ALHAMDULILLAH, seperti dirancangkan, akhirnya aktiviti Sabtu saya berjaya juga dilunasi dengan jayanya. Jadi, hilanglah sudah segala 'gatal' tangan dan kempunan saya. Maklumlah, sejak tiga, empat minggu lepas, saya sengaja mengosongkan jadual kelas dekorasi sebab ada banyak hal berbangkit. Jadi semalam, saya sambut lima peserta kelas dekorasi batch pertama 2010 iaitu Eriarose, Carol, Hanim, Zulina dan Atirah.
Makanya, hari ini berkobar-kobarlah saya hendak membuat laporan selari dengan penuh santainya. Lagipun, nak tenguk TV ta ada cerita merepek jer. Melodi sibuk gossip tak habis-habis. Cerita artis buat hidung pun nak dijadikan isu ker? Itu cerita basi ler. Dulu saya pernah tulis pasal pompuan yang sanggup menderita dan tergamak syirik untuk cantik
Ada ketagih sedut lemak, mandi bunga, pakai susuk dan paling top ialah kaedah plastic surgery. Tak payah pergi jauh, kat hospital berhampiran bulatan jalan Pahang tu ada pakarnya. Saya dah interview Dr A (si hidung belang), dan dia dengan penuh rela menunjukkan gambar artis (local atau dari luar?) buat muka kat situ. "Awak nak hidung tinggi mana, Jun?" Ada macam-macam harga....RM300 ada, RM800 ada, RM1200..semua ada. Tanya poket tu, mampu yang mana satu?
Dan bila keluar cerita tu kat majalah, ada juga kengkawan artis (tanpa berselindung) minta alamat doktor tu kat saya...dan dua bulan kemudian....tara..! Muka pun berubah cun. Jadi apa nak heran. Kalau saya banyak duit pun saya nak buat juga serba sikit. Nak tarik kening saya ni bagi melentik macam taji ayam. Lepas tu tarik kulit kat dahi dengan pipi bagi tegang. Ok apa!? !
Doktor A kata, "...kalau awak buat saya bagi diskaun, tapi awak kena rekomen saya kat selebriti. Biar depa operate dengan saya saja! Wah! Macam beli ayam kat pasar pulak ye....boleh tawar menawar. "
Walaupun mencebik, tapi dalam hati tu, menggedik juga teringin. Kalau buat untuk suami boleh kan? Kan? Saya dah interview dah uztaz Abdullah (dia pun dah arawah dah). Katanya, boleh. Jadi saya akan paksa cik Suami supaya restu saya. Tapi...dek kerana nak cucuk untuk ambil darah pun saya takut, inikan pula nak serah diri, disiang disiat macam ikan cencaru. Eh! Tak kuasa ler teman. Cakap kosong jer ni. Jadi kita abaikan saja hal yang tak berpekdah tu....dan kembali ke topik asal hari ini, iaitu cerita pasal kelas cupcake (p/s: ...memang saya ni mudah melalut ke laut tau...banyak sangat cerita berbingkai...AB Fana dengan Ina tau sangat ler hal ni :-))

Berbalik cerita kelas semalam (16 Januari 2010) , saya perkenalkan pesertanya, Eriarose...orang Sabah. Berkobar-kobar dia nak belajar deko cupcakes. Katanya, nak conquer Sabah! Orait Eria...bagus tu...Sabah boleh bah!

Ini pula kawan Eria, Carol...yang panik sokmo sebab dia betul-betul tak tau bab dekorasi cupcakes ni. Makan tau ler. Hah! Ini sama kes macam saya dulu jugalah. ni Apa pun saya tak tau. Tapi...menariknya mengenai Carol, selepas buat 12 jenis dekorasi dia excited sangat, tak sabar nak eksperimen sendiri di rumah. Mesti lepas ni produk Carol lebih meletup, sebab dia ni pakar kek lapis Sarawak.
p/s: Hem...bila saya nak ringankan kaki tangan, belajar buat kek lapis pulak. Suka sangat makan kek tu.

