Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Wednesday, January 20, 2010

Panasaran...di Jimbaran


SALAM semua,


SEMINGGU terasa terlalu lama sekali...hari ini dapat juga saya menjenguk blog kesayangan ini.Terima kasih kepada pembaca yang sudi mengirimkan doa menerusi email, sms dan chat box. Dngan izin Allah, saya sudah sihat sejahtera. Sebenarnya, tak ada yang hendak dirungutkan sangat pun sebab sakit tu saya anggap kecil saja. Alah, cuma dua ketul batu dari hempedu (sebesar siling 10 sen sahaja) yang perlu dibuang, bersama-sama hempedunya sekali. Sakit memanglah sakit, akan tetapi apabila berlalu kejadian begini, saya sering meneduhkan rawan di hati saya ini dengan mengingati keadaan orang lain yang mungkin lebih parah lagi kita. Dan, paling tidak boleh saya lupai ialah nasib arwah ayah, yang menderita barah. Kesakitannya pasti lebih berganda-ganda. Jadi, apa yang saya hidapi ini ibarat ngilu di hujung kuku saja.



Jadi lebih baik kita tinggalkan dulu episod kelabu itu dan saya update blog saya ini dengan cerita yang lebih menggembirakan. Kebetulan saya dah save gambar semasa di Bali tempuh hari, jadi saya nak kongsi kenangan manis kami sekeluarga tatkala bersantai di sana awal Januari lalu. Itu adalah antara minggu yang sangat menyeronokkan bagi kami sekeluarga dan walaupun kala itu saya sudah tahu mengenai minor surgery yang perlu saya lakukan apabila balik nanti, saya buat tak reti sahaja. Saya mahu bersukaria dengan keluarga dulu.



Dan lebih penting lagi, kami sengaja booked date 12 Januari, sebab Alia mahu sambut harijadinya yang ke-18 di tepi pantai. Ralatnya cuma tak ada kek sahaja.




Thanks to Cik Suami for all these beautiful pictures. Cantik tak collage yang saya buat ini. Sungguh indah pemandangan mentari terbenam di persisir pantai Jimbaran yang berpasir putih halus itu. Baru saya faham kenapa mendiang Lady Diana dahulu suka ke Bali. Allah menganugerahkan bumi ini dengan landscape yang cantik...dari hujung pantai -- hingga ke tengah pendalaman.




Lebih enak lagi apabila dapat menjamu selera di gigi pantai ini sambil melihat suria jatuh. Kalau ada di kalangan pembaca yang ingin berbulan madu, rasa-rasanya di sini paling manis untuk mengulangi sekali lafaz cinta mu. Wah! Saat matahari hampir menyembunyikan wajah, ramailah Mat Salih yang berlaga bibir sambil kawan-kawan klik gambar mereka.





Saya dan anak-anak?Ah! Kita makan sajalah. Di sepanjang pantai Jimbaran tu memang ada banyak restoran seafood yang piawaiannya memang memuaskan hati...jadi pilih saja mana yang berkenan. Lihatlah betapa anggunnya udang kara yang bakal menjadi hidangan ini? Rasa terliur pulak nak menjamahnya sekali lagi. Sayangnya saya kena ubah diet untuk next 30 days. Kalau tidak bentan pulak. Dan mungkin berkat operasi ini, hajat saya hendak kecilkan sedikit ukur lilit pinggang akan terlaksa juga ya! LOL








Ini pula sipenjual jaggung yang sangat 'ganteng' dan 'cakep' sekali. kalau di Malaya, dia pasti sudah boleh masuk AF atau jadi model. Nak berlakon pun ok. Dan jagungnya juga enak banget. Tak tahulah sebab dibias suasana pantai yang damaikah? Atau sebab kami dalam mood holiday? Jadi jagung bakar bersira butter dan madu ini enaknya bukan main berganda-ganda.









captions:Tenguklah tu, gaya Arina, macam tak pernah makan jagung. Kasih pun sama :-))






Memang nasib kami sangat baik petang itu sebab secara umumnya, cuaca di Bali sangat tidak menentu. Sekejap hujan, sekejap tidak. Adakala lebat, kadang-kadang renyai sahaja. Alhamdulillah, petang itu semua ok sahaja dan kami dapat menikmati senja terindah dan pasti tidak akan dilupai sampai bila-bila pun. Suka hati saya melihat Ariana dan Kasih yang tak mau duduk diam...berlari saja sepanjang pantai yang memang penuh dengan pelancung orang putih saja.







Cantikkan? Jingga mentari masih meyala, di sebalik awan hitam dan laut yang berbalam-balam. Simbahan warna keemasan ini sangat mengasyikkan, membuatkan saya terasa bagai mahu menggarap sebuah novel cinta pada saat itu juga. Kalaulah saya ini ada emas penuh segudang, akan saya sewa sebuah villa di Jimbaran, dan saya akan tatap indahnya perjalanan mentari -- menjelang malam dan kala bangkitnya pagi...dan pastilah ayat-ayat cinta saya akan terkait indah...mengalahkan Ebiet G Adi.


...tapi itu cuma angan-angan saja. Realitinya? Sekarang komer kat dalam hospital sedang menaip entry ini :-((





Captions: Tiga anak dara saya....berdiri menghadap laut...meminjam hembusan bayu petang yang mendamaikan sambil melihat mutiara langit terbenam di hujung langit.









captions: Kebetulan pula, apabila kami booked meja, diberikan yang bernombor 18. Happy Birthday Alia. Masa mama sambut birthday yang ke-18 tu....sorang diri saja tau. Kek tak ada...boyfriend pun entah ke mana. You are very lucky...and you deserved it. Anak yang baik...setiap kali mama kena warded, dia la yang menjaganya!


Akhir kalam,


Semoga kenangan manis yang pernah kita lalui akan menjadi penawar kala kita menghadapi saat kelabu. Terimakasih sekali kepada semua pembaca dan kaum keluarga saya, mentua dan ipar, teman-teman FB dan sesiapa juga yang mengenali saya.




Cupcakes tetap di hati...rindu oven dan mixer tetap abadi.



Salam manis


Jun, cupcakekasih


SJMC, Subang Jaya



3 comments:

Fazidah said...

Jun, saya doakan semoga cepat semboh....

boxhousestudio said...

boxhousestudio...Assalamualaikum June...lama dah tak kemari...bila kemari dengarnya masuk sjmc...aduhai....saya tahu June orang yang tabah...dan moga ketabahan itu terpalit kepada diri saya...apa pun di doakan semoga kecemerlangan kesihatan milik mu...amin amin amin ....rindu la...

Sari Yusa Ibrahim said...

Rindunya dengan suasana di Bali, memang bisa penasaran ya, Kak Jun. Molek2 saja kan di sana semua kerusi disusun mengadap pantai.. Lain kali kalu sy juga ada emas segedung, mahu juga mengajak Kak Jun dan Oeya, kita sama2 nikmati udang kara.. hahaha.. entah bilalah masanya.
Sampai skrg masih terasa manisnya jagung, butirnya besar2, sbb tulah Arina beriya2 mcm tak pnah mkn jagung, hihi. Lepas tu, rebut2 lagi, tak henti petik punat kamera ambil gmbr sunset katanya.. Baru ni, menyusuri Pantai Lido, ada sunset, encik suami kata, tu sunset.. tak mau ambik gambar??? hahaha.. sabo ajelah.. mcm tulah kita, hujan emas di negeri org, hujan batu di ngeri sndiri.. tapi enaknya di Bali, mmg jadi kenangan shingga hari ini.. Wassalam, Kak Jun yg manis.