MOLTEN CHOCOLATE CAKE


SAYANG SEKALI jika pagi Isnin yang indah ini dibiarkan berlalu begitu saja . Jadi, saya dengan suka hatinya ingin berkongsi resepi kek coklat Molten ini. Sebenarnya, gambar kek ini sudah berusia seminggu kerana sekembali dari Bali tempuh hari, saya rasa mengidam sangat hendak menyepahkan dapur. Maklumlah dah lama tidak baking. Jadi, saya pun berkobar-kobar sekali untuk mencuba resepi yang sudah lama saya simpan ini. Kebetulan pula kakak saya memberikan sepapan
cooking chocolate. Jadi, tak ada alasan untuk saya bertangguh lagi untuk bereksperimen.
Sebenarnya, saya masih lagi tercari-cari resepi kek coklat yang sedap. Banyak juga teknik yang sudah saya cuba -- sama ada menggunakan serbuk koko sahaja, atau campuran serbuk koko dan coklat; dibancuh dengan air panas, diayak bersekali tepung, dibancuh berasingan, dicampur gula perang, menggunakan teknik pukul atau pun kaup dan aduk sahaja semua bahan. Dan keputusannya -- ada yang sedap dan ada yang perlu dibaik pulih lagi. Ada yang sesuai untuk dibuat kek dan ada yang ok untuk cupcakes sahaja.

Saya rasa resepi kali ini sangat mudah dibuat dan sangat sedap tapi perlu menjaga tempuh membakarnya -- jangan terlebih atau terkurang. Maklumlah coklat yang digunakan itu memang sangat mewah sekali, jadi kalau terlebih bakar dia cepat rasa kepahitan. Selepas mencuba dua kali, pada kali ketiga, saya decided untuk menggunakan teknik steam bake. Barulah hasilnya cantik, lebih gebu dan lembut.
Dan kebetulan juga semasa sambutan birthday Alia di Bali tempuh hari, dia tidak merasa pun meniup lilin ke-18, jadi kami ambil juga gambar kenangan ini. Tak ada sambutan pun, cuma nyanyi-nyanyi sesama sendiri dan klik gambar sepuas-puasnya. Jadi, dalam tempuh 24 jam kek coklat saya in sudah selesai dikendurikan anak-anak. Ini resepinya ya.
Resepi:400 g coklat masakan
110 g mentega
30 g gula halus
100 g tepung naik sendiri
4 biji telur (dipikul sedikit)
1 camca teh esen vanilla
Care Membuatnya:1. Cairkan coklat masakan menggunakan teknik
*double boil2. Setelah coklat cair,
masukkan butter pula. Biar cair sepenuhnya. Angkat, kemudian masukkan gula, tepung dan telur. Kacau dengan sudip kayu perlahan-lahan, dalam gerakan searah sahaja.
3. Masukkan sedikit esen vanilla.
4. Panaskan oven 170 darjah C
5. Gris loyang pembakar 8" dan dilapisi kertas minyak.
6. Tuang adunan kek ke dalam tin pembakar.
8. Bakar untuk tempuh 40 minit.
Bahan untuk Chocolate Ganache1. *4 sudu makan heavy cream
2. * 150 g cooking chocolate
*
atau lebih, sesedap rasa.Cara Membuatnya1. Panaskan krim dan masukkan coklat, kemudian kacau sebati sehingga semua coklat cair.
2.
Optional: Masukkan sedikit butter, agar salutan coklat ini nanti tampak lebih berkilat.
3. Pastikan kek pada suhu bilik.
4. Tuang adunan coklat di atas kek dan biarkan ia melitupi ke seluruh kek.
5. Hiaskan dengan strawberry atau badam atau apa saja yang anda sukai bagi menggandakan kesedapan kek coklat anda ini.
* Adunan ini juga boleh dijadikan cupakes.
* Adunan untuk chobolate ganache adalah seperti berikut:
2 sudu makan heavy cream
60 g cooking chocolate
Cara:
* Panaskan krim dan masukkan coklat.
* Setelah coklat cair, angkat dari api dan biarkan sekejap agar adunan coklat ini menjadi agak likat.
* Bentukkan adunan menjadi bebola coklat.
* Masukkan dalam peti sejuk supaya bebola keras sedikit.
* Masukkan adunan kek dalam bekas cupcakes.
* Kemudian masukkan bebola coklat tadi dalam setiap cupcakes.
* Bakar dalam suhu 170 darjah C untuk 20 minit.

Arina yang memang suka sangat kek coklat...tak sabar nak mengudap.

Arina! Arina! Dia ini memang sentiasa terlebih drama. LOL.

Apapun, siapa yang boleh menahan godaan coklat? Apa lagi kalau disulam dengan strawberry segar. Emh! Rsak lemak manis dan masam manis ni apabila berlaga dalam mulut...membuatkan kita lupa sekejap hasrat hendak menguruskan badan. Betul tak?
Ok,
Akhir kalam, jumpa lagi dan selamat menikmati hari yang indah dan dunia baking yang sentiasa meriah.
XOXO
* Kepada pembaca yang tdiak tahu teknik double boil ini, sila tinggalkan komen di sini ya. Nanti saya tunjukkan secara 'step-by-step'.