Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Thursday, December 31, 2009

WALIMATUL URUS CHEF WAN & 50 CC GOLF



SEPATUTNYA malam ini saya sedang bersukaria dengan kawan saya, Aida Osman (editor majalah GLAM DEKO) di majlis berinai kecil anak dara tunggal Chef Wan. Serina. Lihatlah kad jemputan yang saya sertakan ini....dikirim Chef Wan ke rumah saya beberapa hari lepas. Sebelum itu dia sms dahulu, tanya saya sudi tak ke majlis bersejaran anak daranya itu dan sudah tentu saya mengatakan 'ya'. Maka PA Chef Wan sendiri, Roslan, menghantar kad jemputan itu sendiri sampai ke depan pintu pagar rumah saya.


Tapi sayang 1000 kali sayang, dek kerana saya tiba-tiba diserang demam kerana tonsil bengkak dan gastrik yang tiba-tiba menggangu sejahtera, akhirnya saya decided untuk istirahat saja dan menyuruh anak dara saya, Alia mewakili saya ke majlis itu. Insyaallah, malam esok kalau dah sihat, saya akan pergi ke majlis berinai besar pula. Mengikut aturcara majlis, malam ini, Serina akan berinai keci di hotel JW Marriot, malam esok berinai besar di Tapas dan majlis persandingan pula berlangsung pada hari Sabtu, 2hb Januari 2010, di The Royale Chulan.




Kesian saya...sudah siap beli baju di Butik Qamillia kat SACC Mall siang tadi. Warnanya ala-ala matching juga dengan kad jemputan Chef Wan :-)) Tapi sebab saya tahu demam saya ni bukan betul-betul kebah, jadi saya sudah bagi tahu Aida, kalau saya tak pergi, Alia boleh menjadi pengganti. Maklumlah, Alia tu nak jadi journalist macam saya juga....jadi saja say alatih dia pergi majlis macam ni. Nanti tidak ler dia kekok!


Berbalik hal Chef Wan....pernah satu masa dahulu, sewaktu cerita saya dah ceburi bidang baking ini sampai ke telinganya -- dia segera sms saya:



"aku dengar kau dah jadi tokeh kek besar ya?"


Saya terkedu. Alamak, macam mana dia boleh tahu. Maklumlah...sepanjang mengenali Chef Wan, dia tidak tahu yang saya ini pun suka buat kek juga. Dia cuma kenal saya sebagai beauty writer....bukannya food writer. Kenapa aleh-aleh sekarang boleh menjadi cake decorator pula. Dan saya pun tersegan juga, puas cuba tepis...tak mau mengaku. Tapi Chef Wan tetap mengusik saya dan akhirnya saya mengaku....dia kata..."I'm happy for you Jun." Kalau you nak resepi....bagi tahu I tau!


Dah tentu saya happy mendengar kata-kata Chef Wan. Masih sudi motivasi saya.....! Apalah sangat kita ini kan? Tapi dia masih sudi nak sms dan mengucapkan selamat maju jaya kat kita. Motivasi macam ini sudah cukup membuatkan kita bersemangat. Betul tak?


Kepada Chef Wan, selamat menerima menantu...dan kepada Serina yang aunty Jun kenal sejak berumur 9 tahun itu....Selamat pengantin baru. Semoga kekal sepanjang hayat dan bercinta bahagia sampai ke hujung nyawa.




SELAMAT HARI JADI DARLING TERSAYANG....!



OK, ini pula adalah cupcakes bertema golf yang ditempah oleh Izan, untuk suami tercinta. Ada 50 biji semuanya. Kebetulan Izan tempah di saat saya masih lagi belum mula kelas atau busy dengan tempahan. Jadi, walaupun order ini agak last minutes, saya terima juga sebab memang dah lama tak buat tema golf. Enjoy juga mengadunnya.




Biasanya kalau dekorasi macam ini saya akan siapkan toppersnya sehari lebih awal. Saya buat figurine orang, burung dan juga golf bag + buggy. Sebahagian perhiasan ini menggunakan fondant dan sesetengahnya menggunakan gum paste.





Petang tadi Izan ambil cupcakes dan sebelum maghrib berlabuh (dan ketika itu saya sedang menggigil kesejukan -- maklumlah demam sudah attack urat saraf) saya terima sms daripada Izan. "Salam...kak Jun, sian akak smpi dmm nk siapkan izan nyer cc.. cantik cup cake kak jun...izan suka. Hb n ank x tgk lg..Anyway, thanx a lot n Hepy NeW YeAr. jgn lupe mkn ubat."



....dan saya pun terus rasa lebih sihat lagi! Inilah kegembiraan yang sebenar .... di hujung bagi setiap kepenatan -- apabila kerja kita dihargai orang yang baik hati seperti Izan. Saya berasa sangat bertuah kerana semua yang pernah menempah dengan saya rajin mengirimkan sms atau email bagi menyatakan kegembiraan mereka dengan hasil karya saya. Complimentary begini akan membuatkan saya menjadi lebih bersemangat. Isyaallah...semoga kedatangan tahun 2010 ini akan membawa labih banyak cerita bahagia untuk kita semua.

Dan di akhir kalam untuk tahun 2009 ini, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada:


Cahaya Kekasih, NZ dan WAF, Aliaa yang akan ke Manchester tak lama lagi, Fazidah Asilah 3E, Kak Pah JB, Zarin, Nina Seafrost, Mamachak Shaz, Yati Zaini,Chek Mek Zue, Shina Coloured Sugar, Marina di Doha, Zety Zarina, chef Asma, Mamazieza, Chef Anuar, Amy di German, Aimy di Kuwait, Umi Azrini di Bahrain, Intan Camar Yang Pulang di Perth, Mat Gebu, Rinn Chan, dan....



semua teman-teman bloggers yang sangat saya hormati. Walaupun tak sempat sebut nama...tapi semuanya melekat kuat di hati saya....

