Followers

COPYRIGHT & USE OF IMAGES
All images on this blog are copyright of CUPCAKEKASIH and may not be published without the permission. If you would like to use some of our images feel free to email me at cupcakekasih@yahoo.com

Monday, October 26, 2009

Tajuk: Simple sajalah...kelas, kek & Rumah Hangat :-))


SEBENARNYA kalau diikutkan malas, hendak menggerakkan satu jari pun kita tak kuasa. Apa lagi hendak menguli fondant...bereksperimen dengan segala macam bentuk dan rupa ... dan cuma untuk suka-suka saja...tanpa memikirkan sebarangan pulangan laba. Eh! Memang tak kuasa. Tapi, selalunya memang saya paksa diri. Mesti cuba gaya bari....yang berkenan di hati. Saya layari Internet, buka buku dekorasi kek, call kawan-kawan atau apa saja yang boleh membangkitkan semangat ini; yang kadang-kadang itu sangat mudah dikuasai rasa cemuih dan malas...!


Tapi, untuk sekali saja, hari ini, saya memang sengaja memalaskan diri sebab sejak 3 Syawal lepas, saya macam berjalan atas bara api. Tak boleh jejak kaki betul-betul ke bumi. Banyak sangat agenda.... dan kerana itu, hari ini, saya mahu betul-betul lepak. Kalau ada masalah berbangkit pun, saya hanya sapu bawah karpet dulu...he he.


Dan hari ini...dek kerana saya sudah isytiharkan sebagai hari rehat -- maka saya melepek saja dalam bilik ini, menghadap komputer. Anak pun tak ada. Cik suami pulak nak pi Penang (saya nak ikut pun dia tak bagi, agaknya sebab takut saya ganggu kerja dia...ajak jalan-jalan kat Padang Kota), jadi saya pun memutuskan untuk mengurung diri dalam bilik saja.


Petang nanti, bila rumah dah riuh rendah semula, baru sedap mengecahkan dapur. jadi sementara masih ada masa, saya masukkan dulu gambar kek yang saya buat last weekend untuk Aida dan Emma. Kedua-duanya order kek ini untuk saudara yang mahu melangsungkan perkahwinan.



Emma minta dekorasi keknya sama seperti yang pernah saya buat pada tahun lepas (kalau tak silap sayalah. Jadi, ini memudahkan sikit kerja saya. Semua dekorasi menggunakan fondant).




Kek ini pula saya gubah untuk sepupu Aida, yang meminta bunga callalily. Saya tak pakai pun acuan khas untuk menekap dan memotong fondant bagi membentuk bunga ini....sebaliknya saya memakai pemotong biasa saja. Tekap dan gunting. Memang concept kerja dekorasi saya ni mudah saja sebenarnya iaitu 'iaitu jangan buang duit beli peralatan dekorasi kek yang mahal-mahal', sebab yang penting ialah hasil. Jadi, tenguk saja apa yang ada kat keliling rumah kita tu. Asal nampak cantik je, cuba eksperimen. Kalau teknik yang dibuat itu tak menjadi, cuba lagi. Setakat membuang seketul dua fondant tu tak rugi apappun, asalkan kita mendapat hasil yang sedap mata memandang. Asal jangan guna berus baju atau mangkuk tandas saja sudahlah...itu over!


Jadi, berbalik cerita kek ini.....saya rasa sesak nafas jugalah untuk menyiapkannya. Bukan kerana susah membuat bunga callalilly ini. Tapi sebab terpaksa buat kek yang simpel sahaja. kerana saya ni suka sangat deco yang penuh dan meriah. Tapi knowing Aida, saya cuba buat ikut selera dia. Hanya menggunakan satu warna saja -- kuning lembut.


Bunga itu saya gubah dengan gum paste. Dan selebihnya fondant. Dan saya rasa lega apabila Aida sms, mengatakan dia suka kek itu. Alhamdulillah.



Sebaik saja siap dekorasi kek itu (saya bangun awal pagi untuk menyudahkannya dan menjelang pukul 8 semua beres. Saya pi breakfast sekejap kat restoran kegemaran saya di Taipan iaitu restoran Ubi Kayu -- saya suka teh tiga layer kat situ...Sangat menggemokkan), saya teruskan agenda Sabtu dengan kelas dekorasi pula. Nanti saya akan masukkan cerita selanjutnya dalam blog selepas entry yang ini selesai ya.



