HEM...tak gitu?
Jadi, emak ayah apa lagi....kalau anak dan suka sama suka, lebiih baik kita nikahkan saja. Tahun ini dapat menantu, tahun depan timang cucu. Tahun ini tempah kek hantaran kahwin....tahun depan order pulak cupcakes untuk cukur jambul (atau orang moden kata baby shower). Tak gitu? Akak tumpang suka...dan kalau tempah kat Cupcakekasih...lagi berganda-ganda suka hati kita. Lebaau senyuman teman, sampai terbelah telinga. :-))
Tapi, apapun, tak payah ler nak dikompang-kompangkan hal nikah kahwin ni sebab satu Malaya dah tahu, asal ada cuti jer, ada ler khemah depan rumah. Asal ada hari kelepasan am jer, pasti jadual tok Kadi penuh dari pagi sampai ke malam. Dan menjelang Mac ni, sudah tentu bersusun berbaris pasangan yang nak naik pelamin.
Mak ayah adik-beradik -- semua sibuk. Mak andam dah tentu fully booked. Khemah, katering, butik pengantin dan juga si pembuat kek macam saya ini dah lama dah ready....buat persiapan apa yang patut sebab nak menghadapi satu lagi tempuh hari dan minggu yang sangat panjang dan memenatkan (tapi menyeronokkan). Alah, kalau kerja lebih masa pun dalam seminggu dua jer. Lepas tu, kita boleh lepak lagi dengan senyum paling manis sekali...sampai ler musim durian runtuh muncul kembali.
Selain menerima tempahan kek, kotak email saya juga penuh dengan permintaan untuk belajar merias kek. Ramai kakak dan makcik yang nak cungkil bakat terpendam, nak merias kek kahwin untuk dihadiahkan kat adik/anak saudara sendiri. Jenuh juga membacanya. Saya tapis dan saring juga....sebab merias kek bukan macam cupcakes. Lebih susah...jadi saya pilih yang betul-betul beminat sahaja. Barulah kerja menjadi senang dan menyeronokkan.

Dan bersama-sama ini saya sertakan beberapa gambar kek dan peserta kelas dekorasi wedding cake yang semuanya hebat dan berbakat. Kek kuning jagung ini dirias oleh Nurulhuda. Dia mahu belajar membuat kek pengantin yang ada figurin bride & groom. Saya turut mengajarkan tips membuat bunga gum paste. Cantikkan?



Sebenarnya, Nurul bukan baru dalam dunia baking ini sebab dia dah ada kedai roti dan kek di Taman Sri Andalas, Klang. Dan hakikatnya juga, Nurul ini sudah banyak berguru, dengan Grace, Calvin, PME dan banyak lagi naa terkenal kat Malaya ni. Semuanya handal dalam bidang masing-masing. Jadi, maknanya Nurul lebih pandai merias kek dari saya...ilmunya banyak. Maklumlah sudah lebih 20 tahun dalam bidang ini.
Tapi Nurul berminat hendak mempelajari teknik membuat figurin pula. Dan saya pun dengan senang hati berkongsi apa yang saya tahu dengan Nurul. Orangnya tidak sombong walaupun ilmunya menggunung dan sudi juga berkongsi tips dengan saya yang baru setahun jagung. Saya menjadi teruja sekali. Terima kasih Nurul kerana sudi juga belajar dengan saya. Dan terima kasih juga atas ilmu yang dititipkan lewat perbualan kita semalam.
Salam Kembali Buat Shikin
Wajah ini juga bukan baru di blog ini sebab Shikin pernah mampir ke rumah saya yang tak segadang mana ini untuk mempelajari teknik meriaskan cupcakes. Dan seronoknya mendengar cerita Shikin yang sudah 'tekan gear lima' . Homebiz Shikin bukan main laju lagi di Batu Pahat itu dan kawasan yang sewaktu dengannya. Dan Shikin sangat beruntung sebab anak dara yang cun itu juga berkongsi minat yang sama.


Setiap kali turun ke KL, anak dara Shikin itulah yang menyupirnya. Emak duduk saja di sebelah. Biasanya kalau ada urusan di KL, mereka keluar selepas subuh dan pulang lewat malam. Semuanya demi menimba ilmu dekorasi dan baking cake dari sifu-sifu besat di KL. Kata Shikin kalau tak sempat balik, hotel menjadi penyelamat penat. Semoga Allah memberkati ibu tunggal ini.

Sebenarnya yang lebih teruja hendak bertemu dengan orang macam Shikin ini sebab dia sangat positif. Dan saya lebih terharu kerana Shikin masih teringat hendak sms saya pada hari suaminya meninggal dunia iaitu kira-kira dua bulan lalu. Masyaallah...! Baiknya dia. Kalau Shikin tak bagi tahu sudah tentu saya sudah menyaipkan semua kek dan fondant untuk kelasnya yang dijadulakan berlangsung dalam tempuh 24 jam. Dan sebenarnya, saya pun tidak ralat kalau Shikin tidak muncul pada hari yang dijanjikan itu sebab hal kecemasan begini tidak siapapun boleh menduganya. Tapi, Shikin antara orang yang amanah dan saya berasa sangat berterima kasih kepada ibu gigih beranak tiga ini.
Mewah keemasan, pink jambu dan biru...

Itulah pilihan Zarina, Ayu dan Ita (from Ita Delights), yang juga teruja mahu mempelajari seni merias kek dan bunga fondant yang senang, mudah dan sangat menjimatkan masa. Buat pengetahuan semua, bunga gum paste ini ada berbagai jenis, bentuk dan ragam ....serta membuatnya juga sangat rencam. Ada yang remeh dan ada yang boleh siap dalam tempuh beberapa jam. Terpulanglah kepada kita hendak pilih teknik yang mana satu.
Buat masa ini, saya hanya menawarkan kelas bunga gum paste dengan teknik ringkas serta tidak memakan masa yang terlalu lama. Jadi kita masih boleh menjual kek dengan harga yang sederhana sebab tidak menggunakan tenaga dan masa yang terlalu lama berganda-ganda. Dan saya juga mengajar teknik membuat bunga gum paste sesuai untuk cupcakes. Lebih tahan lama, tidak mudah pecah dan boleh disimpan lebih enam bulan.

Dan sebahagian teknik itu sudah pun saya kongsi dengan beberapa peserta kelas dekorasi kek dan bunga gum paste. Sayangnya kelas ini saya kategorikan sebagai Limited Edition. Gembira bemor hati saya apabila Ita yang memang hebat dengan segala macam products cookies, kek dan coklat itu gembira dengan kelas yang saya anjurkan.

Begitu juga dengan Zarina....yang baru beberapa bulan kembali daroi Moscow, selepas beberapa tahun berdagang di sana.
Ayu...penerbit dari RTM ini juga sangat kreatif dan sangat gigih sekali. Nanti jangan lupa buat rancangan pasal kek dan cupcakes ya Ayu! Dan jangan lupa pakai sanggul lintang apabila abangmu pulang! LOL (p/s: hanya saya, Zarina, Ita dan Ayu sajaj yang faham maksud tersirat di sebalik joke ini..hi hi).

Akhir kalam, terima kasih kepada semua yang sudi bertandang ke kelas yang saya anjurkan. Kalau sudi, mampirlah lagi ya. Sampai jumpa lagi...selamat meraikan kedatang hujung minggu.