Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Sunday, September 26, 2010

Dalam Dakapan Dingin Malam




....saya menyudahkan entry tertangguh malam ini kerana agenda sepanjang minggu depan nampaknya sangat padat. Walapun terasa mahu menutup tirai hari ini lebih awal, tetapi memandangkan esok sudah menunggu satu lagi hari yang panjang, baik saya ucap salam dahulu kepada pembaca.


Dingin semakin terasa selepas tengah malam. Nampaknya cuaca di kariah saya sangat dingin sejak akhir-akhir ini kerana hujan tak mengira masa...pagi petang siang dan malam. Kadang-kadang, apabila cuaca terlalu buruk dan tidak menentu, saya kerisauan. Setiap kali mendongak ke langit, mendung saja. Mujurlah sekolah anak-anak cuma terletak 5 minit saja (berjalan kaki ) dari rumah. Jadi, jika ada hal berbangkit, senang hendak dijengah. Tapi, hati ini terusik juga melihat budak-budak lain, sekecil Arina dan Kasih, yang terpaksa berbas ke sekolah. Apabila hujan lebat, mereka kuyup, terlari-lari mencari bumbung. Itu belum lagi di kira anak-anak di pendalaman?! Pontang-panting mengusung beg sekolah yang berat itu.... entah terpaksa berbot... bersampan. Eh! Kalau diingat semua... air liur pun rasa tak tertelan. Kasihan anak-anak yang tidak bernasib baik itu. Jadi, kita wajib mensyukuri nikmat yang Allah beri kepada kita, walaupun cuma secubit. Betul tak?


Apapun, esok pasti hujan pagi lagi.... dan saya seperti biasa akan menuju Lendu... menghantar Alia ke asrama, kemudian memandu pulang seorang diri. Walaupun bosan memandu sendirian, saya sempurnakan juga kewajipan yang satu ini demi keselamatan anakandaku.

Dan, bercakap soal selamat dan tak selamat ni... ingatan saya pasti tertumpah kepada arwah Datuk Sosilawati. Hati saya sangat tersentuh.... sangat sangat tersentuh...


....hanya kerana...tiga alasan ini:

Pertama: Dia wanita
Kedua: Dia wanita
Ketiga: Dia wanita
(dan....ditambahi alasan keempat):


Dia ibu tunggal

...dan bagai luka dipipis garam, kepedihan di hati ini lebih berbekas... sangat dalam.... terutama apabila mengingatkan keganasan yang dilakukan terhadap arwah. Bagi saya, jika perlu mencari sebuah alasan di sebalik musibah ini...cuma ada satu saja. -- bahawa dia ditakdirkan mati setragis itu -- demi mengungkap sebuah kebusukan.


Ya! Sebuah pekung najis permainan gila pembunuh brutal, yang rupa-rupanya selama ini bermahajaralela di luar sana. Jika tidak kerana arwah dimangsai, entah berapa banyak lagi tragedi begini yang akan berlaku...dan terus berlaku, namun tetap tersembunyi rapat tanpa terhidu. Ternyata si penjenayah tersilap hitung...arwah itu personaliti terkenal.. Maka sudah tentu kehilangannya akan menjadi tumpuan sedunia.

Inilah yang dikatakan 'sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya terhumban juga ke pengadilan'. Dan sebenarnya, saya cuba untuk tidak mahu bercakap soal ini, di laman ini, tapi setiap kali membacanya di akhbar, hati tak tertahan lagi. Saya pendukung wanita yang cekal.

Nampaknya, kini sudah lenyap satu lagi nama yang sepatutnya tersenarai megah sebagai salah seorang Usahawan Wanita Melayu (Bumputera) berjaya. Hanya doa dan al-Fatihah untuk seorang wanita secekal Sosilawati (dan rakan-rakannya yang sudah pergi). Dan, kerana ini juga saya kembali teringat kepada anak-anak di luar sana. Berapakah agaknya nilai keselamatan mereka?


Semoga Allah melindungi anak-anak kita...dan wanita cekal...yang terpaksa mempertaruhkan keselamatan diri...untuk mencari sebuah sejahtera buat anak-anak mereka.


Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Dan...akhir kalam, sebelum mengucapkan selamat malam, saya papar sebahagian kek dan cupcakes yang disiapkan hujung minggu lalu.





Cupcakes ditempah Sueyani untuk pertunangan kakaknya. Tema dan kosnsep dekorasi ini semua ditentukan oleh si penempah. Sejujurnya, saya memang tidak selesa merias cakes atau cupcakes sekiranya si penempah terlalu memperincikan rupa gaya dekorasinya. Tangan dan kaki bagai diikat...ruang untuk saya berimaginasi pun menjadi terhad. Ibarat membuat baju tak cukup kain...apalah sangat yang boleh dibegakan. Tapi, atas dasar tolak ansur, saya terima juga...dengan sedikit rasa kasihan.



Tapi...dengan besar hati, saya terima tempahan kek bertema Toy Story ini kerana saya belum pernah membuat figurin Sheriff Woody (yang lurus bendul itu). Awalnya, Fariza...mama Adam Farhin, mahu kek berkonsep Spiderman....dengan 200 cupcakes. Tapi akhirnya, birthday boy decided nak Toy Story pula. Dan, terungkaplah wajah Sheriff Woody di sini.





Dan, bersama-sama kek Toy Story 3 ini, saya sediakan cupcakes juga...dengan hiasan paling ringkas, buttercream dan edible images saja. Tumpuan saya lebih kepada kek sebab saya tahu, cupcakes ini akan selesai sekelip mata saja....dek tetamu kecil...kawan-kawan Adam Farhin.







Apapun, saya gembira apabila telefon berdenting...dan terungkap sms daripada Fariza..."Thanks for the nice cake...anak kita suka sangat."

wasalam dan selamat malam semua.

1 comments:

Sari Yusa Ibrahim said...

salam, kak Jun. antik betul kek Toy's story tu... teruja dibuatnya..

Hati saya pun ikut terbelit tergeliat mmbaca kisah arwah Datuk Sosilawati..