Kali ini saya cuma nak tunjukkan gambar sekitar majlis rumah hangat atau house warming, kawan seuniversiti dulu -- Jasni. Saya pergi ke rumahnya sebaik sahaja semua peserta kelas dekorasi kembali ke destinasi masing-masing. Kalau diikutkan penat memang penat, tapi, jemputan orang tak baik dihampakan. Apa rasanya kalau kita buat majlis orang tak datang....? Sedihkan? jadi saya ajak Alia teman saya ke rumah Jasni.


Wah! rumah kawan kita ini memang cantik...dan yang penting dia ada chandelier paling da bomb. macam bintang kejora berkilauan kat dada siling tu. Wah! Hebat bakat kau Jasni, kalah dekorasi dalam program TV tu. Memang cantik. Hilang penat saya drive jauh-jauh ke sana sebab bila dah jumpa kawan lama tu.

JAdi, dipendekkan cerita, biar saya perkenalkan Rumi dan anak dara suntinya yang sangat comel. Rumi ni orang Taiping....cikgu Bahasa Malaysia. Hem....macam mana student Broadcasting boleh jadi cikgu pulakkan?



Ini pulak Achik...yang baru saja menjadi mem besar, selepas berjaya memberhentikan dirinya dari berkerja sepenuh masa. Tahniah Achik...welcome to the club! Syokkan dok rumah? Tenguklah anak Achik yang cute dan hensem tu.


Inilah Jasni, dan wifenya yang comel itu....Roza. Congratulation !

Friday, October 23, 2009

Selamat Pagi Tuan Puteri



DINGIN PAGI membuatkan saya terjaga. Puas memujuk mata, tetap tak boleh terlena semula, lalu saya mengalah. Lebih baik saya menyudahkan kerja yang tak siap...betul tak? Dan, seperti biasa, benda pertama yang saya buat ialah menyalakan laptop. Semalam saya tidur awal dan pagi ini saya mesti menyudahkan cerita dua tuan Puteri ini sebelum menyambung agenda pagi yang sudah dirancang sejak sebulan lalu -- kelas dekorasi.


Inilah sesi yang paling saya suka -- satu-satu cara untuk saya terus berhubungan dengan dunia luar. Kenal orang baru dan dapat kawan baru + bersama cerita baru. Maklumlah, yang datang belajar ni semua bukan calang-calang orang. Ada doktor, lawyer, akauntant, pakar IT, Datin dan Puan Sri serta Lady of leisure tahap dewa, a.k.a Tai-Tai -- tapi semuanya dengan hobi yang sama, memudahkan kita mendapat keserasiannya. Jadi walaupun cuma bekerja dari rumah dan hanya mengendalikan SOHO saja -- tapi linkungan sosial saya berkembang juga -- yang sesuai sangat dengan fitrah saya.


Sebenarnya, salah satu sebab saya memilih untuk menjadi wartawan dahulu ialah kerana saya suka berjumpa orang ramai. Agaknya memang fitrah saya suka bercakap dan bercerita (dan rasa 'lemas' dengan orang berat mulut), menyebabkan saya tak teruja dengan rutin 9-6 -- duduk seharian di office dan melakukan kerja yang sama. sahaja Saya tak boleh bayangkan menjadi tua dengan hanya dinding yang sama setiap hari. Oh! tidak.


At least, dengan menjadi wartawan, saya boleh merancang agenda harian yang berbeza -- hari ini interview 'Kak Kiah', esok mungkin bertemu Datin dan Toh Puan, lusa pulak kita naik kapal keliling dunia dan tulat entah siapa pula jodoh pertemuan kita.


Kadang-kadang acaranya glamour -- maklumlah kalau dapat undangan bersarapan di Carcosa Seri Negara sambil menikmati pertunjukkan emas dan berlian terkiniTiffany. Tapi sebelah petang pula saya dah tercogok kat tepi kubur Cina nun di ceruk Sungai Besi tu semata-mata hendak menemuramah tukang kendali mayat. Hah, saya masih ingat lagi assignment yang satu ini. Memang kerja gila betul, apabila saya dan kawan sewartawan saya -- Lily Haslina Nasir -- sanggup redah jirat Cina di tepi lebuhraya Sungai Besi tu sebab nak mengorek cerita cara si kendali mayat mengawet dan mekap mayat. Itulah pengalaman pertama saya mengetahui rencah cerita orang hidup yang kerjanya mengendalikan si mati. Sesi temuramah kami berlansung di pusat pengawetan mayat kat kawasan perkuburan itu -- dan saya dengan tabah dan berpeluh dingin -- duduk di antara puluhan keranda + dua tiga mayat yang menunggu untuk proses awetan.