XOXO

Amin

Tuesday, December 29, 2009

Apakhabar Yati Zaini?(+ Catatan Menjelang 2010)

JAM terus berdetik dan masa pun terus bergerak ke hadapan, menuju tahun baru 2010 yang saya nantikan dengan penuh harapan. Seronok mengingat rancangan untuk tahun baru yang sudah saya corat-coretkan sejak beberapa bulan lalu, dan hajat untuk melaksanakannya semakin kuat sejak beberapa minggu ini.

captions: Set bunga ini saya panggil 'Spring in December', ditempah Encik Rozman untuk majlis merisik. Jarang saya menerima tempahan bertema oren putih. Cantik berseri-seri pula bila disusun dalam kotak hantaran tu dan diikat dengan reben organza oren keemasan.


Insyaallah, kalau panjang umur, pada penghujung tahun 2010 nanti, saya mahu senaraikan semua angan + impian yang saya coret itu dan mahu lihat adakah saya mampu melunasinya mengikut spesifikasi yang saya hajati. Kalau tak 100% -- sipi-sipi pun jadi ler.


Ok, nak melankoli sikit ni....menoleh ke tahun 2008 -- kala itu saya cuma berhajat mahu belajar dekorasi cupcakes dan alhamdulillah...saya dapat lebih daripada yang saya impi-impi. Pada penghujung 2008 pula, saya mula berkira-kira mahu buka kelas dekorasi dan sekali lagi, hajat saya itu dapat dilunasi. Alhamdulillah.


Jadi, saya harap impian 2010 nanti tidak nampak seperti terlalu meminta-minta pula dan Allah akan mengabulkannya. Amin.


Terlanjur bercerita hal ini, saya juga ingin memberikan beberapa jawapan kepada beberapa pertanyaan teman-teman siber menerusi email. Dan antara soalan paling popular sepanjang tahun ini ialah:

"Mahalkah nak belajar dekorasi (cupcakes) ni?"


Jawapan saya mudah saja -- mahal atau murah tu sebenarnya bergantung pada penilaian diri kita sendiri. Berapakah nilai yang kita kata mahal itu dan berapa pula harganya dikatakan murah. Kalau RM100 dikatakan mahal, jadi mahal ler dia tapi kalau RM1000 dikira ok, sesuai la tu. Bagi saya, kalau mahu belajar itu mesti ada 'pengerasnya' supaya ia lebih berkat.


Selain itu, perlu juga tanya diri kita sendiri -- mahu belajar dekorasi/atau baking itu kerana mahu berniaga atau sekadar hobi/suka-suka sahaja?


Jika jawapannya yang pertama itu -- sudah semestinya kita perlu belajar baaaaanyak perkara sebelum kita boleh benar-benar faham dan mahir dengan kerja/kendalian kita itu. Dan kita proses pembelajarannya pula berterusan.


Tapi kalau setakat suka-suka sahaja, tak payah ambil kelas pun tak apa. Atau pun belajar sekali sahaja -- perkara yang paling asas sekali, sudah dikira memadai.




Kelas pun banyak -- ada yang kecil dan yang besar. Berjenama atau yang tak ada nama. Tepuk dada tanya selera, nak yang mana satu. Kalau budget besar, daftar saja dikelas yang serba lengkap dan canggih. Tapi kalau masih tak sure sama ada suka atau tidak dengan dunia baking/dekorasi ini....daftar sahaja dikelas harga sederhana. Tak perlu recce satu Malaya semata-mata nak membandingkan harga sebab rata-rata kelas menawarkan harga yang sangat berpatutan untuk kelas paling asas iaitu antara RM150 - RM250.


Murahkan? Hatta, sebenarnya harga ini dikira lebih murah dari harga sepasang kasut kesayangan kita itu. Saya melobi mengenai hal ini bukan sebab mahu promosi kelas dekorasi saya ya. Tapi sebab mahu berkongsi pengalaman sahaja. Kalau nak tahu, saya memulakan hobi saya ini dahulu pun hanya dengan RM150 sahaja. Tapi saya rasa sangat berbaloi dan sangat 'halal' (thaks to Ayu Liana...sifu pertama u itu).


Tapi kalau kita ni memang jenis yang sungguh berjimat-cermat atau culas nak keluar duit langsung -- maka klik sajalah kat Internet tu. Ada banyak online tutorial. Antara faham dengan tidak.... sahaja.


p/s: Tapi sebaik-baiknya, ambil juga satu atau dua kelas asas, supaya kita tak menjadi seperti orang rabun yang teraba-raba walaupun terang-benderang! :



Jadi akhir kalam untuk hal ini -- satu saja pesan saya:



Jangan terlalu berkira....nanti kita tak lepas ke mana-mana, dok berlapuk kat takuk lama.



TAPI


Jangan pula sampai tak tau berkira-kira...bimbang nanti kita juga yang merana.




Satu lagi soalan yang sering ditanya ialah: peralatan dekorasi. Tak tahu nak beli apa? Banyak mana? Jenis apa? Cap mahal atau 'cap kapak' saja.


