Salam semua,
Minggu ini agak santai, walaupun jadual sebenarnya tetap sibuk. Tapi saya malas nak fokus akan kesibukkan itu, sebaliknya membayangkan keseronokkan selepas semua kerja yang berfaedah itu selesai.
Ya, macam itulah saya memujuk hati kalau berdepan dengan suasana yang boleh membebankan perasaan. Kerja tetap kerja. Bayangkan kalau kita takda kerja... susahkan? Soru miss, bil tak berbayar...itu tak boleh buat, ini tak boleh buat. Jadi, bagi sesiapa yang dah ada kerja tu, kerja elok elok ya, jangan curi tulang.... sebab kat luar sana tu masih ada ramai lagi yang takda kerja, tak ada kebolehan, tak ada bakat dan tak ada peluang.
Satu lagi, kalau difikirkan sampai pecah tempurung kepala pun, tak mungkin kita dapat penyelesaiannya kalau kita memikirkannya di kala hati sedang walang, fikiran sedang bersimpang-perenang. Lebih baik kita diam, simpan dalam hati...dan apabila segala rasa yang masam macam asam kelubi itu sudah reda, baru kita cuba cari penyelesaiannya. Kalau memang hal yang menekan perasaan kita itu adalah satu pusingan rutin dalam hidup kita, seperti pasal kerja, pasal assignment, pasal study... atau apa-apa saja yang menjadi kewajipan untuk kita lunasi setiap hari, maka tak perlu kita nak menjeruk perasaan. Sebaliknya, hadapi saja seadanya kalau ada yang tak kena atau yang menghimpit jiwa. Selagi hal ini tak melibatkan nyawa dan kesihatan kita atau orang-orang yang kita sayangi, tak berbaloi untuk kita makan hati.
Jadi berbalik kepada cerita harian saya yang kadang-kadang agak kelabu dan bisu...dan ada masanya sangat meriah ceria, jadi bersama-sama ini saya lampirkan beberapa keping lagi gambar sekitar harijadi anakanda ku Ariana Nur Kasih yang ke-7, lewat Ahad lalu.
Sebut pasal nama anak bongsu saya ini, masih saya ingat lagi macam mana teguhnya pendirian saya untuk memilih nama `Kasih', walaupun dibantah cik Suami. Maklumlah, jurutera tegar yang memang takda ada darah sastera - maka dia melihat nama ini sebagai sesuatu yang janggal. Saya berhujah -- semua nama kita ni ada maknanya, cuma majoriti masyarakat suka menggunakan nama berakarkan perkataan Arab, berumbikan unsur Sanskrit. atau mana-mana bahasa bangsa lain, selain Melayu.
Dan, walaupun kadang-kadang ada di antara nama itu yang lebih pelik bunyinya, tapi tetap kita guna juga. Kenapa tidak menggunakan terus perkataan Melayu, jadi tak perlu diperjelaskan maknanya, jika ada yang bertanya? Itu hujah saya.
Dan cik Suami mati akal, tapi masih belum putus asa. Keesokkan harinya, cik Suami datang melawat saya dengan satu proposal baru.
"Why not Ariana?
Dalam hati saya kata, "Wah! Pandai dia nak 'patahkan' aku ya..he he!"
"Arina and Ariana"
....wah! Ada hujahan tambahan lagi. Walaupun saya teruja juga, tapi hati sudah tersuka nama 'Nur Kasih' juga.
Lalu saya menggunakan kuasa 'veto' saya...
"Eh! I yang mengandungkan dia, sakit tau beranak semalam. You pun tenguk sendirikan? Banyak darah keluarkan! Ni pun sakit lagi tau. Berdenyut-denyut...."
Dia diam.
Dalam hati, "Hem...aku menang!"
Lalu saya cuba nak sambung drama dan hujahan, "Apa salahnya Nur Kasih? Asmara Nur Kasih".
Sekali lagi mata cik Suami buntang. Mesti dalam hati dia kata, "Wah, mula-mula propose Nur Kasih, now ada tambah 'Asmara' pulak."
"Sakit...."
Eh, belum habis ayat, cik Suami pintas, "Ok Ariana Nur Kasih."
Hem, Macam menarik juga. Akhirnya saya kata, "Ok...Ariana Nur Kasih."
Maka, selepas itu berbanggalah saya kerana setiap kali ditanya, "apa nama baby ni?" Dan semua mengatakan nama itu cantik, walaupun mulanya janggal menyebut 'Kasih'. Tapi tak lama selepas itu, saya notis semakin ramai senang menggunakan nama ini, terutama selepas drama Nur Kasih meletup di TV.
:-))
...dan buat kesekian kalinya, saya pun berpesan kepada Alia (dan anak-anak yang lain juga), "...we must be the trendsetter, not a follower'.
Jadi, akhir kalam, saya paparkan lagi sebahagian gambar sekitar harijadi untuk Nur Kasih ku sayang baru-baru ini.

2 comments:
Hehe...Aliaa mmg suka nama Ariana Nur Kasih...klasik je bunyi nama Kasih tu...pandai Kak Jun pilih...:-)...rasanya ramai yg dah mula suka nama Kasih sejak tgk cerita 'Seputeh Qaseh Ramadhan' lakonan Eja...pastu ditambah2 lg dengan cerita Nur Kasih...:-).
Betul tu Kak Jun...Mmg suami tu ketua keluarga, tp Aliaa pun rasa yg dlm bab ni, kita ada kuasa 'veto' sbb perit jerih kita mengandungkan 9bulan and beranak...biarla kita diberi kelebihan dlm memilih nama...hehe...:-)..
Kawan Aliaa letak nama anak lelaki dia Aduka...bunyinye gagah kan...bak kata Kak Jun, biar kita jd 'trend setter'...bukan follower...:-)..
Salam
Masa mula2 dulu, kak Jun memang nak anam yang simple dan senang eja sebab rasa serik dengan nama sendiri yang pelik, susah nak eja dan bermula dari huruf Z. Banyak pengalaman pahit masa kecik apabila mempunyai nama yang pelik. Sebab anak pertama, ke-2 dan 3 cuma satu nama tanpa gabungan lain -- Alia, Adam dan Arina. Tapi yang bongsu tu, baru nak berseloka sikit.
Harap Aleya sudah bersedia dengan nama yang sedap, makna pun bagus, senang eja, senang diingat dan paling penting, membuatkan bakal anakanda mu itu menyukai nama yang diberikan kelak. Amin.
Post a Comment