Takut? Adalah sikit-sikit. Tapi bagusnya kita boleh mentarbiah diri sendir apabila berdepan dengan assigment begini. Taklah kita asyik ingat hal duniawi semata-mata. Kalau kita rasa kerja kita susah, tapi apabila tenguk corak kerja orang lain dengan cabaran yang llebih dahsyat....terus kita rasa masalah kita ni tak sebenarnya tak sebesar mana -- celah kuku sahaja. Jadi, kita buat saja mana yang terlarat. Betul tak? Dan, kerana itu juga walaupun sekarang Allah menentukan rezeki saya dengan cara lain, tapi sebab Allah tahu fitrah saya ni yang tak suka terperap sahaja -- jadi diberikan juga kesempatan bertemu dengan ramai kenalan baru setiap hari. Now saya ada two groups of friends -- wartawan/penulis & bakers/chefs/ dan cupcakes artist : - ))


Jadi kalau saya rasa jemu deco cake saja, saya akan buat kelas. Kalau dah penat buat kelas, saya duduk diam-diam depan laptop -- menyudahkan kerja publishing saya yang masih banyak tertangguh. Atau kalau dah rasa panasaran sangat melihat empat dinding di bilik ini -- saya mulalah mencari kawan, ajak sarapan atau minum petang :-)) Yang pentingnya -- saya tak perlu lagi redah jam, drive subuh buta dan balik larut malam dan tak perlu jawab kat sesiapa, tapi diri sendiri sahaja.


Dan, pagi ini, kelas dekorasi saya yang pertama akan berlangsung selepas hampir dua bulan dibekukan; bersempena Ramadan dan Syawal. Semalam saya sempat menyudahkan dua biji kek untuk hantaran dan petang ini bolehlah saya bersenang-lenang menghadiri rumah terbuka (masih ada lagi rumah terbuka :-)


Bila dah lama tak berkelas, memang saya looking foward sangatlah sebab dah lama tak bercakap banyak (untuk topik yang kita sukalah). Kalau bercakap banyak untuk gossip saya tak mau ler, Bukanlah kononnya kita ni alim sangat, tapi sendiri mahu ingatl.K alau dalam kelas deko ini biarlah kita bercerita kisah kek kita saja -- pasal si anu atau orang itu -- ha... jangan dibawa kat bilik ini. Saya malas nak bersekongkol. Dunia bakers ni kecil. Esok lusa kalau mati, tak sempat minta maaf, sapa nak jawab. Betul tak? Jadi........saya selalu berpesan, sebenarnya dekorasi kek ni tak ada yang salah betulnya tapi yang ada ialah teknik yang berbeza -- itu sahaja. Si A dengan cara dia, si B pula buat cara dia. Tapi kalau hasilnya menjadi -- ok lah tu. Betul tak? Misalnya -- nak buat bunga ros tu ada baaaaaanyak teknik. Tak kiralah nak lipat ke kiri atau ke kanan -- kalau hasilnya mampu menjadi sekuntum mawar mekar -- betullah tu.


Ok, cukuplah mukadimmah saya yang terlebih panjang ni, Saya paparkan gambar dua kek Puteri comel yang saya buat beberapa hari sudah. Satu untuk adik Nadia Aleza di Ampang. Dan satu lagi untuk Adik Nur Farah Farzana di Seremban.