Benda ini pun sangat subjektif bagi saya sebab peralatan yang kita beli itu bergantung keperluan kita juga. Kalau ikut cara saya...belajar dulu, baru tahu apa yang nak dibeli. Dan, sekali lagi, saya tidak akan beli barang mahal kecuali memang itu saja yang ada di pasaran dan sangat-sangat diperlukan. Bagi saya, jenama W***** ke, E********** ke, sama sahaja sebab yang penting benda tu boleh mencantikkan dekorasi saya.


Sebenarnya, saya memang tak kisah hal jenama ni kecuali beberapa hal tertentu saja. Eh! Siapa mau cinta palsu? Atau ubat palsu, doktor palsu, darah palsu. Betul tak? Gigi palsu? Boleh diterima pakai juga, tapi bukannya senyuman palsu :-))


Jadi, kesimpulannya, kalau setakat penerap bunga, yang plastik atau cap `kapak' saja pun kira ok sahaja, janji saya dapat bentuk bunga yang dihajati Tapi kalau penerap bunga mahal itu boleh menjanjikan bentuk kelopak yang lebih kembang mekar gebu dan meletup-letup macam bunga asli, maka saya sanggup berhabis untuk mendapatkannya. Tapi, kalau dengan menggunakan penutup botol minyak masak pun, kelopak bunga fondant boleh kembang mekar, saya tala saja dek.


Dan bersama-sama ini saya tunjukkan basic items yang saya mesti guna bila nak menata rias cupcakes + cakes. Sama ada hendak bentuk bunga, figurines, geometric, awan larat....oh! Ini sangat bermanfaat.



Kalau nak potong dawai atau lidi satay, ataupun trim lebihan fondant dan gum paste, saya pilihlah mana-mana satu pemotong yang sesuai.

Ini pula spatula. Satu set ada lima atau enam barang....sangat perlu untuk mengangkat kepingan fondant atau melepa buttercream pada cupcakes. Saya dah tukar ganti banyak kali juga....sebab rosak atau hilang (hilang? Ya! Hilang. Apa nak bising-bising...sedangkan engine jet pun boleh hilang kan?)
.Ini juga antara barang wajib ada -- ibarat penyambung jari. Mana ruang atau lekuk fondant yang sempit dan halus tu....kita sua saja gum paste tool ini.


Ok, kalau nak dapatkan lepaan fondant yang lebar dan berkesan....serta tidak memakan banyak kudrat kita....rolling pin putih ini yang saya guna. Memang sangat berguna untuk menebar fondant untuk membalut kek. Setakat size (lebar) 15" (diameter) tu, no problem.


Dengan penjelasan serba ringkas ini, saya harap sudahlah segala soalan yang tertangguh itu ya. Kalau ada apa-apa kemusykilan lagi, kita jumpa di tahun baru kelak. Email saja...dan saya akan cuba reply selaju jet. Sekarang ni masih naik siput dek.


Jom Gi Ganu....!



Dan sebelum tirai 2009 berlabuh, saya sudahi dengan cerita Puan Yati Zaini dari Kemamam, Terengganu yang sudi belajar dekorasi wedding cake dengan saya. Tak sangka, rupa-rupanya peserta terakhir kelas dekorasi saya untuk tahun ini datang jauh dari Terengganu. Kira-kiranya ini wakil tunggal ni.


p/s: Nak tahu peserta pertama saya dulu berasal dari Kedah. Weh! jauh sudah berjalan Cupcakekasih tahun ini ya.


Yati ni merendah diri bila kita tanya itu dan ini, tapi bila masuk blog dia, IXORA, ternyata cik Puan kita ni pakar masak juga tau. Saya suka tenguk gambar dalam blog Yati ini, teknik fotografinya banyak menggunakan pencahayaan semula jadi dan ini membuatkan semua hidangan nampak lebih menyelerakan.








Tak payah saya berkisah lebih-lebih mengenai kelas dekorasi kek dengan Yati ni ya sebab ceritanya lebih kurang sama saja. Tapi saya rasa Yati tak kisah kalau saya sebut kat sini, besar kemungkinan nanti, Yati akan anjur kelas dekorasi juga -- especially untuk warga Pantai Timur. Saya tumpang suka dan sesiapa yang berminat, lawati blog Yati ya.



Dan, sebelum saya betul-betul bagi noktah kat entry kali ini, saya sertkan juga dua set cupcakes ini. Set cupcakes warna peach itu untuk hantaran dan yang warna-warni tu....untuk sambutan harijadi. Nak ezplain detail pun saya dah tak cukup masa. Nak pergi dentist dek....! Nanti senyuman menjelang 2010 tak comey pulak!

Sampai jumpa lagi. Wasalam.

Monday, December 28, 2009

HOW TO ORDER

Sila nyatakan dengan jelas maklumat berikut kepada saya bagi memudahkan tempahan diproses
(Boleh copy dan paste sahaja detail dibawah dan email kepada saya bersama-sama maklumat diperlukan).



1. Jenis Tempahan: Kek atau Cupcakes:
2. Nama Anda (Penempah):
3. No Tel/Handphone:
4. Nama Penerima
5. Umur Penerima (utk Harijadi)
6.
Alamat Penerima:
7. Tarikh Ambil Tempahan:
8. Waktu Ambil Tempahan


9.
Majlis


i.
Majlis Istimewa (Special Occasion)
- Harijadi, cukur jambul, aqiqah, house warning, secret admirer, congratulation atau lain-lain):

iii.
Majlis Pertunangan atau Perkahwinan
Sila Nyatakan sama ada untuk:

- Hantaran
- Majlis Potong Kek (dewan atau di rumah)

10. Tema Majlis:

11. Tema Warna:

12. Konsep Dekorasi:


(Nyatakan contoh dekorasi pilihan) Rujukan:
- Sila kirim gambar pilihan
- Atau diambil dari laman flickr sayadi www.flickr.com/photos/cupcakekasih
(sila klik dan copy & paste URL gambar yang disukai)

13. Perbincangan lanjut boleh diteruskan melalui email
:

cupcakekasih@yahoo.com







Sunday, December 27, 2009

Cerita Petang Minggu

Salam semua,


SAYA masih lagi dalam semangat bercuti.. Panjang juga kali ini...sejak Ahad lalu, dan mungkin hingga menjelang tahun baru. Akan tetapi dek kerana saya banyak menerima email yang bertanya khabar serta mah merisik jadual kelas untuk 2010, jadi saya update juga blog ini dan Insyaallah, akan saya sertakan jadual itu nanti.


