Semoga semua handal taulan yang dikasihi sihat sejahtera hendaknya, seperti saya dan keluarga tercinta. Isnin yang dingin....sangat menenangkan. Hilang segala penat yang berladung sejak Jumaat lalu. Nampaknya sejak awal puasa lalu, jadual saya yang padat menjadi bertambah sendat, mengalahkan orang kerja di pejabat. Tapi yang penting, kesibukkan ini membuatkan kita sentiasa 'hidup'. Betul tak?
Bayangkan kalau setiap hari kita bangun dengan hari yang kosong. Eh! Tak sanggup nak menghadapinya. Mengejar tua tanpa melakukan apa-apa?Itu bukan saya kerana hidup ini akan menjadi sangat membosankan jika kita hanya terdaya menanti bertukarnya siang dan malam. Dan mungkin bagi sesetengah orang tu, dek kerana terlalu banyak masa senggang, menyebabkan mereka sampaiboleh cam mana satu kedut baru atau kedut lama di muka. Hatta, uban yang memutih di kepala pun mereka sempat kira.
Tapi, saya percaya, kebanyakkan teman-teman blog di luar sana pun macam saya juga. Jangankan nak kira kedut kan muka. Nak sapu bedak pun, tak sempat bak beriya-iya. Biasanya mekap dalam kereta saja (sayalah tu -- habit sejak zaman kerja). Asal lampu merah jer, cepat-cepat capai bedak, pantis kening dan gincu. Semuanya dibuat sambil memandu. Tapi, walau pun buat ala kadar saja....tetap cun juga (bukan saya, tapi teman-teman yang muda belia ler)
Dan saya pula, walaupun sibuk tapi bukannya kerana kek dan kelas. Saya cuma ambil tempahan tahap 'manja-manja sahaja. Biasanya, sejak tiga tahun lalu, Ramadan sentiasa menjadi tempuh saya menikmati cuti dari berbaking sepuas-puasnya kerana selepas hari raya nanti, jadual saya akan kembali macam bulan bulan terdahulu, kerana ramai bakal pengantin yang sudah menempak kek untuk majlis merisik, bertunang, menikah dan bersanding.
Dan yang pentingnya, ada juga di antara customer saya yang sudah bercerai dan kali ini mereka order kek untuk majlis pertunangan kali kedua. Amboi! Senangnya komer dapat jodoh ya. Apapun, asalkan bahagia...sudahlah.
Jadi, akhir kalam, saya sertakan di sini beberapa gambar yang sempat dirakam sepanjang majlis berbuka puasa (maaf, saya menolak penggunaan perkataan 'iftar') bersama-sama teman dan saudara-mara.
Sampai jumpa lagi, selamat bersahur dan wassalam.

Ketam masak lemak cili api dengan nanas yang saya sediakan untuk berbuka puasa dengan keluarga kakak saya semalam.
Ini juga juadah yang saya sediakan semalam -- laksa, kari daging, roti jalan, kuah durian dan rendang ayam.



Gendang gendut tali kecapi
....kenyang perut, suka hati.
....kenyang perut, suka hati.




2 comments:
Salam Kak Jun,
Banyaknya makanan sedap.. makan ramai ramai plak tu.. jelesnya saya sebab makan sorang2..
Salam. Hai K'Jun.. moga sihat ye..
Mewahhh rezeki Ramadhan K'Jun..
Post a Comment