Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Sunday, January 31, 2010

"Puteri Farah & Shikin"

Assalamualaikum semua dan selamat menghadapi bulan baru dan minggu baru -- 1 Februari 2010. Sekejap saja sebulan berlalu meninggalkan kita dan bagi saya, Januari adalah bulan penuh cerita. Minggu pertama, saya sibuk dengan anak bongsu, Nur Kasih yang sudah pun masuk ke darjah satu dan minggu ke-2, kami sekeluarga bersuka ria di Bali, minggu ke-tiga...he he he apa lagi kalau bukan cerita saya di operasi kerana masalah batu karang dalam hempedu. Saya dioperate pada 20hb Januari (lebih kurang dua jam) dan discharge pada 23hb Januari dan pada 27hb Januari saya sudah buka jahitan di perut. Balik saja dari hospital, saya terus siapkan kek fondant untuk Farah Wahida yang mengidamkan kek bertema trafiic light.


Menjelang Jumaat, saya bertemu janji pula dengan Farah dan Shikin yang berhajat untuk mempelajari seni tatarias kek Puteri pula (...dan Sabtu kelas yang dekorasi cupcakes yang mendapat sambutan yang sangat hangat....! Terima kasih semua).






Berbalik cerita kelas merias kek Puteri ini, kalau semua masih mengingati dua wajah manis ini - Shikin, berbaju gelap dan Farah di sebelahnya itu, sebenarnya pernah datang ke rumah saya pada April 2009 lalu untuk mempelajari dekorasi asas cupcakes. Dan kali ini kedua-dua teman sekerja ini datang dengan harta mahu merias kek yang sememangnya mendapat permintaan paling tinggi permintaan di pasaran ini.



Awalnya, Farah yang email meminta tarikh yangs esuai. Dan selain Farah, banyak lagi email yang untuk kelas bunga gum paste, figurine selain kelas yang memang sudah popular iaitu -- dekorasi kek pengantin dan cupcakes. Dan kerana itu juga apabila saya rasa sudah kebah, maka hajat mahu menyepahkan dapur dengan projek baking tidak boleh saya tangguh. Saya rasa badan lebih lemah dan sakit kalau dok terbaring saja. Dah memang ditakdirkan kita ini dilahirkan sebagai working woman...jadi nak jadi 'tai-tai' sepenuh masa tak boleh. Resah gelisah jer melihat dapur bersih. Rasa macam kitalah perempuan paling tak produktif.



Jadi kerana itulah saya kembali membuka pintu 'kedai Cupcakekasih' lebih awal dari jangkaannya. Malas nak MC lelama. Dan Jumaat lepas, hari saya penuh terisi dengan membantu Shikin dan Farah dengan kerja-kerja mengukur dan memotong skirt kembang serta ropol dan renda untuk kek Princess mereka.






Memang ralit dibuatnya dan kerana itulah agaknya Farah dan Shikin ni tak teringat nak berhenti untuk lunch. Jalan terus sampai petang. "Tapi jangan buat selalu ya dek Non sebab kak Jun dulu pun memang ratu Diet dan skip meal. Hati ni rasa guilty saja kalau makan nasi (atau makan banyak) sebab takut tak muat nak sarung baju size S. Nanti tak glamour pulak kalau nak attend fashion show atau interview selebriti. Kesudahannya? Sekarang ni terpaksa menanggung pedih ulu hati + gastrik tahap melampau."




Apapun, kelas Jumaat tu berakhir seperti dirancangkan dan puas hati saya sebab Farah dan Shikin tersenyum gembira aja. Antara hal pentung yang saya ajar untuk kelas ini ialah cara menyediakan kek sesuai untuk dijadikan gaun kembang tuan Puteri itu. Bukan pakai acuan biasa yang dijual di kedai ternama itu ya. Ini teknik yang dicipta sendiri sebab saya suka teknik memaksimumkan kreativiti.




Selepas kek Princess siap dibalut fondant, baru kita cerita bab senirias bajunya pula. Macam mana nak buat ropolnya, reben, renda, serta bunga-bunga untuk taman inderaloka. Memang cekaplah Farah dan Shikin ni...sebab selama ni depa dah memang pandai merias cupcakes.




Ada yang bertanya susah atau senang buat senirias kek novelty ini. Jawapan saya mudah saja -- bergantung minat dan kreativiti. Tapi kalau 'zero knowledge' dalam bab dekorasi...elok ambil kelas senirias paling asas dahulu. Biar lembut dulu tangan. Cuba dulu...baru kita tahu. Dan selepas itu kalau nak pergi kelas yang menelan belanja beribu-ribu itu...silakan, sebab kita sudah tahu hala tuju minat serta perancangan masa depan kita. Inilah satu-satunya minat yang boleh dijadikan kerjaya yang menyeronokkan (menguntungkan).




Akhir kalam, terima kasih kepada Farah dan Shikin kerana sudi belajar (lagi) dengan kak Jun dan kalau panjang umur, kita bertemu lagi di lain siaran ya :-)) Dan kepada pembca dan peminat dunia baking yang berminat untuk menyertai kelas dekorasi Cupcakekasih, sila layangkan email ke alamat berikut ya:




email: cupcakekasih@yahoo.com
HP : 017-2840900
YM : id - kasihroslan@yahoo.com

Dan, selamat harijadi diucapkan kepada Cahaya Kekasih!.

4 comments:

Anonymous said...

Whats up all, I just signed up on this splendid community and wanted to say howdy! Have a good day!

Anonymous said...

Shahid Kapoor and Priyanka Chorpa first time worked together in Vishal Bhardwaj’s Kaminey movie. In the film ‘Kamine’ Shahid Kapoor and Priyanka Chopra shotted a lip lock related scene. For this scene firstly Priyanka have refused but lately she agreed on director Bharddhaj’s saying.
This scene completed after taking 5 retake shots. Now you see on the screen that how looks like their chemistry. Check put below given Shahid Kapoor Priyanka Chopra lip locked exclusive video clip.

[url=http://www.bollywood-latest.com/2010/04/shahid-kapoor-priyanka-chopra-sexy-lip-lock-kissing-video/]Shahid Kapoor Priyanka Chopra Sexy Lip Lock Kissing video[/url]

[url=http://www.bollywood-latest.com/]Bollywood Blog[/url]

[url=http://www.bollywood-latest.com/]Bollywood News[/url]

Anonymous said...

[url=http://grou.ps/reductil] Buy reductil online
http://grou.ps/reductil
Buy reductil online

Anonymous said...

Make the animal with two backs casinos? check this untested [url=http://www.realcazinoz.com]online casino[/url] drive and take up online casino games like slots, blackjack, roulette, baccarat and more at www.realcazinoz.com .
you can also scrutinize our untrained [url=http://freecasinogames2010.webs.com]casino[/url] manage at http://freecasinogames2010.webs.com and draw true to life compressed cash !
another modern [url=http://www.ttittancasino.com]casino spiele[/url] locate is www.ttittancasino.com , for german gamblers, pen in manumitted online casino bonus.