Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Wednesday, February 24, 2010

Arina is 10

captions: Selamat Harijadi Arina Roslan.....papa, mama, Yaya, abang, Kasih...Reyes....emua sayang Nana. Muahx1000 x ganda 2

Salam semua

Lewat rembang tengah hari ini yang sangat menggigit kulit. ini, saya lebih rasa seronok melekap di dalam bengkel saya itu. Ya! Saya sibuk sikit dengan tempahan kek sebab ada yang nak bertunang dan bernikah + sambut birthday hujung minggu ini. Dan, kerana itu jugalah saya tidak sempat hendak update blog ini. Bukan itu saja, kek harijadi untuk anak ketiga saya, Arina Roslan itu pun tak sempat juga saya nak buat.


Yes, today is her birthday. Arina is 10. Macam biasa....ayat klise yang mesti kita cakap ialah "Eh! rasa macam baru semalam beranak. Hari ini dah besar dah". Rasanya sakit beranak pun masih kita boleh ingat. Apa lagi seksa ngerinya berpantang. Memangnya saya ni kalau pregnant tu ok sikit, tapi bab berpantang ni lemah sikit. Minta ampun banyak-banyak. Dan yang paling saya takut ialah masalah hendak menguruskan badan semula yang sudah pun tembun. Eh! Saya mesti kurus cepat-cepat...tak boleh tangguh lagi sebab tak lama lagi nak masuk pejabat...mesti serba glamour. Maklumlah nak pergi banyak sidang akhbar dan interview sana-sini. Belum lagi bab pi tenguk fashion show.


Jadi kalau tak muat semula baju yang ada...memang saya dukacita. Ibarat kalau pramugari tu...takut tak boleh terbang lagi. Oh! Tidak.


Yelah...sebelum mengandung berat cuma 55 kg, tapi selepas bersalin, masih ada 20 kg lemak berbaki. Tak sakit jiwa kita dibuatnya? Dan kala itu, mulalah episod saya berdiet macam nak gila...tak sentuh nasi pun...kecuali ratah lauk saja. Jadi catwoman....makan ikan sesaja. Daging, benda berlemak...yang manis....semua tinggal kenangan. Kalau masih belum kurus juga, saya mulalah pakai korset.


Ingat tak dulu ada set pelangsing jenama CRONY?Habis RM3 K saya membelinya. Janji mesti kurus. Walaupun set ini bermakna akan menyusahkan saya ke tandas...saya tetap tabahkan hati. Kalau sesiapa pernah tenguk macam mana ropa corset ni...faham ler maksud saya.


Dan, satu hal paling karut yang pernah saya buat ialah makan jamu kurus. Walapun sebelum ni saya memang anti semua jenis ubat atau herba + jamu kurus ni, tapi at 33 metabolic pun dah slow...maka kita perlu bantuan asing untuk pecah lemak (konon!). Taknak ler saya sebut nama penuh jenama jamu N*** ***** ni. Nanti kena saman pulak. Tapi kesannya sangat dahsyat...tali perut macam dipulas-pulas dan kita akan berlari ke tandas kalau desakannya sudah tiba. Tak boleh tangguh seminit pun atau kita terpaksa buang dalam seluar katok saja.... LOL!


Saya rasa kalau nak bagi atlit kita menang kat balapan Sukan Sea or Olimpik, sebelum depa lari 100 meter ke, 200 meter ke, bagi makan jamu N*** ***** ni. Saya jamin....semua peserta lain akan jauh ketinggalan sebab desakan nak terbe*** tu sangat teruk. Apa yang ada di depan mata pun habis dilanggarnya sebab nak berebut ke tandas.


Dek kerana dahsyatnya penangan jamu yang direkomenkan oleh kawan saya ini, saya cuma ambil 2 minggu saja. Selepas tu saya kembali dengan cara tradisi saya yang kuno itu....tak makan nasi dan tak minum yang manis-manis. Tapi sayangnya, kesan jangka panjang jamu itu sudah pun melekat dalam perut saya. Semasa saya operate hempedu lewat Januari lalu, doktor ada masukkan teropong dalam perut saya dan katanya dinding usus (betul ke usus or ada nama lain) sudah kemerah-merahan. Patut ler saya kena gastrik teruk sangat. Jadi sia-sia saya beriya-iya berpantang 44 hari masa lepas beranak Arina (and Kasih), sebab apabila dah matang macam ni, badan tetap tak berapa nak ok 100%...adoi! Itulah akibatnya, sebab taksub nak kurus sangat. Apapun, saya happy juga sebab puas dapat melaram gaya yang sangat rencam, sangat over dan sangat dramatik masa kerja dulu....demi fashion!


Jadi akhir kalam...mama nak ucap selamat harijadi kat Nana yang sangat disayangi. Nanti Sunday ni kita buat party ok. Dan buat semua wanita di luar sana...jangan siksa diri kerana nak cantik.

*wink wink*

Wasalam...

..............kek ku sudah memanggil.





Captions: Kenangan saya & Arina 2003


4 comments:

eLiza said...

memang cepat masa berlalu kan sis?

Anyway, Happy birthday to your dotter, Arina...

Semoga panjang umur & murah rezeki :-)

Sari Yusa Ibrahim said...

happy birthday, Arina.. wah.. dah tahun 4, lagi 2 thn nak UPSR.. smoga pnjg umur & dilimpahkan rzki yang melimpah ruah, kesihatan yg baik & kebijaksanaan yg tnggi srta bjaya dlm hidup ya... Aminn...

cupcakekasih said...

Eliza dan sari, thanks a lot for the wish. Memang cepat masa berlalu, tambahan lagi kalau kita ni busy dgn macam2 hal. Setiap kali anak tiup lilin harijadi, kita pun kira umur sendiri...dah tua dah. Hem!

Ena Mazly said...

happy birthday arina...