Apapun, dengan besar hati, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Aizu kerana ingat juga kat aunty dengan membelikan cendera hati bride n groom dari Bangkok ini. Comel sangat mitten ni dan tak tergamak saya menggunakannya ... bimbang nanti cacat pula dek oven yang panas membara.





Ok, berbalik hal dekorasi, sebenarnya saya mula pulun ambil order dan buat kelas sejak selepas Aidilfitri lagi -- atau lebih tepat lagi pada hari raya ketiga. Macam-macam order yang datang, seawal sebelum puasa. Kebanyakannya untuk pertunangan dan pernikahan. Order terakhir yang saya buat saja yang agak lain sedikit iaitu untuk majlis merisik. Eh! Teruja juga saya apabila ada yang menempah cupcakes untuk merisik. Selalunya rombongan bawa sebentuk cincin dan tepak sireh saja kan? Kira ok ler ni.





Selepas tarikh itu, saya terus gantung apron dan Nartik pula buat spring cleaning. Cuci bersih semua peralatan baking dan dekorasi. Lebihan fondant pun sudah dimasukkan peti sejuk supaya tetap utuh.


Semua kelas terpaksa forward ke bulan Januari. Itu pun tak berapa banyak kelas dapat dianjurkan sebab sekali lagi menjelang minggu kedua Januari, saya dan keluarga hendak pergi bercuti. Memang resmi kami macam itu, jarang pergi berpesta-pestaan sepanjang school holiday/season sebab cik Suami tak berapa suka keadaan riuh rendah. Maklumlah, orang sudah penat berkerja, jadi dia mahu cuti -- yang sebenar-benarnya cuti. Dek kerana Adam pun baru habis PMR dan Alia pun sudah selesai SPM, jadi panjanglah langkah. dan kerana itu juga saya tak bagi Alia memulakan kerjanya sebagai freelance fashion writer kat majalah Cleo. Offer tu dah menunggu sejak dia belum habis SPM lagi, tapi saya minta Alia rest dulu.




Dan, sebab dah terbiasa buat itu dan ini....jadi, saya masih juga baking iuntuk juadah keluarga dan cenderahati. Kek keju itu ialah versi kek keju klasik dan resepinya ada dalam entry terdahulu. Nanti you all cari ye. Cuma untuk menambahkan kesedapannya, saya tuang coklat ganache dan susun strawberry sesedap mata memandang!




Dan sambil sambil tu, saya habiskan masa dengan menggubah bunga gum paste. Saja buat eksperimen..... adun bunga-bunga -- selain bunga rose. Dan orkid tu adalah antara hasil yang saya rasa paling puas hati yang sudah saya modify tekniknya mengikut citarasa saya. Resepi gum paste ini saya beli daripada seorang instructor profesional dari sebuah culinary inst. Mujur menjadi sebab kalau tidak membazir jer RM200!








Dan terlanjur bercerita pasal dekorasi kek ni, saya sertakan juga gambar basic tool yang saya mesti ada untuk menyempurnakan kerja. Ini pun sebagai menjawab pertanyaan email daripada peminat dunia baking, yang teruja nak beli itu dan ini, tapi tak tahu mana satu yang perlu dibeli dahulu.


Jadi, sambil buat spring cleaning....cuci sana, lap sini...saya snap dua, tiga keping gambar. Kalau sesiapa nak tahu detail (beli kat mana, nama tools tu apa...), nanti saya masukkan dalam next entry sebab connection M**** ni tak berapa nak elok. Asyik putus jer.



HIDANGAN DARI SYURGA

Dan, di sini juga saya ingin berkongsi gambar majlis menjamu selera dengan keluarga. malam tadi. Sebenarnya, kakak saya, baru pulang dari Mekah (alhamdulillah...semuanya selamat) dan Adam pun belum lagi ada sesi nyanyi nyanyi lagu 'Allah Selamatkan Kamu' sambil tiup lilin bersempenan harijadinya Khamis lepas. Jadi, saya dengan suka hatinya buat masak-masak dan makan makan....untuk kenangan.




Dan, pastinya hidangan istimewa ialah Ayam Panggang Dari Syurga :-))


Bagi yang pernah mengikuti cerita terdahulu, pasti tahu pasal resepi Ayam Panggang Dari Syurga ini. Tapi untuk resepi kali ini saya modify sikit, saya perap ayam dengan rempah kari daging bercampur bawang besar + bawang putih + halia yang dikisar halus. Jangan lupa dicampur garam secubit rasa.


Selepas dua, tiga jam, baru dilumur sekali lagi dengan rempah kari (semuanya disukat sesedap rasa ya, kemudian sumbatkan dalam rongga perut ayam itu kentang, tomato dan bawang besar dibelah enam, supaya aroma dan masam manis semua rempah ratus ini bersatu.


