
Salam semua
Selamat menikmati pagi yang indah. Dan bersama-sama kedatangan hari yang bertuah ini, saya dengan besar hati ingin mengumumkan detik kiraan ke-300,000 sudah pun bermula sebagai meneruskan tradisi Cupcakekasih. Agaknya siapakah yang bertuah untuk memiliki sebuah lagi beg yang anggun itu seperti gambar tertera di atas. Insyaallah, pemenang bertuah bolehlah bergaya dengan beg (cake) itu nanti ya.
Syarat-syarat pernyertaannya mudah.
Jadi, dengan pengumuman ini, maka saya dengan besar hati dan penuh debaran menantikan detik bersejarah itu dan berharap ini akan berjalan lancar dan menambahkan keceriaan dalam hidup anda.
Sampai jumpa lagi, wassalam
JUN
USJ, Subang Jaya
Syarat-syarat pernyertaannya mudah.
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin di Malaysia
- Melampirkan gambar/screen shot ke-300,000 sebagai bukti penyertaan/kemenangan dan email kepada cupcakekasih@yahoo.com
- Lampirkan juga: Nama penuh, alamat, no kad pengenalan dan n0 telefon.
- Pemenang terdahulu tidak lagi layak menyertai sesi count down ini, tetapi adik-beradik atau saudara-mara, ok saja.
- Hadiah akan diberikan pada tarikh dan waktu ditetapkan penganjur.
- Pemenang perlu menghubungi sendiri penganjur di cupcakekasih@yahoo.com atau sms di 017-2840900 bagi menuntut hadiah kemenangan.
- Pemenang perlu mengambil sendiri hadiah daripada penganjur.
- Hadiah kemenangan tidak boleh ditukar ganti dengan wang tunai atau hadiah yang lain.
- Pemenang harus bersedia untuk ditemuramah dan cerita kemenangan akan disiarkan di dalam blog Cupcakekasih berserta gambar.
- Jika timbul sebarang kesulitan selepas pengumuman kemenangan, penganjur berhak menukarkan pemenang kepada pemegang nombor yang terdekat dengan 300,000.
- Jika pemenang ke-300,000 itu tidak menghubungi penganjur dalam tempuh 24 jam, maka pemegang no terdekat (lima sebelum dan lima selepas 300,000) akan diumumkan sebagai pemenang mutlak.
- Dan yang pentingnya....kalau pemenang itu adalah FOLLOWER Cupcakekasih...ada hadiah misteri lagi! Camana tu? Sapa nak jawab!
Jadi, dengan pengumuman ini, maka saya dengan besar hati dan penuh debaran menantikan detik bersejarah itu dan berharap ini akan berjalan lancar dan menambahkan keceriaan dalam hidup anda.
Sampai jumpa lagi, wassalam
JUN
USJ, Subang Jaya
5 comments:
kak jun.. kalau org yg bermastautin di london yg akan balik for good bulan depan. boleh join ke? ngee.
Salam Kak Jun... kenapa saya tak nampak angka tu?
*PC saya ada msalah agaknya*
FAzlinil: Boleh....nanti kalau jadi pemenang bertuah, balik KL boleh claim hadiah.
Takde rezeki la kak jun....huhu....nnt buat lagi yer...saya dapat num 299990!! then, 300011...huhu....
Post a Comment