SALAM semua...
Apa khabar? Saya dan keluarga sihat sejahtera sahaja. Kalau nak tahu, saya menaip untuk entry blog kali ini dalam keadaan yang sangat payah....tersandar kekenyangan. Mata pun kuyu sahaja. Hanya hujung jari saja yang bergerak mengikut arahan otak...untuk menyudahkan story ini. Maklumlah, ini semua gara-gara menjamu selera denga sepenuh jiwa raga di masjid Annur, USJ 4. Bagi kawan-kawan blog dan customers yang pernah berkunjung ke teratak saya ni, mesti tahu masjid ni kerana lokasinya cuma lebih kurang dalam 50 tapak saja dari pintu pagar rumah saya. Tapi, dek kerana kekenyangan....masa nak balik tadi rasa macam jauh sangat!! LOL (laugh out loud).
Jadi...sesuai keadaan saya yang sudah pun separuh melayang...kita layan dulu gambar-gambar kek dan cupcakes yang sempat saya rekacipta sepanjang sepanjang Ramadhan dan untuk lebaran kali ini.

Kek Princess ini ditempah oleh Rose, untuk anakandanya Eisya yang meyambut harijadi ke lima pada penghujung Ramadhan yang lalu. Kek Red Velvet (stacked), dihias dengan dekorasi ala magical garden Tinkerbell...atas perminta Rose. Seronok buat kek ni sebab saya boleh berangan-angan macam dalam dongeng si pari-pari itu. Saya menggunakan fondant dan gum paste untuk membuat figurin dan semua bunga-bungaan.
Inilah pula kek coklat yang saya buat untuk emak saya di kampung bersempena lebaran yang lalu. Saya hias dengan cream cheese dan butter cream.Cupcake ini pula ialah hasil karya Alia...amakandaku itu...ditempah oleh kawannya.
Ini pula cupcakes yang ditempah oleh Emi untuk majlis pertunangan kawannya.
Kek Coklat dengan fresh strawberry juga ditempah oleh Rini dari Rawang. Hanya kau dan ku saja yang tahu betapa kecuhnya hari tu...! Kan? Dia nak tunggu baju raya anakandanya yang belum siap...dan saya pula nak kena balik ke Kuala Kangsar dalam tempuh sejam. Kecuh...kecuh! Apapaun, semua berakhir dengan aman damai.

Ini juga kek Red Velvet...ditenpah oleh Aida Osman, kawan saya yang memang rajin order cakes/cupcakes dari dapur comelku itu.Dan sekembalinya saya dari Kuala Kangsar, Emi menelefon saya...merayu-rayu minta saya buatkan sedozen cupcakes untuk majlis pertuangan temannya...or saudaranya. Saya tak pasti. Kata Emi, dia sudah tempah awal-awal dari orang lain, tapi last minute orang itu tak dapat buat. Dek kerana kasihan kat Emi...saya pun setuju saya.
captions: Raya kali ini saya berjaya menyiapkan biskut London Almond, Tart Nanas, Coklat Hati Coco Manis dan Pecak Chocolate Ball.Gambar ini saya ambil secara tergesa-gesa sahaja (menggunakan camera handphone saja) sebab sebaik sahaja selesai merias semua kek ini, kami sekeluyarga terus simpan semua barang-barang dalam kereta dan meluncur laju menuju kampung halaman saya di Kuala Kangsar. Saya sengaja buat kecuh-kecuh macam ni...buat kek dan biskut last minute + jahit baju raya Arina dan Kasih...sebab saya mahu timbulkan suasana raya. Biar anak-anak terasa meriahnya nak raya...dan jika satu hari nanti, apabila saya dah tak ada, anak-anak akan teringat semua memori manis ini...kenangan beraya bersama bonda mereka. Betul tak? Cupcakes ini juga saya siapkan untuk bonda saya. Sebaik sahaja habis takbir raya...cupcakes ini selesai dikendurikan oleh anak-anak saudara saya.

Akhir kalam, inilah dua set cupcakes yang saya buat untuk masjid Annur, bersempena majlsi rumah terbuka pagi tadi. Sedap sangat....ada filling coconut pecan, peanut butter dan chocolate button.

Sampai jumpa lagi...wasalam.

0 comments:
Post a Comment