Bakar selama 1 jam + 20 min, pada suhu 175 - 190 darjah selsius (bergantung kepanasan oven anda). Saya menggunanak oven Zanussi, jadi apinya saya pakai atas dan bawah. Siap dibakar, sapu ayam dengan butter supaya lebih berkilat dan juicy dan saya turut menyalutnya dengan sapuan madu.





:-))
...me and my sister, Hajah Zuraidah Haji Kuzaifah.
Ok tak ayam panggang ni? Memang sedap....terutamanya kalau dicicah dengan gravy. Kuah cili + kicap pun sedap juga.





Dan ini pula gambar anak bujang saya yang malu-malu bila diminta tiup lilin. Di belakang Adam itu ialah bonda saya, Hajah Jawaher.


Kek tu? Nak resepi kek tu...


Hem...susah sikitlah dek...sebab rahsia tu. Bukannya rahsia saya, tapi Secret Recipe. Namanya ialah Pecan Butterscotch. Dek kerana saya sibuk memasak jer (rendang + kari ikan + Ayam Panggang Dari Syurga - empat ekor beb), makanya rasa penat hendak adun dan rias kek. untuk Adam. Be practical sikit....tak kan nak buat semua macam superwoman pulak. Lagipun, kita nak juga merasa kek orang lain kan?!?


Kek sponge saja, cuma krimnya sedap sangat, menggunakan freshcream dan dicampur caramel dan pecan. Memang sedap...tapi kami cuma larat makan makan setakat sepotong sorang jer sebab perut dah sebu.

captions: Dekorasi yang ciput...alpahabet warna biru tu Alia yang buat...pakai fondant! :-))

Wednesday, December 23, 2009

Perjalanan Kita Mesti Diteruskan

YA! Lebih kurang enam hari lagi kita akan sambut tahun 2010. Berubah lagi kalendar kita dan umur pun semakin meningkat....setahun lagi. Jadi, terlanjur bercakap pasal umur ni, saya minta maaf ya sebab kali ini mukadimmah entry saya bersifat agak peribadi.


Saya nak ucapkan selamat harijadi kat Adam.


HARI ini Adam Roslan genap 15 tahun. Itulah satu-satunya anak lelaki saya. Itulah juah, itulah penawar. Kalau hati bengkak dek kerana kerenah Adam pun, saya telan saja. Tapi, alhamdulilah, Adam ni sebenarnya tak banyak songeh. Kalau kita marah kat dia macam mana pun sekalipun, tapi kalau dipanggil dia tetap akan datang juga. Dia tak pandai tarik muka, tak pandai sentap. Rajin tolong saya pergi kedai. Walaupun sehari 10 kali pun saya suruh, Adam tak pernah bantah. Mujurlah kedai pun tak jauh dari rumah ... dalam lima minit jer jalan kaki.


Pagi tadi, dalam MHI, terselit berita pembantu rumah lari dengan boyfriend, tinggalkan anak majikan yang baru berumur 3 tahun tu seorang diri, lebih sembilan jam lamanya, sampai budak tu lembik lotek. Eh! Ngeri betul bila saya dengar cerita macam ni. Tapi apa kena mengenanya cerita maid jahat itu dengan intro saya tadi?


:-))


Sebenarnya, bila sebut bab maid ni, saya memang tak berani nak komen lebih-lebih sebab walaupun setakat ini maid saya semuanya ok, boleh diberi award 'Tip Top maid in the world', tapi pada masa akan datang kita tak tahu lagi.


Tapi bukannya saya tak pernah ada pengalaman pahit dengan maid. Kalau nak tahu, saya mula pandai pakai maid ni pada tahun 1995. Sebelum tu Adam dan Alia dijaga emak mentua, kemudian hantar nursery dan bila kerja makin banyak kat pejabat dan selalu balik lewat...dan kena bayar lebih masa kat nursery....mulalah saya rasa perlu ada maid.


Maklumlah, rumah masa tu dah macam kapal pecah. Kain baju kering kat penyidai dan ada yang tak sempat nak dilipat...bertimbun macam busut. Kalau nak cari baju (....nak cari katok lagi teruk), kena seluk tangan dalam timbunan baju tu. Macam main game misteri cari harta karun pulak!


Jadi dipendekkan cerita, bila dah penat, dan bila hari minggu kita tu banyak dihabiskan dengan mengemas rumah saja, maka mulut pun jadi ringan jer membebel. Last-last, bila dah makin tak larat dah nak main jeling-jeling kat cik Suami yang nampaknya begitu tabah mendengar leteran saya, akhirnya saya decided untuk pakai maid! Titik!


Dan maid saya yang pertama tu bertaraf 'pendatang karam'. Saya main ambik tangkap muat jer kat Kampung Pandan dan dia boleh dikategorikan sebagai 'sampah'. Sebenarnya saya marah sangat ni sebab saya percaya sangat kat maid yang nampak macam baik hati tu. Tujuan utama saya ambil dia ialah untuk menjaga Adam, yang kala itu baru umur lapan bulan. Bab masak saya buat sendiri dan kemas rumah tu saya pesan buat mana yang mampu jer. Kalau Adam meragam, tak payah kemas rumah. Dodoi dia saja.



Dan nak dijadikan cerita, seminggu selepas maid yang tak berapa cun tu duduk dengan saya, Adam asyik kena cirit-birit saja. Masuk minggu ketiga, keadaan tak juga reda. Doktor pun pening. Masa tu saya ni memang sibukkkkk sangat dengan kerja....sibuk tahap dewa. Jadi tak terfikir pulak nak CSI maid satu ni. Maklumlah, bila kita balik kerja, Adam nampak comel jer. Dah mandi, siap berbedak. Dia gendong sambil diulik dan didodoi. Tapi yang saya tahu, Alia (masa tu dalam 4 tahun), memang tak suka sangat kat maid ni.


