
Ya, malam tadi bulan jatuh ke atas ribaan saya.
:-))
...sungguh saya tidak menyangka, yang saya akan mendapat 'bulan' yang diidam-idamkan itu -- sebuah beg tangan cap kegemaran saya -- hadiah daripada encik Suami, bersempena anniversary kami.
Dan yang pentingnya, saya terlupa langsung....selupa-lupanya tarikh penting ini. :-)) Teruk betul saya kan? LOL
Dan lebih teruk lagi kerana saya ini 'tukang buat kek'. Siang malam, pagi dan petang dok mengadun kek orang, tau-tau, kek anniversary sendiri tak terbuat. Bukan setakat tak buat...boleh lupa lagi.
p/s: memang semalam saya ada buat cheese cake....tapi atas permintaan Zarina Zainuddin, yang teringin nak tau cara buat kek keju. Suka sangat dea dengan kek keju yang saya jamu minggu lepas. Sepanjang petang kami riang ria masak kat dapur....sikit pun saya tak ingat pasal kek sendiri.
Dan, lebih gawat lagi, petang semalam sebelum Zarina bertandang; saya (yang dilanda kebosanan) decided untuk window shopping kat kedai perabot teakwood kegemaran saya. Mulanya saja nak tenguk-tenguk, tapi hati sudah berkenan satu set meja makan 8 seater lalu saya menyambar! Hem, kalaulah saya ingat perihal anniversary ini, pasti budget meja itu sudah saya belikan hadiah untuk encik Suami (Alia kata papa dia tu ada hint-hint pasal jam cap O itu).
Dan masa kat kedai tu, saya sempat called encik Suami, tanya ukuran keluasan dining area rumah kami yang ciput itu. Hemmmmmm! Teruknya kamu ni Jun...
p/s: Mujurlah encik Suami ni jenis kebal perasaan. Tak reti reti nak kecil hati ke, nak sentap ke, atau apa ke. Memang sampai ke akhir perbualan telefon itu, saya tak ingat apa-apa tapi dia relax saja.
Jadi, dipendekkan cerita, malam tadi, ketika saya dok asyik ternganga menenguk cerita Sakaratul Maut, bapak Si Alia pun pulang dengan sebuah hadiah gadang. Dan sudah tentu saya terkejut.
"Eh! Apa ni?" saya.
Alia, Arina + Kasih gelak (Adam tak ada. Dia bercuti kat rumah Mak Ngah dia).
"Happy Anniversary.""
Oh! Anniversary?!??" :-O
Dan saat itu....saya betul-betul terkedu.
Aduh! Baru saya teringat....dan cuma boleh ucap "Sorry. I Lupa langsung."
Kemudian cepat-cepat saya cuba cover line...."Apa kata meja makan yang I beli tadi tu, you anggap hadiah anniversary? Ok tak? LOL.
captions: Tidak sangaka malam ini bulan jatuh ke riba....terangnya cahaya, menerangi setiap jiwa kita.....terima kasih untuk 19 tahun yang manis menawan ;-)) 
Begitulah ceritanya semalam. Tak apalah, kelupaan itu dimaafkan....dan saya ingat esok lusa saya akan buat kek juga. Agak-agaknya kalau saya buat kek Princess ok tak? :-)))
Apapun, sekarang marilah kita kembali ke dunia kek yang sangat meriah ini. Cupcakes berbunga merah dengan hiasan renda fondant ini adalah ilham spontan di saat saya dalam keadaan begitu cerlang ceria sekali. Terasa sangat sukaaaaa hati ini bila dapat membuat kerja dekorasi ini kalau ilham tidak tersekat-sekat -- datang macam curahan air terjun dari gunung.
Awalnya, memang saya rasa terpanggang juga apabila menbaca emel Elliez, yang menginginkan sebuah set pertunangan merah + hitam kerana gabungan warna ini jarang dikaitkan dengan suasana romantis sebab firah kedua-duanya yang sangat misteri.
Ia lebih sesuai untuk gaya elegan -- sama ada untuk dekorasi rumah, solekan atau pun rekaan busana. Gabungan merah dan hitam adalah pilihan orang yang berani -- untuk menonjolkan sebuah statement yang sangat bold. Jadi, Apabila Elliez memilih warna ini, saya garu kepala juga. Macam mana nak buat set hantaran yang lembut dan manis dengan warna yang terang dan garang?
Lama saya renung...saya pandang...tiba-tiba ilham datang. Dan saya pun cepat-cepat mengadun bunga mawar merah menggunakan gum paste. Dan yang hiasan yang lain itu saya pakai fondant sahaja. Oh! Happynya.

Di mana suara burung kenari???
Sepasang burung bernyanyi-nyanyi...di hujung ranting dengan puspa warna-warni -- mewangi.
Set comel ini pula diminta oleh Emily, yang berkenan dengan dekorasi sama, yang pernah saya hasilkan untuk Mona. Suka hati saya bila dapat mengadun rias yang comel-comel ni. Lagi halus lagi mencabar.....lagi saya suka. Walapun saat ini saya sedang bergelut untuk menyiapkan rendang raya haji dan kek untuk emak dan mak mentua, tapi saya tetap buat set ini juga.

Dan tentu saya gembira apabila Emily sms, bagi meluahkan rasa suka hatinya dengan set hantarannya itu. Sejuk hati saya!



Dan, 'Laut Terus Berbicara'
Lewat entry ini, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Nina yang menempah set 'sailor' untuk cinta hatinya, tunang tersayang yang sudah berbulan-bulan berada di lautan. Awalnya saya sudah hitung dan congak, waktu yang saya ada memang tak sempat untuk dibahagi lagi -- walaupun cuma untuk satu set cupcakes. Ada banyak hal berbangkit bersempena sambutan raya haji. Tapi, dipendekkan cerita...akhirnya saya setuju merias cupcakes untuk Nina sebab dia tak kisah kalau saya hanya menggunakan dekorasi sailor dan nautical, hasil creations saya sebelum ini. Alhamdulillah.
Dan petang itu, Nina muncul dnegan wajah ceria. Dek kerana saya tiada di rumah, Alia sahaja yang menyambutnya. Kata Alia Nina tu comel sangat.
"Aizu terperanjat bila dengar nama Nina disebut-sebut!"
"Kenapa?"
"....sebab nama miss X dia dulu Nina juga!"
LOL :-))
Apa pun, saya gembira dengan hari-hari yang saya lalui. Setiap hari ada surprise...setiap hari ada cerita manis dan menggembirakan. Setiap hari, saya suka hati saja.
Alhamdulillah!