan sebuah berita dan menjadikannya satu bahan yang sangat 'gah'. Kalau mati jatuh sungai Golok tu dahulu, memang berbaloi hidup saya. Tapi kalau semangat saya mahu dimatikan hanya oleh satu email sambang.... maaf ya. Itu semua tidak memberi apa-apa makna dan saya hanya mampu menggelengkan kepala.


Sementelah pula semalam saya baru sahaja melawat bekas boss di Berita Harian dahulu, Datuk Manja, yang tiba-tiba ditimpa berita petaka. Anakanda bongsunya, Asyraf, meninggal dunia, akibat kemalangan jalanraya. Tenangnya Datuk dan Datin dalam menanggung duka yang tiba-tiba melata, saya pula yang terkedu -- terkesima.


Rapuhnya hidup ini.

Jadi, email seorang Ave itu, sebenar-benarnya tiada apa-apa makna. Ia hanya sebuah email. Tiada sebarang pesona atapun boleh diletakkan sebarang tanda harga.

Akhir kalam, al-Fatihah buat Allahyarham Aysraf dan doa buat muslimin semua.

Isikan masa kita sebaik-baiknya...

.... dan jangan baca blog saya ini tatkala anda sepatutnya sedang berkerja!

:-))

wasalam


Sunday, March 21, 2010

Hasya Belahan Jiwa Zarin

KALI ini saya bercerita mengenai Hasya pula ya.
Siapa Hasya?



Hem, itulah dia intan payung, pengarang jantung Zarin.



Kepada yang sering singgah laman ini pasti sudah familiar dengan Zarin. Kali ini, bonda muda ini datang lagi, demi memenuhi impian anak tunggalnya, Hasya (yang pandai menari balet itu).



Dan, kalau sudah namanya anak tunggal -- the only child -- maka pastilah segala tumpuan hanya untuk yang satu itu sahaja. Dialah jantung, dialah nyawa. Dan, dia jugalah pualam hati, belahan jiwa ayah dan bonda.


Dan demi anak yang satu itu, Zarin, yang pernah dua kali menghadiri kelas dekorasi yang saya anjurkan ini, sudi bertandang sekali lagi. Semuanya demi cik anakanda yang comel manis itu, yang begitu kepingin meniup lilin yang mengelilingi sang Puteri.


Kata Zarin dia mahu kek Puteri dengan taman. Kata hati saya...."kalau bukan kerana Zarin yang minta, pasti saya akan tinbang tara dahulu sebelum bersetuju. Maklumlah, kek Princess ini antara kesayangan saya *wink wink*.

;-))




Dan bila bercakap bab ini, saya menjadi sangat pelik....sebab duit bukan datang dulu. Tapi saya mencari keserasian.


Dan apabila bercakap bab dekorasi pula, saya tak mau main ajar saja, lepas itu apabila kita tenguk hasilnya....(tak mau komenlah bab ini).


Tapi, dek kerana Zazrin sudah terbiasa dengan tatacara kerja saya, jadi bolehlah kami menjadi satu team yang sangat serasi. Senang nak atur kerja. Zarin pun kreatif, jadi membuat dekorasi yang saya anggap susah ini dapat Zarin sudahi dengan mudah.



Lihatlah betapa khusyuknya Zarin mengadun fondant. Zarin sudah booked tarikh sejak beberapa minggu lalu. Jadi mudahlah saya membuat laluan untuk Zarin sahaja. Seharian dalam bilik kerja saya yang sangat cozy itu, akhirnya hajatnya itu terlaksana juga.

Dan saya pun berasa sangat bersyukur sebab tidaklah sempat nak berpeluh *dingin -- wink wink. Sesi seharian dengan Zarin itu pun berlalu dengan tenang dan santai sahaja.


p/s: ....* part ini hanya diri sendiri saja yang tahu macam mana rasanya! Adoii!

captions: Rasa-rasanya semua birthday girl teringinkek Princess macam ni kan? Sya ayang dah tua bangka ni pun sentiasa teruja dengan kek Puteri bergaun kembang. Hem, sapa agaknya yang sudi buatk ek Puteri untukku menjelang harijadi ke-45 ni...*wink wink*



Serius sangat tu Zarin. Pandanglah kamera kejap!

:-))

Penat memanglah penat...betul tak? Tapi dalam hati tu mesti berbunga suka sahaja sebab terbayang wajah jernih anakanda tercinta. Mesti kembang hati Hasya mendapat kek Puteri bergaun kembang, lengkap dengan taman. Ada swan sputih. Saya suka buat benda-benda ni...Zarin pun...Kan??



Kalau ditolak campur dan bahagi, masa yang digunakan tak lama sangat tapi apabila sudah dicampur dengan masa sembang dan masa merepek merapu tu, kek Zarin ni dapat disiapkan tempuh enam, tujuh jam yang diperuntukkan itu. Just nice.


p/s: Memanglah kalau ada masa, nak bersembang lebih lama. Kalau boleh nak ajak Zarin (+ Asilah, yang dulu sekelas, tapi la ni dah jadi bestfriend tu) datang sembang-sembang. Tapi, masa selalu tak ada. Memang best sembangd engan budak muda-muda macam ni, sebab kita terasa bersemangat jer nak memandang ke depan.



Berbalik hal Zarin ni, kalau nak tahu lebih lanjut mengenai kisah Hasya dan kek Princes hasil seni bodannya itu, bolehlah jengah ke blog Zarin, dan hayati sendiri luahan hatinya. Saya cuma boleh cerita part yang saya nampak sahaja.


caption: Gambar Hasya dengan kek Puterinya + bersama-sama teman sekelasnya ini saya 'copy paste' dari blog Zarin. Takpa kan Zarin? Happy birthday untuk Hasya (hem...satu lagi nama yang sedap...HASYA).

Akhir kalam,

Bertemu lagi di cerita lain. Kalau sempat, saya post esok...kalau tidak, tunggu dua, tiga hari lagi. Apapun, sekali lagi saya ucapkan tahniah untuk Zarin...dan Happy Birthday to Hasya.

+++ Jangan lupa sesi countdown kita ya. Ada hadiah menanti untuk pengunjung ke 200 ribu. Saya dah gatal tangan nak buat kek beg tangan yang cun ini...

wasalam + selamat malam


JUN

USJ, Subang Jaya
....renyai malam mengundam damai. Semoga malam ini tidur bersulam mimpi yang manis.