Sampailah sebulan selepas tu, Maid from Hell ni sentap kerana saya tak luluskan permintaannya mahu minta gaji advance tiga bulan. Dan akibat bengang dan nak ajar saya kononnya, pagi itu juga dia bungkus kain baju, minta saya hantar dia ke rumah tekongnya. Tanpa kompromi!



Saya, walaupun susah hati sebab pagi tu ada meeting yang maha penting , tapi tetap ikut saja kehendaknya. Buat apa kita nak simpan lagi orang yang banyak onar macam tu. Silap haribulan, digulainya anak teman. Dan selepas maid tu pergi, baru ler maid jiran saya berani bercerita kat saya perihal maid p**** tu, yang rupa-rupanya setiap hari kerjanya hanya bagi susu basi kat Adam. Saya terlopong. Sedihnya saya, Tuhan saja yang tahu. Baru saya tau kenapa si Adam ni selalu cirit. Rupa-rupanya, maid tu tak pernah basuh botol susu Adam, sebaliknya cuma tambah jer air paip and susu dalam botol yang sama -- dari pagi sampai malam. Padahal bukannya botol susu tu satu jer. Dan yang lebih menyakitkan hati, setiap hari dia sumbat Adam dengan maggi! @#!:-(((


Dan dipendekkan cerita, saya dapat pengganti, seorang maid yang saya anggap diikirim khas dari syurga. Memang dia ni tua sikit, tapi pandai jaga budak, jaga rumah dan yang penting, dia adalah tukang urut tradisional Jawa. Masa kat kampung dulu, dia ni ala-ala bidan. Eh! Akak terus jadi 'mem' besar dek. Cuba bayangkan kalau setiap kali balik kerja, dia offer urut sana-sini. Ibarat macam ada Spa dalam rumah! Dan bila beranak, saya tak perlu cari bidan urut. Dilulur dan diurut saya lebih 44 hari. Alhamdulillah.

Dan bersama-sama Makcik ni, empat anak saya hidup sejahtera. Adam yang kurus jadi gebus. Arina dan Kasih usah cakaplah...manja giler. Dan kerana Makcik boleh dipercayai, saya dapat kembangkan tahap kerjaya saya dan kalau kena pi assigment oversea pun saya tak susah hati.


Dan akhirnya Makcik pulang ke Surabaya for good dua, tiga tahun lepas -- selepas Adam sambut birthday yang ke-13. Dan selepas Makcik pergi, saya pun berhenti kerja sepenuh masa. Jeran nak biar Kasih (yang masa tu baru setahun lebih) dijaga maid yang tak tentu keturunan . Dan apabila saya kembali sibuk dengan kerja sekarang, baru saya ambil maid baru -- yang alhamdulillah -- boleh diharapkan. Kalau setakat bancuh fondant, adun gum paste, buttercream, bakar buttercake atau kek coklat tu -- sekelip mata saja dia siapkan. Dan yang penting nya, si Nartik ni adalah pembantu yang dipilih khas oleh Makcik untuk saya. Depa berasal dari kampung yang sama.



Jadi itulah cerita saya....mengenai pembantu. Jadi, saya faham benor dilema sesetengah pembaca yang berhajat mahu berhenti kerja sebab anak taka da orang nak jaga. Tapi kalaiu berhenti nak buat apa? Ada yang datang belajar dekorasi dengan saya sebagai exit plan untuk persediaan bersara awal. Bagus tu.


Tapi ada juga yang nak belajar, tapi bagi 101 macam alasan yang diawali dengan perkataan 'susah', dan itu semua dijadikan penyendal depa masih tak mampu bergerak ke sana ke mari untuk meningkatkan kemahiran diri. Itu saya tak berani nak komen. Masalah orang dengan masalah kita lain. Jadi timbang tara sebaik mungkin ya. Tapi kalau tanya saya...jawapannya mudah saja....'kalau kita tak tolong diri kita sendiri, orang lain tak boleh nak buat apa.'



Jadi, Akhir kalam, saya kongsi lagi beberapa gambar teman kita yang sudah selamat sampai ke teratak saya untuk belajar dekorasi...dan pulang dengan seribu rasa kembang bahagia di hati.



Diperkenalkan...Intan Soraya dari Perth
Perth?
Ya...dia ni tingga di Perth dan bertahun-tahun dah dan baru-baru ni Intan pulang bercuti dan sempat juga curi-curi masa untuk mempelajari seni dekorasi cupcakes.
Syabas mere betty!






Ini pula Siti MArlina, jurutera dan di sebelah Siti Marlina pula ialah Illa, ibu kepada anak kembar yang comel, dari Rawang.



Diperkenalkan juga Rina dan Noorakma. Saya ingat depa ni masih single-mingle.,...tapi rupanya sudah ada anak. Slim tu....teringat zaman akak muda-muda dulu.



Ini pula Maznah Sarun. Ligat buat kerja, dan hasilnya pun cantik. Kreatif gitu...maklumlah orang pandai jahit baju. Tangan tu lembut berseni.




Ini....Wan Aisyah...hyper juga budak ni. Aisyah masih lagi belajar kat MMU.




Ok, yang tudung hija tu Intan Azzura.
Maaf ya kalau tersilap sebut, tapi ini Salmi. Betul ke dinda? Salmi kan?
Kak Jun dah tua...selalu tersasul.



Ini pula Yati dari Putrajaya. Katanya kerja di Mahkamah. Peguam kot!


