SEMALAM, sekitar waktu begini (7 am), saya baru selesai merias dua biji kek ini dan dok kelam kabut menyueun atur lighting untuk sesi fotografi pulak. Kalau pada hari biasa, saya hentam ambil sendiri saja. Tapi kalau hari cuti, saya tunggu cik Suami. Dia pakar photography jadi senang nak minta buat technique canggih sikit -- silhoutte ke, Depth of Field ....slow shutter speed ke....semua boleh. Kalau saya? Main set 'auto' sajalah. Walaupun dulu kat Uni, saya ada ambil subject Photography, tapi saya memang tak berapa nak rajin set lightings tu. Dah penat buat kek, jadi, tak larat dah nak pegang lens besar lemang tu. Asal gambar cantik dan clear, itu saja rukun penting yang saya kira. Kalau boleh saya lebih suka ambil gambar pada sebelah pagi, menggunakan pencahayaan semula jadi. Gambar nampak lebih 'mesra'.
Mujurlah dulu kat majalah, kita ramai kawan photographers, jadi senanglah dapat tips yang boleh diguna pakai untuk diamali sendiri. Sebenarnya ambil gambar makanan ni pun ada tatacaranya sebab kalau tersalah atur, makanan sedap nampak tak menyelerakan. Ada sesetengah tu, langsung tak tahu...apa jenis makanannya....macam m***** kucing pun ada.

Satu hal yang saya notice, kebanyakan kita suka sangat pakai flash apabila ambil gambar. Sebenarny, gambar tanpa lighting 'mee segera' ni tak berapa nak comel. Cuba ambil gambar dengan setting auto dan letak kek or makanan kita tu kat tepi tingkap or ruang yang ada cahaya semula jadi dari luar dan tenguk hasilnya.
Subject yang kita ambil tu akan tampak lebih menyerlah....sebab tak banyak pygmen warnanya yang 'lari'. Kalau nak tenguk gambar yang cantik-cantik, tenguk kat Photobucket atau FLICKR. Click kat topic 'still photo' atau food. Ada banyak cara penyusunan dan pencahayaan menawan. Insyaallah, ada sesuatu yang kita dapat kutip daripada 'kaki tembak' gambar ini.

:-))
Bab kamera, tak perlulah kita nak berabih beli DSLR yang canggih dengan lensa sebesar kaki budak tu. Pakai kamera handphone pun boleh dapat good impact. Betul tak? Pokok pangkalnya ialah 'kena gaya'.
Ok, enough about that, sebab saya pun bukanlah pakar. Saya nak kongsi hasil kerja saya semalam, sebelum berangkat ke Muar. KSepanjang minggu ni saya sempat menyiapkan beberapa set cupcakes, dan dua biji kek harijadi ni. Tapi, gambar cupcakes tu dalam memory card satu lagi pulak, jadi saya masukkan gambar kek Barney dan Mickey Mouse ini sahajalah dulu.
Kek Barney ni ditempah oleh Nany untuk anakandanya, Hannah yang nak sambut birthday yang ke-2 hari ni. Dalam emailnya, Nany describe dengan detail sekali, macam mana ropa kedudukan Barney dan kawannya...entah apa ke namanya. Oleh kerana saya nak buat 'lukisan' fantasy land kat sekeliling kek tu, maka saya bakar dua biji kek coklat 9" dan saya lapiskan dua. Barulahseronok mengadunnya lukisan fondant tu.
Lagipun, fondant kita buat sendiri. Kalau uli dua kilo tu, memang lebih dari cukup. Jadi kalau selesai dekorasi wajib, saya akan tokok tambah apa yang patut sebab selepas itu saya tak akan simpan lagi baki fondant yang berwarna itu. Saya mengkalung saja. Jadi buat apa nak berkira sangat kan?

Ini pula untuk Nurul, yang menempahnya untuk anakanda tercinta, Danial Haikal. Sebenarnya saya ralat sangat sebab tak dapat jumpa Nurul semalam sebab semasa menyambut harijadi Danial yang pertama dahulu pun Nurul menempah dari saya juga. Tak sangka cepat sungguh masa berlalu dan Danial dan besar dah. Dulu debab betul baby cute ini dan kata Nurul, sekarang pun Danial masil debab lagi. Aduh...saya memang tak boleh tenguk budak embam embam tau...saya rasa nak gigit pipi tu...nak uli satu badan macam fondant....gerammmmm!
Asalnya, Nurul minta figurine Mickey Mouse...tapi saya memang tak reti buat muka Mickey ni dalam bentuk 3D sebab saya takut nanti jadi muka lain pulak. Saya kata kat Nurul, kalau buat cara lain saya boleh....dan inilah hasilnya. Semua imejan ini saya 'lukis' dengan menggunakan fondant. Satu teknik yang sangat menyeronokkan. Jenuh saya dapat bereksperimen.
Saya harap Nurul dan Nany happy....nanti saya sambung lagi pasal cerita kek yang comel manis ini sebab semua anak dan anak sedara dah siap nak explore Muar dan Batu Pahat. Kami ada kenduri....sedap makan lontong kat Parit Maimon.
Akhir kalam, seperti biasa kalau salah eja ke, salah sebut je....abaikan dulu ya. Saya edit kemudian ya. Sampai jumpa lagi...wasalam
Akhir kalam, seperti biasa kalau salah eja ke, salah sebut je....abaikan dulu ya. Saya edit kemudian ya. Sampai jumpa lagi...wasalam
3 comments:
Salam Kak June,
Terima kasi sekali lagi. seperti yang diharapkan, kek haikal sangat cantik. not too crowded n not too simple.gambar kek yang di postkan di blog dari sudut laini-lain lagi menampakkan kek tu sangat outstanding.tak sabar nak suruh haikal potong kek hari nih.nanti nurul hantarkan gambar2 birthday ye.
thanks again!
p/s: memang dia lagi tembam.hehe
wahh akak ke jhr hari ni? take care...kek akak cantik spt selalu!
Salam,
Thanks Kak on the gorgeous cake although, sepatutnyer kek yang sy nak lain dari yg akak buat. HAHAHAHA..But trust me, I am not fussy people and plus, kek yang akak buat nih pon lawa..Alhamdulillah...majlis berjalan dgn lancar...thanks akak!
Post a Comment