Sebenarnya dalam banyak-banyak kek, merias kek puteri ini paling menyeronokkan. Saya suka mengadun baju dan tamannya. Kalau boleh nak buat gaun yang lebih kembang dan bertingkat-tingkat. Kalau dulu saya mengambil masa sehari suntuk untuk menyiapkan dekorasi kek segadang ini. Tapi kedua-dua kek ini saya buat serentak dan hanya tiga empat jam saja saya duduk menghadap kedua-dua puteri jelita. Kiranya ada improvementlah tu JUn :-))


Puteri bergaun biru turquoise dan krim pastel ini ditempah oleh NZ (ya yang menempah set cupcakes bertema sailor tu) dan seperti saya mukadimmahkan tadi -- kerana kek ini, saya bertemu kenalan baru yang sangat baik dan peramah seperti NZ dan suaminya Wan. Kebetulan, Wan dan NZ yang sudah berbulan-bulan belayar itu dapat cuti panjang, jadi, tidaklah kami menunggu lama untuk bersua muka. Seronok bercerita dengan NZ -- mengenai pengalamannya sebagai isteri pelaut (Wan Chief engineer yang sudah hampir 15 tahun menjadi warga kapal) yang melayari kehidupan berbeza dengan isteri yang berada di daratan. Saban hari hidup NZ hanya bertemankan laut lepas, dan gelora samudera yang penuh misteri dan sejuta citra. Memang saya teruja sangat mendengar cerita Wan dan NZ. Hem....kalaulah saya masih duduk di meja wartawan, harus NZ ini saya interview untuk cerita-ceriti bulanan saya.




Ok, berbalik hal kek saya ini, Kek Puteri manis bergaun ungu lembut ini pula untuk Farzana yang menyambut harijadi ke-2. Kata Alia yang menghantar kek in ke Rasah -- rumah papa mama Farzana in besar dan cantikkkk sangat dan sudah pun dihias cantik penuh dengan belon -- bersempena majlis harijadinya. Hem, mesti meriah ni. Kata mama Farzana dalam emailnya, nenek Farzana bersungguh-sungguh mahu kek yang cantik untuk cucunya itu (mungkin cucuc sulung kot). Insyaallah, mungkin kalau ada rezeki, mama Farzana akan mengirimkan gambar majlis hari jadi anakandanya itu dan dapatlah kita tatap di dada blog saya ini.







Akhir kalam, sebelum saya meletakkan noktah, ingin saya beri kredit kepada cik Suami yang sudi membuatkan kotak khas untuk semua kek Princess saya. Saya lebih suka yang custom made sebab tak ada satu pun kotak yang ada di pasaran itu yang memenuhi selera saya. Saya mahu kotak yang tegap, boleh dikuak penutupnya dari sisi sebab kek Puteri ini biasanya besar dan berat. Kalau diangkat-angkat, nanti pecah pula. Jadi, supaya tak menanggung ralat, lebih baik kita invented sendiri.



Sampai berjumpa lagi, saya sudahi dengan pantun yang dipopularkan oleh emak saya satu masa dahulu -- ketika saya masih nak dara belia dan malas bangun pagi. Jadi kalau dia nak kejut saya ( + kakak dan adik saya Nor) maka dia akan berpantun...
"bangun, bangun...Tuan Puteri Pucuk Kelumpang;
bangun pagi ...... dot dot dot


(rangkap akhir ni, tak payahlah saya ungkap!)




Amin

Wednesday, October 21, 2009

Selamat Harijadi Kasih




BANYAK sungguh hal yang berlaku, tak tahu tang mana nak dimulakan dulu. Apa pun, saat yang paling penting dalam hidup Kasih sudah pun dapat disempurnakan seadanya. Alhamdulillah.


Pagi tadi, Alia dan pembantuku yang sangat efficient itu -- si Nartik, telah membawa kek dan segala goody bags ke sekolah Kasih. Sayangnya saya tak dapat nak ikut serta sebab (dua perkara -- pertama: kerana segan dgn cikgu-cikgu Kasih, kalau saya terover excited pulak sewaktu Kasih tiup lilin & ke-2: saya ada kelas decorating dengan Asilah 3E + Zarin). Jadi, dengan penuh debar sahaja, saya menunggu kepulangan Alia dengan laporan lengkap party Kasih di tadikanya itu.


Dan, bersama-sama ini, saya sertakan gambar sepanjang party spontan yang berlangsung di kelas Kasih siang tadi. Dek kerana saya rasa macam demam tak kebah jsahaja, jadi kali ini saya cuma masukkan gambar saja sudah ler! Nak tulis meleret-leret dan merepek-repek pun macam kelabu jer mata ni.


Ok, menurut kata Alia, Kasih yang pemalu itu (kalau kat depan sahaja) terus merah muka sebaik sahaja keknya muncul di depan mata dan kawan-kawan sudah berbunyi 'oh!' dan `ah'. Maklumlah budak-budak, kalau tenguk kek....nampak coklat....memang lterus upa diri. Langsung depa tak boleh nak concentrate! Teacher Teh kata, sapa nak coklat n goody bag...mesti siapkan semua kerja secepatnya dahulu.