Atirah pula sama minat baking dengan mamanya. Jadi, untuk kelas ni, mama Atirah, Munirah, membenarkan dia menghabiskan masa lebih lapan jam dalam bengkel dekorasi saya. SPM hujung tahun ni lain cerita ya. Tak rugi belajar benda ni sebab mengasah kemahiran ini banyak faedahnya sebab sebab pompuan walaupun berjawatan setinggi mana sekalipun, akhirnya akan ke dapur juga. Banyak contoh depan mata. Dan bukannya buruk sangat pun menjadi orang dapur. Cuba tenguk Anna from Sugar AFC dan Nigelia tu. Bagai dewi di dapur...Kitchen Goddess. Walaupun ada Ph.D, tapi kalau hati lebih kepada anak dan rumah, kemahiran berkraf dan berbaking inilah yang menjadi penyelamat! Betul tak Atirah!

Dan ini pula Zalina, seorang yang kuat semangat ni sebab semua benda dia nak try. Maklumlah engineer. Kelas mekap dah pergi, kelas menjahit manik pun dia dah cuba...jual tudung. pun ligat juga. Kali ini dia nak merasa susah senang membuat dekorasi cupcakes pula. Inilah engineer berkalibar namanya.
Kata Zalina, fitrah kerjanya tu sangat membebankan...asyik melangut kat site saja. Jadi, bila ada kesempatan, dia akan merayau-rayau ke alam maya, mencari blog yang berkenan di hati. Hanya itu saja penawar kebosanan. Jadi, apabila terjumpa blog saya, dia terus terminat dan terus hantar email. Hem, kalau ada 10% saja dari beratus-ribu engineer kat luar sana tu macam Zalina ni...meriah hidup saya..he he. Kata Zalina, kawan-kawan ofis semua bagi big question mark kat dia, apabila depa dapat tahu yang dia nak bertandang ke rumah saya.
Betul ke Zalina?
Jadi, besok, mesti semua terbeliak kan?

Hanim pun kata dia zero knowledge...jadi mau belajar semuanya. Walaupun sibuk dengan kerja di kantor, tapi hobi mesti dicari...bagi mengelakkan hidup kita ni menjadi stagnant. Agaknya hari ini semua sedang sibuk di dapur, mencuba skill baru kan?
Inilah hasil kerjatangan adindaku. Ada 12 designs dan semuanya cantik dan kemas-kemas belaka. Kalau tak buat sendiri, mana kita nak tahu sama ada kita ni berbakat atau tidak? Saya sediakan bermcam-macam tema sesuai untuk occasion paling penting dan selalu diraikan seperti untuk hantaran pertunangan & nikah kahwin, untuk harijadi, little girl's birthday, baby shower, cukur jambul, aqiqah dan yang sewaktu dengannya dan...untuk fashionista. Semua menggunakan homemade fondant. Resepinya saya bagi...(tapi ni belum email lagi ni. kat peserta semua). Fondant buat sendiri ini dijamin murah dan halal, berbanding fondant segera tu...yang mahal berdentum, kalau nak buat bisnis, berapa ringgit nak caj customers?
Kata Zalina, fitrah kerjanya tu sangat membebankan...asyik melangut kat site saja. Jadi, bila ada kesempatan, dia akan merayau-rayau ke alam maya, mencari blog yang berkenan di hati. Hanya itu saja penawar kebosanan. Jadi, apabila terjumpa blog saya, dia terus terminat dan terus hantar email. Hem, kalau ada 10% saja dari beratus-ribu engineer kat luar sana tu macam Zalina ni...meriah hidup saya..he he. Kata Zalina, kawan-kawan ofis semua bagi big question mark kat dia, apabila depa dapat tahu yang dia nak bertandang ke rumah saya.
Betul ke Zalina?
Jadi, besok, mesti semua terbeliak kan?

Hanim pun kata dia zero knowledge...jadi mau belajar semuanya. Walaupun sibuk dengan kerja di kantor, tapi hobi mesti dicari...bagi mengelakkan hidup kita ni menjadi stagnant. Agaknya hari ini semua sedang sibuk di dapur, mencuba skill baru kan?
Jadi, akhir kalam, mari saya ulang tayang sekali lagi gambar peserta terawal untuk 2010...iaitu...Zalina.
Kawan baik Eria, Carol.
...dan hasil karya mereka. Sampai jumpa lagi, enjoy your Sunday.
XOXO
Jun, Subang Jaya
2 comments:
hi akak!!!!
heheh...
sayangnya nak makan, klu dah cantik - cantik sgt mcm yg u buat...hmmm tp telan air liur gak ni
Post a Comment