...rumah sunyi sepi sekarang ni. Saya hiburkan hati dengan fondant dan cupcake. Pagi ni ada order nak disiapkan, birthday kekasih hati. Saya mesti siapkan by 11 am. Tapi, sedang enak-enak layan perasaan sambil d en gar Sinar, tau tau kawan saya called.
"Kak Jun. Kita dah cerai."
Terkedu mendengar suara si Polan yang macam ceria saja. Takda bau sedih atau dukalara pun. Saya pulak yang terkejut lebih-lebih. Mujur tak terlepas rolling pin. Kalau tidak ada pulak ibu jari kaki yang bengkak.
"Macam mana boleh cerai?
"Cerai jer."
"Eh! Awak boleh cool jer ek?"
"Tak tahan dah kena maki dengan madu tu."
Hem memanglah letih! Bukan senang bermadu. Sorang pun kita dah panasaran, ini pulak dua serentak. Tambahan pulak madu-madu tu ngam, jadi masing-masing berpakat 'serang' jer 24/7.
"Macam mana awak? Boleh cope ke?"
Maksud saya bukan pasal hati dan perasaan. Maklumlah suami dulu jutawan. Kalau setakat Murano tu, utk pergi pasar je. BMW pun untuk ambik hantar anak sekolah je. Dia memang turun naik Cayenne, Ferrari and Fairlady. Tapi kalau dah cerai, mesti semua privillage ditarik balikkan? Laki-laki. TST.
Tapi, si Polan ni, soalan kita tadi tak bersambut. Sebaliknya dia ubah topik.
"Eh! Kak boleh tolong kita cari nama product utk skincare tak? Kita nak launch new line ni. ASAP."
Wah! Dah hangus pasal cerita cerai tadi. Dia cakap pasal business pulak. Bagus ya perempuan sekarang. Takda nak merayu merintih kat cik Suami. Status janda tu bukan lagi satu stigma yang ditakuti. Bukan lagi taboo...macam dulu-dulu tu, ada isteri yang sanggup telan saja sepak terajang suami, demi mengelakkan mereka dimahkotakan dengan gelaran MJ.
"Kita dapat business partner baru. Dia faham kita. Senanglah dengan dia. Sanggup hantar mee Bandung kat kita tengah-tengah malam. Bukan kita kempunan pun. Saja sebut-sebut jer....teringinnnnnn nak makan. Tau tau dah sampai depan muka pintu. Sanggup dia redah all the way from Ampang."
Kening saya mula berkerut. Dalam hati gerutu juga. 'Aii si Polan ni...kau tak faham-faham lagi ke? Laki-laki memang pandai mengayat...selagi belum dapat. Suruh ambil batu kat bulan untuk buat cincin tanda percintaan pun dia sanggup lunaskan. Tunggu sekejap lagi....bila dah kawin nanti.
Kita baru saja saja gurau, kata perut berkeroncong. Dia terus buat-buat lelap. Konon dah tidurlah tu. Atau lebih teruk lagi, mungkin dia kata macam ni...."Isy, larat tarik selimut udah ler. Asyik nak layan perut je. Nak besarkan badan."
Eh! Tak romantik langsung. Sah-sah masa dia kawin dengan kita dulu, badan kita ni dah memang tembun. And sah-sah kita ni kerja....ada gaji sendiri. Dan yang pentingnya, barang makan kat dapur tu kita yang sponsor semua. Lagi mau mengata ker?
Macam tu la lelaki (tapi kenyataan pahit ini tak termasuk cik Suami saya ya, dan juga cik Suami pembaca semua. Mereka adalah suami terpilih. Golingan Mithali). Saya sedap mengata ni ialah Suami yang Dikesali. Nun, lelaki-lelaki di jalanan tu...yang pandai menjeling pada yang berdahi licin.
Bercakap bab lelaki dan 'ayat-ayat cinta ni' teringat pulak satu kisah yang dah berkurun saya dengar.
Dimanjanya kita, macam kristal Bohemia. Dulu masa bercinta, or baru kawin seminggu, kalau kita tersadung batu, walaupun tak sakit manapun...tapi cik BF or cik Suami kita akan jerit kat batu macam la batu tu paham bahasa. Di renungnya batu tu macam nak terbelah dua.
Mulut tu, punyalah friendly, asyik tanya banyak kali....
"Sakit Yang? Sakit Yang?"
Sambil dia sepak batu tu, macam nak melayang sampai ke hujung dunia. Maklumlah tengah sayang.
Tapi, nanti kau. Bila dah 5 tahun kawin, kita belum tersepak batu, baru nak tersasar , tau apa kata cik Suami kita..."batu besar tu pun tak nampak. Buta ker?"
Sah-sah, memang kita tak nampak. Batu tu kecik besar kuku jer. Tajam pulak tu.
Itu belum apa-apa tu. Tunggu kalau dah 40 kawin...agaknya macam ni 'ayat ayat cintanya: "Jalan tu cuba tenguk sikit. Batu besar nesan tu pun tak nampak. Buat nesan awak kang nak?"
Sadiskan?
Tapi tak semua lelaki yang buta perut macam tu. Ada yang romantik giler. Pantang bini tenung batu jalan, cepat-cepat dia bawa jumpa Pak Habib atau uncle Poh (Kong) atau Uncle Wah (Chan).
Tapi, mungkin lelaki begitu sudah banyak yang pupus. Endangered species.
Apapun, kepada kawanku itu, yang baru bergelar MJ, tak tau nak ucapkan apa. Takziah atau tahniah.
Tapi yang pentingnya, model lawa macam awak, memang takkan bersawang. Ramai yang berebut. Lagi pulak sekarang ni, janda lagi laku berbanding anak dara. Tak kiralah yang takda anak, atau dah bersusun lima.
Jadi, yang anak dara tu, apa lagi...jangan berteleku dan menunggu bulan jatuh ke riba ya.
Kalau berkenan sesapa kat opis tu, hantar sekotak cupcake...dengan perisa yang sangat mengasyikkan....membuatkan si dia tak mungkin dapat melupakan si pengirimnya sampai bila-bila!
:-))
Sent via BlackBerry from Maxis
5 comments:
hi sis!!
hmm..tak tahu jugak tahniah atau takziah kat kawan sis tu...but life has to go on kan...lebih baik tak berpisah dari merana...
mintak2 saya tak jadi macam tu la...huhu..takut =_=!
Kak June..
Macam drama ler pulak ..tapi yang ni buat saya gelak ...
"Pantang bini tenung batu jalan, cepat-cepat dia bawa jumpa Pak Habib atau uncle Poh (Kong) atau Uncle Wah (Chan)"
Salam to Cahaya Kekasih:
Kita ucapkan saja apa yang sesuai...asalkan hati gembira.
Salam to Aishah
Ketawa tu terapi dan cuba usik-usik cik Suami dengan joke tu. Apapun...selamat menikmati hari minggu
tengah syok2 baca... tup tup last yg maha penting... kalau ada yang berkenan kat opis tu hantarlah sekotak cupcakes yang mengasyikan dan sukar dilupakan keenakannya... huhuh...
hehe salam perkenalan...
seronok baca coretan akak...
miza
Post a Comment