Sebenarnya saya dah meminta kebenaran pihak sekolah supaya Alia boleh menguruskan party Kasih di kelasnya. Maklumlah, banyak benda nak dibuat dan kasihan Teacher Teh terkial-kial seorang diri.





Akhirnya, saat ditunggu pun tiba jua, iaitu meniup lilin harijadi. Betul tak? Kasih yang `malu tapi mahu' seronok sangat apabila kawan kawan-kawan mengelilingi kek -- macam semut menghurungi gula.



Idea deco kek ini sebenar muncul saat sudah last minute benir. Sejak dua, tiga lalu, saya dah memikirkan bentuk kek Kasih sebab dia selalu ubah fikiran and minta kek Princess dengan deco gaya macam-macam. Apa pun, kali ini dia tak mau yang ada taman.. Dia cuma mahu kek Mariposa. Jadi, semalam hampir separuh hari saya kebingungan. Sementara menunggu ilham datang, saya bakar dulu dua biji kek -- satu coklat dan satu vanilla. Hem, bila kek dah ada di depan mata, baru senang cerita.


Akhirnya, saya decided nak buat bentuk kotak harta karun, kemudian diisi dengan coklat bentuk duit syiling dan gold bar. Konon-konon, puteri magic Mariposa ni terjumpa peti harta karun kat dalam enchanted jungle. Bunga-bunga untuk merias cupcakes tu saya guna marsmallow saja. Bila dah dapat ilham, tak sampai dua, tiga jam, kerja selesai. Oh! Happynya mama bila tenguk Kasih tersenyum lebar!




Inilah cikgu Kasiih, Teacher Teh yang selalu dapat hadiah cupcakes. Suka dia mengeuk kek Kasih. TQ teacher sebab tolong menyalakan lilin untuk Kasih (+ sabar sangat dengan kerenah Kasih yang cengeng).





Kawan-kawan sekelas Kasih.... ada 21 semuanya.






Kalau nak tau, goody bags untuk Kasih tu saya beli kat Nilai 3. Sebenarnya tak plan pun nak shopping kat situ sebab awalnya kami (saya, cik suami dan anak-anak) ke sana hanya untuk mencuci mata saja. Maklumlah, seumur hidup, sejak N3 dibuka, saya tak teruja pun nak ke sana. sebab letih nak berasak-asak kat situ. Tapi apabila kawan-kawan blogger dok tunjuk gambar depa shopping kat sana, saya pun tak tahan hati. Hem, untung juga kan? Dapat goody bags yang sedondon dengan warna baju + kepak Mariposa pujaan Kasih itu.




Begitulah adanya cerita Kasih hari ini.....pada harijadinya yang ke-6. Sempurna sudah sebuah hajat dan mama pun senang hati sangat Kasih.



Terima kasih yang tidak terhingga juga Kasih ucapkan kepada semua mengucap selamat kepada Kasih. Happy sangat nih!




Gambar ini dirakamkan beberapa minit selepas Ariana Nur Kasih dilahirkan. Thanks to Dr Harris (di SJMC, yang juga tolong mama lahirkan Kakak Alia, abang Adam, kakak Arina :-))

wasalam

Happy Birthday Ariana Nur Kasih

ALHAMDULILLAH...hari ini anak bongsu kami, Ariana Nur Kasih, yang kami panggil Kasih sahaja sudah pun
genap enam tahun.


Kek bertemam harta karun, dengan Barbie Mariposa bertenggek di tengah-tengah Treasure Box ini saya buat istimewa untuk Kasih, khusus untuk Kasih bawa ke tadika, bagi meraikan harijadinya itu bersama-sama kawan-kawan di kelas K2 Kenanga. Kasih sudah belajar di sana selama dua tahun dan saya merancang kek dan goodies yang extra special untuk Kasih kongsi dengan kawan-kawannya itu.
Saya sediakan dua biji kek, vanilla dan chocolate moist untuk mencipta karya manis kali ini dan saya balut dengan krim berperisa orange, sebelum dirias dengan fondant. Sehari suntuk saya mengerjakan kek ini semalam dan saya berasa sangat lega dan excited kerana Nur Kasih kami ini suka banget keknya itu. Nanti saya akan cerita lagi, sebab pagi ini saya perlu menguruskan penghantaran kek Kasih ke tadikanya. Wasalam.