Ini anak emak ni...buah hati pengarang jantung Puan Zaiton. Dia yang called saya, minta masukkan nama anaknya, Aziyan dalam kelas dekorasi saya tu. dan bertuahnya Puan Zaiton sebab anak daranya yang cute ni memang suka baking. Cuba masuk blog dia....ada saya link kat Jejak Kasih.

Ini pula kerja kat pejabat PM. Tak payah saya sebut bahagian apa ya. Tapi, kata Siti, dia belajar ni sebab nak hilangkan stress kerja. Nak buat something yang diffrent dari ruang lingkup kerjanya. Satu lagi Syabas Mere Betty!





Ini pula Lily Zafirah. Kalau bercakap jelas butir bicaranya dan suara pun lemak.
Sesuai jadi DJ radio ni.





Akhir kalam...maafkan kak Jun ya Noorakmawati sebab gambar you tak ada. Puas cari, puas belek..memang tak ada.


Sampai jumpa lagi dan maaf kalau ada tersilap bicara, tersilap rasa.


muah

p/s: Lupa nak bagi tahu, maid saya yang pertama tu...dengar ceritanya kena tangkap sebab selepas berkerja di rumah saya, dia kerja pulak kat rumah orang lain. Dan khabarnya, dia 'tertangkap basah' dek majikannya sendiri ketika dia sedang mendera anak majikannya itu. Ada ker patut budak tu diikat kaki tangan dan dibiar melalak kat dalam rumah. Dia pi merayap....ebtah ke mana? Hampas kelapa betul!


Sunday, December 20, 2009

Penghujung Sebuah Rindu, Awal sebuah Harapan

ADAT orang bercinta, pasti mahu diakhiri dengan ikatan yang lebih bermakna. Jadi, penghujung sebuah rindu mereka yang terpendam itu adalah sebuah perkahwinan -- yang juga menjadi sebuah harapan bagi satu masa depan yang indah dan mengasyikkan.


....dan bagi saya, selagi ada rindu dan selagi ada harapan...selagi itulah saya akan menyepuh dan mancanai fondant :-))


...kadang-kadang terdetik juga di hati saya, kenapa ler zaman aku kawin dulu benda-benda ni semua tak ada. Maklumlah, kalau awal 90-an dulu, kek fondant ni hanya mainan orang kaya dan bangsawan sahaja. Kira-kiranya, golongan marhain ni cuma boleh berpuas hati dengan kek krim saja. Itu pun bukannya yang ditempah khas, tapi sekadar yang kita `tunjuk-tunjuk' kat dalam lemari kaca jer. Hatta, kek coklat bersalut chocolate ganache pun sudah termasuk golongan mewah. Jadi kebanyakan pengantin lewat 20 tahun lalu terpaksalah beraleh kepada halwa maskat, bingka dan buahulu. Maklumlah, kek hanya ada nun di kotaraya. Jadi kalau yang dok kat dalam-dalam sikit tu...kat ampung ker...pendalaman ker -- kita buat apa yang adal sajaah. Kek hantaran saya dulu pun saya tak ingat dah macam mana ropanya. Tapi saya rasa kek tu saya beli kat Komplek PKNS saja.
:-))



Apapun, masa adik saya, bertunang saya dah pandai order cake fondant daripada Kak Lina (Norzailina Nordin) dan cake kawinnya juga kek fondant, yang saya tempah daripada Chef Wan. Maklumlah, masa tu saya dan pun menjadi wartawan majalah Jelita dan sempatlah kenal kedua-dua Chef ni.


Dan...yang lebih kelakar lagi, masa dulu, saya mati-mati ingat royal icing dan fondant itu adalah benda yang sama :-)))


Maklumlah, masa tu saya ditugaskan menjaga meja kecantikan. Jadi kalau nak tanya segala macam hal skincare and make-up tu saya hafal di hujung lidah sajalah. Tapi kalau nak tanya pasal fondant? Memang soalan yang hanya boleh saya jawab dengan sengeh saja.

Iyalah.....sedangkan buat kek pun saya cuma pakai yang segera dalam kotak tu saja. Itupun adalah setahun sekali kot saya tergamak buat kek sendiri. Selebihnya? Mana lagi kalau bukan Secret Recipe. Ataupun, kalau kebetulan cik Suami ke Shah Alam, dia akan beli kek di Melting Pot. Bukannya sebab kek situ kelas sangat ke...atau apa ker. Tapi sebab after 5.00 pm semua kek dapat diskaun 50%! Bijak kan?


....hinggalah ke Disember 2007, apabila secara tidak sengaja saya bertemu dengan laman web pasal cupcakes, dan sangat teruja melihat kecantikan hiasannya yang saaaaangat cute tu. Sebenarnya masa tu saya sedang mencari bahan untuk menyiapkan buku untuk satu kementerian tu. Saya buat research di bawah tajuk budaya masyarakat Malaysia, -- 'Makanan Tempatan".


Ya! Saya berani declare...itulah permulaan bagi segala-galanya. Iaitu sebuah cerita baru, chapter baru dalam hidup saya.