Kasih dengan kakaknya Arina Roslan. :-))

Monday, October 19, 2009

Cerita Sebuah Bahagia...Atas Nama Cinta






Selamat Pengantin Baru
diucapkan buat Nazlin & Hazrizal



Sekian lama cinta bersemi
Akhirnya cerita hati pun menjadi pasti


akad dibaca, ikrar dipateri
dengan lafaz nikah hanya sekali
Nazlin dan Hazrizal sah menjadi suami isteri

Amin







Dewan yang cantik menjadi bertambah asyik....
...sangat indah; sungguh meriah.


Dan di sudut itu
kek karya saya 'bersimpuh' manis
seada....
Kek tiga warna tiga rasa
dirias digubah bersama resah di dada


Mujurlah menjelang penghujung hari
kek tiga tingkat ini akhirnya megah berdiri.


Akhir kalam
terima kasih diucapkan kepada Shila dan suami
kerana membenarkan saya menjadi sebahagian hari karamah ini.

Amin.

Friday, October 16, 2009

Citra Asmara Samudera





Akhirnya, setelah menunggu hampir seminggu, dapat juga saya publish citra cinta dari
samudera ini. Berurusan dengan NZ adalah pengalaman baru bagi saya kerana saat
mengirimkan emailnya yang berbait bahasa halus indah itu, NZ tidak di bumi Malaysia
tetapi berada di tengah-tengan lautan yang entah di manakah gerangan (NZ mengikut
suaminya berlayar ke seluruh dunia). Hajatnya besar, mahu menggembirakan suaminya,
WAF, jurutera marine dengan sebuah syarikat perkapalan terkemuka.





Dan, sebenarnya juga, tempahan NZ ini datang agak telat, terlalu lewat kerana saat itu
kalendar tempahan saya sudah sangat penuh -- terlalu sendat. Namun, mana mungkin saya
menghampakan harapan NZ, kerana mukadimah emailnya yang sangat berhemah,
membuatkan saya berniat;


'kalau terpaksa tidur berdiri pun saya tetap akan buat'.


Dan saya rasa bakers lain pun mungkin sependapat dengan saya ini, tidak akan mengenepikan
permintaan polos yang penuh berbudi bahasa seperti ini. Kalau tak percaya, cubalah
baca sendiri email kirimannya ini (maaf ya NZ, kak Jun paparkan sedikit inti email NZ ini :p))


Salam Perkenalan vs Ordering Cupcakes.
...
Sun, September 27, 2009 12:58:19 PM
From:
"

Add to Contacts
To:CupcakeKasih

Salam Kak June (May I address U as KJ),

Pertama kalinya saya pohon maaf andai email nie m'ganggu KJ yg sedang bz mmbuat tempahan demi tempahan apatah lagi di bulan Syawal yang mulia ini.

I'm also thanking U in advance for reading my email. Sgt2 laa t'harunya kerana dlm kebzan pun KJ sudi luangkan masa utk mmbacanya.

Ingin sekali NZ sampaikan salam perkenalan buat KJ kerana NZ baru saja melayari segala website yg ada mengenai cupcakekasih nie. Sudi laa kiranya KJ menerima NZ as ur 'new customer' and soon to xxxxxxxx. InsyaALLAH.

Now, NZ explain abt important message for KJ. I would like to order cupcake frm KJ (sekiranya ada kesudian di pihak KJ). Di bwh NZ sertakan detailnya. NZ nak bg sempena mnymbut BELATED b'day of my husband.

He's bday was on xxx Sept, mengenangkan waktu tu Ramadhan & he is ON BOARD jadinya NZ tak dpt nak celebrate his big day.

Tema yg b'main diruang legar NZ ada 2.

Memandangkan dia dah on board for MORE than 5mths, NZ rasa dia RINDUkan keretanya yg dah 5bln tak dipandu.

So, blh tak KJ buatkan cupcake b'temakan;

1. Kereta BMW 530i, black colour, sunroof & yg seangkatan dgnnya. Preferable utk tema nie pilihan cupcake black n white.

2. Disebabkan dia seorg PELAUT, sudi kiranya KJ mendekorasikan cupcake dgn tema yg sesuai dgnnya. Fyi, dia seorg Chief Engineer.

Quantity: 20pcs
Delivery: Bintulu
Date: Before 14Oct - Vessel expecting to arrive on that day.

Pls quote me the quotation before 1st Oct coz now I am with him. We will arrve BTU port on 30th Sept. If KL agree (I really hope), I'll transfer the payment during port day.

Thanks & best regards,
nz

Sent via BlackBerry from Maxis




Teruja dengan email penuh takzim NZ itu, maka saya pun memberi priority untuk membalas emailnya, sebaik sahaja kek yang tengah saya 'bedakkan dan celakkan' itu siap melalui sesi make-over.'



Dan, membaca balasan email dari NZ, membuatkan saya bertambah terkesima:

Al-hmdulillah. Al-hmdulillah. Al-hmdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana KJ sudi m'reply email NZ. Tambahan plak dgn ayat yg begitu +ve. *Allah menduga NZ dgn penantian yg begitu sekejap sekali. Tak sampai 5 jam KJ dah reply email NZ, (12:58hrs- 17:18hrs ) . Tick tock tick tock NZ menunggu bunyi email masuk. I really didn't expect KJ will reply so soon. Tak sia2 penantian NZ ari nie. Maaf KJ m'ganggu jadual hari raya KJ. Hehehe. Terima kasih KJ. Terima kasih yg amat2 sgt. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. Sent via BlackBerry from Maxis


Aduh! * (terharu saya baca part ni. Ingatkan dah tak jadi wartawan, tak adalah lagi saya nak dapat email macam ni. ) Rupa-rupanya sampai begitu sekali erti sebuah email daripada saya, bagi seorang yang sedang dalam penantian. Mungkin kerana saya ini membuat kek setiap hari, dengan pelbagai rupa dan gaya, maka, saya sudah terlupa, makna sebiji kek itu -- sebenarnya ia bukan sekadar untuk dimakan.....



...tetapi sebagai tanda sebuah kasih-sayang.



Dan, dipendekkan cerita, saya selitkan juga tempahan NZ, dan kerana commitment baru ini,
duduklah berjam-jam di depan laptop, semata-mata mahu google segala macam laman web mengenai nautical, pirates, navy, marine life, lighthouse....just name it.... Semuanya yang berkaitan dengan samudera biru....laut lepas, pelaut dan pelayar... semuanya saya godak, saya selak. Saya tidak pergi ke laman kek atau cupakes yang sedia ada, kerana tidak ramai cupcakes artist yang membuat tema ini, jadi tak banyak sumber, sebagai pengolah inspirasi. Walaupun makan masa yang lama, demi sebuah hajat NZ... saya buat juga.



Memang renyah kerja ini, tapi kalau hati sudah suka -- apa lagi untuk orang sebaik NZ ini, saya
lakukan dengan senang hati. Seperti yang saya katakan tadi:


"....ini bukan sekadar sebiji cupcakes, tapi adalah penzahiran sebuah kasih sayang, sebuah kecintaan."


Sebagai pelanggan, boleh saja NZ menulis mesej seringkas ini:
"Nak order cupcakes, boleh bagi harga?"



Tetapi dia memilih mukadimmah yang halus manis, membuatkan saya berasa sangat dihargai. (...dahulu sebagai wartawan, memang saya sudah biasa dengan huluran salam yang penuh dengan kiasan berbunga sanjungan. Maklumlah, untung baik dengan wartawan ni -- dapat macam-macam :-)). Tapi sebagai cupcake artist, atau bakers, atau apa saja nama panggilannya....apalah glamournya. Betul tak? (...dalam maknanya tu Jun!)


Dan sebaik sahaja saya menerima SMS daripada NZ, yang mengatakan bungkusan cupcakes yang saya terima dengan isi kandungannya 30 cupcakes yang masih lagi intact -- barulah saya boleh tersenyum sendiri....menikmati kepuasan yang tidak terucap, motivasi untuk diri sendiri. Alhamdulilah.










captions: Bungkusan cupcakes yang saya kirimkan ke Bintulu buat NZ .....

AKHIR KALAM

Salam lebaran di penghujung Syawal

JUN
Taman Rahsia, Subang Jaya

...gerimis pagi mengundang dingin, menyejukkan hati,
dan mimpi manis pun terus mekar di hati