Jadi, menjelang penghujung Disember 2009 yang manis ini, saya ingin berkongsi lagi, beberapa keping gambar cake dan cupcakes yang sempat saya canai dan saya gubah, istimewa untuk pasangan bahagia --- sama ada yang mahu bertunang atau menikah.


captions: Sedulang cupcakes bersulam warna krim dan keemasan, ditempah khas oleh Fazrah, untuk kakaknya. Fazrah minta saya gubah cupcakes kakaknya itu sama seperti yang saya buat untuk Hazlun beberapa bulan lalu (LAYOUT DESIGN BY JUNE FOR CUPCAKEKASIH)

Pastilah saya teruja kerana karya manis saya menjadi sebahagian 'cerita' bahagia sebuah percintaan. Jika pengantin menganggap sedulang cupcakes atau kek ini adalah sebagai tanda kasih sayang mereka, bagi saya pula, setiap hasil karya itu adalah sebuah perjalanan -- dan saya sendiri tidak tahu titik penghujung bagi perjalanan kali ini. Itu kerja Allah. Tugas kita cuma menyempurnakan saja apa yang sudah ditentukan untuk kita.

caption: Sekarang saya tengah cuti panjang...jadi ada chance explore Photoshop lagi. Cantik tak collage saya buat ni? :-))

Set cupakes bertema puteri ini pula ditempah oleh Farah untuk puteri tunggalnya, Aleya. Kata Farah, dia sedang google untuk mencari perihal cupcake bersempena sambutan harijadi anakanda kesayangannya itu. Dua hari selepas majlis itu, Farah sms saya untuk mengucapkan terima kasih serta menyatakan keterujaanya yang tidak terhingga pada bingkisan karya saya itu. Thanks Farah.



Kek hantaran dengan tema keemasan ini pula diminta oleh Ena. Sebenarnya semasa bertunang dahulu pun Ena telah menempah cupcakes set berbunga ros merah daripada saya dan kali ini dia teringat untuk mengulangi permintaannya itu buat dibingkiskan kepada bakal suaminya Hem, cepatnya masa berlalu.




caption: Saya memang enjoy buat kek ini. Rakit sungguh. Hilang rasa sakit belikat dan migraine. Thanks Ena.



captions: Set putih ini pula diminta oleh Roziana untuk majlis pertunangannya.



Cinta dari bumi Kiwi






Cerita di sebalik cupcakes inipun menarik juga. Apa tidaknya, rasa-rasanya baru lagi saya menyiapkan tempahan cupcakes untuk Ieka, yang menghubungi saya all the way from New Zealand. Dia berhajat menempah cupcakes untuk buah hati pengarang jantungnya -- Syafiq.


"Aunty tolong hantar cupcakes tu di KPP kat Shah Alam ya. "


Sebenarnya, saya jarang ni nak terima tempahan berserta delivery. Tak perlulah saya jelas sebabnya ya. Tapi kali ini, mengenangkan Ieka berada jauh di New Zealand, maka saya minta Alia hantar saja cupcakes tanda cinta dan rindu dendam membara loka Ieka ini untuk kekasih hatinya itu.



Aleh-aleh, pada satu pagi yang indah itu, saya terima pula email daripada Syafiq. Dan kali ini dia pula minta saya menyiapkan bingkisan cinta untuk Ieka.



"Aunty hantar ke asrama yang saya duduk dulu tu ya Aunty."


Saya terpana?!?


"Oh! Kali ini giliran Syafiq pula menyambung study di New Zealand dan Ieka pula yang menanti kepulangan pualam hatinya itu di Shah Alam. Hem...what a twist! Tapi kali ini, walaupun saya sudah bersetuju untuk menghantarkan cupcakes itu kepada Ieka, namun bingkisan cinta Syafiq itu diambil sendiri adik Syafiq. Oh! Baiknya adik Syafiq. Jadi saya pulangkan saja ongkos delivery kat adik Syafiq itu.








Yes, We're BFF!



Ok, ini pula adalah bingkisan cupcakes yang ditempah oleh NZ untuk kawan-kawannya. Dia antara teman siber yang saya bersedia untuk add dalam FB peribadi saya. Suka saya dengan sikap NZ yang sangat berhemah ini. Sebenarnya sudah banyak kali juga NZ menempah cupcakes daripada saya dan kali ini dia mahu beri kepada kawan-kawan baiknya pula. Mereka membuat reunion. NZ serah kepada saya dalam menentukan tema dan warna cupcakes.





Jadi, saya pilih tema mawar putih, tanda suci sebuah persahabatan. Saya gubah ros kembang dan saya selitkan juga mawar yang masih kudup. Ini adalah sebagai tanda mereka adalah BFF! Best Friend Forever gitu! Dan untuk satu lagi cupcakes, saya hanya letak initial W&L sahaja, iaitu pangkal nama Liza dan suaminya, Wan.




Kek Hantaran Buat Sepupu Tersayang!




Ok, yang menempah kek ini namanya Intan. Sepupunya nak bersanding, jadi dia sibuk mencarikan kek untuk hantaran, sebagai hadiah. Bagus betul sepupu macam ni kan? Kalau semua orang pakat contribute untuk sediakan keperluan perkahwinan, tak ler pengantin rasa terbeban sangat kan? Maklumlah, nak kawin, kalau tak ada ribu riban...memang tak sah ler jawabnya.



Jadi kepada semua sepupu di luar sana....cepat....cepat. Berjasalah kepada sepupu kamu semua! Kalau ada 13 dulang hantaran, pakat taja sorang satu dulang. Tapi kalau sepupu yang nak kawin tu adalah untuk buat kali kedua (ketiga atau seterusnya), kita abaikan saja. Kita bagi dia 'teloq tembelang' udah! Biar dia tahu langit tu tinggi ke rendah.

:-))




OK, akhir kalam....wasalam! Teman nak pi Imigresen jap. Ada misi penting! Nanti kita jumpa lagi. Cepat buat kerja tu. Waktu rehat dah nak habis ni. Jangan dok FB and google jer waktu pejabat.....tak baik!!! Tapi kalau nak tenguk blog Cupcakekasih....apa salahnya!


:-))